Tuesday, March 27, 2012

Ishak Surin YDP PAS WP

UNSUR-unsur liberalisme dan pluralisme dalam PAS semakin ketara kebelakangan ini. PAS bagaikan dilanda ombak tsunami yang tidak dapat dihalang oleh mana-mana elemen Islam konservatif sekalipun. Sebaliknya, PAS berbangga dengan perubahan yang mereka sedang lakukan sekarang, dengan memberi alasan kononnya ia adalah tindakan perlu demi menunjukkan yang Islam itu maju dan Islam itu tidak menyusahkan.

Bagaimanapun, kefahaman dan amalan yang ditunjukkan oleh para pemimpin PAS, adakalanya banyak menyentuh akidah dan tidak sekadar bersifat hubungan sesama manusia sahaja. Namun PAS tidak menghiraukan kepentingan akidah sebaliknya yang dipentingkan adalah pengaruh serta undi yang bakal diperolehi dari kaum bukan Islam.

Itulah yang berlaku apabila Timbalan Yang Dipertua PAS Kuala Lumpur merangkap Pengerusi Pertubuhan Pertahankan Tanah Warisan Kita, Ishak Surin, 75, menunjukkan perangai talam dua mukanya terhadap umat Islam. ‘Ajaran’ yang ditunjukkan oleh Ishak Surin nyata merupakan satu bidaah besar yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pemimpin muktabar Islam, baik dari zaman Nabi s.a.w sehinggalah ke mutakhir ini, kecuali yang melibatkan golongan yang menyokong liberalisme, pluralisme dan moderat keterlaluan.

Ishak Surin telah mengetuai rombongan dua buah bas sekolah yang bernombor pendaftaran  WDD 5358 dan NAD 2317 dalam Jelajah Warisan yang bermula dari jam 8:00 pagi di Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur-Jalan Sultan, Kuala Lumpur-Kampung Bandar Dalam, Sentul, dan berakhir di Ampang.Kesemua ahli-ahli rombongan adalah ahli-ahli dan penyokong PAS, DAP dan PKR.

Tindakan Ishak Surin yang kemudian membaca dan mengaminkan doa agar Tanah Warisan Bangsa termasuklah Tokong Mee Thor Gan di Ampang, dilihat sudah amat keterlaluan.

Memang benar, tidak salah berdoa di dalam tokong, bahkan di mana-mana termasuklah di dalam tandas dan bilik air apatah di kandang babi. Tetapi berdoa di dalam Islam, mempunyai tatacara dan disiplin yang sangat tersendiri, sekaligus menunjukkan betapa hambanya mereka yang memohon munajat serta berdoa kepada Khaliq yang Maha Mengetahui. Permohonan munajat atau doa seringkali disunatkan dengan cara-cara atau kaedah yang lebih bersopan kerana doa tersebut diharap dapat dikabulkan oleh Allah Taala.

Kalau Syaidina Umar Al-Khattab r.a sendiri pun bersolat di luar sebuah gereja di Baitulmaqdis ketika Khalifah Ar-Rasyidin kedua itu melawat Tanah Haram itu biarpun Al Quran membenarkan sembelihan dan perkahwinan dengan wanita-wanita Ahli Kitab, atas dasar apa pula alasan yang bakal diberikan oleh Ishak Surin ketika dia berdoa dan mengaminkan doa di dalam sebuah tokong yang terang-terang menyengutukan Allah Taala dengan pelbagai patung dewa?

Manhaj manakah yang dituruti oleh Ishak Surin dan PAS?

4 comments:

Team Gelombang Merah said...

salam bro,mohon dipautkan blog kami di blog tuan.

bersama kita jayakan misi menawan kelantan pru 13

kerjasama bro kami ucapkan terima kasih

http://gelombang-merah.blogspot.com/

Team Gelombang Merah said...

salam bro,mohon dipautkan blog kami di blog tuan.

bersama kita jayakan misi menawan kelantan pru 13

kerjasama bro kami ucapkan terima kasih

http://gelombang-merah.blogspot.com/

kel13 said...

Kenapa pulak YDP PAS sanggup masuk tokong?Tu sebab nak sebarkan ajaran Islam atau nak bagi ceramah politik?

Anonymous said...

Undi beb,kalau perlu solat pun kat tokong n gereja.janji DAPAT UNDI.wat camne Timbalan Presiden SEKOLAH TAK HABIS.

Powered by Blogger.

Terbaru

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers