Friday, November 11, 2011

Politik Shahrziat sedang diuji..!
APA kelas Zuraida Kamaruddin,Ketua Wanita KeADILan untuk desak Shahrizat Abdul Jalil untuk letak jawatan.Siapa betina ini?Apa kepentingan betina ini untuk menentukan Shahrizat perlu kekal dalam jawatan atau tidak?Kenapa dia sibuk sangat menjaga tepi kain orang maupun rumahtangga UMNO sedangkan rumahnya sendiri porak peranda?

Yang patut dia desak letak jawatan adalah Anwar Ibrahim sebab Anwar jelas dan terbukti meliwat Saiful Bukhari.Yang patut beliau desak letak jawatan adalah Elizabeth Wong yang terbukti bergambar bogel dan gambar-gambarnya masih tersebar luas di internet hingga ke hari ini.Dua pemimpin ini terbukti lebih jijik daripada segala yang jijik dalam dunia ini.Mengapa Zuraidah diam dalam soal moral yang bejat sebegini atau dia sendiri tidak bermoral?

Itu rumahtangga Zuraida dan tidak perlulah Zuraida menjenguk rumahtangga orang lain selagi rumahnya sendiri porak peranda dengan suami yang curang pada isteri,isteri yang curang terhadap suami dan kita pun tidak tahu mengapa sampai hari ini ramai yang menggelarkan beliau Mak Lampir. Adajah kerana perwatakannya ataupun kerana keceluparannya yang tidak henti-henti membebel macam wanita meroyan selepas bersalin.

Zuraida patut cermin diri dan tindakannya menyerang Shahrizat supaya meletak jawatan tidak ada kena mengena dengan isu yang ditimbulkan.Zuraida boleh mendesak kerajaan ataupun mana-mana agensi penguatkuasa menyiasat projek ternakan lembu yang dikendalikan oleh suami Shahrizat dan mengapa dalam soal ini Shahrizat yang dikaitkan seolah-olah Shahrizat yang meluluskan projek itu?

Betullah kata orang termasuklah kata Noh Omar, pembangkang bermain politik dalam soal ini.Serangan pembangkang menggunakan bukti yang samar dan tidak jelas dan mereka membangkitkan isu ini hanya kerana Mohd Salleh itu suami Shahrizat semata-mata dan bukannya berpaksikan bukti nyata dan sahih.

Dalam lporan Ketua Audit Negara tifdak menyebut pun projek ternakan lembu ini gagal jadi mengapa Zuraidah juga harus menjadi seperti lembu yang hanya tahu makan dan tidur tanpa mahu memikirkan serta mengambil panduan laporan Ketua Audit Negara dan juga penjelasan Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani.

Walaupun Shahrizat itu saingannya dalam kepimpinan Wanita dalam Negara ini, tindakan mendesak Shahrizat letak jawatan langsung tidak masuk akal kecuali yang dididesak oleh orang-orang yang hilang akal dan mahu menang atas sifat politik semata-mata dan nyatalah betapa bangangnya Ketua Wanita KeADILan ini,hanya kerana mahu menutup kebejatan moral parti dan kepimpinan parti yang beliau wakili,dia menjadikan Shahrizat sebagai sasaran.Harapannya agar rakyat lupa Anwar meliwat dan melanggan pelacur dan Elizabeth bergambar bogel.

Kita mengharapkan Shahrizat tidak terperangkap dalam jerat politik jahat pembangkang ini dan kejahatan mereka ini adalah bersedia untuk berbuat apa sahaja termasuklah menyerang orang-orang yang tidak berkenaan dan terbukti hari ini walaupun Shahrizat tidak ada kena mengena dengan pemberian projek teranakan lembu itu,pembangkang terus berusaha `melembukan’ rakyat kononnya projek ini gagal dan sebagainya supaya rakyat yakin dan percaya.Nyata dalam serangan Zuraidah ini tersirat niat yang cukup jahat.

Jangan jadi pemimpin yang setaraf ibu ayam!
Kumpulan Melayu yang sedang menjadi alat Cina ini sepatutnya menunggu laporan SPRM yang mereka buat dan kalau benar Shahrizat terlibat secara langsung termasuklah melobi untuk mendapatkan projek ini bukanlah KeADILan yang mendesak untuk letak jawatan tetapi Shahrizat sendiri yang akan melepaskan jawatan itu dan tidak payahlah Zuraidah menunjuk pandai kononnya mereka ini menjaga intergriti dan kerdebiliti kerana kedua-dua frasa ini tidak ada pun pada Zuraidah itu.

Suami Shahrizat yang berniaga lembu dan mengapa Shahrizat yang diserang?Atau puak-puak haramjadah ini marah kerana melayu yang dapat projek itu kerana mereka lebih suka Cina ataupun India memonopolinya?Rupanya tebal sungguh sifat anti-Melayu dalam diri orang-orang Melayu yang tidak sedar dek untung ini..!

Mengapa puak-puak haramjadah ini tidak mempersoalkan perniagaan Tony Fernandes?Mengapa perniagaan orang Melayu yang dikendali Mohd Salleh ini dipertikaikan?Atau kerana Tony itu India dan layak berniaga tetapi Mohd Salleh ini Melayu dan tidak layak berniaga?

Pada Zuraidah,tak payah tunjuk lawa…jaga parti sendiri dan anak-anak agar tidak terlibat dalam seks bebas ataupun menjadi mangsa kerakusan nafsu pemimpin-pemimpin dalam pembangkang itu dan kepada Zuraidah,.cuba dengar-dengar apa yang orang kata tentang personaliti anda hari ini.Tidak ada yyang baik orang bercakap tentang anda tapi lebih banyak buruk anda yang didedahkan.

2 comments:

Anonymous said...

Dia marah pada Kak Jat sebab Kak Jat lebih cantik daripada dia.Dah la cantik ...budi pekerti pun baik.

Dia tu muka dah la buruk....perangai lagi buruk.

Jd paham ajelah

Rahim Janggut

Anonymous said...

Betul betul betul ...

Kak Jat ni memang humble orangnya. Tu yang Zuraidah meroyan tak sudah!

Kes ni sama macam Hospital Pantai yang anak mantan PM mempunyai kepentingannya. Last last jatuh ke tangan cina singapork baru semua org melayu diam. Punyalaa bangang orang Melayu ni.

Walhal Cina dan India yang kaya-kaya di Malaysia semua bermula dari tender kerajaan je.

Sekarang ni tugas pembangang DAP lagi mudah sebab melayu-melayu PKR dah mula serang melayu yang sebangsa dan seagama dengannya.

Sesuatu bangsa tidak akan jatuh jika bukan bangsanya yang jatuhkannya sendiri.

-jln. ledang ke kg.gelam-

Powered by Blogger.

Terbaru

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers