Friday, November 4, 2011
Badrul-Raja Bohong alaf baru?
BADRUL Hisham Shahrin ataupun lebih dikenali dengan nama cikgu Bard,cukup-cukuplah menipu  dan berhentilah mencipta setiap hari dosa-dosa kering dan ingatlah hari kematian akan datang bila-bila masa dan paling dibimbangi beliau tidak sempat mengucap dua kalimah syahadah serta meminta maaf kepada orang yang selalu beliau fitnah termasuklah PM Najib dan isterinya Rosmah.

Penipuan Cikgu Bard ini semakin melampau-lampau seolah beliau meletakan dirinya sebagai seorang bakal pemimpin yang maksum sedangkan kehidupan beliau sendiri pernuh dengan kehanyiran tersendiri dan terbaru beliau cuba merangka satu penipuan baru kononnya anak PM Najib turut berada masa persidangan CHOGM baru-baru ini.

Penjelasan Najib secara tegas menyatakan bahawa anak perempuannya bukan berada di Australia semasa beliau menghadiri mesyuarat ketua-ketua kerajaan Komanwel (CHOGM) di Perth, baru-baru ini.

Beliau berkata orang ramai sepatutnya tidak terpedaya atau terbabit menyebarkan pembohongan.
"Jangan percaya atau sebar pembohongan. Malah, anak perempuan saya tidak berada di Australia dan isteri saya (Datin Seri Rosmah Mansor) tidak membeli apapun barang kemas," kata Najib dalam Twitter terbarunya.

Ulasan beliau adalah berikutan penerbitan satu artikel dalam sebuah akhbar Australia yang mendakwa anak perempuannya membelanjakan A$60,000 di sebuah pusatbeli-belah di Perth, venue perhimpunan CHOGM.

Laporan itu juga menyebut mengenai "seorang wanita pertama diketahui telah membeli mutiara bernilai A$150,000 WA (Barat Australia)". Bagaimanapun, ia tidak menamakan individu yang menjadi tanda tanya sepatutnya menyedarkan Cikgu Bard untuk minta maaf dan bukannya terus berdegil mempertahankan penipuannya dengan menjaja kisah anak perempuan Najib dan terus mengiyakan fitanh yang dilemparkan oleh akhbar Australia itu.Ini gaya politik murahan oleh orang yang murah akhlaknya Badrul!

Meskipun berbeda fahaman politik, Badrul harus menjadi manusia yang waras dan tidak menjadi pengikut pembangkang yang membuta tuli hingga bodoh untuk membezakan halal dan haram,benar dan bohong serta tulen dan palsu.

Cikgu Bard ini tidak malukah dengan dirinya sendiri?Tidak pernahkah melihat wajah dicermin dan sambil-sambil mencari parut dusta yang kekal tertampal di setiap inci wajah dan tubuh badannya.Malulah sikit dengan title cikgu yang beliau bawa itu walaupun semua oirang tahu beliau hanya guru sementara yang tidak layakpun membawa gelaran itu.

Malah gelaran cikgu yang beliau bawa sehingga hari ini sebenarnya memalukan isntitusi perguruan Negara dan guru-guru sepatutnya menasihati Badrul ini supaya sedar diri dan melihat wajah di cermin ataupun kencing dalam tempurung untuk menatap wajahny,menilai kekuarangan diri sebelum mencerca dan memfitnah orang lain..

Sebelum ini Badrul menrekayasakan kepalsuan tentang isu cincin yang berharga USD24 juta dan penipuan beliau ditelanjangi oleh Jabatan Kastam bahawa Rosmah tidak pun membeli cincin tersebut tetapi Badrul masih tidak insaf dan terus mencipta pembohongan demi pembohongan dan penipuan demi penipuan.

Badrul menjadi seperti orang yang tidak beriman.hanya dengan niat mahu menjatuhkan kepimpinan Najib serta maruah Rosmah,beliau sanggup menjadi kaldai tua untuk memikul segala agenda bagi kepentingan tauk-tauke dibelakangnya.

Sebab itulah Badrul sanggup mencetak risalah Rosmah Imelda dengan bermotifkan untuk memalukan Rosmah dan kita tidak tahu darimana peruntukan cikgu sementara pencen ini perolehi hingga mampu mencetak rislaha sebegitu dengan gambar-gambar yang cukup menarik walaupun keaslian gambar-gambar itu masih diragui lantaran kecanggihan teknologi yang ada di dunia hari ini.

Soal Badrul mahu cari tempat atau pengaruh di Rembau maupun di seluruh Negara itu adalah haknya sebagai orang politik tetapi menggunakan penipuan,kepalsuan dan pembohongan sebagai batu loncatan untuk berjaya ianya jelas satu tindakan yang paling tidak bermoral untuk seorang orang muda seperti Badrul ini.

Bertaubatlah Badrul selagi pintu taubat masih terbuka.Jangan makan daging saudara sendiri atau orang yang sebangsa dan seagama hanya kerana mahu mencari kuasa yang sementara.Hari ini Badrul berusaha dengan keras untuk membuka aib orang tetapi jangan lupa akan sampai waktunya pula orang lain membuka aib Badrul hingga Badrul lari tidak cukup tanah. Cuba Badrul renung-renungkan apakah Badrul ini bersih daripada segala palitan kekotoran dan penghinaan?

Apakah Badrul tidak pernah buat silap?Tidak terlibat dengan mana-mana skandal?Tidak menipu dan sebagainya?Badrul jangan sia-siakan sisa usia yang ada dengan bersekongkol dengan orang-orang yang telah terbukti tidak baik dan paling penting jangan biarkan diri menjadi perkakas orang lain

Badrul mungkin merasa menang kerana orang yang Badrul tipu dan fitnah berdiam diri tanpa mengambil tindakan apa-apa dan Badrul memutarbelitkan kononnya hanya kerana sikpa berdiam diri orang yang Badrul tuduh dijadikan senjata untuk menghasut rakyat kononnnya penipuan Badrul itu benar belaka.

Mungkin orang tidak melayan kerana merasakan Badrul seorang orang politik yang gila dan sedang menggunakan segala cara untuk menghalalkan matlamatnya.Mungkin juga orang merasakan bahawa Badrul hanya sekadar budak hingusan yang hingusnya masih bertempek tapi malangnya juga dating apabila orang-orang yang mengaku cerdik pandai pun boleh terpedaya dengan helah politik orang yang kecundang ini.

Bertaubatlah Badrul!Cukup-cukuplah menipu tu!.

4 comments:

Anonymous said...

Kalau aku jadi DS Rosmah, aku saman si BB (bad bard) ni RM500 juta. 100juta pasal altantuya, 100juta pasal cincin, dan 100juta lagi pasal kata beli mutiara kat chogm, 100juta pasal fitnah anak dan 100juta lagi utk fitnah2 akan datang. Baru padan muka si BB pemfitnah ni. Si BB ni jawatan dia dlm PKR ialah AJK HR. Bukan Human Resource, tapi Hentam Rosmah. sebab tu portfolio dia hanya nak fitnah Rosmah saja.

akubekaspkr said...

Nasihat berguna buat Cg Bard.

Sesungguhnya kau bacalah artikel ini dan jadikannya suatu pandangan ikhlas daripada orang yang sayangkan masa depan politik kau Cg Bad.

Sbg orang yang pernah kau panggil 'abang', membaca artikel ini, sama seperti apa yang pernah 'abang' sebut semasa kita bersama iaitu:

'Sampai bila kita mahu memburukkan atau mengaibkan musuh politik kita?'

Betul kata penulis, takut Bad tak sempat memohon ampun, jawabnya neraka ke tujuh lah...

Bertaubatlah Bad, bertaubatlah...
Jangan ikut sangat desakan hati tu..

'Abang akui, abang tenang sekarang ini..

Anonymous said...

Yang saya dengar barua ni bukan pun Cikgu yang berkhidmat dengan KPM. Dia ni Cikgu tak dak lesen mengajar sekolah swasta saja yang mana sapa-sapa pun boleh jadi. Saya tak pasti tapi itulah yang saya dengar. Saya cukup menyampah kerana manusia tak guna ini menggunakan nickname Cikgu tetapi membuat benda-benda jahat mengalahkan setan sampai memalukan semua Cikgu-cikgu lain yang benar-benar Cikgu.

Anonymous said...

Iyalah tu badrul. Kalau najib ngan rosmah semuanya tak betul, awak tu betul sangat ke? Maksum sangatkah awak tu? Ingatlah bahawa hidup hanya sekali jer! Kalau buat dosa kering ( memfitnah ), mati dan tak sempat minta maaf, azablah yang akan diterima nanti. Cukup2lah itu. Ingatlah diri sendiri, tanyalah diri sendiri, sempurnakah aku? Lama kelamaan orang akan jemu, asyik berbohong, fitnah jer kerjanya. Hanya orang tak berakal jer yg mempercayai setiap pembohongan mu. Tak berakal? Sama seperti mu!

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers