Tuesday, November 1, 2011

SAAT Dr Khir Toyo membela diri di Mahkamah Tinggi Shah Alam ketika ini,sesuatu yang cukup luar biasa terdedah apabila Mahkamah diberitahu bahawa agen penilaian Henry Butcher yang dilantik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia membuat penilaian harga rumah tersebut tanpa melawat kediaman itu dan dilakukan dua tahun selepas itu.

Mr Choy dari firma penilaian hartanah Rahim & Co menyifatkan penilaian perlu dibuat dengan melawat kediaman tersebut sebelum menilai harga rumah yang mahu dibina ataupun dibeli.Perbicaraan ini dlihat semakin menarik dan memungkinkan akan mendedahkan kebenaran beberapa teori yang bertiup kencang sebelum ini bahawa Dr Khir sebenarnya sedang ditunjukan jalan keluar daripada gelanggang politik oleh beberapa pihak yang berkepentingan.

Malah Shamsudin kawan baik Dr Khir yang akhirnya memilih untuk menikam kawannya dari belakang itu juga mungkin akan lebih terdedah tetantang peranan yang beliau mainkan untuk memalukan Khir Toyo dan keluarga dan mengapa beliau sanggup bertindak sejauh ini untuk berada di dalam kandang saksi menentang kawannya sendiri.

Kita tidak berniat untuk mengupas lebih lanjut perbicaraan yang sedang berlangsung ini namun semua rakyat sedang menunggu babak demi babak diselak bagi melihat kebenaran dan kepalsuan.Namun bila kita melihat anggaran nilai rumah yang didedahkan di mahkamah ketika ini seperti wujud konspirasi terancang.Siapa yang merancang.kita tunggu episod seterusnya.

Satu pertanyaan timbul, andainya rumah itu bernilai RM3.5 juta, darimana pula datangnya penilaian hingga melebih RM 6 juta itu?Rumah yang mana agen SPRM nilai?Rumah mana pula Rahim & Co nilai dan rumah mana pula yang Dr Khir diami?

Dan ketika ini Mahkamah Tinggi Shah Alam sedang mendengar keterangan Mr Choy daripada firma penilai antarabangsa Rahim and Co mengenai penilaian beliau ke atas banglo milik bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo yang menjadi pertikaian di Mahkamah sekarang.

Menurut Choy, beliau telah melawat keadaan banglo tersebut dan melakukan pemeriksaan terperinci termasuk mengambil gambar-gambar sebagai rekod sebelum membuat rumusan rumah tersebut berharga RM 3.5 juta. Asas penilaian yang dibuat ialah berdasarkan kaedah perbandingan dengan hartanah hampir serupa dan “as is where is basis” kerana ia merupakan unit kediaman yang tidak siap atau dalam pembinaan.

Choy turut mengemukakan 18 keping gambar keadaan unit hartanah tersebut semasa ia membuat penilaian dan merumuskan ia berharga RM 3.5 juta.




Beliau menolak penilaian oleh TransAsia yang menggunakan kaedah perbandingan semata tanpa melawat tempat tersebut. Mahkamah pada bulan lalu mendengar keterangan TransAsia yang mengakui membuat penilaian sulit bagi pihak Dato Shamsuddin 5 hari selepas penilaian Rahim and Co dan meletakkan nilai RM 5 juta bagi rumah tersebut.

Choy juga mengkritik TransAsia kerana membuat penilaian berasaskan assumption completed berharga lebih RM 7 juta. Menurut Choy, kaedah pengurangan harga berasaskan harga pada dijangka siap hanya relevan digunakan bagi rumah yang mempunyai pemaju di mana harga berdasarkan harga jualan dan ditolak berapa banyak peratusan siap yang ditentukan melalui pembayaran mengikut fasa.

Choy juga berpandangan penilaian Henry Butcher yang dilakukan 2 tahun kemudian atas arahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sangat tidak tepat kerana ia dilakukan tanpa melawat keadaan rumah tersebut ketika itu. Bagi kediaman yang dibina secara persendirian dan belum siap, lawatan ke rumah tersebut amat penting dalam membuat penilaian.

Menjawab soalan Hakim, Mr Choy menyatakan beliau berpendapat rumah tersebut diroboh dan dibina semula walaupun dalam pelan menyatakan ia hanyalah renovation dan extension.

Sebelum itu pada sebelah paginya,Irhamy daripada Irhamy and Co memberi keterangan menyatakan banglo yang dibeli oleh Ditamas (Datuk Shamsuddin Haryoni) daripada Saiful Aznil hanyalah bernilai RM 4.3 juta. Ketika diasak oleh pendakwaraya, Irhamy yang membuat penilaian bagi pihak Ditamas dan Maybank untuk tujuan pinjaman ke atas hartanah tersebut menyatakan harga RM 6.5 juta yang dibeli oleh Ditamas sebagai harga persetujuan bersama dan tidak mencerminkan nilai pasaran semasa.

Irhamy juga mengesahkan gambar-gambar yang dikemukakan oleh Peguambela merupakan gambar-gambar yang diambil oleh pegawainya ketika melakukan pemeriksaan ke atas banglo tersebut pada 2005.

Berdasarkan gambar-gambar Irhamy di bawah, Choy daripada Rahim and Co pada sebelah petangnya menyatakan bahawa ia merupakan bangunan yang berbeza sama sekali.

Gambar yang dikemukakan oleh Irhamy:

1 comments:

Anonymous said...

Boleh ke rakyat biasa mcm aku kalau ada duit dapatkan tanah kat situ dan bina rumah dgn harga tu di situ. Brapa pendapatan Khir Toyo setahun. Bagaimana pendapatan diperolehi. Kali le...pastu tolak perbelanjaan.

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers