Saturday, December 10, 2011

Politiknya sedang diuji..!
TIDAK perlu mendesak Shahrizat Abdul Jalil meletak jawatan kerana sebagai orang politik yang matang dan berpengalaman,beliau pasti tahu noktahkan perjalanan politiknya dan tidak perlu jugalah sesiapa pun bertindak sebagai Perdana Menteri  untuk menentukan untung nasib Shahrizat dalam kerajaan dan juga  dalam UMNO.

Tindakan sesiapa sahaja termasuklah Bung Mokhtar mungkin berniat baik walaupun cara serangan Bung Mokhtar itu bercorak peribadi namun bila Bung Mokhtar berulang kali mendesak Shahrizat Abdul Jalil,ianya telah mengundang persepsi negatif dan Bung dilihat berniat jahat  termasuklah kepada Bung sendiri apabila Bung turut diserang keperibadiannya apabila kisah-kisah peribadi isterinya Zizie Ezate dicungkil satu demi satu.

Cara Bung banyak menjahanamkan parti dan kerajaan.Bung bertindak seolah-olah beliau adalah Perdana Menteri dan sebagai orang yang berpengalaman dalam parti,Bung patut tahu bahawa serangan Bung terhadap Shahrizat bukan sesuatu yang menguntungkan dan lagi menambah kekusutan yang sedia ada.

Sebagai orang politik Bung ada penyokongnya dan Shahrizat juga tidak kurang dengan penyokong yang sanggup berdiri di belakangnya mempertahankan Shahrizat sebagai Menteri dan Ketua Wanita UMNO ,akhirnya lagak hero yang cuba Bung bina bukan sahaja mendatangkan kemudaratan pada parti tetapi kepada UMNO itu sendiri.Bila Shahrizat diserang,penyokong Shahrizat pasti menyerang balik dan jadilah perang peribadi antara kedua-dua penyokong.

Rupanya begini cara politik masa kini,saat Shahrizat memerlukan sokongan serta dokongan dan pandangan maupun nasihat  oleh rakan-rakannya sendiri secara berhemah tetapi beliau dicerca dan dihina semaunya,bukan oleh pembangkang tetapi oleh rakan-rakannya sendiri dalam UMNO.Betullah kata orang,pokok bila tumbang kura-kura pun boleh meniti,masa pokok tegap berdiri,semua orang berlumba-lumba untuk menumpang teduhnya.

Seperti kata Tun Mahathir yang sejak berhenti sebagai Perdana Menteri tidak jemu-jemu bercakap,Shahrizat tahu masa dan ketikanya untuk membuat keputusan dan tidak perlulah mana-mana pihak mendesaknya untuk meletakkan jawatan ataupoun mengosongkan kerusi Ketua Wanita UMNO.

Shahrizat dihina kerana NFC suaminya!
Baik Tun M,Bung ataupun sesiapa sahaja,tidak perlulah mengambil alih tugas,peranan dan fungsi Perdana Menteri kerana kita yakin PM Najib ada formula tersendiri untuk menyelesaikan kemelut yang sedang menimpa Shahrizat ini.Ini tugas dan tanggungjawab PM,orang lain tidak perlulah menyibuk,jadi penghasut ataupun batu api dan mengambil kesempatan untuk meraih laba politik dari isu ini.

Mereka ini bukan sahaja memberikan tekanan kepada Shahrizat tetapi turut memnberikan tekanan kepada Perdana Menteri ini. Sebarang tindakan susulan harus dilihat daripada berbagai-bagai sudut pandang,jangan sampai seperti tikus membaiki labu.

Memang UMNO parti bermaruah dan kita setuju maruah parti serta kerajaan sedikit tercalar dengan isu ini dan kita harus berkeyakinan Shahrizat akan menjaga dan mempertahankan maruah parti ini tetapi janganlah sampai dalam saat Shahrizat mahu mempertahankan maruah ini, ada pula pihak-pihak yang menahan lukah dipergentingan.Menjadikan Shahrizat modal politik untuk membelasah Shahrizat seolah-olah Shahrizat tidak pernah berjasa kepada parti dan kerajaan.

Politik Bung Mukhtar seolah-olah membayangkan beliau ada dendam peribadi dengan Shahrizat.Cara Bung mengawasi isu ini bagaikan mahu menelanjangkan Shahrizat di khalayak ramai.Tidak cukup desakannya dalam parlimen,kenyataan media,Bung cuba pula membawa isu tersebut untuk mendesak Shahrizat letak jawatan dalam Perhimpunan Agung UMNO yang baru lalu.

Semua pihak harus memberikan waktu kepada Shahrizat untuk memikirkan warna politiknya dalam kerajaan dan parti dan semua pihak harus juga cermat mengkritik supaya luka yang sedikit tidak membusuk dengan nanahnya sekali.

Terpulang kepada Perdana Menteri dan terserah kepada Shahrizat dan kita yakin episod debar ini aka nada noktahnya.

10 comments:

WakJ Zoner said...

Salam Tok,

Mohon pautkan blog wak di sini boleh?.

Blog tok sudah wak pautkan di sini
http://ulatdankulat.blogspot.com

Terima kasih..

Anonymous said...

Bung yg patut letak jwtn krn perangainya sblm bernikah dgn pelakon tu tak menunjukkn dia seorang wakil rakyat yg baik.AKHLAK ROSAK. kalau dia wakil rakyt tmpat saya, pastinya saya malu utk mengaku dia siapa kerana perangai kasanovanya. Buat apa nak usik shahrizat yg buat kerja. NFC tu hal suaminya. Shahrizat jaga wanita krn ia penting bagi survival umno tmpt bung cari makan JUGA! kalau dia bagus dah lama dia jd menteri ttp tak jd2 pun.sbb tu melalak marahkan shahrizat sbb jdi menteri..org boleh baca niat busuk dia mcm busuknya drama dia dgn bininya tu..berdrama hidup2. so siapa yg patut letak jwtn? tak pe..lps ni harap2 nama bung ni hilang drp senarai calon..meluat tengok..cakap yg tak boleh pakai dan buang kat tong sampah je..

Anonymous said...

Kalau nak tahu rakyat sokong ke tak sokong pendirian UMNO dlm isu Shahrizat Jalil ni, tunggu la PRU13 nanti. Kalau tersungkur nanti, jgn melatah.

Anonymous said...

Sepatutnya bila dlm satu team saling bantu-membantu bknnya menekan atau memberi tekanan..ni lah politik, kwan pun nak jatuhkan kwan..pembangkang tentu ketawa>>???

Kama Irahsa said...

datuk seri shahrizat fikirlah sama ada dirinya aset atau liabiliti bn. bertanding kat pantai dalam belum tentu boleh mng lg. isu nfc boleh dimanipulasi oleh pembangkang. rakyat mungkin percaya. mgkin kalau nk mng, kena ltk kt kubu kuat bn. pekan, pagoh tmpt2 warlords umno yg lain.

Anonymous said...

kalau dia resign pun tak akan membantu apa-apa pun sebab kes dah berlaku, kalau dia letak jawatan pun PR akan mengata tu tengok sharijat dah mengaku salah...

persepsi ni lebih kurang dengan PKFZ, diorang akan mainkan cerita ini, satu-satu cara kerajaan akan menerangkan dengan lebih tulus.

yang patut dipertanggung jawab sepatutnya siapa yang merancang projek ni, kalau tak mengaku pun KJ & Pak Lah yang menjadi talibarutnya.

projek kalau dah taraf berjalan dan mampu maju buat apa nak digagalkan, takkan nak bela babi ni comfirm berdaya maju sebab sekali lahir 8 ekor anak.

Anonymous said...

isu 'shaharzad' mungkin betul di segi undang2 tapi salah besar di segi moral. macam mana laki dia bole dapat projek pada ketika dia masih menjadi menteri. Pelik bukan?

jadi molek lah dia letak jawatan apabila busung sudah pecah. saya tida perlu memehgang jawatan PM untuk mendesak shaharzad meletak jawatan.

sebagai pengundi dan rakyat malaysia, saya bersuara apa yg ingin saya suarakan.

Anonymous said...

Bung ni....biasa la...suka menyalak tapi salakannya kali ini terlalu emosi...mungkin tekanan dpd 'putih gebu'2 la.Bahaya....ini menyebabkan parti rosak.Sbb tu le 3 perkara yg akan merosakan pemimpin.Kuasa,Duit n wanita/lelaki.Maka berhati2 laaaa!Kalau UMNO nak bertahan......kena jaga perkara2 ini dgn baik.Jgn salah guna.Wasalam.

Anonymous said...

Masaalahnya Anon 2:16, bukan suami Dato' Sri Sharizat seorang shj yg mendapat bantuan kerajaan dlm menjayakan misi memperkasakan ekonomi bumuputra. Pemimpin pembangkang sekarangpun dapat juga seperti Khalid Ibrahim masa jadi pengerusi PNB dulu, Anwar Ibrahim dan Kroninya masa jadi Menteri Kewangan dulu dan orang biasa2pun dapat juga. Mengapa nak dijadikan isu. Apa salahnya suamainya nak berniaga. Jangan bila kita tegur sedikit YBhg Tun M kita nak melatah dan nak sebotaj parti(jika tuan org UMNOlah), dan mungkin tuan salah seorang yg berbuat demikian pada PRU12 dulu...

Wak Long said...

..bela lembu feedlot ni bukan senang macam bela babi. Babi boleh hidup dengan nyaman walau pun berkubang dalam lumpur najis dan senang biak.

Si malaun Bung ni pun satu juga cakap berdegar dan kadang2 menunjukkan kebodohan. Apa2 pun menusia memang tidak layak pun untuk dilantik jadi menteri pun.

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers