Friday, February 24, 2012

Malang menimpa Azizan..
TIGA nama yang dikatakan menolak untuk ditawarkan jawatan Exco Kerajaan Negeri dalam kabinet PAS Kedah bolehlah kita anggap sebagai pelopor kepada `celaka dunia akhirat’ yang difatwakan oleh Hadi Awang dan inilah orang-orangnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kundor, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi dan Alor Mengkudu, Dr Ismail Salleh dikatakan telah pun mengosongkan pejabat masing-masing kerana mereka menyedari mungkin khidmat mereka tidak akan disambung lagi sebagai Exco Kerajaan Negeri Kedah kerena pendirian mereka bertentangan dengan prinsip serta perjuangan Azizan.

Sikap mereka ini membuktikan betapa `celaka’nya mereka kepada kepimpinan PAS Kedah yang sepatutnya mereka akur dengan pentadbiran Azizan namun memilih untuk menjadi ADUN `celaka’ seperti yang Hadi fatwakan itu.Rupanya cukup mudah untuk mengenali pengkhianat kepada perjuangan yang kononnya islam seperti yang mereka laungkan.

Hanya kerana Azizan menyokong tindakan KUIN yang menggunakan AUKU untuk mengambil tindakan kepada pelajar,Azizan mula mahu dihambat keluar daripada pejabat Menteri Besar untuk digantikan oleh orang lain

Phahrolrazi yang sebelum ini begitu bercita-cita untuk menjadi Menteri Besar Kedah apabila Azizan dirawat di IJN namun hasrat beliau tidak kesampaian apabila Azizan sihat seperti sediakala tetapi dengan apa yang sedang berlaku kepada Azizan ketika ini. Mereka dikatakan menggunakan sebagai senjata utama untuk menyentap turun MB Kedah dari kerusinya.

Rentetan dari impian inilah yang akhirnya menjadikan PAS Kedah terus dirundung resah gelisah bilamana ada pula yang mendakwa berdiri teguh di belakang tindakan ADUN ini adalah Mahfuz Omar,MP Pokok Sena yang sememangnya diketahui tidak mempunyai hubungan yang mesra dengan Azizan.

Ada yang mendakwa Mahfuz Omarlah yang menjadi perancang utama menggugah kepimpinan Azizan dan menjadikan dua Adun ini sebagai gunting dalam lipatan.Tangan yang membaling batu tidak sempat disembunyian kerana Azizan sememangnya menyedari ada usaha mengkhianati pentadbirannya.Sebab itulah azizan pula kata dia juga ada kejutannya.

Semua pihak yang bersekongkol sedang berusaha untuk menyentap turun Azizan dari kerusi MB itu dan kemuncak kepada kegilaan mereka mengejar jawatan untuk berkuasa adalah memboikot Majlis Angkat Sumpah untuk jawatan Exco Kerajaan Negeri bagi menekan Azizan supaya melepaskan jawatan tersebut.

Phahrolrazi idam jawatan MB!
Di mana pendirian Hadi Awang dalam soal ini?Apakah mereka yang menentang pucuk pimpinan negeri ini akan disifatkan oleh Hadi sebagai jihad kerana  menentang kemungkaran yang Azizan lakukan iaitu menyokong AUKU?Beranikah Hadi memfatwa supaya mereka ini bertaubat semula kerana telah melanggar perjuangan islam yang PAS kelek selama ini?

Hanya kerana mahu jawatan MB Kedah, pemimpin kanan PAS Negeri ini sanggup membelakangkan Dewan Syura mereka,mereka sanggup memalukan Aziozan secara terbuka dan jelas cara yang mereka bawakan ketika ini tidak langsung mencerminkan mereka memperjuangkan amal makruf nahi mungkar tetapi lebih kepada kemaruk memegang jawatan.

Patutlah bila Azizan ada berkata bahawa seburuk-buruk pemimpin UMNO yang sering pemimpin PAS caci dalam setipa ceramah mereka sebenarnya pemimpin PAS lagi buruk perangai dan nafsu mereka.Atas nama Islam, mereka harusnya berstau tetapi mujur juga dengan kemelut yang sedang berlaku ketika ini membuktikan bahawa PAS lebih mementingkan materialistik daripada asas perjuaangan mereka.

Bila Azizan mengumumkan akan melakukan kejutan dalam rombakan Exco Kerajaan Negeri, ada pula yang mendakwa bahawa Azizan akan memulakan untuk mewujudkan kerjasama antara PAS dan UMNO,ada yang kata tidak mustahil Azizan yang terkenal dengan `kedegilannya’ akan membuat sesuatu yang lebih terbuka sifatnya termasuk menyenaraikan ADUN-ADUn dari UMNO untuk menyertai kabinet kerajaan negeri.

Tapi yang sedang kita tunggu adalah kenyataan daripada Hadi Awang,sanggupkah beliau menegaskan bahawa  ahli atau pemimpin yang menolak kepimpinan PAS negeri,mereka adalah celaka dunia dan akhirat,jatuh talak tiga terhadap isteri dan perlu bertaubat semula.

1 comments:

Anonymous said...

Jangan ditanya fatwa Hadi Awang
Silap hari bulan awak melayang
Baiah PAS, hidup dan matiku kerana Pas (BUKANNYA HIDUP KU DAN MATIKU KERANA ALLAH)Itulah padahnya jika parti disamakan dengan agama.

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers