Tuesday, January 10, 2012
Hassan Ali mangsa kerakusan.. |
PENYINGKIRAN Hassan Ali dari
jemaah PAS bukan sahaja dilihat menguntungkan DAP ataupun PKR tetapi sebenarnya satu kemenangan awal kepada Jemaah
Islah Malaysia (JIM) yang selama ini bercita-cita untuk menguasai kepimpinan PAS.
Memang DAP boleh tersenyum lega kerana Hassan Ali yang
mereka sifatkan sebagai duri dalam daging kepimpinan kerajaan Selangor telah
dipecat daripada PAS kerana Hassan Ali selama ini banyak menghalang
gerakan-gerakan DAP untuk berkuasa penuh dengan menjadikan Khalid Ibrahim
sebagai kuda tunggangan mereka.
Itu dari kehendak DAP tetapi
yang sebenarnya kepimpinan PAS ataupun
Hadi Awang sedar atau tidak bahawa dalam PAS ketika ini kelompok anggota atau
bekas anggota-anggota JIM sedang
merancang untuk mengambil alih secara
keseluruhan pimpinan PAS.
Desakan Azmin Ali hanya
sekadar ungkapan politik dan dengan berselindung disebalik kebencian DAP
terhadap Hassan Ali, kumpulan yang pro Anwar mengambil kesempatan mendesak Hadi
Awang membuat keputusan memecat serta merta Hassan Ali dari parti itu tanpa sebarang
amaran.Peluang ini tidak dilepaskan oleh bekas anggota IRC ini.
JIM ini dulunya adalah serpihan
daripada pertubuhan yang berpengkalan di England iaitu Islamic Representative Council
(IRC) atau Majlis Syura Muslimun dan di Mesir mereka lebih dikenali
dengan nama ALAMI dan tidak dinafikan sewaktu
mereka ini bergerak di England, IRC dianggotai oleh bijak pandai namun
setelah mereka ini kembali ke Malaysia, IRC ditukar nama kepada JIM bagi
memudahkan mereka bergerak untuk melengkapkan agenda penubuhan mereka..
Saari Sungib pernah menjadi
Presiden dan Khalid Samad adalah antara pemimpin-pemimpin awal dalam pertubuhan
ini dan dilihat seperti menjadi syarat
kepada pertubuhan ini apabila mereka menyertai politik,mereka perlu
mengosongkan jawatan mereka di JIM dan malang kepada Hassan Ali kerana beliau
bukan sahaja dilihat menjadi duri dalam daging kepada DAP tetapi diihat juga
boleh membantut usaha JIM untuk menguasai PAS secara cepat sebab itulah apa
sahaja tindakan Hassan Ali ditentang oleh Khalid Samad termasuklah dalam isu
DUMC dan juga penentangan Hassan Ali terhadap gerakan pihak tertentu memurtadkan orang Islam di Selangor.
Saari bekas Presiden JIM.. |
Tindakan rakus bekas Presiden JIM juga jelas apabila telah memilih calon-calon untuk PRU13 sehingga beliau diberikan kata dua supaya tidak melampaui kuasa-kuasa yang diperuntukan kepada Presiden PAS.Kenapa Saari begitu berani mengumumkan senarai calon-calon untuk PRU13 di Selangor?
Sebab itulah penyingkiran
Hassan Ali ini dilihat terlalu zalim serta drastik kerana Hassan Ali langsung
tidak diberikan surat tunjuk sebab seperti lazimnya pada sesebuah pertubuhan
kerana itulah peluang terbaik kelompok
bekas pimpinan JIM ini menekan Jawatankuasa PAS Pusat bagi menyingkir dan
memalukan Hassan Ali dan Exco PAS ini akhirnya tumbang menjadi mangsa kerakusan kumpulan yang tidak senang dengan kelantangannya.
Sebagaimana satu ketika dulu
ABIM yang bercita-cita untuk menguasai
UMNO dengan kemasukan Anwar ke dalam parti itu dan ABIM gagal melaksanakan
agenda mereka dalam UMNO apabila Anwar dipecat daripada semua jawatan lantaran
kes liwatnya dengan Azizan.Serpihan anggota JIM bukan sahaja berada dalam kepimpinan tertinggi PAS tetapi turut sama berada dalam PKR kerana kerana mereka adalah penyokong kuat kepada Anwar Ibrahim.
JIM yang juga merupakan antara
pertubuhan yang pro Anwar berpaling menyusup masuk dalam PAS bagi menguasai parti
tersebut dan ternyata usaha bekas-bekas anggota JIM ini semkin nampak hasilnya
dan pemecatan Hassan Ali adalah bukti jelas bahawa PAS sudah tidak mampu lagi
bangga dengan konsep parti itu sebelum ini yang waras dalam melaksanakan
tindakan.
PAS ketika ini bukan sahaja
terpaksa berdepan dengan tuntutan DAP,bukan sahaja dilihat menjadi perkakas
kepada DAP dan PKR tetapi kepimpinan tertinggi PAS dilihat gagal melihat
gerakan tersusun dari dalam untuk menggantikan kepimpinan ulama kepada
kepimpinan seperti yang dikehendaki oleh JIM dan mereka akhirnya mengorban Hassan Ali tanpa disedari bahawa mereka telah mengorbankan dasar perjuangan PAS itu.
Semua orang pelik dengan alasan yang Hadi Awang berikan kononnya tindakan dan kenyataan Hassan Ali memudaratkan kepentingan PAS.Salahkah Hassan Ali memperjuangkan Islam kerana itu dasar tubuh PAS?Adakah menyalahi kepentingan PAS apabila Hassan Ali bersungguh mempertahankan akidah umat Islam di Selangor dan di mana salah sebenarnya Hassan Ali bila beliau vokal mempertahankan kepentingan Melayu serta Raja-Raja Melayu sedangkan beliau bertanggungjawab dalam portfolionya itu? Yang jelas Hadi Awang maupun Nik Aziz ataupun Dewan Ulama PAS sudah sesat dan tersasar jauh dari asas penubuhan parti ini.
Hadi Awang tidak boleh alpa
dengan gerakan-gerakan bekas-bekas anggota JIM ataupun IRC yang sedang memegang
jawatan dalam PAS ketika ini dan harus melihat bahawa sudah ada sesuatu yang tidak
kena kepada parti itu apabila Mohamad Sabu menang Timbalan Presiden PAS dan
ini dilihat virus IRC yang dibawa masuk
ke dalam PAS sudah mula menular dan tidak mustahil Hadi Awang yang akan tinggal
bersendirian serta diperalatkan untuk sesuatu keputusan.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Rakan Blogger
-
-
-
-
-
-
-
Berkhatan Perdana KINTA 2017...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dah Kalah Kalah lah11 years ago
-
-
-
-
-
Rujukan Entri
- June (1)
- December (1)
- September (1)
- August (3)
- December (2)
- February (3)
- May (2)
- October (1)
- September (1)
- August (1)
- June (1)
- March (1)
- February (1)
- January (1)
- December (3)
- November (1)
- August (3)
- April (3)
- March (1)
- February (2)
- January (2)
- December (4)
- October (3)
- September (2)
- August (3)
- July (4)
- June (9)
- May (8)
- April (7)
- March (10)
- February (8)
- January (10)
- December (7)
- November (8)
- October (9)
- September (7)
- August (6)
- July (10)
- June (4)
- May (15)
- April (12)
- March (12)
- February (15)
- January (26)
- December (36)
- November (22)
- October (7)
- September (2)
- August (4)
- July (4)
- June (10)
- May (3)
- April (11)
- March (10)
- February (3)
- January (7)
- December (2)
- November (3)
- October (3)
- September (5)
- August (5)
- July (3)
- June (3)
- May (3)
- April (2)
- March (2)
- February (1)
- January (7)
- December (6)
Kunjungan
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Rangkaian
Followers
-
-
-
-
Perubahan apa Bang Non?1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
4 comments:
sedikit makluman tambahan dan mungkin sedikit pembetulan = IRC adalah Islamic Representative Council or Majlis Syura Muslimun; yang berpengkalan di UK;
Nak cerita pasal IRC nie memang panjang dan kalau nak tahu siapa IRC nie tanya lah ABIM;
nice article. fakta yang kukuh kemelut PAS.Adakah mereka IRC terlibat Islam Liberal yang cuba dipopularkan anwar>
Al Banna rh berkata...Jangan lah mencari keburukan individu atau jemaah lain kerana itu adalah mengumpat....jika berkata tak benar ianya adalah menipu....kedua2nya adalah berdosa besar....Doakan semoga PAS kembali kepada jalan yang benar dengan menjadikan Al Quran dan Sunnah sebagai Teras Perjuangan dan ABIM, IKRAM dan ISMA juga begitu
minta perhatian para pengkomen..
walaupun PAS tidak sehaluan dgn JIM, berhati-hati dengan artikel yang dibaca ini.
ini bukan blog pro-PAS
ada sesuatu niat tidak baik yg terselit.