Monday, June 6, 2011
Keputusan MPSJ dipertikaikan? |
SEMAKIN hari nampak semakin khianat dan tidak jujur corak pentadbiran MB Selangor,Khalid Ibrahim malah slogan kerajaan pimpinannya mengamalkan ketelusan dan tidak sesekali mengamalkan kronisme dan nepotisme hanyalah sekadar slogan-slogan retorik untuk mengabui mata rakyat dan Khalid tidak lari daripada penyalahgunaan kuasa yang keterlaluan.
Tindakan terbarunya yang mengarahkan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)menggantung tawaran tender yang diberikan kepada 61 syarikat untuk kerja-kerja kutipan sisa pepejal sehingga seluruh kontraktor menanggung kerugian di sekitar Majlis Perbandaran tersebut merupakan satu lagi bentuk campurtangan serta penyalahgunaan kuasa beliau sebagai Menteri Besar dan menimbulkan tandatanya di sebalik tujuan arahan tersebut.
Kontrak kutipan sisa pepejal yang diperolehi oleh syarikat-syarikat tersebut adalah melalui tender terbuka menepati kononnya beliau tidak mahu lagi kontrak-kontrak itu diberikan secara rundingan terus bagi mengelak monopoli syarikat-syarikat tertentu tetapi malangnya berlaku sebaliknya.
Bila arahan sebegini dikeluarkan,MPSJ akur kepada keputusan yang dibuat oleh Menteri Besar Selangor itu dan memilih syarikat-syarikat yang layak dan menepati syarat-syaratnya daripada beribu-ribu yang memohon dan mesyuarat tender tersebut turut dihadiri oleh wakil-wakil daripada PAS dan DAP serta PKR.tetapi malangnya apabila keputusan dicapai sebulat suara dan setelah meneliti segala syarat serta dokuman, 61 syarikat ini tidak dipersetujui oleh Khalid dan mahu keputusan mesyuarat itu menggantung keputusan tersebut.
Tender tersebut dikeluarkan hujung tahun 2010,mesyuarat tender bulan Februari dan keputusan telah pun dibuat oleh MPSJ dengan mengeluarkan surat tawaran kepada syarikat-syarikat berkenaan dan sepatutnya syarikat-syarikat tersebut telah pun menjalankan kerja-kerja pembersihan tetapi akhirnya Khalid mengarahkan MPSJ menarik balik segala surat tawaran tersebut dan menggantung tanpa sebab walaupun MPSJ menghantar surat kepada beliau untuk mengetahui punca-punca tender tersebut digantung dan mahu dibatalkan kerana ada kesan sampingan yang bakal timbul namun difahamkan sehingga hari surat MPSJ itu tidak berjawab.
Timbul persoalan,adakah Khalid mengarahkan tender tersebut digantung kerja-kerjanya kerana orang-orangnnya gagal memperolehi kerja-kerja tersebut ataupun beliau sendiri hilang kepentingan peribadi kerana tidak menepati syarat-syarat tender ataupun Khalid menganggap wakil-wakil kerajaan pimpinannya tidak akur dan tunduk kepada kehendaknya yang mahu membolot kerja-kerja sisa-sisa pepejal itu untuk diagihkan kepada kroni-kroninya?
Ataupun adakah kerana ada tekanan-tekanan poilitik dari rakan sekutunya yang memaksa Khalid buat `u-turn’ sebegitu kerana mustahil sebagai sebuah Majlis mereka tidak tahu syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh penender-penender yang berminat?Banyak keputusan-keputusan yang patut disempurnakan gagal kerana ada tangan-tangan ghaib yang menganggu segala proses pentadbiran di peringkat majlis perbandaran.
Jujurkah Khalid sebagai MB? |
Andainya Khalid kata beliau pejuang Melayu tanpa menidak atau menafikan hak-hak kaum-kaum lain, Khalid tidak bercakap benar.Andainya Khalid kata kuasanya sebagai Menteri Besar tetap kekal serta eksklusif demi kemajuan Selangor serta kemakmuran rakyatnya,sekali lagi beliau tidak berkata benar kerana jelas semakin hari bahawa Khalid hanya dilihat patung bernyawa dan kuasa MBnya digerakkan oleh orang lain.
Kejujuran Khalid sebagai MB Selangor umpama telunjuk lurus kelingking berkait.Selama ini Khalid lantang dan celupar menuduh kerajaan sebelum ini korup dan sebagainya tapi hakikatnya Khalid tidak jauh bezanya dan barangkali lebih buruk dari pimpinan yang beliau maksudkan.Campurtangan Khalid terhadap keputusan-keputusan yang dibuat nyata memperlihatkan ketamakannya dan meletakkan kepentingan korni-kroninya untuk menguasai segala projek-projek kecil di kawasan perbandaran dalam Selangor ini.
Jelas bahawa Khalid tidak boleh mendabik dada untuk mengatakan kerajaan pimpinannya bersih dari segala penyelewengan dan isu menggantung kontrak yang sudah diluluskan ini merupakan kes terpencil kalau mahu dibandingkan dengan beberapa kes-kes besar sebelum ini termasuklah penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa seperti di PKNS dan sebagainya.
Dalam isu penggantungan kerja-kerja kontrak-kontrak yang telah pun diluluskan ini, sekiranya Khalid membiarkan kontraktor-kontraktor Melayu ini seperti digantung tidak bertali ,ianya satu tindakan dan keputusan yang amat zalim dan berkemungkinan besar akan ada dari kalangan mereka yang gulung tikar kerana Khalid dilihat nekad setelah mengantung keputusan dan berkemungkinan besar akan membatalkan tender-tender sisa pepejal ini apatahlagi bila dalam satu mesyuarat, masalah ini diajukan kepada Timbalan SUK Selangor,Dato Nordin Sulaiman,nadanya senada dengan Khalid yang mahu tender tersebut dibatalkan kerana kononnya tidak sah dan tidak mengikut peraturan Kementerian Kewangan.
Alasan ini terlalu jengkel dan terlalu bodoh untuk seorang Timbalan SUK dan nampak sangat mahu memperbodohkan MPSJ sedangkan MPSJ telah pun menghantar surat kepada Menteri Besar Selangor untuk mengetahui punca dan sebab mengapa tender-tender ini tidak boleh dilaksanakan sedangkan segala peraturan dan syarat dalam memilih kontraktor telah dipatuhi segala syarat dan keperluannya.
SIkap berdiam diri Khalid untuk tidak menjawab surat daripada MPSJ itu memperlihatkan bahawa Khalid sedang merancang ataupun menyembunyikan sesuatu yang hanya beliau sahaja ada jawapanya walaupun tindakan tersebut memberikan kesan buruk terutama kepada syarikat dan juga kredbiliti serta intergriti MPSJ itu sendiri.
Pengkhianatan Khalid terhadap 61 syarikat ini amat jelas kerana keputusan Khalid supaya menarik balik,menggantung atau menahan tanpa sebab munasabah keputusan yang dibuat oleh MPSJ itu akan mengundang masalah kerpada syarikat-syraikat berkenaan yang terpaksa menganggung segala kos.Yang nyata nasib malang menimpa kontraktor-kontraktor Melayu di bawah kepimpinan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Rakan Blogger
-
-
-
-
-
-
-
Berkhatan Perdana KINTA 2017...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dah Kalah Kalah lah11 years ago
-
-
-
-
-
Rujukan Entri
- June (1)
- December (1)
- September (1)
- August (3)
- December (2)
- February (3)
- May (2)
- October (1)
- September (1)
- August (1)
- June (1)
- March (1)
- February (1)
- January (1)
- December (3)
- November (1)
- August (3)
- April (3)
- March (1)
- February (2)
- January (2)
- December (4)
- October (3)
- September (2)
- August (3)
- July (4)
- June (9)
- May (8)
- April (7)
- March (10)
- February (8)
- January (10)
- December (7)
- November (8)
- October (9)
- September (7)
- August (6)
- July (10)
- June (4)
- May (15)
- April (12)
- March (12)
- February (15)
- January (26)
- December (36)
- November (22)
- October (7)
- September (2)
- August (4)
- July (4)
- June (10)
- May (3)
- April (11)
- March (10)
- February (3)
- January (7)
- December (2)
- November (3)
- October (3)
- September (5)
- August (5)
- July (3)
- June (3)
- May (3)
- April (2)
- March (2)
- February (1)
- January (7)
- December (6)
Kunjungan
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Rangkaian
Followers
-
-
-
-
Perubahan apa Bang Non?1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
10 comments:
PRU13 dah nak dekat, jadi mungkin ada 2 sebab :
1. Nak kumpul dana untuk Party yang dah tak ada hingga HeadOffice pun terpaksa digadai sebab tak bayar sewa.
2. Dah mula rasa nak tersungkur pada PRU13, jadi kena cepat-cpat penuhkan pocket, senanbg nanti bila pencen.
Rasanuya begitu lah...
saman jangan tak saman... guna peguam UMNO... kena ajar MB cilaka ini...
Ye, ye, mmg btul. Kwn setuju beno dgn komen anon 10:05pm. Yg no. 2 tu betul sgt. Sbb smua rasa kedudukan dah goyah, jd time ni le nak kaut harta bebyk sikit .... kaut, jgn x kaut, kalu x bila lg org nak lantik ko jd MB, ye Khalid!
Khalid ni memang sampah....dia dah raya raya... duit guthrie dah dibalonnye sebelum ni...takkan usahawan kecil punya hak pun nak digudamnye...apakah kerajaan macam nie nak kita sokong....ampun bebanyak sebab sebelum ni percaya sangat kat sigagap nie...
Bangang punya si gagap... dulu duit guthrie dibalonnye... la nie duit usahawan kecil pulak nak disapunye...betul betul sampah dia nie...
bangang punya MB
Ngapelah MB gagap nie tak sudah sudah menyusahlah rakyat selangor...atau dia sendiri ada kepentingan dalam kerja kerja sampah nie...harap khalid peka dengan hal ini dan bukannye pekak...
salim satu malaysia,
Apelah susah sangat repot polis je. hantam dalam mahkamah biar bangkrap, cakap pun tak guna nanti darah naik macam2 penyakit sampai. jangan lamabat bertindak segera
Anon June 7, 2011 7:07 PM
kut yer pun nak marah takan eje
pun salah..
''salim satu malaysia'',
(salam satu malaysia)
''lamabat bertindak segera''
(lambat bertindak segera).
haaaaaaaaaaa
KEBENARANNYA PEMERENTAHAN DAHULU SANGAT KORUP....
BILA KHALID BUAT PERUBAHAN PASTI KONTRAKTOR YG TERDAHULU TAK PUAS HATI...