Saturday, December 24, 2011

Apa makna Revolusi Kambing?
PAS sedang menunggu masa untuk diltalkinkan.Islam yang mereka lacurkan untuk kepentingan politik dan menipu rakyat  selama ini bakal menjadi senjata makan tuan.Bala Tuhan  sedang menimpa parti ini.Selama ini mereka permainkan ayat-ayat suci Al Qur`an sebagai slogan mereka menipu rakyat,mereka persenda dosa dan pahala,mereka permainkan syurga dan neraka dan akhirnya hari ini dosa mereka terhadap agama,bangsa dan Negara sedang dihitung satu persatu.

Sebagai parti PAS trerlalu banyak dosanya pada rakyat negara ini dan sebagai pemimpin,kepimpinan PAS terlalu banyak menjadi punca masyarakat Melayui Islam berpecah belah. Kepimpinan PAS terlalu banyak memperlekehkan agama,menganjurkan sembahyang dua imam,mencerca UMNO yang berkongsi kuasa dengan MCA serta MIC seperti memasak daging kawah dan didalamnya ada dua ketul daging babi dan menuduh sesiapa sahaja yang tidak menyokong PAS mereka adalah kafir dan tidak mencium bau syurga.

Kegilaan PAS ini memakan diri.Dulu mereka tuduh UMNO tapi hari ini mereka turut berpakat dengan DAP,Cina yang lebih laknat daripada MCA .Dulu mereka menuduh BN secular dan hanya mereka sahaj yang berjuang untuk mendaulatkan Islam tapi hari ini mereka buang dasar perjuangan Islam mereka,hudud mereka hanya muncul saat pilihanraya semata-mata,Membangun Bersama Islam akhirnya menjadi kosmetik yang sepatutnya cantik tetapi menjadikan perjuangan PAS lebih buruk  dan huduh dari sebelumnya.

Dulu PAS meletakkan kepimpinan ulamak sebagai benteng parti itu tapi hari ini kepimpinan ulamak makin terhakis apabila muncul pula golongan-golongan sekular yang memperalatkan PAS,itu pun setelah mereka berganding bahu dengan Anwar Ibrahim yang berjaya menyerapkan bebarapa orang barua-baruanya dalam PA,Stembelang mereka mula pecah satu demi satu.Kepimpinan ulamak mula terpinggir dan berganti pula dengan kumpulan Edrogan yang lebih menyokong gerakan peliwat Anwar Ibrahim.

PAS hilang segalanya..Hassan Ali betul!
Di sinilah bermulanya perang mulut antara Hassan Ali dan Nasharuddin Mat Isa dengan Mustafa Ali.Hassan dan Nasharuddin melihat kepincangan dan revolusi baru yang sedang cuba dibawa oleh yang bukan berkepimpinan ulamak dan pandangan serta keresahan ataupun kebimbangan Hassan ini diakui serta dipersetuji oleh Ketua Dewan Ulamak PAS,Harun Taib.Harun  Taibakui bahawa pandangan Hassan dan Nasharuddin itu betul.

PAS mula rosak dan bakal binasa apabila Mat Sabu dipilih menjadi Timbalan Presiden dan terus berkecamuk apabila Hadi Awang terus mengekalkan Mustafa Ali yang langsung tidak berguna untuk gerakan sebuah parti yang kononnya berorientasikan Islam.Gabungan Mahfuz,Husam Musa dab Salahudin Ayub langsung tidak mencerminkan PAS itu adalah wadah perjuangan melayu Islam,mereka ini hanya bersleindung di sebalik juba serta kopiah sedangkan hakikatnya merekalah yang bakal membunuh perjuangan PAS itu.

Kritikan Hassan dan Nasharuddin cukup keras hingga Nik Aziz dan Hadi Awang melalui ayam laganya Muataffa Ali menyerang kedua pemimpin PAS ini.Tuduh menuduh berlaku.Ungkit mengungit antara mereka bagaikan tiada kesudahan. Mustafa Ali cukup emosi  malah ada yang melihat antara punca kerosakan dalam PAS berpunca daripada kesombongan serta keangkuhan Mustaffa Ali hingga Hadi Awang pun tunduk dan mengangguk kepada segala cakap Mustafa Ali ini.

Kita tidak perlu mengulas panjang apa yang berlaku antara mereka kerana seluruh negara sedang melihat satu demi satu keruntuhan yang sedang berlaku dalam PAS hasil permainan agama mereka selama ini.Sesungguhnya maruah PAS sudah hilang lama,bila mereka bersetuju sahaja untuk berpakat dengan parti chauvinis Cina DAP itu,PAS sudah menelanjangi diri mereka  dengan sanggup menjadi perkakas kepada DAP dan PKR.Untuk kuasa lidah PAS menjadi terlalu panjang dan sanggup menjilat apa sahaja.

Nasha jadi mangsa kerakusan PAS!
Dilihat dengan mata kasar,kita boleh andaikan ini adalah kebiasaan berlaku dalam mana-mana pertubuhan politik tapi menelusuri  segala  rentetan kejadian yang menimpa PAS, ini adalah balasan Tuhan terhadap keceluparan dan kecelakaan yang mereka lakukan terhadap agama,bangsa dan negara ini. 

Sekian lama mereka mempermainkan agama dan akidah rakyat,hari ini dosa-dosa mereka sedang menghantui kepimpinan PAS.Dosa ini hanya Hassan Ali,Nasharuddin Mat Isa dan Harun Taib sahaja yang menyedarinya sedangkan yang lain masih dilanda sindrom mabuk mahu berkuasa.

Apabila mereka menolak yang benar dan mengangkat yang mungkar hingga sanggup bersekongkol dengan segala macam kemaksiatan pimpinan pakatan mereka,dari situlah bermulanya perjalanan PAS untuk menempah nesan kubur setelah perjuangan Islam mereka dikafankan satu demi satu oleh segala kerakusan mereka kononnya untuk menawan Putrajaya.

PAS tidak mampu menggantikan UMNO.Tempat PAS hanya sesuai di bawah tapak kaki DAP.Kita hatrap sangat PAS berhenti daripada terus melacurkan agama untuk kepentingan politik mereka dan kembali kepada perjuangan asal.Meninggalkan pakatan yang penuh dosa dan noda itu serta bertaubat dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam negara kerana menipu mereka seperti mana PAS menipu rakyat Kelantan hampir 20 tahun.

Tuhan sudah banyak berikan peluang kepada Nik Aziz untuk bertaubat.Walaupun Hadi Awang dilihat seperti menjadi anjing suruhan kepada DAP dan Anwar,beliau masih ada masa untuk kembali kepangkal jalan.PAS bukan lagi parti Islam tapi PAS sudah dijadikan kilang untuk menabur dan mencetak segala macam fitnah menjelang PRU13 nanti dan kepada PAS, kalau mati pun perjuangan mereka, matilah sebagai sebuah perjuangan yang bermaruah.

5 comments:

Anonymous said...

ameen..

pakteh adam said...

Salam Sejahtera Tuan.

1. PAS menempah neraka apabila mengemukakan mat Sabu (Penzina yang tidak didapati bersalah diatas mahkamah dunia atas alasan teknikal) sebagai PEMIMPIN mereka.

2. PAS confirmed ke Neraka apabila menjadikan PELIWAT (walaupun dengan segala bukti) sebagai Penasihat umum mereka.

Ini diperjelaskan oleh Allah dengan segala kekalutan i.e cakap putar belit yang dikeluarkan oleh mulut mulut pemimpin meraka.

Kebanyakkan pengikut PAS beranggapan, bahawa tidak ada bezanya (tidak membawa apa perubahan) kepada mereka jika berlakunya perubahan kerajaan persekutuan.

Sememangnya mereka BETUL dari segi ini.

Mereka ini tidak akan berubah walaupun diberikan puluhan juta setiap seorang. Kerana mereka akan tetap mereka apabila wang tersebut habis dibelanjakan.

Anak anak FELDA contohnya, tidak mengambil iktibar kejadian manusia rakus di Rancangan Labu Johnson di Negeri Sembilan.

Apa telah jadi kepada jutawan jutawan yang diberikan terus segala galanya kepada mereka. ??

99% hidup melarat.!!

MERAKA TIDAK SEDAR DAN TIDAK AKAN PERNAH SEDAR.

Anonymous said...

tulisan yang santai tetapi penuh bermakna, serta padat dan jelas... oleh itu kepada mereka yg ada kesempatan, sila photostat risalah risalah sebegini dan taburkan kepada saudara mara kita, sahabat handai serta jiran tetangga .. mudah2an mereka celik dan sedar akan kesilapan dan balik ke pangkal jalan.

Namun aku yang sudah mendaftar sebagai ahli pas seumur hidup akan terus berjuang dari dalam untuk mengembalikan teras dan prinsip perjuangan kepada kedudukan asalnya. Kemungkinan besar aku akan berdiri di atas pentas umno dengan membawa bendera PAS untuk mengajak pengundi supaya mengundi umno dan menentang PAS yang sedang berkongsi kuasa bersama DAP laknatullah... Binasalah golongan anwarisma al juburi yg berada di dalam PAS!!

Anonymous said...

PAS harus kembali kepada perjuagan asal mereka (menegak negara islam).... kesukaran yang dihadapi selama ini tidak sepatutnya menyalahkan UMNO sebagai penyebabnya. Mereka mempunyai peluang untuk melakukanya (memerentah kelantan selama 20 tahun) tetapi tidak melakukan apa apa pun selain sologan yang sentiasa berubah. Paling dangkal ... perjuagan negara berkebajikan menjelaskan dengan nyata kebodohan berpolotik PAS selama ini. Pada saya kebodohan berpolitik inilah yang mengebabkan PAS gagal selama ini. Kebodohan berpolitik ini juga asasnya datang daripada pemimpin pemimpin yang tidak berkebolehan didalam PAS. PAS tidakboleh di TALKIN kan. Apa yang perlu dibuat oleh PAS kembali kepada perjuagan asal dan mempunyai fokus/iltizam yang tinggi didalam perjuagan mereka. Jagan fikir pasal putrajaya, tunjukan kepad rakyat/pegundi bahawa perjuagan menegakkan negara islam bukan satu sologan tetapi satu perjuagan yang nyata.Rakyat ingin melihat islam bukan semata mata hukum hudud tetapi satu cara hidup yang paling sempurna (tunjukan dan buktikan)terutama kepada rakyat yang bukan beragama islam. Tunjukan islam itu dapat memantapkan ekonomi negara,perpaduan masyarakat,suasana moral yang baik dan sebagainya. sebagai seorang islam saya yakin islam dapat melakukan semua itu tetapi bagaimana dengan orang bukan islam. Kejayaan PAS untuk menterjemahkan islam satu cara hidup melalui medium politik akan membawa sokongan orang bukan islam kepada islam dan tidak perlu susah susah untuk mengambil tindakkan bodoh seperti apa yang berlaku sekarang (bersekongkol dengan kafir harbi dan berkawan dengan melayu rendah moral)Apa yang saya nampak dari dulu PAS tidak fokus/iltizam dalam perjuagan dan lebih tamak kepada kuasa/jawatan manakala pengikut disogokkan dengan sologan yang berbau islamik. Mengharapkan sokongan bukan islam untuk menegakkan islam adalah satu tindakan salah. Paling mudah untuk berfikir ialah adakah mereka menyokong/undi PAS untuk pas melaksanakan islam???. PAS kembalilah kepada perjuagan asal, saya tidak mengharapkan anda untuk menjaga kesucian agama ini kerana hanya saya sebagai peganut agama ini yang akan menjaga kesucian nya... tidak PAS atau UMNO.

tmg said...

Salam untuk semua,
Diharap kerosakan yang berlaku akan tamat selepas Anwar dipenjarakan. Itulah harapan kita kerana semua ini adalah hasil tangan Anwar yang berjaya memecahkecilkan penganut Islam dalam kelompok kecil. Kafir harbi pula semakin gagah. Adakah ini semua master plan NED dan Soros? Nampaknya seperti benar.

Salam TokJanggut. Saya petik artikel ini dalam blog saya, harap halalkan. Jika dapat minta tolong pautkan aliffmy.blogspot.com untuk sama berjuang menyedarkan umat Islam. Wassalam.

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers