Monday, January 9, 2012

DNA adalah merupakan satu kaedah pembuktian dalam satu-satu  kes dan dalam kes Anwar Ibrahim  ini mahkamah telah tidak terima pembuktian melalui DNA setelah kedua-dua pihak memberi keterangan masing-masing. 

Untuk pembuktian DNA ini mahkamah perlu mengambikira dalam aspek-aspek cara bagaimana sampel DNA diambil? Apakah pengambilan sampel itu sendiri mematuhi peraturan dan kehendak pembuktian oleh mahkamah. cara proses untuk pengesahan DNA juga boleh dipertikaikan. 

Jadi, untuk mendapat pembuktian secara tengok dengan mata adalah tidak mungkin didalam pengendalian kes yang melibatkan jenayah seksual seperti ini dan sebab itulah Anwar berkeras tidak mahu menyerahkan sampel maninya bagi ujian DNA kerana beliau sedar risiko yang bakal beliau tanggung.

Anwar selamat kerana teknikal DNA menyelamatkannya dan proses rayuan yang mungkin dibuat oleh Peguam Negara belum tentu dapat menyelamatkannya  malah hanya orang yang sengaja membutakan mata hatinya sahaja yang akan bersetuju kononnya Anwar  tidak meliwat apabila mahkamah membebaskannya.

Namun yang paling penting daripada keseluruhan kes yang berlangsung hamper dua tahun ini adalah seperti memulangkan paku buah keras kepada beliau kerana selama ini belia pusing seluruh dunia mendakwa badan kehakiman Negara tidak bebas,mencerca mahkamah kita sebagai mahkamah kanggoraoo,menghina Hakim Zabidin hingga beliau berusaha menyingkirkan hakim tersebut  daripada mendengar kes beliau dan beliau dengan angkuh mengatakan bahawa tidak akan mendapat keadilan terhadap kes tersebut.

Sekarang ini apa helah Anwar setelah mahkamah memutuskan beliau dibebaskan daripada kes tersebut?Mahkamah dan Hakim yang beliau cerca selama ini tidak adilkah bila membebaskannya?Hebatnya badan kehakiman kita yang tidak pernah tunduk kepada sebarang tekanan baik daripada Perdana Menteri ataupun daripada sesiapa sahaja dan membuktikan bahawa badan ini benar-benar bebas dan bermaruah.

Walaupun Anwar dan juak-juaknya begitu lantang menghina mahkamah sehinggalah detik terakhir keputusan mahu diumumkan apabila Fauziah salleh berucapa di perhimpunan depan mahkamah menganggap Hakim Zabidin dicucuk hidung dan macam-macam gelaran diberikan.

Anwar perlu minta maaf terhadap badan kehakiman negara dan juga PM Najib kerana mencerca mereka selama ini.
Kita mahu sebagai terus mempertahankan maruah dan memperkasakan badan kehakiman kita,mereka ini dituntut untuk didakwa menghina mahkamah.Mulut-mulut celupar dan sial ini harus dihentikan supaya tidak terus menjadi mulut-mulut celaka yang tidak segan silu menyumpah seranah badan kehakiman kita.

Beliau juga menuduh UMNO terutama sekali PM Najib berkonspirasi untuk memenjarakan beliau serta menghalangnya untuk menjadi Perdana menteri yang diidamkan sekian lama?Dan kalau benar Najib terlibat serta boleh mengawal badan kehakiman seperti yang Anwar tuduh selama ini,pasti Anwar akan didapati bersalah dan dipenjarakan hingga 15 tahun.

Dan ada juga yang melihat betapa kecewanya PAS,DAP dan PKR yang sememangnya mengharapkan Anwar dihukum bersalah oleh mahkamah kerana itu adalah peluang kepada mereka untuk meraih simpati rakyat serta menagih undi kononnya untuk menyelamatkan Anwar yang dipenjarakan kerana konspirasi seperti yang disebutkan.

Dan Anwar sendiri pun yakin beliau bersalah dan telah memberikan amanat demi amanat malah PAS Selangor mengarahkan 75,000 ahlinya turun ke mahkamah dan Azmin Ali pula mencanangkan akan menghimpun 100,000 penyokong mereka membayangkan Anwar bersalah tetapi malangnya yang hadir hanya sekitar 4,000 orang sahaja.

Dan Anwar perlu ingat..beliau belum bebas sepenuhnya. Mahkamah dunia anda terlepas,mahkamah Allah belum tentu...


7 comments:

Anonymous said...

TERLALU banyak dosa dosa Anwar pada agama bangsa dan tanahair.

Anonymous said...

Saya hanya insan marhaen sahaja. Tapi saya tetap akan berdoa dan terus berdoa agar Anwar dan keluarga serta keturunannya akan dilaknati Allah suatu hari nanti. Begitu juga dengan pengikut taksubnya.

Ini semua mahkamah dunia bahawa sanya dia boleh terlepas hanya kerana tidak mahu memberikan DNAnya. Walaupun dia terlepas bukan bermakna dia tidak meliwat.

Mungkin saya hanya sekelumit insan kerdil di Malaysia yang amat kecewa dengan keputusan ini. Tapi saya akan terus memanjatkan doa agar Malaysia dijauhi dengan pemimpin yang korup moral seperti Anwar dan PKR serta pakatannya.

Insya'Allah suatu hari nanti mereka semua akan rebah. Semoga Allah maha mendengar dan memperkenankan do'a saya. Amin.

Anonymous said...

Kes rogol n liwat akan menjadi jadi...sesiapa penjenayah perogol peliwat yg mengikuti perbicaraan ini tidak akan memberi sampel dna dengan sukarela..ikut idola mereka..nuar..grenti akan terlepas..sebab lowyer akan gunakan penghakiman nuar kali ni untuk membebaskan penjenayah seperti itu..fikir2 kan..

Anonymous said...

mulai sekarang semua perogol akan dilepaskan sekiranya mereka enggan beri dna utk pemeriksaan. Mereka boleh menggunakan kes anwar sebagai kes law. Sekiranya semua suspek boleh diberi keistimewaan seperti anwar maka tiada pesalah terutamanya perogol atau peliwat akan didapati bersalah dalam tuduhan mereka. Fikir semua

Anonymous said...

kenapa si penipu pengecut untuk serahkan DNA, berani kerana benar, takut kerana SALAH. LIWAT TETAP LIWAT, diakui oleh peguambelanya sendiri. Sanggupkah kita sbagai umat islam btuankan PELIWAT, nauzubillah

Anonymous said...

muka pun dah x berseri...dah x de nur..semuanya kehendak Allah..mngkin Allah buat yg tebaik untuk saiful..Allah nak duga pulak camner ANWAR selpas di bebaskan..

Anonymous said...

HAKIM JELAS MEMPERMAINKAN ANWAR..TUDUHAN BELIAU TERHADAP MAHKAMAH,KERAJAAN DAN HAKIM JELAS TIDAK BERASAS DAN SAIFUL SENDIRI TELAH MEMBUKTIKAN DAKWAAN NYA BENAR APABILA KARPAL MENGAKUI LIWAT TELAH BERLAKU TETAPI SECARA SUKA SAMA SUKA....

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers