Tuesday, July 5, 2011

Sek 122 KK-memerangi Yang DiPertuan Agong
KALAU kita baca dan memahami pertuduhan yang dikenakan kepada beberapa orang anggota Parti Sosialis Malaysia(PSM)  termasuklah Dr S.Jeyakumar,Ahli Parlimen Sungai Siput tidak ada kena mengena tangkapan mereka itu berkaitan dengan perhimpunan BERSIH yang telahpun dibatalkan dan sesiapa sahaja yang membanah penangkapan serta penahanan mereka ini adalah orang-orang yang bersetuju dengan gerakan-gerakan yang PSM lakukan.

Mereka ditangkap dan dikenakan pertuduhan di bawah Ordinan darurat kerana kesalahan mereka untuk memerangi Yang DiPertuan Agung sejajar dengan kehendak Seksyen 122,Kanun Keseksaan apabila terbukti kesemua mereka ini berniat melancarkan tentangan itu dengan menghidupkan kembali fahaman komunis melalui beberapa nama yang mereka julang sebagai tokoh sedangkan Parti Komunis Malaysia serta fahamannya telah diharamkan oleh kerajaan dan undang-undang pengawalannya termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

Tindakan empat orang Sasterawan Negara yang mendesak polis membebaskan tahanan-tahanan ini dilihat seperti mereka terpengaruh dengan dakyah Bersih tanpa mahu mengetahui apa sebenarnya agenda pimpinan PSM ini kerana terbukti mereka menjadikan Bersih sebagai alat untuk mereka menyalurkan fahaman komunis yang telah diharamkan itu.

Barangkali empat orang Sasterawan Negara ini ataupun sesiapa sahaja yang mendesak supaya tahanan ini dibebaskan oleh polis  terlepas pandang  peruntukan undang-undang  yang digunakan oleh pihak berkuasa untuk mengekang gerakan mereka yang boleh membahayakan Negara ataupun Sasterawan Negara ini yang cuba menjadi here untuk membela penyebar fahaman komunsi ini telah diberikan maklumat yang salah oleh pihak-pihak yang berkepntingan dengan memperalatkan mereka.

Sewajarnya penangkapan dan penahanan Dr S.Jeyakumar dan rakan-rakannya difahami dengan jelas supaya kita tidak terpedaya dengan helah pembangkang cuba mengalihkan isu ataupun kita menjadi terlalu taksub kerana telinga kita disumbat oleh retorik-retorik politik daripada mereka yang tahu tentang undang-undang tetapi cuba mengelirukan rakyat dengan fakta-fakta yang salah.

Mereka ditangkap dan ditahan kerana cuba sebarkan fahaman komunis
Soal Bersih adalah satu perkara berbeza dengan  sebab penangkapan dan penahanan pemimpin PSM ini oleh polis.Bersih hanya sebuah demonstarsi haram dan telah pun diharamkan oleh Kementerian Dalam Negari manakalah gerakan-gerakan PSM ini dilihat sama bahayanya dengan gerakan Bersih itu malah menjadikan Chin Peng,Rashid Mydin dan beberapa nama pejuang komunisme yang lain lebih banyak lagi mendatangkan kemudaratan kepada Negara ini.

Bersih dijadikan alat untuk melindungi agenda sulit mereka dan sebarang serangan ataupun bantahan terhadap penahanan mereka ini adalah satu cubaan ataupun persubahatan untuk turut sama memerangi Yang DiPertuan Agung,menghina institusi undang-undang serta mencabar kredibilti Polis Diraja Malaysia.Mereka ini juga patut disiasat yang berkemungkinan mereka juga sedang menyebarkan fahaman kimunisme itu di kalangan rakyat Negara ini.

Bila Bersih itu sendiri diragui `kebersihannya’ apatah lagi dengan gerakan-gerakan kotor yang dilakukan oleh PSM hingga mereka tanpa rasa takut mencetak gambar-gambar pemimpin komunis di baju berwarna kuning untuk diedarkan kepada orang ramai dan sekaligus menyanjungi puak-puak komunis ini.

Pikullah kalau tangan berani mencencang!
Tindakan polis itu tepat pada masanya dan kita wajar juga berterima kasih kepada puak-puak Bersih ini kerana disebalik kekotoran Bersih akhirnya berjaya membongkarkan kegiatan-kegiatan subversive daripada pihak-pihak tertentu untuk menghidupkan kembali fahaman ini.

Barangkali ini adalah antara kes-kes terpencil dan mungkin ramai lagi yang menjalankan gerakan secara sulit untuk menghidupkan fahaman ini dan kita percaya penahanan mereka ini akan membuka ataupun memberikan petanda-petanda lain kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dan melakukan tangkapan secara besar-besaran.

Penahanan mereka ini jangan kita lihat semata-mata mereka ini menyokong demonstrasi haram itu tapi kerana ada perkara lain yang lebih besar daripada agenda Bersih itu.Secara kebetulan Bersih sedang mahu berdemontarsi, mereka ini menngambil peluang untuk merencanakan matlamat mereka itu dan kita percaya agenda komunisme ini merupakan salah satu modul perjuangan PSM.

Sebagai rakyat yang cintakan undang-undang, kita tidak harus mengajar polis apatah lagi mencerca tindakan-tindakan polis yang jelas tindakan polis itu bermatlamat untuk menjaga serta mengawasi Negara ini ini daripada diresapi anasir-anasir ataupun fahaman-fahaman yang boleh memudaratkan Negara.

Sasterawan Negara orang yang cerdik serta kreatif tetapi mereka harus melihat tangkapan tersebut dalam konteks yang lebih luas dan rakyat juga jangan sampai taksub membuta tuli hingga sanggup menggadaikan Kedaulatan Negara ini dengan memberikan sokongan supaya pimpinan PSM itu dibebaskan.Tindakan polis itu betul dan tepat pada masanya.

3 comments:

Anonymous said...

bila membaca frasa "... memerangi YDP Agong..." teringat pula kisah peristiwa di kampung jenalek, dekat sauk, kuala kangsar, suat masa dulu....

Anonymous said...

26 JUN dulu LAWYERBURUK dah awal2 bagi nasihat;

Suruh bahalol ini keluarkan jaminan dengan menurunkan tandatangan keatas satu surat AKUAN bahawasanya setuju melupuskan segala harta benda peribadi termasuk keluarga serta kaum kerabat anak cucu;

Sekiranya apa yang tidak di ingini berlaku sabit perhimpunan tersebut umpama
kematian,
kecederaan,
kerosakkan dan
kerugian,

dalam tempoh masa 24jam segala tuntutan gantirugi, pampasan dan kos kos lain yang bersangkutan akan di bayar (serta merta dan bakinya dalam tempoh masa 14hari) oleh mereka yang bertanggung jawab mengadakan perhimpunan ini.

Mangsa kecederaan semuanya akan dihantar terus ke rumah Betina ini untuk di jaga hingga sembuh.

LAWYERBURUK

Anonymous said...

Dato komen sikit ......rakyat nak tahu TUJUAN PEGUAN PRANCIS DIUSIR DARI MSIA SEMALAM.....NAJIB TAKUT KE PEGUAM TU DEDAHKAN KES "KAPAL SELAM" yg tak blh menyelam...termasuk gadis MONGOLIA.......kesian NAJIB....... Hari nie gi KEDAH/PERLIS disambut dgn PULUT KUNING hahahahahahahahaha warna bersih NAJIB suka kan Dato? nampak sangat AKHIRNYA PEMERINTAHAN NAJIB.......suruh dia dok belakang ROSMAH FIRST LADY lah...rakyat dah tahu tembelang NAJIB nie .... tunggu PRU13 je DATO......kami akan talkinkan UMNO/BN.....

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers