Thursday, November 3, 2011

BILA PAS mengambil pendirian dan keputusan untuk berkecuali tentang forum Seksualiti Merdeka yang dianjurkan Majlis Peguam dan bakal dirasmikan ayam sabung mereka,Ambiga maka terbuktilah yang PAS sebenarnya adalah pengkhianat terhadap agama Islam untuk turut bersetuju dengan program ini dan rela dijadikan perkakas oleh golongan kafir untuk memerangi agama Islam dan penganutnya.

Forum yang dianjurkan untuk menggalak serta membudayakan seks bebas seperti gay,lesbian,kahwin sama jenis serta penukaran jantina bukan sahaja disokong oleh Ambiga tetapi turut didalangi oleh Suhakam yang berselindung di sebalik hak asasi manusia sedangkan jelas forum ini adalah penghinaan maha agung terhadap agama kesucian agama Islam dan penganutnya.

Betulalh kata Rahim Noor, bekas Ketua Polis Negara bahawa ada agenda sulit terancang di sebalik gerakan kebebasan ataupun liberal yang dituntut dan kumpulan ini menggunakan segala kebebasan yang ada hari ini tanpa had serta sempadan dan dalam masa yang sama semua pihak berdiam diri untuk tidak cuba menangkis gerakan songsang dan mungkar di sisi Allah ini.

Sebagai sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam sebagai Ad-Din, keputusan PAS untuk berkecuali adalah satu tindakan yang cukup memalukan dan sekaligus meletakkan kesyumulan islam selama ini hanyalah sebagai bahan kejian semata-mata.Berkecuali sama seperti menyokong.

Budaya gay atau meliwat dan juga lesbian adalah sesuatu yang jelas dimurkai Allah hingga kemurkaan Allah itu diterjemahkan dengan menghapus serta memusnahkan satu kaum.Murkanya Allah terhadap penggemar seks songsang hingga Nabi Muhamad S.A.W tidak mengaku umat terhadap golongan-golongan seperti ini.

Namun hari ini Majlis Peguam,Ambiga dan Suhakam cuba menjadi Tuhan baru dengan berusaha menghidupkan semula budaya ini dtengah-tengah masyarakat Negara ini menjunjung Islam sebagai agama Persekutuan dan orang-orang Islam terus hilang rasa cinta,hormat dan kasih pada agama hingga sanggup membiarkan forum ini berlaku secara terang-terangan.

PAS yang sepatutnya menjadi barisan hadapan menghalang forum ini tidak seperti yang diharapkan dan mereka membiarkan forum itu berlangsung dengan jayanya dan jelaslah kepimpinan Hadi Awang ketika ini tidak ubah seperti kita mengharapkan padi yang ditanam tapi lalang yang menjadi.

PAS tiba-tiba menjadi bacul,kepimpinannya di semua peringkat kecuali Dewan Pemuda PAS bersuara menentang tapi suara mereka hanya sekadar berlegar di sekeliling dinding mereka sahaja,menyambung lidah retorik dan melacurkan Islam demi survival politik mereka semata-mata.

Kerana sayangnya PAS pada Ambiga,kerana takutnya PAS pada Majlis Peguam,mereka campakkan ketepi kemurkaan Allah.Kisah zaman Nabi Luth mereka padamkan seolah-olah memadamkan sejarah keperwiraan Negara.Segala kitab dan hukum hakam seperti yang tertulis dalam Al Qur`an dan sunnah,PAS langsung tidak peduli dan sikap berkecuali mereka ini jelas membuktikan bahawa mereka menyokong penuh gerakan pembaharuan seks dan gaya hidup seperti yang dituntut dalam forum tersebut.

Adakah PAS mahu membalas budi yang Ambiga taburkan ekoran Bersih 20 satu ketika dulu?Atau Pas takut kehilangan sokongan?Di mana suara Nik Aziz,Harun Taib dan Hadi Awang?Atau mereka juga suka dengan perkembagan gaya hidup seks baru yang mahu diperkenalkan secara meluas di Negara ini?Demi politik mereka sudah tidak peduli apa pun yang akan berlaku terhadap Islam dan bangsa Melayu di Negara ini.

Kita tidak pelik ataupun hairan kalau Anwar Ibrahim menyokong dan kita juga tidak hairan kalau kepimpinan kafir dalam pembangkang menyokong kerana bagi mereka itu adalah hak individu,sama seperti mereka memperjuangkan kebebasan lain-lain sebelum ini termasuklah murtad atau sebagainya.

Yang kita pelik dan hairan,di mana perginya Majlis agama Islam,Mufti maupun Raja-raja melayu dalam isu ini.Adakah mereka juga turut terkena sindrom PAS ini?

Seksualiti Merdeka hanyalah sekadar nama yang sedap untuk dibaca sedangkan hakikatnya ia jelas bermaksud mahu seks songsang dibenarkan berleluasa dalam Negara tanpa sekatan dan tindakan undang-undang dan kegilaan Ambiga serta beberapa orang Melayu dalam Majlis Peguam ini merupakan satu petanda yang cukup jelas kejahilan mereka.

Dan kejahilan ini sepatutnya PASlah yang bertanggungjawab menyedarkan mereka bahawa forum ini terlalu menyentuh nurani orag-orang Islam dan memungkinkan akan berlaku perkara buruk dalam Negara ini sekiranya ia tetap diteruskan.tapi PAS tidak lakukan itu semua dan hanya menghasut golongan muda untuk terus menyokong mereka secara membuta tuli.

Kita juga kecewa dengan Dewan Ulama PAS yang turut membisu dalam isu ini dan gerakan liberal sepertiini cukup keterlaluan bilamana homoseks,lesbian dipertahankan oleh PAS dan adakah mereka ini akhirnya memilih untuk menjadi pejuang islam yang tidak bermaruah dan melihat sahaja Islam sedang dipijak-pijak oleh golongan kafir laknatullah ini.

Mereka sepatutnya bangkit menentang kekufuran ini sebagaimana Allah murka kepada pengamal seks bebas seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Luth itu.PAS harus bersama PERKASA,UMNO,ABIM dan beberapa pertubuhan Islam lain menyatakan bantahakan kepada kegilaan golongan-golongan mabuk seks ini.

Kalaulah ulama-ulama dalam PAS terlalu tua untuk memahami kemurkaan Allah ini mengapa golongan-golongan muda yang mendapat pendidikan agama secukupnya tidak bangkit untuk menasihati mereka ataupun golongan ini juga bersetuju dengan forum seks bebas yang dianjurkan ini?

PAS harus bertaubat dan semua pemimpinnya perlu bertaubat nasuha kerena sikap berkecuali mereka ini membuktikan mereka sebenarnya hanya sebuah parti yang bersifat `bapa ayam’ dan sedang menggoda generasi muda untuk menjual maruah dan masa depan mereka.Da adakah akan muncul Dajjal akhir zaman itu adalah PAS?

Kerajaan juga dituntut untuk bertindak dan mengambil tindakan tegas kerana kumpulan ini jelas sudah memijak Perlembagaan Persekutuan dan konsep sama rata seperti yang pembangkang perjuangkan ini perlu ditentang habis-habisan.

2 comments:

Anonymous said...

umat islam di Malaysia masih tdo lg...lepas ni korang tengok la "I FOLLOW"

Anonymous said...

tolong siasat unscientific malaysia jugak sbb ahli nya sama. mereka memperjuangkan hak gay dan juga kebebasan beragama=atheism

Powered by Blogger.

Terbaru

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers