Runtuhkan BN-adakah wujud konspirasi PDRM dan Peguam Negara?

Thursday, July 28, 2011


Kredibilti PDRM sedang dicemarkan!
RAKYAT menjadi semakin keliru dengan beberapa perkembangan mutakhir melibatkan segala sistem perundangan dalam Negara kita ini yang semakin hari semakin diperlekehkan dan dilihat undang-undang di dalam Negara yang didokong sekian lama tidak berjalan mengikut kehendak dan keperluan Perlembagaan Persekutuan yang sebenar-benarnya.

Kita menjadi semakin terkeliru kalau kita mengambil contoh BERSIH yang telah diharamkan kerana tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertbuhan tetapi kumpulan mereka ini sedang bergerak dengan sewenang-wenangnya tanpa tindakan daripada mana-mana pihak yang memegang kuasa untuk mengambil keputusan dan tindakan.

Pertubuhan haram ini dilayan dengan begitu baik dan diberikan tempat yang sewajarnya bukan sahaja di kalangan rakyat yang buta tetapi  juga diangkat sebagai satu gerakan siasah yang dibantu perjalanan pertubuhannnya seolah-olah Negara hari ini diberitahu bahawa Bersih tidak haram walaupun Kementerian Dalam Negeri dan PDRM mengesahkan BErsih adalah pertubuhan haram.

Bersih ini dilihat sebagai penanda aras kepada kegagalan penguatkuasa undang-undang untuk menguatkuasakan arahan bagi mengambil tindakan kepada kumpulan ini dan kumpulan ini tidak jauh bezanya gerakan menjurus kepada membahayakan ketenterama awam dan juga negara.

Mereka tidak jauh bezanya dengan gerakan Al Maunah,Al Arqam dan juga kumpulan yang berselindung di sebalik jemaah tabligh ataupun sekolah-sekolah pondok yang mengkaderkan anak-anak muda hari ini untuk menentang kerajaan serta Yang DiPertuan Agong.

Aapa sudah jadi dengan kerajaan hari ini?Apa majalnya Kementerian Dalam Negeri dan juga PDRM hingga Pengerusi pertubuhan haram ini mengakui bahawa mereka engkar terhadap titah Agong namun  sehingga hari ini tidak ada tindakan di ambil bukan sahaja kepada ketuanya tetapi langsung seperti tidak ada keberanian untuk mengambil tindakan sejajar dengan keperluan undang-undang yang diamalkan sekian lama.

Prinsip Rukun Negara iaitu  yang memeteraikan Kedaulatan Undang-Undang sebagai salah satu terasnya sedang dipermain dan diperkotak katikan oleh mereka yang tahu undang-undang dan pihak yang mengawal undang-undang sedang terkebil-kebil melihat bagaimana undang-undang yang mereka jaga serta kawal selia selama ini sedang dipijak dengan rakus oleh sebahagian besar warganegara yang tidak bertanggungjawab.

Terlalu banyak lagi kerosakan undang-undang yang sedang mereka lakukan.Adakah kerana mereka sedar bahawa kerajaan hari ini tidak berani bertindak maka mereka tanpa segan silu dan rasa takut terus memperlekehkan seluruh sistem yang ada hingga dilihat hari ini sistem itu telah menjadi caca marba.

Kita lihat bagaimana angkuhnya Ambiga, Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu dan ramai lagi kalangan pembangkang dalam Negara ini melanggar undang-undang.Barangkali mereka sedar bahawa kalau ada tindakan pun hanyalah amaran dan peringatan baik dari Menteri yang bertanggungjawab ataupun Ketua Polis Negara yang semakin hilang punca mengemudikan pasukan Po9lis DiRaja Malaysia.


PDRM sendiri mengakui bahawa tindakan pembangkang hari ini adalah untuk membunuh kredibiliti serta intergriti PDRM tapi apa tindakan yang mereka buat?Bila ada yang bertanya, mereka pula kata segala jertas siasatan telahpun diserahkan kepada pejabat Peguam Negara dan terpulang kepada Peguam Negara untuk menentukan tindakan tapi soalnya sampai hari ini tidak ada satu pun tindakan yang boleh dibanggakan sebahagian besar lagi rakyat terhadap keberkesanan PDRM dan juga Peguam Negara.

Adakah memungkinkan benar bahawa hubungan antara PDRM dan pejabat Peguam Negara tidak terjalin dengan baik dan kalau kenyataan ini benar, maka benarlah segala tindakan yang dibuat oleh pembangkang hari ini kerana mereka sedang mengambil kesempatan di atas kegagalan dan kecuaian semua pihak.

Kita tidak mahu PDRM, Peguam Negara dan terutama sekali kerajaan tunduk kepada tekanan golongan minority kerana tugas mereka ini adalah menjaga 20 juta lebih rakyat di Negara ini yang masih mempercayai undang-undang bahaw yang baik dibalas baik dan yang jahat dibalas jahat.

Ataupun salahkah kalau kita berandaian bahawa di PDRM dan juga pejabat Peguam Negara juga ada komplot tertentu untuk meruntuhkan kerajaan yang sedia ada hari ini dan mereka membuka ruang kepada rakyat terbanyak untuk terus memperlekehkan kerajaan dan Negara.

Yang pasti gandingan Hismauddin, Ismail Omar dan Ghani Patail bukanlah satu gandingan yang bagus untuk mempertahankan kedaulaatan undang-undang di negara ini.

7 comments:

Wau Janak July 28, 2011 5:26 PM  

"Yang pasti gandingan Hismauddin, Ismail Omar dan Ghani Patail bukanlah satu gandingan yang bagus untuk mempertahankan kedaulaatan undang-undang di negara ini."

Setuju 100%

Anonymous,  July 28, 2011 6:28 PM  

DS NAjib mohon set up tiga manggkok yg disebut td.kepincangan didalam menegakkan undang2..dulu lain sekarang lain...padahal undang2 dulu dan perlembagaan sama shj dgn sekarang.Al-Ma'unnah dituduh melancar peperangan dgn DYMMYDA...apa bezanya dgn BERSIH yg derhaka titah YMMYDA dan membuat huru-hara dan mengacam ketenteraman negara dan ada juga yg mati? Al-Arqam ajaran sesat apa bezanya dgn Nit Ajeet..semuanya dulu di tangkap...paling sial sekali PARIA sekor tu sampai ke hari ni x ditangkap..apa ni semua.

Anonymous,  July 29, 2011 1:24 PM  

aku setuju apa yg di katakan......sedih aku melihat melayu2 seperti ini yg di amanahkan oleh rakyat untuk menjaga keamanan negara tp mengabaikannya...menteri,igp dan AG yg lembik.......lu pklah sendiri

Anonymous,  July 29, 2011 10:21 PM  

Polis sekarang hanya cakap aja bersemangat "akan ambil tindakan tegas", "sedang siasat",tetapi habuk pun tarak. Kalau dengan pegawai bawahan bukan main garang memaki hamun tapi dengan menteri kecut dan ikut telunjuk takut jawatan yang dipegang terjejas. Pasukan hancur merin polis pun dah bagi orang lain. Itulah panglima polis sekarang lepas tangkap lepas.

trio mangkok,  July 30, 2011 12:38 AM  

kena tengokla...mana tau.. 3 mangkok tu ada skandal ke..atau penah buat benda2 menyalahi undang2..dan puak2 haramjadah tu tau rahsia tersebut..
takut terbongkar..
mana tau la kann..

Anonymous,  August 1, 2011 7:38 AM  

Kalau tak siasat skandal ni,pasti ada skandal.

Anonymous,  January 4, 2012 11:15 PM  

Bila dah ada musang berbulu ayam apa pun boleh jadi..Kemusykilan yang harus kita rakyat banyak fikirkan.

KPN dok bercerita pasal negara ada undang2 dan macam 2 lagi bukan gua tak faham tapi kalau dah tahu tindakan mereka tu menyalahi Undang2...tunggu apa lagi..Bukan kah itu tugas brader2 kita in Blue utk kekangnya.

The they talks the more nonsense comes otu .

Buat kerja ....Enforcement yang penting..dah dipijak kepala pun takkan masih nak tunduk gak..

Sori bro ..tapi yang kurang dalam masaalah nie ialah enforcement.

Kami cintakan keaman dan kedamaian PAK2 Mentri..semoga anak2 kami pergi kerja selamat dan balik pun selamat.Ini lah rintihan rakyat bukan nak menyusahkan.

Berbaik tu bagus tapi biarlah berpada pada..

Post a Comment

Ingatlah firman Allah Taala:يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (118) هَا أَنْتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ (119) Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada Segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: “Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): “Matilah kamu Dengan kemarahan kamu itu”. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan Segala (isi hati) yang ada di dalam dada.” [Ali Imran: 118 & 119].

WELCOME

Related Posts with Thumbnails

MY VISITORS' FOOT PRINTS

About This Blog

Berjuang menegakkan kebenaran. Berjuang demi Bangsa, Agama dan Negara. Biar kita tidak dihargai asalkan kita mempunyai harga diri, maruah dan iman.

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP