Saturday, February 11, 2012

Cukupkah penafian mereka?
PEMBUNUHAN ataupun kematian bekas Presiden Persatuan Pemborong Binaan Malaysia (MBAM) Datuk Patrick Wong Kie Yik yang dikatakan orang yang banyak mengetahui dan mengenali dalang-dalang di sebalik aktiviti perlombongan pasir di Negeri Selangor serta penyelewengannya mula membuka banyak lagi rahsia-rahsia di sebalik kegiatan tersebut dan paling pasti orang yang terlibat sepenuhnya mula panas punggung bila polis pula menjelaskan kes pembunuhan itu belum lagi ditutup.

Dalang yang `mengorek kembali pasir-pasir yang tertimbus’ sebelum ini adalah Raja Petra Kamaruddin (RPK) bila beliau mendakwa mempunyai bukti penglibatan ADUN-ADUN dari Selangor hingga mengheret dua wakil rakyat tampil untuk memperjelaskan mereka tidak terlibat walaupun mereka adalah  Lembaga Pengarah syarikat yang disebut dan kegiatan syarikat-syarikat ini sudah mula bertebaran di internet secara lengkap serta tersusun.

Raja Petra membangkitkan persoalan berhubung kematian Wong, dan mendakwa ahli pernigaaan tersebut mengumpulkan maklumat mengenai skandal perlombongan pasir di Selangor sejak beberapa tahun sebelum kematiannya.Tuduhan RPK ini serius dan polis juga harus menyiasatnya bagi mendapatkan petunjuk walaupun polis kata siasatan kematian Patrick itu tidak menjurus kepada isu pasir.

Suhaimi ADUN Seri Muda dan Amiruddin ADUN Batu Caves diserang oleh RPK dan RPK mendakwa beliau mempunyai bukti lengkap termasuklah rakaman perbualan telefon antara mereka namun semua ini disanggah oleh dua ADUN PKR ini dan menuduh RPK memfitnah serta berniat jahat walaupun RPK adalah sebahagian daripada mereka yang diperalatkan untuk menyerang kerajaan,UMNO serta pemimpin Barisan Nasional.

Isu Pasir dikaitkan dengan pembunuhan Patrick dan kalau benar,siapa pula yang merancang?Adakah Suhaimi,Amiruddin ataupun Azmin Ali,nama Azmin juga disebut kerana RPK dedahkan perbualan Suhaimi itu mengaitkan dengan nama Azmin Ali yang dikatakan sedang mengumpul wang untuk PRU dan perlu duit termasuklah upah melobi bagi mendapatkan kontrak pasir di Selangor.

Patrick dibunuh kalau mengikut andaian RPK kerana beliau tahu siapa yang mendalangi kegiatan mengorek pasir di Selangor dan perniagaan pasir ini cukup menguntungkan dan boleh menjadikan seseorang itu jutawan dan yang melobinya pun memperolehi untung yang banyak.Malah ada juga yang mendakwa kegiatan menbgorek pasir ini didalangi kumpulan gangster dan adakah Patrick menjadi mangsa kumpulan ini hingga beliau dibunuh bagi mengelakkanya mendedahkan siapa pemimpin yang menggunakan gangsterisme.

Dua ADUN ini mula menjadikan SPRM sebagai benteng  untuk mempertahankan diri mereka kononnya SPRM telah membersihkan nama mereka dan mereka tidak terlibat walau seinci pun dalam isu pasir di Selangor dan seperti kebiasaan mereka mula menyerang UMNO,meletakkan kesalahan atas bahu UMNO kononnya ada konspirasi,UMNO jadi dalang untuk memalukan dalam kes ini.

Dan RPK yang selama ini mereka julang dan sanjung sebagai  sebahagian daripada kekuatan pembangkang apabila berjaya mendedahkan fitnah terhadap Perdana Menteri dan isteri  mula dicerca apabila RPK mula membongkarkan kebejatan moral kawan-kawannyadan RPK yang dulunya diangkat sebagai hero,sebagai reformis hari ini `disembelih’ semaunya.

Kita percaya polis tidak akan berdiam diri dalam kes Patrick ini kerana jelas ianya berkait rapat dengan isu pasir di Selangor dan polis perlu mengheret serta menyiasa setipa sudut supaya sesiapa sahaja termasuklah pembesar di Selangor untuk diheret ke muka pengadilan.

Kita tidak kata baik Suhaimi ataupun Amiruddin yang menjadi perancang disebalik mencekik hingga mati Patrcik seperti yang didedahkan dalam bedah siasat atas mayatnya namun kerana isu pasir Selangorlah yang menjadi punca beliau dibunuh dengan kejam dan ini adalah petunjuk jelas untuk pihak polis mengenal pasti bagi menyiasat hingga ke akar umbi.

Politik Malaysia telah melangkui sempadan dan nyawa juga menjadi taruhan asalkan dapat menyembunyikan segala salah laku dan tidak hairanlah Patrick ini menjadi mangsa percaturan politik pihak-pihak tertentu untuk terus kaya dan berkuasa dan saya teringat kembali kes Teoh Beng Hock yang juga membunuh diri.Adakah ianya juga mempunyai kaitan dan dilakukan oleh orang yang sama?

Pendedahan RPK juga bukan merupakan perkara yang perlu diambil mudah dan dibiarkan begitu sahaja kerana ini melibatkan nyawa seseorang yang telah hilang dan paling penting bila kita membaca kenyataan yang dibuat oleh dua ADUN ini maka jelaslah orang poltik terlibat secara langsung menguasai perniagaan pasir di Selangor.

Mereka yang selama ini mendakwa telus dan tiada rasuah dalam pentadbiran hanyalah retorik politik semata-mata kerana jelas kalau perbualan seperti yang didedahkan oleh RPK itu,perlombongan pasir digunakan untuk menggantikan air bagi menipu seluruh rakyat Selangor..Bela diri dua ADUN ini tidak cukup untuk menyakinkan bahawa mereka tidak terlibat dalam perniagaan pasir di Selangor.Cakap banyak mereka makin mendedahkan tembelang mereka selama ini.Utusan di sini..

1 comments:

.. said...

Salam tuan blog.

Saya sedang kumpulkan semua blogger BN dalam satu blog khas untuk rujukan semua. Sila beri pandangan tuan.

Bagi mana-mana tuan blog yang belum dihubungi, harap ziarah dan jika tidak tersenarai harap tinggalkan alamat url anda dalam ruangan "comment" untuk disenaraikan dalam daftar Pejuang Siber ini, terima kasih

http://malaywebarmy.blogspot.com/

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers