Saturday, March 31, 2012
Abu Bakar dimangsai! |
KALAU benar Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Abu Bakar Abdullah bakal meletak jawatan kononnya sebagai tanda kebertanggungjawab beliau
terhadap isu SBPA yang menimbulkan kontraversi tidak lama dulu maka
ianya merupakan satu kemenangan kepada pihak-pihak tertentu yang mendalangi
usaha mencemarkan imej KPPA.
KPPA memang berbuat silap
apabila tersalah memilih pegawai untuk menyelaras SBPA dan tidak silap memilih
pegawai untuk menyelaraskan gaji melibatkan pasukan polis dan juga tentera
kerana untuk pasukan polis dan juga tentera tidak ada masalah yang timbul.Maknanya ada ada agenda tersembunyi dan nasib baik PM Najib cepat bertindak.
Namun kerana KPPA
berkeyakinan tinggi terhadap pegawai yang beliau lantik tanpa menyedari bahawa
kumpulan tertentu dalam Perkhidmatan Awam berusaha untuk menyekat beliau ke
jawatan yang lebih tinggi maka terjadilah kontraversi yang bukan seidikit
sehingga memaksa PM Najib campurtangan dan membatalkan SBPA dan dalam masa yang
sama memperkasakan semula SSM.
Dalam Perkhidmatan Awam
dilihat ada pegawai yang cukup kebal dan kekebalan ini diberikan oleh orang tertentu
sehingga mereka berani bertindak menyelaras kepentingan penjawat awam tanpa
merujuk kepada arahan sebenar KPPA dan juga mekanisme seperti yang PM Najib
mahukan sewaktu membentang Bajet dulu.
Memang kesalahan wajar
diletakkan terhadap KPPA tetapi dalam masa yang sama,kerajaan harus melihat dan
mengkaji bagaimana punca kejadian kontraversi SBPA itu sebelum mengorbankan
pegawai-pegawai yang sepatutnya dipertahankan kerana iltizam mereka
mempertahankan dasar yang PM Najib mahukan.
Andainya KPPA dihukum kerana
kesilapannya sendiri memang wajar tetapi kalau hukuman itu diberikan kerana
pengkhianatan pegawai-pegawai tertentu baik di Jabatan Perkhidmatan Awam
ataupun di bahagian lain,adalah tidak adil sekiranya seorang sahaja individu
dikorbankan sedangkan yang mempunyai niat jahat terhadap kepentingan penjawat
awam dan juga dasar PM Najib terus dibiarkan berleluasa mengatur agenda mereka
sendiri.
PM Najib tidak haruis
mengorbankan pegawai atau Ketua maupun Pengarah yang seiring dengan denyut nadi PM Najib untuk
turut sama merasai denyut nadi rakyat tetapi PM Najib harus mengenal pasti
dalang-dalang ataupun parasit yang berada dalam jabatan kerajaan yang sedang
berusaha menggigit usaha Najib dan mengambil kesempatan untuk mengambil mana
yang sempat.
KSN bakal pergi dan Abu Bakar dikhianati...! |
Mereka ini harus dinyahkan
ataupun dibersara awal supaya agenda pembangunan Negara dan rakyat tidak
terbantut kerana sikap ketamakan mereka mengejar jawatan tinggi dan dalam kontraversi
SBPA ini sudah kedengaran bahawa KPPA menjadi mangsa kepada sikap pegawainya
sendiri yang bersifat musang berbulu ayam dan tunduk kepada arahan penjaga
reban yang paling tinggi jawatannya.
Sikap bersangka baik dan
berkeyakinan kepada pegawai yang dilantik akhirnya menjadi duri yang amat tajam
menikam wibawa KPPA dan sekaligus menjaid racun yang cukup berbisa untuk beliau
telan kerana akhirnya pegawai yang beliau percaya untuk menyelaraskan SBPA itu
menikam dari belakang dan gagal diambil tindakan kerana mereka kebal apabila
dilindungi tangan-tangan ghaib yang tidak mahu melihat kerjaya KPPA melangkah
lebih jauh.
Bagi pihak rakyat,mereka
boleh menerima apa sahaja keputusan yang PM Najib lakukan asalkan menguntungkan
rakyat dan bagi pihak penjawat awam mereka boleh menerima sesiapa sahaja Ketua
pengarah sekiranya Ketua Pengarah memahami nasib dan masa depan mereka baik di
peringkat kumpulan sokongan maupun pengurusan tertinggi.
Kita tidak tahu mengapa ada
kalangan pegawai-pegawai sanggup bersekongkol dengan pihak tertentu untuk
menggagalkan usaha menyelaras gaji SBPA ini?Dan kita tidak tahu apakah sebabnya
sehingga ada pihak yang begitu bimbang seandainya KPPA ini dilihat calon yang
sesuai untuk menggantikan Ketua Setiusaha Negara (KSN) yang bakal bersara April
nanti?
Atau ada dendam tersirat
antara KSN dengan KPPA?
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Rakan Blogger
-
-
-
-
-
-
-
Berkhatan Perdana KINTA 2017...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dah Kalah Kalah lah11 years ago
-
-
-
-
-
Rujukan Entri
- June (1)
- December (1)
- September (1)
- August (3)
- December (2)
- February (3)
- May (2)
- October (1)
- September (1)
- August (1)
- June (1)
- March (1)
- February (1)
- January (1)
- December (3)
- November (1)
- August (3)
- April (3)
- March (1)
- February (2)
- January (2)
- December (4)
- October (3)
- September (2)
- August (3)
- July (4)
- June (9)
- May (8)
- April (7)
- March (10)
- February (8)
- January (10)
- December (7)
- November (8)
- October (9)
- September (7)
- August (6)
- July (10)
- June (4)
- May (15)
- April (12)
- March (12)
- February (15)
- January (26)
- December (36)
- November (22)
- October (7)
- September (2)
- August (4)
- July (4)
- June (10)
- May (3)
- April (11)
- March (10)
- February (3)
- January (7)
- December (2)
- November (3)
- October (3)
- September (5)
- August (5)
- July (3)
- June (3)
- May (3)
- April (2)
- March (2)
- February (1)
- January (7)
- December (6)
Kunjungan
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Rangkaian
Followers
-
-
-
-
Perubahan apa Bang Non?1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
13 comments:
dua ekor mangkuk ni sepatutnya dah lama berenti......tak mendatangkan faedah pun.....klau dah lama memegang jawatan tu mcm2 lah perangai di buat....lps ni mana2 pegawai kerajaan yg pencen jgnlah di sambung kontrak lg....bglah yg muda2 ni peluang.......psst bkan semua kakitangan kerajaan tu menyokong kerajaan......mereka pro pembangkang
najib harus siasat perkara ini disebabkan rakyat dah mula mempercayai kerajaan skrg......
wassalam
BETUL TU..ramai kakitangan kerajaan yg menyokong pembangkang..kat UKM waktu kerja dorang dengar ceramah politik PAS..naik berbulu telinga aku dengar..
PM najib harus siasat perkara ini
biasa lah bro...80% kami menyokong pembangkang...sebab kecewa dengan pucuk pimpinan dibahagian yang hanya tahu jaga kroni sendiri..naik pangkat dan kemudahan dihalang...dimana pembelaan terhadap kami dibawah ini...aduan dibuat tapi bagaikan melambung sampah keatas...pikirkanlah....selagi perangai begini ada selagi itulah ianya terjadi...
sokong dua mangkuk ni letak jawatan....!!!!kat hospital2 kerajaan dan klinik kesihatan pon banyak doktor dan kakitangan kesihatan pro pembankang...naik meluat tgk gelagat dia org tak habis2 burukan kerajaan...harap pihak kementerian siasat pekara ni...
kakitgn kerajaan yg pro pembangkang harus diberi sedikit warning.. kumpulkan mereka setempat dan pinjam mereka ke pejabat singpura atau thailand ...hantar kursus bahasa cina..dlm sebulan kau dapat tak dapt hantar pd LKY..
KALAU PERTUKARAN PELAJAR BOLEH BUAT ...TAKAN PERTUKARAN STAF XBOLEH BUAT..
BALIK SURUH DIA BERCAKAP DEPAN TV..
AMCAM,??
DS Najib perlu dapatkan maklumat sebenar mengenai sokongan penjawat awam kepada KPPA sebelum minta beliau meletak jawatan. Biarlah adil kepada beliau dan perkhidmatan awam. Beliau dah lama berkhidmat dengan DS Najib, mana mungkin beliau nak mengkhianati insan yang melantik beliau sebagai KPPA. kami penjawat awam tidak puas hati dengan gaji premier dan bukannya dengan SBPA. Jangan dengar kelompok di sekeliling DS Najib atau KSN sahaaja. Sekarang penjawat awam terpaksa hormat KSN sebab kuasa, bukan sebab dia berkaliber pun. Yang dia tau Just Do It or bend the rules sahaja..dah mcm orang korporat, semua nak PERMUDAH tapi orang permudah menyusahkan orang kerajaan..
apa bodoh punya alasan sokong KPPA dan KSN... depa bos lah! kalau dokumen yang anak buah buat tak betul... kurang tepat... tak mengikut aspirasi PM dan negara... gunalah kuasa untuk hentikan atau semak semula...
Tahu dah dasar tu tak sempurna kenapa nak bawa ke tengah juga untuk kelulusan yg akhirnya jadi isu besar negara...
bagi aku tak ada alasan... ketua kena bertanggungjawab kepada kumpulan or anak buah... senang cerita semua Pegawat Tido Duduk aka PTD yg terlibat gubal SBPA dari kepala ULAR sampai EKOR kena di cantas... berhentikan atau buang dari perkhidmatan kerajaan...
takkan susah sangat nak cari sapa buat kerja gubal SBPA ni... tak payah simpan LAHANAT pensabotaj negara ni...
Kepada Kakitangan yg sokong pembangkang aku rasa BERHENTILAH KERJA dengan kerajaan... lu semua LAHANAT yg tak sedar diri dek untung... sudah diberi kerja, gaji, kemudahan dan jaminan kerja masih tak berterima kasih... sokong pembangkang umpama nak TIKAM dan SABOTAJ organisasi yg bagi ko semua tu... tu namanya kufur nikmat Allah... baik berenti dan bagi peluang ramai lagi di luar yg setia kepada kerajaan kerja...
Senang nya cakap..cuba la duduk kat kerusi kppa baru korang tau..
yang dah pencen tu jangan disambungkan kontrak,bagi peluang muka-muka baru...tidak kira apa juga nama SPBA,SSM atau apa saja nama wajib sebagai sebuah kerajaan memberi keadilan kepada semua kakitangan termasuk professional & sokongan harus dapat imbuhan yang setimpal dengan kerja dan prestasi
Setuju sangat KPPA dan KSN letak jawatan....!!! harap ds najib dapat meyiasat tentang kakitangan kerajaan yang pro pembangkang!!! terutama di kementerian kesihatan malaysia banyak sungguh pro pembangkang.......dari pengarah sehingga pemandu...
bini KPPA adalah KP AADK.. sbb SBPA dh batal maka gaji dan pencen puluhan riban xdpt le..jd sebelum pencen ni projek ubah suai pejabat AADK ngan pusat serenti pun jadi le...bnyk projek bnyak masyuk...kerajaan amik perhatian sket ngan permainan KP AADK ni...pagar anti climb di pusat serenti baru psg xsmpai 3 tahun dan menelan kos jutaan ringgit akan diganti dgn pagar biasa...untuk 1 pusat darab ngan 28 dah berape? membazir btol KP AADK ni saat mcm ni.dh la undang2 dadah die tolak tepi tak pakai....
Yes, kakitangan kerajaan kena sokong kerajaan, bukan PARTI PEMERINTAH... Sokong kerajaan dgn parti pemerintah tu 2 benda yg berbeza, kalau BN kalah takkan semua kakitangan kerajaan mogok tak nak kerja sebab dah tukar parti pemerintah baru??? 20 tahun lebih Pas menang di Kelantan, ada penjawat awam kena buang ramai2? Kalau individu mungkin ya, (Biasanya ada kes) tapi tak pernah terdengar pulak kena buang sampai ribu2, sbb kerajaan Pas Kelantan ganti kerajaan BN.. Dulu PM Tun Abdullah, skrg PM Dato Sri Najib, sapa2 yg sokong Tun Abdullah dulu tak kena buang kerja pulak?
sokong tetap sokong tp ada kepentingan disebalik pemerintahan ini mmbuatkan rakyat biasa tertekan. perlukah kakitangan kerajaan jadi macam tentera dan polis mcm lembu kena tarik idung. itu tugas menjaga keamanan negara.
tidak perlu tunding menunding tp gunakan cara diplomasi dalam menyelesaikan masalah barulah nasib dan hak kakitangan terbela.
sistem yang ada perlu ditambah baik dan pulih serta berlandaskan hukum syarak barulah ini dalam negara islam