Friday, February 24, 2012
Malang menimpa Azizan.. |
TIGA
nama yang dikatakan menolak untuk ditawarkan jawatan Exco Kerajaan Negeri dalam
kabinet PAS Kedah bolehlah kita anggap sebagai pelopor kepada `celaka dunia
akhirat’ yang difatwakan oleh Hadi Awang dan inilah orang-orangnya.
Ahli
Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kundor, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi dan Alor
Mengkudu, Dr Ismail Salleh dikatakan telah pun mengosongkan pejabat
masing-masing kerana mereka menyedari mungkin khidmat mereka tidak akan
disambung lagi sebagai Exco Kerajaan Negeri Kedah kerena pendirian mereka
bertentangan dengan prinsip serta perjuangan Azizan.
Sikap
mereka ini membuktikan betapa `celaka’nya mereka kepada kepimpinan PAS Kedah
yang sepatutnya mereka akur dengan pentadbiran Azizan namun memilih untuk
menjadi ADUN `celaka’ seperti yang Hadi fatwakan itu.Rupanya cukup mudah untuk
mengenali pengkhianat kepada perjuangan yang kononnya islam seperti yang mereka
laungkan.
Hanya
kerana Azizan menyokong tindakan KUIN yang menggunakan AUKU untuk mengambil
tindakan kepada pelajar,Azizan mula mahu dihambat keluar daripada pejabat
Menteri Besar untuk digantikan oleh orang lain
Phahrolrazi
yang sebelum ini begitu bercita-cita untuk menjadi Menteri Besar Kedah apabila
Azizan dirawat di IJN namun hasrat beliau tidak kesampaian apabila Azizan sihat
seperti sediakala tetapi dengan apa yang sedang berlaku kepada Azizan ketika
ini. Mereka dikatakan menggunakan sebagai senjata utama untuk menyentap turun
MB Kedah dari kerusinya.
Rentetan
dari impian inilah yang akhirnya menjadikan PAS Kedah terus dirundung resah
gelisah bilamana ada pula yang mendakwa berdiri teguh di belakang tindakan ADUN
ini adalah Mahfuz Omar,MP Pokok Sena yang sememangnya diketahui tidak mempunyai hubungan yang
mesra dengan Azizan.
Ada yang mendakwa Mahfuz Omarlah yang menjadi perancang utama menggugah kepimpinan Azizan dan menjadikan dua Adun ini sebagai gunting dalam lipatan.Tangan yang membaling batu tidak sempat disembunyian kerana Azizan sememangnya menyedari ada usaha mengkhianati pentadbirannya.Sebab itulah azizan pula kata dia juga ada kejutannya.
Semua
pihak yang bersekongkol sedang berusaha untuk menyentap turun Azizan dari
kerusi MB itu dan kemuncak kepada kegilaan mereka mengejar jawatan untuk
berkuasa adalah memboikot Majlis Angkat Sumpah untuk jawatan Exco Kerajaan
Negeri bagi menekan Azizan supaya melepaskan jawatan tersebut.
Phahrolrazi idam jawatan MB! |
Di mana pendirian Hadi Awang
dalam soal ini?Apakah mereka yang menentang pucuk pimpinan negeri ini akan
disifatkan oleh Hadi sebagai jihad kerana menentang kemungkaran yang Azizan lakukan
iaitu menyokong AUKU?Beranikah Hadi memfatwa supaya mereka ini bertaubat semula
kerana telah melanggar perjuangan islam yang PAS kelek selama ini?
Hanya kerana mahu jawatan MB
Kedah, pemimpin kanan PAS Negeri ini sanggup membelakangkan Dewan Syura
mereka,mereka sanggup memalukan Aziozan secara terbuka dan jelas cara yang
mereka bawakan ketika ini tidak langsung mencerminkan mereka memperjuangkan
amal makruf nahi mungkar tetapi lebih kepada kemaruk memegang jawatan.
Patutlah bila Azizan ada
berkata bahawa seburuk-buruk pemimpin UMNO yang sering pemimpin PAS caci dalam
setipa ceramah mereka sebenarnya pemimpin PAS lagi buruk perangai dan nafsu
mereka.Atas nama Islam, mereka harusnya berstau tetapi mujur juga dengan
kemelut yang sedang berlaku ketika ini membuktikan bahawa PAS lebih
mementingkan materialistik daripada asas perjuaangan mereka.
Bila Azizan mengumumkan akan
melakukan kejutan dalam rombakan Exco Kerajaan Negeri, ada pula yang mendakwa
bahawa Azizan akan memulakan untuk mewujudkan kerjasama antara PAS dan UMNO,ada
yang kata tidak mustahil Azizan yang terkenal dengan `kedegilannya’ akan
membuat sesuatu yang lebih terbuka sifatnya termasuk menyenaraikan ADUN-ADUn
dari UMNO untuk menyertai kabinet kerajaan negeri.
Tapi yang sedang kita tunggu
adalah kenyataan daripada Hadi Awang,sanggupkah beliau menegaskan bahawa ahli atau pemimpin yang menolak kepimpinan
PAS negeri,mereka adalah celaka dunia dan akhirat,jatuh talak tiga terhadap
isteri dan perlu bertaubat semula.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Rakan Blogger
-
-
-
-
-
-
-
Berkhatan Perdana KINTA 2017...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dah Kalah Kalah lah11 years ago
-
-
-
-
-
Rujukan Entri
- June (1)
- December (1)
- September (1)
- August (3)
- December (2)
- February (3)
- May (2)
- October (1)
- September (1)
- August (1)
- June (1)
- March (1)
- February (1)
- January (1)
- December (3)
- November (1)
- August (3)
- April (3)
- March (1)
- February (2)
- January (2)
- December (4)
- October (3)
- September (2)
- August (3)
- July (4)
- June (9)
- May (8)
- April (7)
- March (10)
- February (8)
- January (10)
- December (7)
- November (8)
- October (9)
- September (7)
- August (6)
- July (10)
- June (4)
- May (15)
- April (12)
- March (12)
- February (15)
- January (26)
- December (36)
- November (22)
- October (7)
- September (2)
- August (4)
- July (4)
- June (10)
- May (3)
- April (11)
- March (10)
- February (3)
- January (7)
- December (2)
- November (3)
- October (3)
- September (5)
- August (5)
- July (3)
- June (3)
- May (3)
- April (2)
- March (2)
- February (1)
- January (7)
- December (6)
Kunjungan
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Rangkaian
Followers
-
-
-
-
Perubahan apa Bang Non?1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
1 comments:
Jangan ditanya fatwa Hadi Awang
Silap hari bulan awak melayang
Baiah PAS, hidup dan matiku kerana Pas (BUKANNYA HIDUP KU DAN MATIKU KERANA ALLAH)Itulah padahnya jika parti disamakan dengan agama.