Wednesday, February 1, 2012
Darjah kebesaran untuk tokoh! |
MAJLIS Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang
dan Pingat Wilayah Persekutuan baru
sahaja selesai dilangsungkan di Istana Melawati,Putrajaya dan semua penerima
membawa balik gelaran dan Darjah
Kebesaran serta Pingat masing-masing,ada
yang dikalungkan,diselempang dan diselitkan oleh DYMM YDP Agung dan berjejeranlah
ucapan tanniah antara satu sama lain atas penghormatan yang mereka perolehi.
Namun dalam masa yang sama,sudah ada orang tersenyum simpul melihat keputusan Panel
Pemilihan Penganugerahan Darjah Kebesaran,Bintang Dan Pingat Wilayah
Persekutuan yang diPengerusikan oleh
Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar,Raja Nong Chik Raja Zainal
Abidin.
Mereka mula mempersoalkan justifikasi apa yang digunakan sebagai penanda aras dalam memilih calon-calon untuk diberikan darjah serta pingat itu malah darjah kebesaran yang sepatutnya diterima oleh pemimpin politik,masyarakat dan tokoh-tokoh yang berjasa dalam Wilayah Persekutuan akhirnya turut diberikan tempat dan ruang kepada orang luar dari Wilayah Persekutuan.Sudah lari dari tajuk asal!
Mereka mula mempersoalkan justifikasi apa yang digunakan sebagai penanda aras dalam memilih calon-calon untuk diberikan darjah serta pingat itu malah darjah kebesaran yang sepatutnya diterima oleh pemimpin politik,masyarakat dan tokoh-tokoh yang berjasa dalam Wilayah Persekutuan akhirnya turut diberikan tempat dan ruang kepada orang luar dari Wilayah Persekutuan.Sudah lari dari tajuk asal!
Kita tidak mempertikaikan rezeki masing-masing.Andai mereka
berhak menerimanya sesiapa sahaja perlu
menghormati keputusan yang dibuat oleh Panel tersebut tetapi untuk pemilihan
kali ini ketara kita tidak tahu mekanisme apa yang digunakan untuk mengukur
kemampuan individu bagi dipilih menerima gelaran itu tapi paling jelas
semangat Wilayah Persekutuan sudah
lenyap walaupun anugerah yang diperkenalkan pada Februari 2008 setelah
diluluskan oleh kabinet pada Jun 2007 adalah untuk penggiat,aktivis masyarakat
yang berjasa dan bermastautin dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,Putrajaya
dan Labuan.
Saya tidak berhajat untuk menyebut dan mengulas latarbelakang setiap orang yang dipilih oleh
panel untuk menerima darjah tersebut.Memang ada yang benar-benar layak dan
sebagai menghargai peranan serta kelayakan mereka itu amat wajar Kementerian Wilayah
Persekutuan menghargai jasa dan sumbangan mereka tetapi bila yang tidak layak
ianya harus ditegur supaya darjah kebesaran dan pingat Wilayah Persekutuan ini
dihargai dan dihormati ramai dan bukannya sekadar menjadi seperti pingat atau darjah kebesaran
dalam Pengakap ataupun Pandu Puteri semata-mata.
Raja Nong Chik sebagai Pengerusi Panel harus melihat dengan
lebih teliti,cermat serta berhemah supaya rakyat di luar tidak mentertawakannya
sebagaimana beliau diketawakan sebelum ini bila menukar lagu Rasmi Wilayah
Persektuan walaupun lagu tersebut bertahun dinyanyikan dan menggantikan dengan
lagu baru yang beliau sukai.
Hargai jasa dan peranan warga sendiri! |
Bila seorang Timbalan
Ketua UMNO Bahagian menerima Darjah Kebesaran yang membawa gelaran
Dato Sri membayangkan seolah-olah 11 Ketua Bahagian UMNO lain tidak layak
menerima gelaran tersebut dan Mneteri Wilayah Persekutuan pun tidalk layak
untuk darjah itu.
Kita ucap tahinah kepada Halim Samad kerana darjah kebesaran itu tetapi sudah ada yang bercakap beliau menerima darjah tersebut sebab beliau kawan Perdana Menteri dan bukan kerana jasa ataupun sumbangannya kepada Wilayah Persekutuan.Mudahnya! Darjah kebesaran dan Pingat ini hanya untuk kawan-kawan sahajakah?Walaupun berjasa dan menyumbang kepada Wilayah Persekutuan tetapi kerana bukan kawan Perdana Menteri,Menteri ataupun KSU dan Datuk Bandar memang tidak layakkah untuk dihargai?
Kita ucap tahinah kepada Halim Samad kerana darjah kebesaran itu tetapi sudah ada yang bercakap beliau menerima darjah tersebut sebab beliau kawan Perdana Menteri dan bukan kerana jasa ataupun sumbangannya kepada Wilayah Persekutuan.Mudahnya! Darjah kebesaran dan Pingat ini hanya untuk kawan-kawan sahajakah?Walaupun berjasa dan menyumbang kepada Wilayah Persekutuan tetapi kerana bukan kawan Perdana Menteri,Menteri ataupun KSU dan Datuk Bandar memang tidak layakkah untuk dihargai?
Jadi 11 Ketua UMNO Bahagian yang berjuang untuk masyarakat
serta orang ramai rupanya bukan pemimpin masyarakat yang berjasa kepada warga
Wilayah Persekutuan dan mereka ini hanya layak hadir dalam majlis untuk
menyaksikan seorang kawan pemimpin menerima darjah kebesaran sahaja.Itu sahajakah
yang layak kepada Ketua UMNO dalam Wilayah Persekutuan ini?Ini merupakan penghinaan secara nyata kepada khidmat masyarakat yang mereka tbuar selama ini..
Dan pemilihan seorang Ketua Wanita Bahagian untuk gelaran
Datuk Wilayah Persekutuan pun agak pelik,janggal
dan tidak kena pada waktunya kerana Naib
Ketua Wanita UMNO Negeri dinafikan hak
untuk menerima gelaran atau darjah itu
sedangkan beliau adalah seorang YB
Senator yang tentunya lebih banyak
peranan dan jasa untuk warga Wilayah Persekutuan.
RNC jangan khinati modul asal! |
Sudah tidak ada lagikah Ketua Pemuda UMNO dalam Wilayah
Persekutuan ini atau Ketua Puteri Negeri yang berkelayakan hingga
terpaksa menganugerahkan gelaran Datuk kepada Ketua Pemuda UMNO dari luar
Wilayah Persekutuan? Ramai penerima yang datang dari luar dan atas dasar dan
jasa apa mereka dari luar ini dianugerahkan darjah dan pingat itu?Kawan,membina
rangkaian perniagaan atau ada kepentingan lain?
Jangan sesekali sesiapa pun berniaga atau melelong gadaikan darjah dan pingat kebesaran Wilayah Persekutuan untuk kepentingan diri, dasar sewaktu menggubal Penganugerahan Darjah Dan Pingat Kebesaran Wilayah Persekutuan pada thun 2007 itu harus dihormati dan diperkasakan sepanjang masa.
Jangan sesekali sesiapa pun berniaga atau melelong gadaikan darjah dan pingat kebesaran Wilayah Persekutuan untuk kepentingan diri, dasar sewaktu menggubal Penganugerahan Darjah Dan Pingat Kebesaran Wilayah Persekutuan pada thun 2007 itu harus dihormati dan diperkasakan sepanjang masa.
Darjah ataupun pingat-pingat kebesaran jangan dijadikan modal
politik kerana di sebalik darjah dan kebesaran ini terletaknya pernghormatan
rakyat dan orang ramai.Jangan jadikan darjah kebesaran dan pingat dalam Wilayah
Prsektuan ini seperti bagaimana mudahnya kita membeli goreng pisang ditepi
jalan. Darjah dan pingat Wilayah Persekutuan adalah untuk orang yang berjasa
kepada Wilayah Persekutuan ini.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Rakan Blogger
-
-
-
-
-
-
-
Berkhatan Perdana KINTA 2017...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dah Kalah Kalah lah11 years ago
-
-
-
-
-
Rujukan Entri
- June (1)
- December (1)
- September (1)
- August (3)
- December (2)
- February (3)
- May (2)
- October (1)
- September (1)
- August (1)
- June (1)
- March (1)
- February (1)
- January (1)
- December (3)
- November (1)
- August (3)
- April (3)
- March (1)
- February (2)
- January (2)
- December (4)
- October (3)
- September (2)
- August (3)
- July (4)
- June (9)
- May (8)
- April (7)
- March (10)
- February (8)
- January (10)
- December (7)
- November (8)
- October (9)
- September (7)
- August (6)
- July (10)
- June (4)
- May (15)
- April (12)
- March (12)
- February (15)
- January (26)
- December (36)
- November (22)
- October (7)
- September (2)
- August (4)
- July (4)
- June (10)
- May (3)
- April (11)
- March (10)
- February (3)
- January (7)
- December (2)
- November (3)
- October (3)
- September (5)
- August (5)
- July (3)
- June (3)
- May (3)
- April (2)
- March (2)
- February (1)
- January (7)
- December (6)
Kunjungan
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Rangkaian
Followers
-
-
-
-
Perubahan apa Bang Non?1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
1 comments:
Salam saudara blogger, saya ingin memohon jasa baik saudara untuk memautkan suapan daripada blog saya kepada blog saudara. Semoga dengan kerjasama kita, Malaysia dapat ditawan secara keseluruhan pada pru13 nanti. Sekiranya saudara telah memautkan blog saya, ribuan terima kasih diucapkan, dan andainya suapan daripada blog saudara tercicir dari berada dalam senarai suapan saya, sila maklumkan. tq
blog saya ialah lamanizzs.blogspot.com