Tuesday, May 24, 2011

Imej TSMY makin tercemar dengan sikap pegawainya.
TERLALU banyak perkara Tan Sri Muhyidin Yassin (TSMY) terlepas pandang malah suara ramai makin hari makin kedengaran mendedahkan kepincangan dan keterlajakan kakitangannya menggunakan kedudukan dan kuasa sehingga dilihat TSMY bagaikan tidak mampu untuk membendung segala gelagat yang menyakit mata rakyat dan pemimpin-pemimpin politik.

Kita tidak menafikan bahawa TSMY merupakan gandingan baik dan cukup berkaliber membantu PM Najib sebagai Perdana Menteri malah usaha-usaha keras serta berterusan TSMY mengangkat martabat serta sokongan terhadap UMNO dan kerajaan memang kita tidak nafikan sama sekali namun membiarkan pegawai-pegawai disekelilingnya bermaharjalela menggunakan kuasa dan kedudukan boleh menimbulkan kebencian rakyat dan pemimpin terhadap kepimpinan beliau.

Suara-suara sumbang makin kedengaran.Kredibilti serta intergriti TSMY bagaikan tercabar apabila beliau dilihat gagal mengambil tindakan ataupun melihat dengan mata benar segala kerakusan yang sedang berlaku di dalam pejabat beliau. Penyingkiran Setiausaha Sulit Kanan,arahan dan keputusan beliau dipersendakan hingga ada pegawai-pegawai beliau yang boleh memintas arahannya dilihat sebagai manifestasi yang terlalu tidak baik untuk seorang Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Pelajaran.

Hari ini semua orang sedang bercakap tentang tingkah pegawai-pegawainya terutama sekali Setiausaha Akhbar beliau yang dilihat mempunyai kuasa penuh dan melampui tugas-tugas hakikinya sebagai seorang pegawai akhbar malah Setiausaha Akhbar ini dikatakan orang terlibat sepenuhnya dalam pakatan penyingkiran Setiausaha Sulit Kanan TSMY dan digantikan dengan seorang Setiausaha Sulit Kanan yang baru dan SUSK ini juga dikatakan berkerja di bawah tekanan dan arahan Setiausaha Akhbar.

Pegawai TSMY ini juga dikatakan tidak begitu disenangi di kalangan rakan-rakan sepejabatnya lantaran sikapnya yang suka memerintah,menunjukkan kuasa ekoran hubungan rapat dan akrabnya dengan TSMY serta mengadu domba malah difahamkan sekiranya beliau tidak menyenangi mana-mana pegawai yang tidak mengikut telunjuknya,beliau akan mencari jalan untuk mengeluarkan kakitangan tersebut daripada jabatan-jabatan tertentu.itulah yang terjadi kepada Setiausaha Sulit Kanan TSMY sebelum ini dan juga Feris Omar,akhirnya letak jawatan.

Pejabat Menteri ataupun Menteri Besar mempunyai dua seksyen yang berbeza.Satu pejabat Menteri yang diketuai pentadbirannya oleh Setiausaha Sulit Kanan dan satu lagi adalah pejabat Setiausaha Politik.Kedua-dua pejabat ini mempunyai kakitangan masing-masing dan tugas masing-masing berbeza.

Sebagai contoh kedudukan jawatan Setiausaha Akhbar adalah tertakluk dibawah bidang kuasa serta tanggungjawab Setiausaha Sulit Kanan dan Setiausaha Akhbar fungsinya cukup mudah iaitu melaksanakan urusan media,mengatur sidang akhbar dan melaporkan apa sahaja tulisan berkaitan dengan Menteri serta menyediakan deraf ucapan Menteri terbabit dan Setiausaha Akhbar sama sekali tidak boleh berlagak sebagai Ketua ataupun orang yang paling berkuasa kepada Menteri berkenaan,

Paling mudah bahasanya,Setiausaha Akhbar harus sedar diri dan sentiasa mencerminkan diri tapi malangnya tugas beliau yang sepatutnya menyediakan deraf ucapan menteri tidak pernah dilakukannnya sendiri tetapi telah menyerahkan kepada orang lain untuk menyediakannya,maka jadilah seperti lembu punya susu tapi sapi yang dapat nama.Pegawai ini berlagak mengarahkan itu dan ini seolah-olah pejabat Timbalan Perdana Menteri ataupun Menteri Pelajaran dibawah kuasa beliau hingga Pegawai Khas beliau sendiri yang hanya berkerja secara kontrak turut angkuh.Setiausaha Akhbar pun boleh ada Pembantu Peribadikah?

Pegawai ini juga kemaruk untuk bersama TSMY baik dalam jet kerajaan ataupun helikopter yang membawa TSMY ke mana-mana majlis dimana sepatutnya tempat itu harus TSMY naiki bersama dengan pengawal-pengawal peribadi yang memang ditugas khusus untuk mengawal keselamatan TSMY sebagai Timbalan Perdana Menteri ataupun Menteri Pelajaran tetapi malangnya pengawal-pengawal peribadi TSMY dari pasukan UTK ataupun Pengawal Pengiring dinafikan tanggungjawab tersebut.

TSMY tidak ada pilihan.Beliau perlu membuat rombakan seberapa segera demi memulihkan imejnya yang sedang dicemari ketika ini.TSMY tidak seharusnya membiarkan kaduk terus naik junjung ataupun pegawai-pegawainya ini menjadi cacing yang menjolok mata kerana kesan ataupun tempiasnya pasti akan terpalit kepada beliau sendiri.Dan kalau terpaksa pecat demi membersihkan imej,TSMY tidak perlu bertolak ansur.

TSMY tidak boleh lagi melakukan kesilapan politik dan pentadbiran disaat beliau sendiri mengangkat transformasi politik sebagai hala tuju baru dan sekiranya  beliau terus leka serta gigih dalam usahanya membantu parti dan kerajaan tetapi dalam masa yang sama membenarkan kegelojohan pegawainya,memungkinkan nama baik yang TSMY bina sekian lama akan menjadi busuk dan jijik di mata ramai.

UMNO perlu berubah dan TSMY pun harus berani merubah kepincangan.TSMY berimejkan Islamik dan pegawai pun biarlah berimej yang sama,barulah seganding,seiring dan langkah sederap bersama..

24 comments:

hanizam said...

memang gandingan yang bagus dalam pentadbiran negara...takut staff bawahan lebih sudu dari kuah...

harap TS muhidin dapat tengok-tengok sikit ape yang berlaku...

jangan lupa, tengok-tengok sekali kebajikan guru-guru lepasan diploma dari maktab yang kerja lebih teruk dari guru KPLI...

nama je guru berijazah, tapi haram jadah tak tau ape....yelah sebab ada yang jadi guru sebagai jalan terakhir sebab takda kerja lain...

berbanding dengan guru lepasan maktab, mereka dilatih sepenuhnya macam maner nak jadi pendidik...

tak percaya, tanyalah guru lepasan maktab, ape penilaian depa mengenai guru KPLI kerja sebagai pendidik?? kerja betul-betul @ sekadar jadi guru 25hb je....

mintak maaf kalau ada guru KPLI terasa...tapi tulah hakikat rakan-rakan anda yang lain buat selama ni...

atiefs said...

UMNO tidak perlukan seorang lagi Pak Lah..

KAKIGOMO said...

Assalamualaikum..hal ni dah lama dah dengar,,

Kawan2 kata TPM ada khairy dizaman pak Lah..

Ular Menyusur Akar said...

Eee....nasib baik bukan TSMY sendiri... kalau yang lain, pancung aje. Dah macam cerita tingkat 4 pulak.

tentera kampung said...

Kalau Feriz omar aku kenal sangat, Dia dah letak jawatan ke atau kontrak dah habis ? Bukan boleh pakai budak tu, dia naik pasal kat PROWARIS ( pertubuhan haram ) Lepas naik habis semua kawan dia tinggal lepas tu cakap tak serupa bikin.

tentera kampung said...

Kalau Feriz omar aku kenal sangat, Dia dah letak jawatan ke atau kontrak dah habis ? Bukan boleh pakai budak tu, dia naik pasal kat PROWARIS ( pertubuhan haram ) Lepas naik habis semua kawan dia tinggal lepas tu cakap tak serupa bikin.

Anonymous said...

Feris Omar dah letak jawatan??? ramai ler yg sedekah pisang lepas nie.

Kalau FO memang layak ler kalau dia letak jawatan... takyah nak bela FO.

Siapa yang kenal FO, tau ler perangai FO memang lebih sudu dari kuah.. tugas FO bukan jaga belia, tapi jual nama TSMY untuk kepentingan diri sendiri.

Anonymous said...

wau, pendedahan menarik bro! cuba siasat harta benda dia. dngar khabar kaki pau dia ni. Hahahah kasi taruk sama dia!

Anonymous said...

su akhbar itu datuk A kah?

-pernah keja dengan JJ dan kemudiannya dengan Pak Lah.

Anonymous said...

Sesungguhnya Allah memakbulkan doa orang-orang yang pernah dianiaya dan dimaki-hamun oleh si kaduk yang lupa asal-usul ini. Mudah-mudahan si kaduk akan bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Ameen...

Anonymous said...

Salam bro...
Lu baru tahu ke? Lu tak dengar ke dia herdik pegawai kedutaan/pesuruhjaya atau duta ketika TPM buat lawatan di luar negara. Lu siasat beb...benda ni kawan-kawan press semua dah tahu

tentera kampung said...

Cu ba tanya FO tu dia nak jadi presiden PROWARIS berapa lama dan ada tak buat pemilihan ke main taram aje, lagi satu tu pertubuhan haram tu mana ada buat pemilihan ke apa ke . Budak tu pandai jual mana TSMY aje, Dan macam wakil rakyat pun ada belagak dia

Anonymous said...

Maki-hamun, herdik-mengherdik (dan lain-lain yang sewaktu dengannya) memang amalan harian di kaduk lupa asal-usul ni. Saya setuju dengan cadangan "Anonymous" (posting @ 10:06 am on 26 May 2011) supaya menyiasat (nilai) harta-benda si kaduk ni dan juga tuntutan bulanan dia. Dengar khabar, si kaduk akan claim mana-mana tempat yang TSMY pergi melawat, walaupun dia tiada di situ. Wallahualam...

Anonymous said...

mcam sial je ko nie hanizam...ehh hello...guru2 lepasan maktab apa kurangnye..amik je diploma tapi tak de usaha nak meningkat kualiti kerja..asyik membebel...tak reti2 nak upgradekan diri sendiri...pastu salahkan guru kpli plak...ko ingat cg2 lepasan maktab buat keja bagus sgt ker...sory nak kata la ya...keja mereka lagi teruk dr guru KPLI...dh la tua2, ada pengalaman tp takde kualiti kerja, kerja pastu salahkan kerajaan memanjang...tak reti bersyukur...

Anonymous said...

alahai si First Out tuu, budak kecik yg rasa terlalu cerdik. Macam budak baru lepas sunat, semua nak ditendangnya. Aku dah pesan dulu, "engkau tuu baru baik sunat, jangan buat macam macam...kan dah terkeluar dari tpmo" Dia ni cuba menonjolkan diri, tak caya cuba check blog dia http://www.ferizomar.blogspot.com/...dia punya gambor tu seolah olah habis semua pemimpin negara ni dengor cakap dia, ada hati nak jadi wakil rakyat lah, ahli parlimen lah, presiden lah....kencing pun belum toss lagi...jaga jaga skit kalau jumpa dia, kalau boleh elak elak lah, sebab nanti dia mesti nak kasi name card dia.... huhuuuhu!

Anonymous said...

Kawan-kawan semua..KADUK yang dimaksudkan dalam artikel ini adalah SUA kepada TSMY. Nak gaduh-gaduh tentang isu lain dan orang lain tu pasal apa!?

azhar said...

huss dahsyatnya SUA nie, berapa zaman dia makan kenyang nie

Anonymous said...

LAYAN, JGN TAK LAYAN. pepatah melayu kata, patah tumbuh hilang berganti... ok la tu...

Anonymous said...

haha itu lah bangang je juak yang nak aleh isu. karektor yang dinamakan kaduk tu ialah SUA Tan Sri Muhyiddin. pompuan gemok berperangai persis ibu ayam. merokok tanpa henti dan tanpa mengira majlis. persis jalang yang tak reti malu. secara fisikal banyak kekeurangan tapi m,aseh tak sedar diri. harap2 TSMY sedar dari lamunan dan ambil affirmative actions segera. kalau tidak nanti akan jadi mangsa situasi.. - pak akil

Anonymous said...

ada la mamat giler mana ntah pakai initial pak akil....bodoh ker aper, ingat kita tak tahu ker saper yg tulis ni.....hehehe, belajar lagi lah bro..

Anonymous said...

Dengaq cerita ada hati nak masuk ofis no 1, kawan baik dia nak bawa... Tak heran la sebab dia ni jenis suka tinggalkan bos dia

Anonymous said...

hidup tok...

Anonymous said...

waa...ada juga yang tahu pasal claim-claim dia nie...ni mesti satu office ngan dia kan....haha....mana ko tahu ni? ko ke yang luluskan claim-claim dia tu? waa....rasa cam rapat sangat je ko ngan dia tu....ke ko yang buat macam tu? selalunye..siapa yang mengata orang lain..sebenarnye, dia lebih teruk dari itu...:-)

Anonymous said...

Kalau tanya pd org press, rasanya mesti mereka tahu perangai SUA yang dikatakan itu...kita di luar press ni pun tahu perangai buruk dia yang suka mengherdik orang, menjatuhkan maruah dan air muka orang lain tanpa rasa bersalah...suami dia pun dibuat macam tunggul kayu saja...betul juga, cuba check harta benda dia, $$$ yang banyak, kereta mewah yang dibeli di negeri di Pantai Timur, rumah besar...kita mendoakan dia berubah tetapi semakin buruk peri lakunya kerana berada dalam ofis no 2...kesian TSMY

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers