Wednesday, January 4, 2012
Risalah ini jelas menghasut! |
PIHAK polis kali ini
dituntut untuk tidak lagi berlembut dan hanya sekadar memberikan amaran demi
amaran bagi mengekang GERAKAN 901 yang
sedang dirancang bagi membebaskan Anwar dar tuduhan liwat kerana terbukti sikap lembut
polis itu diambil kesempatan oleh kumpulan ini untuk terus memberikan tekanan
kepada mahkamah.
Sebagai pasukan yang
bertanggungjawab menjaga ketenteraman awam dan mendaulatkan undang-undang Negara,pengalaman
BERSIH 2.0 dulu seharusnya dijadikan pengajaran apabila amaran mereka lansung
tidak dipedulikan oleh gerombolan pengkhianat yang berselindung di sebalik hak
asasi ataupun demokrasi hingga Kuala Lumpur menjadi kacau bilau.
Setakat ini lebih tiga ratus
lebih laporan polis telah dibuat oleh pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan
dalam masa yang sama Timbalan Presiden PKR,Azmin Ali terus mencabar
undang-undang bahawa mereka akan tetap berhimpun dan mengarahkan setiap
cawangan parti itu menghantar sekurang-kurangnya 100 ahli bagi menyertai demonstrasi
haram ini,jelas mereka langsung tidak peduli dan menghormati arahan ataupun
amaran yang pihak polis berikan.
Mengambil kira pengalaman
Bersih 2.0 pihak berkuasa gagal menangani demonstrasi itu dengan berkesan dan dilihat prinsip
mencegah lebih awal tidak dipraktikan di zaman pemerintahan PM Najib dan Ismai
Omar ini dan kita tidak tahu mengapa pihak polis dilihat hanya gemar memberikan
amaran demi amaran sedangkan mereka tahu amaran tersebut tidak langsung menakut
atau membimbangkan golongan pelampau politik yang taksub kepada Anwar ini.
Pihak polis jangan
mempertaruhkan nasib rakyat yang majority menolak sebarang pencabulan
undang-undang dan keluhuran perlembagaan dengan tunduk kepada budaya samseng serta kurang ajar gerombolan
politik yang didalangi oleh PKR ini yang akhirnya rakyat tidak bersalah turut
menjadi mangsa hasil percaturan amaran yang silap daripada pihak berkuasa.
Jangan sampai tanah Kuala
Lumpur bermandi darah,baru ada tindakannya,jangan sampai Kompleks Mahkamah Kuala
Lumpur runtuh diganyang oleh kumpulan yang tidak bertamadun ini baru berkeras
mengambil tindakan dan jangan sampai meletus perang saudara barulah polis
menggandakn tindakan demi tindakan untuk mengekangnya.
Jangan runtuhkan institusi ini.. |
Kita nampak dengan jelas bahawa pasukan keselamatan sudah
tidak lagi dihormati oleh kumpulan pembangkang ini.Mereka lebih menerima pakai
undang-undang rimba daripada tunduk dan akur kepada sistem perundangan Negara.Mereka
maipulasikan politik matlamat menghalalkan cara dan segala sistem yang tidak
menguntungkan mereka,mereka akan tentang habis-habisan manakala kita hanya
selesa dengan amaran demi amaran.
Segala bukti dan fakta ada
depan mata.Siapa yang terlibat menyusun gerakan ini telah pun dikenalpasti dan
rakyat mana yang bakal diperbodohkan untuk turt serta dalam demonstrasi ini pun
telah diketahui oleh pihak polis,jadi mereka tunggu apa lagi?
Dalam kumpulan ini mereka
menggerakankan rantaian subversif cukup tersusun,barangkali mengangkat falsafah
ala-komunis,ala-gansterisme dan sebab itulah mereka dilihat cukup berani untuk
menentang pasukan polis kerana mereka yakin serta percaya polis tidak mampu
untul lebih dari sekadar memberikan amaran dan kalau mereka tertangkap
sekalipun mereka akan cuba mencari jalan menuding jari menyalahkan polis
kononnya perhimpunan merek aman tetapi polis yang menjadi punca kepada
rusuhan.Inilah antara taktik mereka.
Apakah tidak cukip dengan
laporan polis berates-ratus itu untuk membuatkan polis bangun menyiasat serta
mengambil tindakan?Atau sememangnya pihak berkuasa gentar dengan gerakan 901 ini?Polis kata
mereka menerima laporan risikan bahawa kumpulan ini akan membuat huru hara dan
apakah tindakan seterusnya?Adakah mereka menungggu tarikah tersebut baru mahu
bertindak?Ataupun menunggu nasi menjadi bubur?
Demi Anwar.Azmin korbankan segala |
Dua kali Azmin Ali membuat
kenyataan menghasut, pertama di Konvensyen PKR di Johor,meraka akan robohkan
tembok penjara sekiranya Anwart dipenjarakan dan kedua,beliau menyeru semua
anggota parti itu untuk turun beramai-beramai bagi menjadikan jumlahna 100,00
supaya berhimpun di perkarangan Mahakamah Tinggi,tempat menentukan Anwar
bersalah atau tidak atas kes liwatnya.
Kita tidak mahu polis terus
dianggap lemah,bacul dan lembik di bawah kepimpinan Ketua Polis Negara,Ismail
Omar.Kita tidak mahu Polis DiRaja Malaysia yang terbukti hebat dimata dunia
terus menjadi bahan cacian kumpulan pelampau politik ini.
Cukup-cukuplah polis
bersabar dan menelan bulat-bulat segala cacian yang dilemparkan kepada
mereka.Biar polis dicerca asalkan negara terjamin amannya,biar polis
diperlekehkan oleh pembangkang asalkan majoriti rakyat merasai nikmat dan
selamat kerana polis ada untuk membantu mereka dan biar apa sekalipun tanggpana
pembangkang kepada polis,polis kena buktikan negara ini ada undang-undang dan
sesiapa pun tidak boleh mempolitikkannya.
PDRM ada harga diri dan
jangan sampai tergadai harga diri itu yang akhirnya bakal menjadikan pasukan
ini tidak bernilai apa-apa.Rakyat sedang menunggu adakh nasib mereka dan polis
sama sahaja seperti Bersih 2.0 dulu.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Rakan Blogger
-
-
-
-
-
-
-
Berkhatan Perdana KINTA 2017...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dah Kalah Kalah lah11 years ago
-
-
-
-
-
Rujukan Entri
- June (1)
- December (1)
- September (1)
- August (3)
- December (2)
- February (3)
- May (2)
- October (1)
- September (1)
- August (1)
- June (1)
- March (1)
- February (1)
- January (1)
- December (3)
- November (1)
- August (3)
- April (3)
- March (1)
- February (2)
- January (2)
- December (4)
- October (3)
- September (2)
- August (3)
- July (4)
- June (9)
- May (8)
- April (7)
- March (10)
- February (8)
- January (10)
- December (7)
- November (8)
- October (9)
- September (7)
- August (6)
- July (10)
- June (4)
- May (15)
- April (12)
- March (12)
- February (15)
- January (26)
- December (36)
- November (22)
- October (7)
- September (2)
- August (4)
- July (4)
- June (10)
- May (3)
- April (11)
- March (10)
- February (3)
- January (7)
- December (2)
- November (3)
- October (3)
- September (5)
- August (5)
- July (3)
- June (3)
- May (3)
- April (2)
- March (2)
- February (1)
- January (7)
- December (6)
Kunjungan
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Rangkaian
Followers
-
-
-
-
Perubahan apa Bang Non?1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
1 comments:
seorg lelaki tua berusia meliwat seorg pemuda? fikirlah dgn logik akal..bkn tidak percaya pada undang2 negara, tetapi ada tangan2 kotor disebalik undang2 itu