Saturday, July 30, 2011

Disyaki ada kaitan dengan PKM?
ADA yang tidak kena di sebalik pembebasan MP Sungai Siput, Jeyakumar dan lima lagi tahanan dari pertuduhan Akta Ordinan Darurat yang sebelum ini dikenakan ke atas mereka kerana disyaki mahu memerangii YDP Agong apabila kesemua mereka ini didapati sedang berusaha untuk menghidupkan kembali fahaman komunis yang telah diharamkan di Negara ini.

Di mana kecuaiannya hingga mereka ini terpaksa dibebaskan?Apakah siasatan polis yang longgar atau seperti disebutkan sebelum ini wujud konspirasi pihak-pihak tertentu dalam jabatan polis untuk memalukan kerajaan dan memalitkan lagi malu yang amat besar kepada kementerian Dalam Negeri terutama sekali Menterinya, Hishamuddin Tun Hussien?

Mustahil PDRM yang  dinobatkan antara pasukan polis terbaik dalam dunia melakukan kecuaian hingga pesalah yang disyaki boleh terlepas daripada pertuduhan ataupun diheret ke mahkamah?Atau pasukan polis yang mengetuai siasatan kes ini tidak mempunyai pengalaman kerana mereka hidup ataupun bertugas selepas PKM diharamkan hingga mereka menjadi buta dan keliru untuk menyiasat kes ini hingga ke akar umbi?

Banyak persoalan-persoalan nakal bermain dalam kepala dan paling nakal selain daripada mogok lapar yang kononnya akan dibuat oleh Jeyakumar sedangkan maklumat yang diperolehi Jeyakumar  tidak pun mogok lapar seperti yang diwar-warkan adalah betapa polis kurang cekap dengan latihan siasatan walaupun sebelum itu mereka begitu megah mendedahkan kononnya polis berjaya mematahkan satu gerakan paling merbahaya dalam negara dengan penemuan bukti-bukti yang kesemua mereka itu terlibat dalam gerakan subversif.Nyanyian polis cukup merdu didengar ketika itu!

Satu perkara dan lebih nakal lagi,mungkin ada kalangan pegawai polis yang bertanggungjawab terhadap kes ini memandang ringan mauduk ahli PSM ini untuk menghidupkan kembali fahaman komunis dengan mengkaderkan ahli-ahli baru di kalangan mereka dengan tujuan-tujuan tertentu.

Mustahil tidak ada kes?
Mungkin siasatan polis hanya tertumpu kepada Jeyakumar hingga terlepas pandang untuk menyisat lebih mendalam kegiatan ataupun  pengkhianatan yang dilakukan oleh lima lagi ahli Parti Sosialis Malaysia itu hingga akhirnya polis tidak cukup bukti dan terpaksa membebaskan kesemua mereka. Memang itu adalah hak pois tetapi sebagai rakyat,kecuaian yang polis lakukan ini jika ada tidak boieh kita maafkan dan juga memalukan jabatan serta kerajaan.

Ataupun polis diarahkan untuk membebaskan kesemua tahanan ini walaupun tindakan mereka itu boleh menggangu-gugat keselamatan negara kerana bimbang sokongan terhadap kerajaan Barisan Nasional bertambah merundum di kalangan pengundi India?Jika benar ada arahan begitu, malanglah kepada kita kerana kerajaan sanggup mempertaruhkan nasib dan masa depan negara hanya semata-mata mahu meraih undi dan sokongan bagi memenangi PRU13.

Sia-sialah polis mengumpul segala maklumat dan bukti bilamana akhirnya kesemua tahanan ini terpaksa dibebaskan demi memenuhi tuntutan ataupun tekanan pihak-pihak tertentu sedangkan kita semua tahu isu yang melibatkan kepentingan negara bukan satu isu yang main-main.

Atau polis hanya main-main dalam menyiasat kes ini? Kita sedar,polis juga manusia biasa dan dalam diri mereka ada yang menyokong serta menentang kerajaan.Jika kecuaian siasatan ini atau kegagalan menyediakan kertas pertuduhan yang sempurna sebagai alat bagi membolehkan tahanan PSM ini dibebaskan untuk memalu atau mengkhianati kerajaan,ini adalah satu proses siasatan yang paling tidak bermoral dan bertanggungjawab malah tidak menghormati kerajaan yang sedang memerintah ketika ini,

Tindakan dan keputusan polis tersebut memberikan ruang dan modal yang cukup besar kepada pembangkang untuk mengkritik dan menyelar kerajaan malah kesemua tahanan yang dibebaskan itu telah diangkat sebagai hero dan pasi mereka akan dijaja keseluruh pelusuk dosa sebagai alat baru untuk menyerang kerajaan dan Polis DiRaja Malaysia.Kalau kerajaan akur kepada keputusan ini bermakna kerajaan sedang memberikan seludang kepada pembangkang untuk menyembelih kepimpinan yang ada.

Barangkali inilah sebahagian polis yang menyokong pembangkang mahu dan untuk kesekian kali lagi, PDRM dan Hishamuddin akan dicerca sebagai menyalahgunakan kuasa serta kerajaan Barisan Nasional akan dicacatkan dengan segala tuduhan-tuduhan buruk oleh pembangkang yang sememangnya sentiasa mencari ruang dan peluang.

Malang sungguh bagi Hishamuddin. dalam saat nama dan jawatannya sedang dicemarkan oleh persepsi buruk kalangan pembangkang, pembebasan tahanan PSM ini sekali lagi menjadikan namanya `harum’ serta menjadi `sebutan’ di kesemua ceramah-ceramah pembangkang sedangkan beliau hanya melaksanakan dasar tetapi dasar-dasar ataupun undang-undang seolah-olah dipermainkan oleh sebilangan pegawai polis yang berkepentingan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya.

Berkaitan pembebasan enam tahanan ini, Hishamuddin memerlukan tongkat ajaib untuk membersihkan namanya dan sekiranya benar terbukti ada kecuaian dalam siasatan polis yang dikendalikan oleh pegawai-pegawai yang berkepentingan politik, PDRM perlu bertindak  ke atas pegawai-pegawainya yang cuai sehingga kes sebesar ini boleh terlepas daripada tindakan undang-undang.

Sehingga ke hari ini. kita masih yakin dan percaya bahawa penyambungan semula kontrak Ketua Polis Negara bukanlah satu tindakan yang bijak oleh kerajaan malah dengan apa yang sedang berlaku dalam PDRM ketika ini membuatkan kita merindui sentuhan tugas Hanif Omar,Rahim Noor dan Norian Mai dan  satu lagi,mengekalkan Peguam Negara hingga ke hari ini juga merupakan satu keputusan yang sukar untuk diterima oleh akal yang waras.

8 comments:

Anonymous said...

Semua KPN selepas Norian Mai sejak Bakri omar hingga sekarang tidak mempunyai pengalaman asas keselamatan Negara...mereka ini dari kalangan pegawaai atasan PDRM dari JSJ...pada kebiasaannya KPN di lantik dari Cawangan Khas yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang risikan dan keselamatan. Inilah kelamahan Kerajaan BN yang terlalu politikal hingga mengabaikan masalah keselamatan..begitu juga dengan perlantikan General ATM...sepatutnya di lantik dari kalangan General Tentera Darat dan bukannya dari TLDM ataupun TUDM...Kerajaan Malaysia sebenarnya banyak membuat kesilapan besar dalam mengatur strategi keselamatan Negara...sebaiknya kembalikan lantikan secara tradisi dengan melantik Pengarah SB sebagai KPN dan General tentera Darat sebagai General ATM.....

Anonymous said...

Betul tuan hanba cakap...SB lebih tau bab keselamatan... Tentera darat lebih tau apa berada di bawah...Semua samdol punya era...hancur malaysia...

Anonymous said...

kerajaan amat takut.. mcm era dollah samdol tangkap lepas..dia ingat nak ambil hati tp rakyat atas pagar 995 kata kerajaan PENAKUT...apa guna kita sokong kerajaan penakut...lu fikir la sendiri

Anonymous said...

Kalau Melayu cepat2 dikaitkan dgn al-Maunah, ajaran sesat. SebaB ada perkataan bangsa MELAYU.
Kalau nak buat jahat lebih baik cepat2 tukar bangsa India maupun Cina.Kerana peguam kat luar dah gerenti nak tolong.Putar belit pun depa PAKAR.

Anonymous said...

SB sekarang pun dah tak boleh pakai kerana mereka ni dah jaga politik saja mana ada jaga keselamatan negara lagi. semua mereka jaga perut sendiri dan oleh itu terpaksa jaga menteri. kerana SB telah dirosakkan semasa anwar ibrahim jadi TPM. La ni menteri pun tak mahu dengar nasihat dari polis kerana dia lebih besar pada polis dan boleh mengarah ketua-ketua polis yang hanya akan mengikut telunjuk untuk jaga periuk nasi.

Anonymous said...

Tiada integriti. Setuju sangat dengan pendapat di atas. Renungkan lah wahai pegawai pemerintah...negara kita sedang kehancuran sebab kecuaian pihak sendiri.Sayang kami rakyat pasti kecewa.

tokgaru said...

Pelik yer. Kominis pun polis boleh lepas macam tu jer.

Mungkin kominis hari nih telah di tawarkan bisanya kepada negara dan rakyat, macam ular yang dah dibuang bisa, patukan setakat mencederakan tapi tak bawa maut.

Kita rakyat nih agak saja lah, sedangkan yang lebih tahu adalah polis.

Anonymous said...

Aku yakin pasti ada pulis yang menyebelahi pembangkang.Patut buat siasatan segera.

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers