Wednesday, January 11, 2012

Jerat makan diri!
MEREKA ini bagaikan sudah bersedia untuk melaksanakan rancangan merusuh,megheret rakyat serta Negara dalam kancah kemusnahan dan golongan taksub,ekstrimis ataupun pelampau dalam kelompok pembangkang telah membuat persediaan yang cukup rapi serta bersistematik malah bila kita melihat kejadian yang berlaku di sekitar bangunan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini membuktikan bahawa ada rancangan jahat diatur untuk menganggugugat dan memecahkan kestabilan Negara.

Kita boleh menuduh sesiapa sahaja di sebalik tiga letupan bom yang dipasang di sekitar kompleks Mahkamah Tinggi itu.Mungkin dilakukan oleh agen asing,mungkin juga dilakukan oleh kumpulan pembangkang ataupun mungkin dipasang oleh penaksub kepada Anwar ataupun telah dipasang oleh golongan-golongan pelampau yang menyusup masuk menjadi ahli kepada parti DAP.PKR dan juga PAS.

Kita nampak perancangan mereka yang meletakkan bom tersebut seolah-olah berpandukan kepada waktu yang biasa Hakim menjatuhkan hukuman kepada tertuduh dan dengan keyakinan tinggi semua pihak termasuk Anwar sendiri bahawa beliau akan didapati bersalah meliwat Saiful  maka bom-bom tersebut  `timer’nya tepat pada waktu hukuman dijatuhkan namun malangnya hukuman dijatuhkan sekitar jam 9.30 pagi dan bukannya sekitar jam 10.00 pagi seperti biasanya.

Itu `sambutan’ pada pembebasan sementara Anwar dan rakyat boleh bayangkan bagaimana suasana sekitar mahkamah ataupun sekitar Kuala Lumpur serta kawasan-kawasan yang berhampiran dengannya seandainya Anwar didapati bersalah?Kita mungkin menjangkakan 3 biji bom itu sahaja tetapi siapa yang berani menafikan bahawa ada lagi bom-bom yang tidak sempat di pasang di beberapa tempat lain?

Paling pasti Negara akan dilanda rusuhan yang sememangnya telah dirancang hasil dari Jelajah 901 kumpulan yang taksub kepada anwar ini.Pasti wujud kegilaan untuk meruntuhkan system demokrasi amalan Negara menjadikan Negara dipenuhi oleh pengganas-pengganas yang bertopengkan agama serta hak asasi manusia.

“Siasatan polis mendapati terdapat tiga letupan di sekitar kawasan berhampiran mahkamah dan semua letupan ini dipercayai diletupkan secara jangka masa. Bahan-bahan yang dijumpai di lokasi kejadian adalah serpihan kon plastik, bebola besi, jam dan bateri.

“Kami masih meneruskan siasatan dan usaha mengesan mereka yang bertanggungjawab sedang giat dijalankan. Polis turut mengharapkan kerjasama dari orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian untuk tampil membantu siasatan,”  kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur, Dato Mohamad Salleh memperjelaskan lagi ada agenda jahat di sebalik apa sahaja keputusan terhadap kes Anwar Ibrahim.

Kita tunggu siasatan polis.
Kita melihat bahawa memang wujud gerakan terancang seperti yang diuar-uarkan sebelum ini bahawa kumpulan penyokong Anwar memang merancang untuk mewujudkan rusuhan dengan menjadikan Negara kelam kabut dan sekaligus mampu memngheret campurtangan asing bagi menggulingkan kerajaan seperti yang berlaku di Mesir dan Libya.

Mesir dan Libya itu negara yang cukup gagah dan canggih segala kelengkapan pun mampu ditumbangkan apalah sangat Malaysia yang tidak sebesar mana ini malah dengan kekuatan sokongan dalam serta luar Negara,Negara ini amat mudah dimusnahkan apatah lagi rakyatnya hari pun sudah berpecah belah.

Kita boleh lihat tentang kerakusan kalangan penyokong pembangkang termasuklah kalangan penyokong wanita yang bertudung litup serta bertudung hijab mempamirkan kegilaan mereka dalam menyatakan sokongan kepada Anwar dan kumpulan ini mampu bertindak dengan lebih ganas lagi sekirana keputusan Hakim hari itu berbeza.

Malang jangan ditempah .dan inilah hasilnya bila taksub!
Tapi sayangnya skrip yang mereka tulis tidak sama dengan apa yang berlaku.Termasuk Anwar semua pihak mengharap sangat tertuduh(Anwar) dijatuhkan hukuman bersalah agar mereka mudah melaksanakan agenda jahat yang disusun tetapi perancangan Allah tiada siapa yang tahu dan Negara masih selamat,rakyat masih aman damai dan kerajaan masih berdiri teguh.

Parti pembangkang memang mengharap sangat Anwar dijatuhkan hukuman bersalah kerana keputusan mahkamah ini mampu dijadikan bahan kempen PRU13 untuk meraih undi dan sokongan rakyat.Wan Azizah anak beranak akan kembali ke pentas dengan linangan airmata seperti tahun 1999 lalu dan mereka akan meneruskan lakonan slapstick mereka ini secara berterusan.

Tetapi seperti ayat Al Qur`an yang selalu Anwar baca, Kita merancang,Allah juga merancang.Rancangan kita kita tahu tetapi rancangan Allah kita tidak tahu.Allah masih sayangkan Negara ini dan pemimpin yang menjaga agamaNya.Keputusan Hakim ada hikmahnya.

 http://dongtalk.blogspot.com/2012/01/hakim-bijaksana.html...sila baca

1 comments:

Megat Alam Gempita said...

Dulu Teman pernah beri klue pada BPN;

"Anwar menghampiri revolusi...hati-hati dengan pergerakan di sebalik gunung itu". Syukur revolusi tak jadi, cuma tiga bom yang tak cukup modal jer yang meletup. Asal bom itu dari 'kawasan sebalik gunung'

Klue seterusnya;

"Pergerakkan "ditengah lautan" itu sedang berpusar, hati-hati dengan yang 'mengkhayalkan'"

hehehe macam Nostradamus plak...selamat mencari klue!!!

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers