Friday, March 2, 2012
Penasihat atau PunahSihat? |
APA agenda sebenar yang
Farid Redzuan sedang rancangkan hingga begitu sekali beliau dikatakan
mempertikaikan peranan yang dimainkan oleh bloger yang pro UMNO dan juga
kerajaan sehingga tanpa segan silu `menyerang’ kerja-kerja pemain di ruang maya
ini dan menyelar kononnya bloger-bloger
pro kerajaan dan UMNO ini sebagai bodoh dalam menangani sesuatu isu?
Beliau sedar atau tidak betapa seksa dan sengsaranya bloger pro UMNO dan kerajaan bertungkus lumus mempertahankan parti serta kerajaan yang difitnah oleh pembangkang sedangkan dalam masa yang sama tidak ramai pemimpin,Menteri,Timbalan Menteri dan juga pegawai-pegawai Pejabat Perdana Menteri turut sama seiring dan sederap bersama bloger mempertahankannya hingga ada dari kalangan bloger tersilapa arah hingga menyerang sesama sendiri?
Farid Redzuan sedar atau tidak hingga ada blogger dan juga pemain media baru berdepan dengan tindakan saman pihak pembangkang walaupun mereka memperkatakan yang benar dan apa bantuan yang kumpulan dari Pejabat Perdana Menteri berika?.Nasib mereka jarang dibela tetapi demi mempertahankan kerajaan dan juga bangsa,agama dan negara,mereka ini sanggup menelan segala risikonya.Mereka terus berjuang walaupun yang berjawatan kenyang dengan gaji besar serta jawatan yang tinggi.
Farid Redzuan juga dikatakan tidak senang dengan RTM yang dianggapnya ketinggalan dalam menyalurkan maklumat hingga beliau membuat perbandingan antara RTM dengan rangkaian TV milik Media Prima serta Astro dan adakah Farid sebenarnya sedang bercita-cita untuk mengambil alih RTM yang selama ini menjadi lidah rasmi kerajaan,yang Farid mungkin tidak reti bezakan peranan antara stesen TV berbayar dengan stesen TV milik penuh kerajaan ini.
Farid Redzuan sedar atau tidak hingga ada blogger dan juga pemain media baru berdepan dengan tindakan saman pihak pembangkang walaupun mereka memperkatakan yang benar dan apa bantuan yang kumpulan dari Pejabat Perdana Menteri berika?.Nasib mereka jarang dibela tetapi demi mempertahankan kerajaan dan juga bangsa,agama dan negara,mereka ini sanggup menelan segala risikonya.Mereka terus berjuang walaupun yang berjawatan kenyang dengan gaji besar serta jawatan yang tinggi.
Farid Redzuan juga dikatakan tidak senang dengan RTM yang dianggapnya ketinggalan dalam menyalurkan maklumat hingga beliau membuat perbandingan antara RTM dengan rangkaian TV milik Media Prima serta Astro dan adakah Farid sebenarnya sedang bercita-cita untuk mengambil alih RTM yang selama ini menjadi lidah rasmi kerajaan,yang Farid mungkin tidak reti bezakan peranan antara stesen TV berbayar dengan stesen TV milik penuh kerajaan ini.
Farid Redzuan yang
dikeluarkan dari TV3 untuk dilantik sebagai Penasihat Komunikasi Pejabat
Perdana Menteri dilihat sebagai hilang fokus serta tanggungjawabnya menasihati apa sahaja peranan media terhadap aktiviti
ataupun peranan Perdana Menteri di mata rakyat dan dunia malah kehadirannya
dalam pejabat Perdana Menteri setakat ini dilihat tidak banyak membantu untuk
mengangkat promosi Perdana Menteri.
Fraid Redzuan hanya dilihat
berjaya menjadi Penasihat Fesyen kepada Perdana Menteri dan juga isteri apabila
Najib dan Rosmah berjaya diangkatnya sebagai model kepada fesyen-fesyen pakaian
terkini yang berjenama tetapi malangnya
sebagai Perundinbg Media,beliau nyata gagal termasuklah menangani isu
Najib di Pesta Ponggal di Klang baru-baru ini,cetakan gambar dalam Utusan
Malaysia bilamana Najib dilihat menunggu Rosmah di tangga kapal terbang serta
banyak lagi kegagalan Farid yang berkaitan dengan media dalam negara ini dari
sudut berita ataupun gambar-gambarnya.
Gambar ini dkontraversikan-mana peranan Farid? |
Bila Farid Redzuan dikatakan
membentang kertas cadangannya di mesyuarat kabinet,Farid sebenarnya sudah pun
menyimpan hasrat yang mungkin beliau sahaja yang tahu jahat atau baik kerana selain mahu
mengawal selia RTM beliau juga dilihat cuba mempengaruhi Perdana Menteri dan
kabinet untuk menyokong bagi menubuhkan satu pasukan cybertrooper yang beliau
sendiri kendalikan walaupun sebenarnya beliau sendiri tidak aktif berblog,berFB
ataupun berTweeter.
Sebagai melengkapkan agenda
peribadinya,beliau menyerang secara halus peranan-peranan yang dimainkan oleh
pihak-pihak yang bertanggungjawab baik yang bergaji ataupun tidak dan pasti
serangan Farid Redzuan itu tertumpu kepada Kementerian tertentu,Menteri-Menteri
tertentu dan semua agensi yang berkaitan
Membandingkan antara RTM
dengan TV3 ataupun Astro bukan satu tindakan yang cukup bijak dan terpimpin
kerana stesen-stesn ini mempunyai pandangan ataupun dasar tersendiri dan sebagai
contoh TV3 ataupun Astro,kedua stesen ini merupakan stesen komersial yang lebih
mementingkan keuntungan daripada bertanggungjawab secara total menggerakkan
dasar-dasar kerajaan.Pun kita tidak nafikan stesen ini turut sama mempromosikan
kerajaan walaupun sedikit sahaja peratusnya.
Ini pun dikontraversikan.Farid buat apa? |
Atau adakah tujuan
pembentangan tersebut untuk memperlekehkan peranan yang dimainkan oleh Menteri
Penerangan,Kebudayaan Dan Komunikasi yang selama ini menggunakan RTM semaksimum
mungkin untuk memperjelaskan segala dasar kerajaan yang dibawa oleh Najib dan
juga mempromosikan secara meluas Gagasan 1Malaysia serta program transformasi
yang diperkenalkan Perdana Menteri.
Ataupun Farid Redzuan dijadikan
alat oleh orang lain yang selama ini mempunyai cita-cita untuk bergelar Menteri
ataupun mahu menguasai RTM itu dan pada Farid sendiri,tidak salah kalau beliau
bercita-cita untukmenjadi Menteri ataupun mengkomersilan RTM itu seperti stesen
TV lain tapi Farid Redzuan harus mengenalpasti dulu kawasan pilihanraya mana
yang beliau mahu tandingi,menang dan mempengaruhi Najib untuk melantik beliau
sebagai Menteri.
Farid Redzuan seharusnya
berterima kasih kepada peranan yang dimainkan oleh bloger-bloger pro UMNO dan
kerajaan ini kerana banyak membantu dan memudahkan tugas-tugas beliau sebagai
Perunding Media di pejabat Perdana Menteri
malah beliau tidak sepatutnya memperlekehkan usaha-usaha keras
bloger-bloger ini mempertahankan parti,kerajaan dan Perdana Menteri dan
seharusnya beliau berterima kasih.
Kalutnya pentadbiran di
Pejabat Perdana Menteri ini apabila dilantik pegawai-pegawai untuk
menyelaraskan kerja-kerja Pejabat Perdana Menteri bukan daripada kalangan
orang-orang yang tahu serta cerdik pandai dalam politik kepartian dan kebanyakan
yang terlantik adalah dari kalangan individu yang menggunakan hubungan rapat
dengan Perdana Menteri untuk mencari tempat dalam politik dan bergelar ahli
perniagaan ataupun broker yang kaya raya.
Media khianti peranan PM..! |
Farid Redzaun tidak
sepatutnya mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh Idris Jala dan kita percaya
kalau beginilah sikap Farid Redzuan sebagai Perunding Media di Pejabat Perdana
Menteri itu,elok sangatlah beliau letak jawatan kerana ternyata beliau gagal
melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya.
Pejabat Perdana Menteri
bukan untuk orang glamour,bukan untuk musuh dalam selimut ataupun gunting dalam
lipatan maupun api dalam sekam tetapi
untuk bersama-sama Perdana Menteri
memperjuangkan agama,bangsa dan negara.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Rakan Blogger
-
-
-
-
-
-
-
Berkhatan Perdana KINTA 2017...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dah Kalah Kalah lah11 years ago
-
-
-
-
-
Rujukan Entri
- June (1)
- December (1)
- September (1)
- August (3)
- December (2)
- February (3)
- May (2)
- October (1)
- September (1)
- August (1)
- June (1)
- March (1)
- February (1)
- January (1)
- December (3)
- November (1)
- August (3)
- April (3)
- March (1)
- February (2)
- January (2)
- December (4)
- October (3)
- September (2)
- August (3)
- July (4)
- June (9)
- May (8)
- April (7)
- March (10)
- February (8)
- January (10)
- December (7)
- November (8)
- October (9)
- September (7)
- August (6)
- July (10)
- June (4)
- May (15)
- April (12)
- March (12)
- February (15)
- January (26)
- December (36)
- November (22)
- October (7)
- September (2)
- August (4)
- July (4)
- June (10)
- May (3)
- April (11)
- March (10)
- February (3)
- January (7)
- December (2)
- November (3)
- October (3)
- September (5)
- August (5)
- July (3)
- June (3)
- May (3)
- April (2)
- March (2)
- February (1)
- January (7)
- December (6)
Kunjungan
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Rangkaian
Followers
-
-
-
-
Perubahan apa Bang Non?1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
18 comments:
tidak dinafikan TV3 dan astro memang popular..tapi untuk dibandingkan dgn RTM memang itu kerja orang bodoh piang..RTM dengan dasar2 yang telah ditetapkan..bukan untuk cari untung atau cari glamour..RTM mendukung aspirasi kerajaan..
si farid tu memang suka glamour..dimana ada artis di situlah dia menyempil..jadi bila dia tak berpeluang muncul di RTM..dia kutuk la hehe..
farid..farid..sudah2 la nak cari glamour tuu..xkemana punnn...
dia mana pernah bukak blog..
org sebeginilah akan menjadi punca kekalahan kpd BN nanti kerana syok dok bentangkan benda yg BEST sahaja di mata Najib
OHH FARID KER YANG MEMPERLEKEHKAN PERANAN BLOGGER PRO UMNO SELAMA INI..APAHAL MAMAT TUE?
salam , mohon linkkan blog saya http://bidaman.blogspot.com/ dalam laman tuan. tq
Tok Janggut, setau kami Farid Rezuan dan bloggers pro umno semua dlm tim sama dan boss juga sama. Rais Yatim pun tim sama. Kenapa mesti gaduh. Bloggers memang main peranan penting tapi ada juga yg merapu dan yg terlalu bergantung pada carut marut.
Tapi semua atas satu sebab tolong PM dan kerajaan untuk tawan hati rakyat dan tentang pensabotaj negara.
Kalau marah rtm tak semesti nya ini sebab Menteri. Memang senang salahkan menteri tapi rtm dan KPKK terlalu besar dan sepatut nya di pisah dua supaya lebih fokus. Sekarang lebih pada berebut kuasa dan kroni. Mana menteri lantik masuk kpkk pun akan susah nak kawal kpkk.
Strategi kerajaan menjadikan kementerian rtm ni terlalu besar tidak menjadi sebab tak cukup pakar dan cerdik pandai nak bantu Menteri. Pemimpin dan pegawai tertinggi kerajaan tak harap sebab sayang pangkat takut nak beritahu menteri perkara sebenar, kelemahan sebenar Kementerian KPKK dan rtm. Mereka salahkan sikap Menteri sendiri buat mereka jadi tak professional. Boleh?
Kalau pegawai tinggi sendiri tak faham masalah rtm , penerangan dan jasa , tak cekap dan efisyen ,adakah menteri akan faham kalau tak berani berterus terang? pegawai professional akan ebrterus terang walaupun kan di tukarkan.
Hanya orang entreprenur dan professional dalam industri faham masalah sebenar- Pimpinan lemah. seperti kata PM- leadership kena kental. Kalau peringkat ini lemah semua akan lemah. Pemimpin tinggi pegawai kerajaan dalam kpkk lemah.
Masalah ini bukan saja di tanggung oleh DS Rais Yatim tapi juga ramai menteri yang perlu bantuan pegawai tinggi kerjaan yang lemah dari segi analitikal dan intelek. Sebab itu bloggers dan professional penting untuk bantu pasukan menteir.
Tentu kalau kita bersuara begini menteir dna kerajaan akan marah kiat .Tapi ini hakikatnya. Game politik, psywar dan kuasa media sudah jauh, terlalu jauh berbeza.
Mainan persepsi dan kuasa fakta- penting untuk angkat sebagai senjata .'Bila ini lemah, fahaman terhadap strategi dan implimentasi jadi lemah. Persepsi adalah segalanya.Semua yg berlaku libatkan peribadi, tak boleh lari. Bila faham impak ini kita akan panik kalau ketinggalan. Tapi sebab tak faham - kita terpaksa berhadapan dengan sikap pegawai tak kisah , lembab.
Kelemahan ini menyebabkan pegawai kerajan yang tidak dapat bantu menteri dan PM pada saat yg paling kritikal.Sebab tu senang saja nak persalahkan Menteri. Tapi penyakit sebenar lebih dalam.Lebih kritikal.
Kesian tengok Rais Yatim. Walaupun perangai dan sikap nya sangat negatif, mengikut pegawai nya sendiri ,tapi sebagai menteri dia berjaya mengangkat peranan kpkk.Cuma tak cukup. Bantuan kerajaan yg disalurkan kepada pengamal industri dah tukar lanskap dan produktiviti industri
.Ini bukan pencapaian yg mudah. Semua ini boleh berlaku sebab PM Najib PM pertama menyalur bantuan kepada industri yg lama terpinggir.Tapi agensi dan kpkk gagal menggambarkan kejayaan menteri nya sendiri. Sebab pegawai kerajaan sendiri tak tau menilai apa yg boleh bantu kerajaan PM.
Jadilah situasi dimana orang macam farid cuba masuk sekaki. Dia nak bantu .Tapi dia memburukan pula keadaan dan tentunya kalau dia dari pejabat PM ,tentu ini bukan di sengajakan. Kita juga percaya rais yatim perlu tim lebih berimpak mengelilingi nya. Bukan 'ya tuan, baik tuan'. Paling jelek bila ada kaki ampu memberi gambaran 'semua ok bos'.
Jadi menteri macam rais yatim ada kekuatan sendiri. Tentu PM tau macam mana nak gunakan dia.Dia lebih efektif dari ramai menteri muda yg dikatakan lebih 'media savvy'.Tapi dia hanya boleh di bantu jika dia bersikap terbuka jgn cepat melatah.
NAGA EMAS
Kira DS Najib pun bodoh lah juga kerana berblog dan bertwit serta ber FB...
Patutnya si Farid nih jaga atis sahaja lah... kalau ada ruang tapau .tapau jer lah artis tu.
Farid ni reti hiburan je. Tu pasal penuh program hiburan di tv3 dulu.
Yang aku peli najib x reti pikir sendiri ke semua perbuatan dia tu?
Naga emas ni farid kot. Hahaha
apa pun bila si farid kata blogger tak membantu umno maka ianya ada motif jahat sama sekali. Nak jadi menteri le tu.
HARAP PARA BLOGGERS PRO-BN DPT TERUS MEMBERIKAN FOKUS SEPENUHNYA, BIARKAN FARID MEMBERUKKAN DIRINYA. SAYA RASA DIA MASIH KELIRU DGN KERJAYA BARUNYA, ITU PASAL DIA CARI PASAL DGN BLOGGER YG HARI2 AKTIF MEMBELASAH P.R KONON NAK TUNJUK DIA BUAT KERJA LA TU.... HAHAHA PORAAAHHHH!!!!
Salaam,
Terima kasih saya kepada semua blogger-blogger pro Umno/Bn kerana banyak membantu saya memahami pelbagai isu semasa. Kami penyokong-penyokong kerajaan banyak mengharapkan maklumat dan keterangan tentang pelbagai isu yang dimainkan oleh para pembangkang. Pada Pru 12 yang lalu tidak banyak blog pro Umno/Bn, barangkali kerana kepimpinan Umno memandang remeh dan memperlekehkan kuasa sistem maklumat, kita hampir tumbang! Dengan penggunaan internet yang sebegitu meluas dari kalangan masyarakat, termasuk saya orang kampung, keperluan untuk menangkis fitnah-fitnah pembangkang semakin meruncing. Kalau fitnah yang diulang-ulang, akhirnya akan dipercayai juga, contoh isu Lynas. Pihak pembangkang menghabiskan berpuluh juta setiap tahun untuk kepentingan publisiti mereka dalam talian, kenapa tidak kita? Contohnya berapa banyak belanja operasi Malaysiakini dan Malaysianinsider setiap bulan? Siapa yang tanggung? Kenapa tidak kita belanjakan wang parti untuk keperluan yang amat penting ini? Apa Bn tak mahu memerintah lagi ke? Jangan tikam kami para penyokong parti dan kerajaan. Kalau tak mahu salurkan peruntukan pun janganlah tikam. Ada agenda lain ke?
Akhir kata sekalung budi untuk para blogger pro kerajaan, teruskanlah usaha murni menegakkan keadilan demi Agama, Bangsa dan Negara.
Ya Allah, selamatkanlah kami dari kejahatan mereka yang zalim.
Dah check ke latarbelakang dia. Silap2 agen.
mamat ni buat program fun fair sureheboh pun boleh dapat datuk ke??? sapa lah yg rekomen dia kat pejabat pm tu...
datuk farid tu pondan tua la bro...
ada kekawan tahu or cuba selidik sikit si farid ni kot2 dia ada hubungan dgn al juburi utk hancurkan dato Najib....PM patut hati2 utk melantik seseorg tu sebagai penasihat
pasal farid ni kita ringkaskan cerita. kalau nk tau apa yg ada dlm 'tapau'ware, kena la bukak dulu. masalahnya farid tak pernah bukak 'tapau'ware. makan sentiasa berhidang. tak pernah tengok kerja blogger, tak tau apa blogger buat, memandai buat ulasan. org mcm ni, kita usulkan pada najib di'tapau'kan je...
dia pun bukan sebenarnya bukannya keluar dari Media Prima tapi sebenarnya DITENDANG dari Media Prima!! sebab ape? sebabnya investment dia kat oversea atas nama Media Prima mengalami kerugian yang agak besar. so takkan nak simpan orang yang melingkupkan duit company kan...
Aku baru nak sebut, rupanya di penghujung komen dah ada orang kata dia tu pondan tua .. sebenarnya bukan pondan...BAPOK TUA ..
Puak puak tu mulut memang macam longkang , yang disukainya ialah bergelut dengan artis yang sewaktu dengannya termasuk tukang andam dan solek di belakang pentas tu, bukan maen gedik lagi dia !!!
Alahai bapok ... proksi al juburi ker???
Aku tak kata kat Parid
aku kata kat mamat tu, dulu dia ngan media prima gak ... hehehehe
Ye ke bkn engkau yg nak jwtn pemuda ke