Tuesday, January 3, 2012

Adakah sama dengan Khun Bar?
MEMANG benar nama adalah gambaran baik atau buruknya keturunan atau keperibadian sesorang itu dan sebab itulah ibu bapa disunnahkan memilih nama-nama yang baik untuk anak-anak mereka kerana nama tersebut akan membentuk atau mengambarkan keperibadian anak yang dilahirkan dan sebagai contoh nama Muhammad di pilih kerana mahu mengambarkan sifat-sifat serta  kemuliaan seperti yang ada pada diri Nabi Muhmmad SAW dan begitu juga nama yang berpangkalkan Abdul iaitu hamba kepada Allah SWT.

Begitu juga dengan nama-nama pertubuhan ataupun persatuan.Contohnya ABIM,mahu mengambarkan sebuah gerakan Islam,PPIM menggambarkan persatuan pengguna Islam Malaysia dan FOMCA umpamanya.Semua mahu menggambarkan sikap dan tingkah laku yang baik serta  berguna dan memberikan faedah kepada rakyat serta negara.

Dalam lawatan singkat ke Surathani,Thailand baru-baru ini,saya melihat individu dan ada kalanya berkumpulan di tepi jalan,bawah jambatan,di simpang lampu isyarat dan banyak tempat yang dilalui dalam Bandar Surathani ini saya berdepan dengan golongan yang dimaksudkan ini ada yang menjerit-jerit, bercakap dengan nada yang kuat ,ada menunjukkan reaksi yang tidak senang seolah-olah mengambarkan rasa tidak puas hati mereka dan ini menimbulkan tandatanya kepada saya.

Bandar Surathani ini lebih kurang 4 jam perjalanan menggunakan jalan darat daripada Haatyai dan dari Bangkok lebih kurang 7 jam.Disini jugaklah terletaknya Kok Samui,pusat peranginan yang terkenal di Thailand,perjalanan dari Bandar Surathani ke Kok Samui mengambil masa satu jam dan Anwar mungkin pernah bercuti di pulau ini.

Saya bertanya kepada pemandu pelancong yang mengiringi lawatan itu,beliau tidak begitu fasih dalam Bahasa Inggeris tentang situasi itu dan siapakah mereka ini,pemandu pelancong menjawab dalam bahasa Thai yang saya tidak faham ketika itu,itu adalah `Khun Bar’ maka terlintas dalam fikiran saya ketika itu yang saya banyak terbaca dalam media samaada dalam internet dan media arus perdana tentang perkataan Bar ini terutama sekali Bar Council.

Balik ke hotel,saya bertanya kepada kawan maksud Khun Bar itu dan saya diberitahu maksudnya ialah Khun itu adalah ORANG  dan Bar itu adalah GILA.Saya terkedu seketika dan terkenang Bar Council di Malaysia,juga ada perkataan Bar tapi  lebih hebat lagi  kerana lengkap tersusun dengan Council ataupun Majlisnya.

Shasa Resort di Kok Samui..segalanya di sini...
Bezanya apa yang dilihat di Surathani itu tidak tersusun seperti mana Bar Council di Malaysia.Di Surathani mereka ini terpekik terlolong bersendirian ataupun berkumpulan yang tidak besar tetapi dalam negara kita,Khun Bar ini lebih tersusun dan ada Presiden serta ahli jawatankuasanya.

Kalau Khun Bar itu maksudnya orang gila,adakah Bar Council di Malaysia in juga adalah majlis orang-orang gila?Kalau melihat kepada tindakan serta tingkah laku kedua-dua kumpulan ini baik di Surathani ataupun di negara ini lebih kurang sama sahaja sikap mereka  dan difahamkan di Surathani itu terletaknya Hospital Bahagia sepertimana Tanjung Rambutan di Perak tapi ada juga orang gila dalam negara ini mereka berkeliaran di merata tempat.

Khun Bar di Surathani itu menunjukan protes mereka terhadap apa sahaja isu dan orang yang mereka tidak puas hati,tidak ada yang betul selain mereka sahaja yang betul dan itulah antara punca yang menyebabkan mereka terpekik terlolong di tepi jalan dan Bar Council dalam Negara kita pun sama sahaja, mereka juga menganggap semua orang tidak betul,semua undang-undang yang tidak memihak kepada mereka perlu dipinda atau dimansuhkan.

Sikap dan tindak tanduk mereka sama sahaja dengan Khun Bar..
Bar Council anjurkan demontrasi jalanan.Undang-undang dikebelakangkan,peraturan diketepikan,mereka pertikaikan keputusan mahkamah,mereka mewakili tertuduh dalam mahkamah untuk mencari yuran tetapi dalam masa yang sama mereka menyokong  orang yang membuat bantahan sebelum mahkamah membuat keputusan seperti kes Anwar Ibrahim dan ini jelas menyalahi undang-undang dan mereka ini Bar Council jenis apa?Adakah sama dengan Khun Bar di Surathani itu?Persoalan ini patut dijawab oleh Majlis Peguam  iaitiu majlis yang diwakili oleh peguam-peguam yang menegakkan undang-undang atau `rule of law’ lainlah Khun Bar di Surathani itu.

Bar Council di Malaysia ini sepatutnya menjunjung Kedaulatan Undang-Undang Dan Keluhuran Perlembangaan serta menentang sebarang bentuk pencabulan terhadap undang-undang dalam Negara ini tapi berlaku sebaliknya apabila mereka sendiri dilihat turun ke jalanan mencemar undang-undang yang menjadi profesi mereka.

Memang wajar dan tepat bila Rais Yatim menyerang tindak tanduk Bar Council Malaysia kerana mereka sudah tergelincir dan terbabas daripada landasan asal penubuhan majlis itu,daripada sebuah penubuhan majlis berniat baik akhirnya menjadi berniat jahat.

Dalam kes yang melibatkan Anwar Ibrahim.Bar Council sepatutnya ke depan menentang pencabulan sistem undang-undang negara tapi sehingga ke hari ini tidak ada satu pun kenyataan membantah tindakan Anwar yang sedang mengumpul pengikutnya untuk berdemonstrasi sempena dengan keputusan kes liwat pada 9 Januari nanti.Malah Bar Council dilihat sebagai majlis yang merestui segala tindakan pencabulan sistem kehakiman negara.

Jangan nanti Bar Council ini sifatnya sama sahaja dengan Khun Bar di Surathani itu..

0 comments:

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers