Monday, December 26, 2011
SAYA berharap laman ini dapat
membenarkan saya menulis mungkin buat kali terakhir mengenai kes Dr. Mohamad
Khir Toyo yang didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi tadi. Dr.
Mohamad Khir dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan dan hartanah terbabit
dirampas.
Tidak
ada alasan untuk mempertahankan sebarang tingkah laku salah guna kuasa dan
rasuah jika ia terbukti benar dan diuji oleh kebenaran maksima Mahkamah. Sama
ada ia Ketua UMNO Bahagian, bekas Menteri Besar hatta Menteri pun harus
berhadapan dengan undang-undang negara.
Namun
dalam penghakiman Khir Toyo pagi tadi, saya dapati penghakiman oleh Datuk Wira
Mokhtarudin sangat melucukan dan bakal menjadi bahan lawak jenaka dalam fraterniety
guaman negara.Bagi mereka yang membenci Dr. Khir atau UMNO, hukuman tersebut
adalah adil dan Dr. Khir layak mendapatkannya. Itu soal lain. Jika Dr. Khir
benar-benar rasuah sekalipun sudah tentu kita mahukan beliau dijatuhkan hukuman
atas sebab yang betul dan alasan yang diterima akal.
Malangnya
apa yang berlaku di Mahkamah Tinggi Shah Alam menunjukkan bahawa penghakiman
dibuat oleh Hakim Mahkamah Rayuan ini tidak memenuhi ujian-ujian penting dalam
menjatuhkan hukuman. Saya menulis dalam ulasan sebelum ini bahawa untuk
membuktikan sama ada Khir Toyo bersalah atau tidak dalam mendapatkan satu
barangan dengan balasan yang tidak mencukupi ialah bergantung kepada jawapan
kepada soalan-soalan berikut:
1. Apakah nilaian sebenar hartanah berserta rumah
yang tidak siap pada 2007 itu sama dengan harga pembelian pada 2004 sebanyak RM
6.5 juta. Ini kerana pertuduhan tersebut dengan jelas menyatakan Dr. Khir
memberi balasan yang kurang berbanding harga RM 6.5 juta.
2. Yang mana satu pilihan hakim dalam menentukan
harga hartanah tersebut pada 2007 sama ada nilai pembelian, nilai oleh Rahim
and Co atau nilai oleh TransAsia.
3. Jika hakim menerima nilai pembelian tersebut
sebagai nilai struktur rumah tidak siap yang dibeli oleh tertuduh pada 2007,
Hakim perlu membuat keputusan sama ada tertuduh mempunyai pengetahuan mengenai
harga hartanah tersebut bernilai RM 6.5 juta.
4. Untuk menentukan sama ada tertuduh mempunyai
pengetahuan ini, Hakim perlu membuat keputusan sama ada untuk menerima atau
tidak keterangan SP2 dan SP 3. Hakim juga perlu memutuskan apakah
kenyataan-kenyataan SP2 dan SP3 boleh diterima sebagai satu saksi yang suci dan
melampaui keraguan munasabah. Ini kerana pertuduhan terhadap Dr Mohamad Khir
bergantung kepada kenyataan-kenyataan SP2. Jika kedua-dua ini diterima oleh
Hakim, maka Dr. Mohamad Khir akan disabitkan kesalahan.
5. Jika hakim menerima penilaian Trans-Asia, Dr.
Mohamad Khir mungkin dibebaskan berdasarkan kenyataan SP2 sendiri bahawa beliau
tidak pernah memaklumkan kepada tertuduh mengenai laporan ini.
6. Jika Hakim menerima laporan Rahim and Co,
bermakna tertuduh harus dibebaskan walaupun pendakwaraya mendakwa SP2 terpaksa
menjual kepada tertuduh. Ini kerana tertuduh mendapat barangan tersebut dengan
memberi balasan yang setimpal. Dakwaan SP2 terpaksa menjual juga tidak dapat
diterima kerana SP2 mengaku di dalam Mahkamah bahawa beliau yang menawarkan
untuk menjual kepada tertuduh.
Mokhtaruddin dalam penghakimannya menyatakan beliau mendapati Khir Toyo bersalah kerana membeli hartanah dari seorang yang beliau tahu mempunyai hubungan rasmi dengan beliau dengan balasan yang tidak mencukupi. Menurut beliau kenyataan bahawa Dr. Khir pernah ditawarkan harga rumah tersebut dengan RM 7 juta dan kemudiannya terbabit dengan perbincangan antara Sumardi dan Shamsuddin dengan menyuruh Shamsuddin membeli rumah tersebut merupakan bukti Khir Toyo mengetahui harga rumah tersebut.
Mokhtaruddin dalam penghakimannya menyatakan beliau mendapati Khir Toyo bersalah kerana membeli hartanah dari seorang yang beliau tahu mempunyai hubungan rasmi dengan beliau dengan balasan yang tidak mencukupi. Menurut beliau kenyataan bahawa Dr. Khir pernah ditawarkan harga rumah tersebut dengan RM 7 juta dan kemudiannya terbabit dengan perbincangan antara Sumardi dan Shamsuddin dengan menyuruh Shamsuddin membeli rumah tersebut merupakan bukti Khir Toyo mengetahui harga rumah tersebut.
Hujahan
ini sangat luar biasa kerana Pendakwaraya tidak pernah memanggil saksi mereka
Datuk Sumardi untuk memberi keterangan mengenai situasi tersebut. Namun Hakim
memilih untuk mempercayai kenyataan SP2 yang dinafikan oleh tertuduh.
Malahan
Mokhtaruddin juga berhujah bahawa pengakuan SP2 dan Dr. Khir bahawa SP2 ada
menawarkan hartanah tersebut dengan harga RM 5 juta merupakan bukti yang
mencukupi untuk menunjukkan Dr. Khir mendapatkan barangan dengan balasan yang
kurang daripada nilai sebenar. Ini bermakna menurut tafsiran Hakim, harga yang
ditawarkan oleh SP2 menjadi “benchmark” balasan tidak mencukupi seperti dalam
pertuduhan.
Khir tenang dan tetap yakin tidak bersalah... |
Hakim
tidak langsung mengulas mengapa beliau menolak atau tidak menerima nilai
pasaran oleh penilai profesional seperti Rahim and Co dan Irhamy and Co sebagai
benchmark untuk menentukan balasan tersebut mencukupi atau tidak. Hakim juga
tidak langsung mengambil hirau penilaian oleh Jabatan Penilai Hartanah dan
lain-lain penilai.
Dengan
kata lain, Hakim membuka satu keadaan yang sangat merbahaya pada masa hadapan
dalam isu pegawai kerajaan membeli hartanah atau barangan lain. Seseorang
pegawai kerajaan yang pernah atau akan membeli sesuatu barangan daripada orang
yang beliau pernah mempunyai urusan rasmi akan berhadapan dengan ancaman
pendakwaan pada masa hadapan. Kes hanya perlu diwujudkan dengan penjual mengaku
bahawa beliau mahu menjual dengan harga yang lebih tinggi tetapi pegawai
tersebut meminta membeli ikut harga pasaran.
Hakim
juga jelas tidak mengambil kira fakta bahawa yang menawarkan untuk menjual
hartanah tersebut ialah SP2 dan tertuduh hanya meminta untuk diadakan penilaian
mengikut harga pasaran jika SP2 benar-benar mahu menjualnya.
Lebih
melucukan hakim mendakwa beliau percaya kepada kejujuran dan kebenaran
kenyataan Saksi Pendakwa 2 (Datuk Shamsuddin Haryoni) dan Saksi Pendakwa 3
(Nasir) berdasarkan persembahan mereka di dalam Mahkamah. Ini sangat
menghairankan kerana sungguhpun sepanjang perbicaraan kita melihat pelbagai
kenyataan tidak masuk akal termasuk pembayaran berjuta-juta ringgit secara
tunai tanpa sebarang bukti resit mahupun barangan yang dibeli oleh Nasir, Hakim
menganggap Nasir seorang yang boleh dipercayai.
Dengan
itu kata Hakim, “Berdasarkan keterangan SP2 dan SP3, tertuduh telah mengadakan
satu pakatan lebih awal untuk membeli rumah tersebut dengan terbabit dalam
ubahsuai rumah dari awal sebelum transaksi pembelian dilakukan. Ini ini saya
dapati tertuduh telah melakukan kesalahan.”
Kenyataan
Hakim ini sangat luar biasa. Luar biasa bukan sahaja beliau menerima pakai
kenyataan SP2 dan SP 3yang banyak percanggahan, malah yang lebih serius ialah
mensabitkan kejadian ini dengan pertuduhan yang didakwa ke atas Khir Toyo.
Khir
Toyo dituduh mendapatkan satu barangan dengan balasan yang beliau ketahui tidak
mencukupi daripada seseorang yang mempunyai hubungan rasmi dengan beliau. Jadi
apa relevan sama ada beliau berpakat untuk melakukan ubah suai atau tidak?
Hakim
bukan sahaja tidak dapat mewujudkan satu benchmark yang sesuai untuk menentukan
balasan yang tidak mencukupi tetapi juga telah membuat kesimpulan yang
berlainan sekali dari pertuduhan iaitu kononnya terdapat pakatan menipu dalam
pembelian hartanah tersebut.
Jika
Khir Toyo berpakat dengan Shamsuddin untuk melakukan penipuan maka satu
pertuduhan lain harus dibuat. Adalah sangat luar biasa untuk Hakim keluar dari
ruang lingkup pertuduhan untuk mendapati Khir Toyo bersalah.
Sungguhpun
Mahkamah mahu menghukum Khir Toyo untuk menunjukkan bahawa sistem kehakiman
negara ini bebas, namun ia bukanlah bermakna memberi lesen kepada hakim membuat
penghakiman semberono dan memalukan pengamal undang-undang sendiri.
Adalah
tidak masuk akal untuk hakim menolak penilaian nilai pasaran sebagai benchmark
untuk menentukan balasan pembelian tersebut mencukupi atau tidak tanpa sebarang
huraian penghakiman yang mempunyai legitimasi. Ketika mensabitkan kesalahan
Hakim langsung tidak mengulas isu ini yang diminta secara jelas oleh pembela
dan hujah pembelaan isnin lalu.
Hakim
juga langsung tidak menyatakan mengapa beliau berpendapat rumah yang tidak
disiapkan pada 2007 tersebut dianggap sama harga dengan rumah siap pada 2004
atau pun mengapa rumah tersebut dianggap lebih daripada RM 3.5juta mengikut
neraca keadilan undang-undang.
Selain
Hakim, pendakwaraya juga menimbulkan prasangka di kem Khir Toyo mengenai
terdapat percubaan menjadikan Khir Toyo sebagai kambing hitam apabila secara
tiba-tiba memohon penggunaan hukuman rampas barangan yang terbabit dalam kes
mengikut Seksyen 36 (1) Akta Pencegahan Rasuah 1997.
Secara profesionalnya
Pendakwaraya sepatutnya dari awal memaklumkan niat mereka untuk meminta seksyen
ini diambil kira ketika menjatuhkan hukuman sekiranya tertutuduh di dapati
bersalah. Namun pendakwaraya hanya mengemukakan semasa hujahan untuk meminta
hukuman lebih berat dijatuhkan ke atas Khir Toyo sekaligus menyebabkan peguam
bela tidak bersedia dengan hujah mereka.
Hakim
menangguhkan sidang seketika bagi membolehkan beliau meneliti kandungan seksyen
tersebut. Apabila kembali Mokhtarudin enggan membenarkan sebarang penangguhan
untuk membolehkan peguam bela menyediakan hujah, sebaliknya bersetuju dengan
pendakwaraya bahawa keputusan merampas hartanah tersebut merupakan sesuatu yang
mandatori.
Beliau
terus menjatuhkan hukuman 12 bulan penjara dan hartanah tersebut menjadi milik
kerajaan. Hakim kemudiannya terus bangun tanpa menunggu sebarang permohonan
menangguh hukuman. Ini menyebabkan peguam bela terpaksa meninggikan suara
menyatakan mereka ingin membuat permohoanan penangguhan hukuman. Akhirnya
beliau duduk kembali dan kemudiannya meluluskan permohonan penangguhan hukuman dengan
syarat rayuan mesti difailkan dalam tempoh 14 hari.
Keputusan
hakim merampas hartanah yang berada dalam kaveat HSBC ini juga menimbulkan
tanda tanya dan boleh menimbulkan pelbagai implikasi undang-undang lain apabila
dicabar oleh Bank nanti. Hakim membuat keputusan seolah-olah tidak menyedari
bahawa hartanah tersebut dibeli secara pinjaman.
Nilailah
hujahan penghakiman dan hujahan pembelaan dan lihatlah siapa yang lebih
rasional dan memenuhi kehendak undang-undang dan pertuduhan
.
Bagi saya, hakim ini patut merasa malu dengan
hujahan penghakimannya yang sangat dangkal dan dan tidak rasional ini. Cuma
hakim ini bernasib baik ialah kerana penghakimannya ini membabitkan seorang
pemimpin UMNO. Jika ia terjadi kepada Anwar Ibrahim atau mana-mana pemimpin
Pakatan Rakyat, nesacaya sudah seantero Malaysia beliau dikutuk dan dikeji
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Rakan Blogger
-
-
-
-
-
-
-
Berkhatan Perdana KINTA 2017...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dah Kalah Kalah lah11 years ago
-
-
-
-
-
Rujukan Entri
- June (1)
- December (1)
- September (1)
- August (3)
- December (2)
- February (3)
- May (2)
- October (1)
- September (1)
- August (1)
- June (1)
- March (1)
- February (1)
- January (1)
- December (3)
- November (1)
- August (3)
- April (3)
- March (1)
- February (2)
- January (2)
- December (4)
- October (3)
- September (2)
- August (3)
- July (4)
- June (9)
- May (8)
- April (7)
- March (10)
- February (8)
- January (10)
- December (7)
- November (8)
- October (9)
- September (7)
- August (6)
- July (10)
- June (4)
- May (15)
- April (12)
- March (12)
- February (15)
- January (26)
- December (36)
- November (22)
- October (7)
- September (2)
- August (4)
- July (4)
- June (10)
- May (3)
- April (11)
- March (10)
- February (3)
- January (7)
- December (2)
- November (3)
- October (3)
- September (5)
- August (5)
- July (3)
- June (3)
- May (3)
- April (2)
- March (2)
- February (1)
- January (7)
- December (6)
Kunjungan
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Rangkaian
Followers
-
-
-
-
Perubahan apa Bang Non?1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
6 comments:
Betul, saya setuju dgn hujahan tuan... Lihat secara objektive dari sudut undang-undang... Satu kes duluan yang merbahaya.... Saya juga kenal Hakim Mohtaruddin secara peribadi...
Kes sepatutnya dinilai semula.
Pandangan yg baik.,...harap dapat menulis kes dr khir ini di masa hadapan....secara jujur saya kecewa bila hukuman di jatuhkan tanpa mengambil fakta2 , saksi2 serta penilai hartanah yg sngt berwibawa....betul tulisan saudara di perengggan akhir...jika trtuduh dari pihak pembangkang...habis di jaja satu malaysia institusi kehakiman ....
Aku pun pelik,hujah hakim amat longgar dan boleh dipertikai kan nanti.
hakim tu dah malas nk buat kajian. nanti klu lama masa ambl penat dia. dah hujung tahun dah ni.. cuti tahun lum ambil lagi..
Beberapa persoalan timbul.
1. Struktur rumah semasa penilian dibuat oleh penilai HSBC. Adakah itu masih struktur lama atau struktur rumah sekarang?
2)Siapa contractor rumah tersebut?
3) Value by HSBC' valuers hanya untuk struktur rumah dan harga tanah as of the valuation date.
4. Berapa nilai construction cost?
Kalau contractor dan penjual adalah entiti yg berbeza, maka mengatakan harga property tu as per valuation report. Tapi kalau entiti yg sama maka tak logik penjual menjual rumah itu tanpamemasukkan kos of construction.
Whofinanced the construction cost?
walaupun aku tak reti sehabukpun pasal teknikal undang2, utk khir toyo, masih ada ruang utk buat rayuan. kemukakan semula fakta.... ish! tak perlu tulis kt sini sbb peguambelanya lg tau. ok, good luck khir.