Tuesday, December 13, 2011

Musa dianggap libaliti BN Sabah!
ANGIN dari negeri bawah bayu Sabah membawa aroma yang tidak menyenangkan kedudukan Barisan Nasional dan dari tentangan secara senyap sudah mula menjadi terbuka begitu luas apabila kepimpinan Musa Aman sebagai Ketua Menteri Sabah mula dipertikaikan.

Kemelut kepimpinan yang sedang berlaku di Sabah ketika ini kalau tidak ditatang secara berhemah dan bertanggungjawab untuk survival parti yang bukan sahaja di Sabah tapi tempiasnya bakal menimpa Semenanjung memungkinkan kerajaan pimpinan Najib ketika ini akan runtuh menyembah bumi sebelum PRU13.

Sudah ada tanda-tanda beberapa orang wakil rakyat akan meninggalkan UMNO Sabah kerana sudah mulai merasa bosan dengan karenah kepimpinan Musa Aman sebagai Ketua Menteri dan didakwa Musa Aman mencipta sejarah sebagai Ketua Menteri yang mempunyai kerenggangan hubungan dengan semua kepimpinan komponen di Sabah terutama sekali dari kaum Cina.

Ada yang mendakwa Musa Aman memimpin Sabah secara bersendirian tanpa mengambil kira oandangan ahli parti,wakil rakyat dan juga komponen dan sikap serta kepimpinan Musa Aman ini meletakkan UMNO Sabah dalam keadaan yang cukup bahaya untuk kedudukan kerajaan Barisan Nasional secara keseluruhannya.

Dan adakah Peristiwa 1985 akan berulang kembali?Tetapi kalau dilihat pada senario yang sedang berlaku sekarang ini bukan lagi melibatkan Kuala Lumpur-Sabah,senario kali ini hanyalah tertumpu rasa kurang senang ataupun kebencian yang amat sangat pada kepimpinan Musa Aman.Kepimpinan beliau sudaj mula dilihat tidak relevan lagi dalam politik Sabah hari ini.

Pada mulanya riwayat politik Musa Aman diramal akan berakhir setelah PM  Najib mengambil alih dari Pak Lah pada April 200 kerana Musa dilihat orang Pak Lah (Tun) dan bukannya orang Najib kerana orang Najib di Sabah adalah Shafie Apdal dan kebetulan baru saja dipilih sebagai Naib Presiden Umno

Musa-Shafie bagai retak menanti belah!
Pada PRU 2008 Musa Aman menggugurkan  pemimpin-pemimpin kanan Bajau terutama Salleh Keruak,Pandikar Amin Mulia dan Amir Kahar Tun Mustapha sedangkan Bangsa Bajau adalah pendokong utama UMNO di Sabah.

Pemimpin-pemimpin ini merupakan pemimpin-pemimpin kanan pertubuhan USBO (Pertubuhan Bajau Sabah) memilih untuk bergabung dengan Shafie Apdal dengan  melantiknya sebagai Penasihat USBO. 

Kemelut kepimpinan Musa Aman didakwa semakin membarah.Musa dilihat ketika ini hanya menunggu masa untuk disingkirkan dari jawatan KM.

Musa Aman dikatakan bersengketa dengan bekas KM Sabah yang digantikannya Tan Chong Kah Kiat berikutan isu patung Ma'zu dan menjanjikan jawatan Senator kepada Presiden SAPP Yong Teck Lee tetapi telah mencadangkan nama lain dan kesannya Yong Teck Lee keluar dari gabungan Barisan Nasional Sabah serta mengheret keluar dua MP mereka untuk menjadi wakil Bebas di Parlimen.Musa Aman mula dikelilingi musuh iaitu dari kalangan pemimpin dan kepimpinan Bajau dan Cina.

Bagaimanapun Musa atas nasihat adiknya Anifah Aman menganjurkan kejohanan badminton BAKTI di Sabah dan ada yang mendakwa bahawa Musa menghadiahkan kawasan tanah kepada PERMATA yangg dilaporkan bernilai  RM50juta.

Kesan daripada inilah Musa dikatakan mula mendapat tempat dalam circle Najib dengan menggunakan Rosmah Mansor sebagai talian hayatnya..Melihat keadaan itu, pemimpin USBO mula meninggalkan Shafie dan menyokong Musa.

Musa juga merapatkan hubungan dgn pemimpin KDM (Kadazan-Dusun-Murut) iaitu PBS yg merupakan seteru asal UMNO. Parti itu diberi 2 kuota jawatan Timbalan KM dan tindakan Musa Aman ini menimbulkan perasaan marah parti-parti komponen BN terutamanya LDP.Parti LDP melalui Tim Presiden secara terbuka mengistiharkan tidak lagi menyokong Musa Aman.

Pairin sedang menanti...
Pemimpin-pemimpin lain dalam UMNO juga tidak senang dengan dasar Pecah Perintah Musa Aman dan ada yang mlula melihat serta memberikan justifikasi bahawa jika Musa terus mengetuai UMNO-BN, Sabah mungkin hilang banyak kerusi Parlimen dan DUN di kawasan-kawasan Cina dan KDM yang anggap Musa lebih teruk dari Harris Salleh yang KDM pernah tumbangkan pada tahun 1985

Jika ini menjadi asas,Musa Aman ternyata silap. PBS tidak lagi sama dengan PBS semasa di luar BN. Sebaliknya KDM mula memilih parti-parti yang membawa isu-isu yang dekat dihati mereka seperti Isu Perkara 20, Royalti minyak dan otonomi Negeri Sabah.Maknanya KDM bila-bila masa bersedia untuk berpaling tadah..!

Kepimpinan Najib bakal menempa maut jika tidak menangani kemelut perbalahan kepimpinan Musa Aman dengan ahli-ahli parti di Sabah ketika ini malah seandainya Najib masih terbuai dengan pendekatan Musa hari ini,Barisan Nasional bakal kehilangan kuasa dan peramal politik meramalkan busung yang sedang bernanah dalam kepimpinan politik Musa sebagai Ketua Menteri akan pecah bila-bila masa.

Jangan PM Najib dilihat berjaya tampal luka di semenanjung tapi lupa tentang luka yang sedang berlaku di Sabah.

40 comments:

kelapa mawar said...

slam tuan..

ikuti isu-isu politik sabah dan Kota belud dalam blog http://kelapamawar.blogspot.com/

Smookiekins said...

apa2 masalah harus diselesaikan. setiap parti komponent BN harus bersatu dalam 1 kapal sekiranya mahu meneruskan perkhidmatan sebagai parti pemerintah di Sabah. Segala kepincangan harus diperbetulkan sebelum menjelang PRU13.

Jemput2;

U Say Bah, I Say Bah. Sabah Bah......

Anonymous said...

tapi rasanya musa aman telah menjalankan tugas beliau selaku KM sabah dengan cemerlang..

Anonymous said...

bajet sabah 2012 adalah bukti kemampuan musa aman menerajui kerajaan negeri sabah..

Anonymous said...

kalau tidak silap isu patung mazu sudah selesai...kes SAPP keluar parti pula disebabkan oleh YTL yang tamak jawatan..

Anonymous said...

isu sabah ni lain dari di semenanjung dan sarawak..semenanjung dan sarawak tidak mengalami pengalaman sabah..di sabah macam2 berlaku...projek IC, 20 perkara, isu tanah, dll..jadi kalau najib mahu kekal jadi PM, maka isu2 sabah ini harus diselesaikan sebelum PRU13..yang akan menjadi penentu kerajaan malaysia selepas PRU13 ialah sabah dan sarawak..

Anonymous said...

rasanya belum ada penganti musa aman...najib sudah tentu tidak mahu ambil risiko menggugurkan musa aman disebabkan rekod perkhidmatan musa aman yang cemerlang...apa2 pun, kita tunggu dan lihat saja..

Anonymous said...

biarlah rakyat yang menentukan nasib seseorang pemimpin itu di PRU akan datang nanti

Anonymous said...

prinsip perkongsian kuasa dan kesamarataan haruslah menjadi tunggak dan asas bagi Barisan Nasional

Anonymous said...

konflik dalam arena politik sehingga menimbulkan kegusaran dan pergeseran antara personaliti dalam BN, tidak patut diungkit

Anonymous said...

ini hanya akan menimbulkan prejudis dan buruk sangka di kalangan parti komponen Barisan Nasional

Anonymous said...

Ketua Menteri Sabah tidak seharusnya ditindas kepimpinannya kerana beliau tentunya mahukan Sabah turut berkembang maju seperti negeri-negeri lain di M’sia

Jason said...

if MA is a liability to Sabah BN, then sabah should had gone backward but instead we can see obvious development.

Jason said...

neway, its hard to tell what is really happening inside BN. Lets don't make any speculation of their internal fight.

Jason said...

despite what i had just commented previously, i think that is best for MA to try to improve himself and prove to the people that he is a good leader.

Smookiekins said...

Harap2 bajet Sabah 2012 dapt dilaksanakan dengan lancar. Diharap juga bajet tu dapat dinikmati oleh setiap lapisan rakyat Sabah. kecuali PATI.

Anonymous said...

BN Sabah perlulah berusaha lagi jika hendak mengekalkan sokongan rakyat.

Anonymous said...

Tidak kira bagaimanapun, rakyat yang akan membuat pengundian mereka bila PRU-13.

Tasaa said...

Datuk Musa Aman masih lagi mendapat sambutan di kalangan rakyat Sabah.

Anonymous said...

walaupun pelbagai masalah tmbul, ini tak bererti Musa sudah tidak relevan, byk pencapaian telah dilakukan oleh Musa

jemput ke blog ini:

http://nungkok.blogspot.com/

Anonymous said...

kita bleh lihat sahaja nnti sejauhmana sokongan yang dberikan kepada Musa.

Smookiekins said...

Bahaya atau tidak semuanya akan terjawab pada PRU13. Sama2 kita saksikan.

Paquin said...

Tak suka dengan Musa tapi ramai juga yang sokong dia pun...

Paquin said...

Kalau betul lah Musa ini tak boleh diharapkan langsung, kenapa masih hingga saat ini dia masih jadi CM. Dah lah tu Sabah pun membangun dengan baik. hhmm..

Paquin said...

Tak dinafikan masih banyak kelemahan dalam pentadbirannya, tapi tak dinafikan Musa berjaya laksankan t/jawabnya dengan baik.

Paquin said...

Appaun terpulanglah pada penilaian masing-masing. Susah juga mahu komen.

Paquin said...

Apapun, kita tunggu dan lihat sajalah nanti. Tak sabar menantikan PRU13. hehe

Anonymous said...

terpulanglah kepada kepimpinan BN di Sabah bagaimana untuk memperkukuhkan kedudukan mereka. masih belum terlambat untuk memperbetulkan keadaan.

gaman said...

saya tidak nampak pun kemelut perbalahan kepimpinan Musa Aman dengan ahli2 parti di Sabah ketika ini.. semuanya sudah kembali seperti biasa malah ramai ahli2 BN yang menunjukkan sokongan penuh terhadap kepimpinan beliau..

gaman said...

walaupun sebelum ini wujud konflik antara MA dengan pemimpin LDP, tapi seolah2 semua itu telah berakhir sekaligus menunjukkan beliau mampu menyelesaikan konflik dalaman..

Unknown said...

Terima Kasih dengan info yang ada..

Sedikit ulasan..
Kalau BN melakukan yang terbaik rasanyan kedudukan BN tidak dalam bahaya sangat. Lainlah kalau BN langsung tidak ada memberi perubahan kepada Sabah dari segi ekonomi, pembangunan dan kemudahan penduduk Sabah.

Selamat berkongsi maklumat..

bayausbh.blogspot.com

Anonymous said...

Senang saja mahu kritik2 kepimpinan seseorang pemimpin kan? Bagaimana kalau diri kita yang berada di tempat mereka?

http://sabah-go-green.blogspot.com

Caldina said...

BN kena bersihkan imej mereka. Buktikan kepada rakyat yang mereka masih relevan jika mahu terus bertahan.

Anonymous said...

walau pun ada isu yang berlaku atau timbul tapi BN Sabah dilihat masih lagi kuat dan kepimpinan masih lagi menjalankan tugas dengan berkesan.

Anonymous said...

yang penting, semua pemimpin perlu menjalankan tugas mereka dengan baik dan berkesan, rakyat pasti menyokong.

Anonymous said...

I think BN will stay in power in coming PRU.

Anonymous said...

Pengagihan kerusi harus dibuat dengan bijak dan generasi muda harus juga diberi peluang untuk menjawat.

Anonymous said...

Konflik dalaman harus diselesaikan, iniakan memberi tanggapan yang amat negatif.

Anonymous said...

Parti komponen harus sebulat suara untuk berjuangkan misi dan agenda BN.

katy said...

Harap semua pemimpin2 BN akan bekerjasama bagi memastikan BN akan sentiasa di percayai di sabah..

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers