Thursday, January 12, 2012
Bersediakah Najib? |
SEMUA rakyat sedang
berkira-kira dan membuat berbagai-bagai ramalan kononnya PRU13 akan diadakan
pada tahun ini malah sudah ada yang menjangkakan PM Najib akan membubarkan
Parlimen pada bulan Mac ini dan ada juga
yang menjangkakan Parlimen akan dibubarkan pada bulan Mei akan datang.
Macam-macam ramalan dibuat, bukan
sahaja daripada kalangan pembangkang malah pihak kerajaan juga menjangkakan
PRU13 akan diadakan pada bila-bila masa walaupun tarikh sebenar pembubaran
parlimen ataupun PRU13 hanya PM Najib sahaja yang tahu.Makin ramai yang mahu
menjadi seperti Nujum Pak Belalang.
Pembangkang memang mahu dan
mendesak PRU13 diadakan dalam waktu terdekat kerana mereka cukup optimis untuk
menumbangkan kerajaan sedia ada malah mereka telah lama menggerakkan jentera
pilihanraya bagi menghadapi cabaran PRU13 ini.
Dan bagi pihak kerajaan
adakah mereka sudah bersedia untuk berdepan dengan cabaran PRU13 yang mereka sifatkan cukup getir ini?Dan
apakah ada keperluan mendesak hingga kerajaan bersedia tunduk kepada tekanan
sedangkan kerajaan yang ada hari ini jangka hayatnya pada April 2013 malah ada
yang menyifatkan untuk apa kerajaan ini tergesa-gesa mahu mengadakan PRU12
lebih awal dari yang sepatutnya.
Jamil perlu bijak tangani isu wang zakat |
Dalam kerajaan sedang
berdepan dengan berbagai-bagai cabaran seperti kes liwat Anwar,isu SBPA,National
Fedlot Corporation (NFC),penyenaraian Koperasi Permodalan Felda (KPF) oleh
Global Ventures,penyalahgunaan wang zakat,pengagihan BR1M yang masih belum
selesai,persepsi buruk terhadap personaliti Rosmah Mansor dan berbagai lagi
isu-isu sampingan yang memungkinkan dimanipulasi oleh pembangkang bagi meraih
undi rakyat,kerajaan dilihat tidak mampu untuk menanganinya dalam waktu
terdekat ini bagi menyakinkan rakyat bahawa tuduhan pembangkang selama ini
adalah palsu serta tidak berasas sama sekali.
Tekanan Anwar pasti berterusan.. |
Antara isu besar yang perlu
kerajaan tangani ialah pembebasan Anwar dan bagi rakyat di kampong baik kampong
tradisi ataupun penempatan Felda bebas bermakna Anwar tidak meliwat dan mereka
tidak semua tahu bahasa yang digunakan oleh mahkamah bahawa walaupun dibebaskan
Hakim tidak menolak berlaku kejadian liwat antara Anwar dan Saiful.
Pembebasan Anwar yang boleh
kita sifatkan sementara ini akan digunakan sepenuhnya oleh peliwat ini untuk
menyerang kerajaan dan lihat sahaja tidak sampai 24 jam Anwar dibebaskan,PKR
mendedahkan dokumen penyalahgunaan wang zakat dan saya teringat kepada tulisan
saya sebelum ini tentang `lightning war’ atau strategi `blitzkrieg’ yang
digunapakai oleh pembangkang,mereka mengumpul isu dan menyerang ataupun
mendedahkan apabila tiba waktu yang sesuai.Kita percaya semakin dekat dengan
PRU13,semakin banyak isu yang bakal mereka timbulkan.
Disinilah peranan kerajaan
untuk memperjelaskan kepada rakyat dan sekaligus menyakin rakyat bahawa badan
kehakiman Negara bebas serta tidak pernah ada campurtangan kerajaan dan UMNO
juga melalui jentera penerangannya harus berusaha dengan lebih keras untuk
menolak segala fitnah yang Anwar lemparkan hampir 4 tahun kononnya UMNO berkonspirasi
untuk memenjarakan Anwar sedangkan hakikatnya adalah sebaliknya.Tugas UMNO
cukup besar andainya mereka mahu lagiu memerintah Negara ini pada PRU13 nanti.
Rosmah dijadikan senjata lemahkan BN |
Isu SBPA juga jangan
dipandang remeh dan ianya memerlukan penerangan yang cukup jelas agar
kakitangan awam yang selama ini menjadi nadi kerajaan tidak berpaling menyokong
pembangkang kerana walaupun isu ini dianggap selesai,suara-suara sumbang masih
kedengaran mempersoalkan sejauh mana SBPA ini memberikan menafaat kepada
kakitangan kumpulan Sokongan 1 dan 2.
Isu NFC sampai hari ini
dilihat masih belum selesai sepenuhnya dan pembangkang menjadikan Shahrizat
sebagai kambing hitam bagi menyerang ketelusan kerajaan walaupun yang terlibat
secara langsung dalam isu NFC ini adalah suaminya.
Begitu juga dengan
penyenaraian Koperasi Perbadanan Felda (KPF),isu ini sedang diheret pembangkang
dengan pelbagai tafsiran untuk memusingkan kepala pembangkang supaya menolak
kerajaan sedia ada kononnya kerajaan sedang berusaha untuk merampas hak-hak
peneroka.Walaupun usaha menyakin peneroka setipa hari dilakukan oleh FELDA
namun pertembungan fakta serta bukti masih tidak mampu menepis persepsi buruk
yang diketengahkan oleh pembangkang.
Isu Rosmah Mansor yang tidak
henti-henti dikeji dan difitanh pembangkang juga jangan dianggap isu peribadi
kerana Rosmah hari ini digunakan sebagai senjata untuk melemahkan Najib dan
kerajaan Barisan Nasional.
Paling terbaru adalah isu
penyalahgunaan wang zakat untuk membayar kos guaman seperti yang dibawa oleh
pembangkang dan isu ini kita yakin serta percaya akan dikembangkan seluas-luasnya
oleh pembangkang untuk terus mencemarkan imej kerajaan.
Peneroka perlu diyakinkan sepenuhnya |
Selagi isu-isu berbangkit
yang timbul tidak ditangani dengan bijak,keperluan untuk mengadakan PRU13 dalam
waktu terdekat ini perlu difikirkan kembali seandainya PM Najib mahu terus
menjadi Perdana Menteri dan mahu Barisan Nasional terus memerintah Negara ini.
Masih ada suara sumbang tentang SBPA ini.. |
Najib tidak perlu
tergesa-gesa mencari tarikh PRU13 dalam waktu terdekat ini selagi isu-isu yang
ada di sekeliling kerajaan dan Barisan Nasional tidak selesai sepenuhnya dan
andainya Najib memilih untuk mengadakan PRU13 dalam waktu terdekat ini, Najib
sebenarnya sudah terjerat dalam jerat yang pembangkang sediakan.
Dan kita percaya kepada satu
lagi ramalan sekiranya PRU13 diadakan dalam waktu terdekat ini, Najib dan
seluruh kabinetnya kena bersedia untuk mengosongkan pejabat masing-masing
tetapi kalau Najib dan kepimpinannya berani mengambil tindakan drastic kepada
perkara-perkara ataupun isu yang ditimbulkan, Barisan Nasional akan tetap kukuh
di Putrajaya.
Tangani dulu isu di depan
mata dan barulah Najib fikirkan tentang PRU13.Cucikan dulu segala fitanh yang
dilemparkan pembangkang dan selepas itu barulah kita boleh bercakap tentang
PRU13.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Rakan Blogger
-
-
-
-
-
-
-
Berkhatan Perdana KINTA 2017...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dah Kalah Kalah lah11 years ago
-
-
-
-
-
Rujukan Entri
- June (1)
- December (1)
- September (1)
- August (3)
- December (2)
- February (3)
- May (2)
- October (1)
- September (1)
- August (1)
- June (1)
- March (1)
- February (1)
- January (1)
- December (3)
- November (1)
- August (3)
- April (3)
- March (1)
- February (2)
- January (2)
- December (4)
- October (3)
- September (2)
- August (3)
- July (4)
- June (9)
- May (8)
- April (7)
- March (10)
- February (8)
- January (10)
- December (7)
- November (8)
- October (9)
- September (7)
- August (6)
- July (10)
- June (4)
- May (15)
- April (12)
- March (12)
- February (15)
- January (26)
- December (36)
- November (22)
- October (7)
- September (2)
- August (4)
- July (4)
- June (10)
- May (3)
- April (11)
- March (10)
- February (3)
- January (7)
- December (2)
- November (3)
- October (3)
- September (5)
- August (5)
- July (3)
- June (3)
- May (3)
- April (2)
- March (2)
- February (1)
- January (7)
- December (6)
Kunjungan
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Rangkaian
Followers
-
-
-
-
Perubahan apa Bang Non?1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
0 comments: