Thursday, June 16, 2011

CSL-telunjuk lurus kelingkibg berkait!
SAMPAI bila Chua Soi Lek (CSL)mahu menjadi duri dalam daging?Sampai bila beliau mahu menjadi seperti telunjuk lurus kelingking berkait mlah semakin hari beliau dilihat menjadi liabaliti kepada Barisan Nasional dan gunting dalam lipatan kepada kepimpinan kerajaan PM Najib.
CSL dilihat penyambung kepada suara dan tentangan DAP terhadap kerajaan serta Barisan Nasional Cuma bezanya DAP adalah parti pembangkang,parti chauvinis Cina dan CSL pula adalah Presiden MCA,komponen Barisan Nasional.
Dalam isu terbaru,DAP menentang penarikan balik subsidi kepada nelayan-nelayan laut dalam (C2) yang telah diputuskan oleh jawatankuasa Ekonomi (Economic Counsil) dan CSL juga turut menentang keputusan tersebut serta membidas penarikan balik subsidi itu sebagai keputusan yang tidak wajar.
Mengapa setelah keputusan tersebut dibuat,CSL melenting dan bangun mempertahankan pengusaha-pengusha kapal laut dalam ini sedangkan beliau sendiri adalah anggota Jawatankuasa yang memutuskan penarikan balik subsidi itu? Mengapa beliau tidak menyuarakan pendapat atau menentang keputusan tersebut dalam mesyuarat itu.Beliau bersetuju dengan keputusan yang telah dibuat.
Beliau berlagak sebagai hero membela tauke-tauke Cina yang sebahagian besar memonopi lesan tangkapan ikan laut dalam malah sikap CSL ini memperlihatkan sikap pengkhianatannya dan talam dua muka..
Sebagai seorang Presiden dan ahli jawatankuasa,CSL seharusnya menemui tauke-tauke Cina itu dan memberi penjelasan relevensi di sebalik penarikan balik subsidi minyak tersebut dan bukannnya menikam kerajaan dari belakang atau mengkhinati consensus yang dipersetujui semasa mesyuarat Jawatankuasa Ekonomi itu.
CSL juga patut sedar bahawa pengusaha-pengusaha bot laut dalam ini telah sekian lama mengkhianati wang rakyat,mengkhianati subsidi minyak yang diberikan oleh kerajaan kerana rata-rata dari kalangan mereka menjual minyak subsidi itu kepada nelayan-nelayan dari Negara luar dan mereka hanya memegang lesen tersebut atau kapal itu didaftarkan di Malaysia hanya bertujuan mahu memperolehi subsidi yang diberikan oleh kerajaan sedangkan bot atau kapal tersebut dikendali oleh bukan Warganegara Malaysia.
Nilai bot jutaan ringgit-takkan nak mengemis subsidi juga!
Bukti penjualan minyak subsidi secara berleluasa kepada nelayan-nelayan Indonesia,Filipina,Vietnam dan Thailand terbukti dan ini dketahui serta diterangkan dengan jelas dalam mesyuarat jawatankuasa itu malah CSL menyedari hakikat ini.Terbukti lagi apabila ada tangkapan yang dibuat oleh penguatkuasaan laut,yang tertangkap adalah tekong atau awak-awak dari negara luar sedangkan kapal atau bot tersebut didaftrakan di Negara Malaysia semata-mata mahu mendapatkan subsidi yang kerajaan sediakan.
Jika penarikan subsidi minyak ini tidak dibuat seolah-olah kerajaan Malaysia turut memberikan subsidi minyak kepada nelayan-nelayan dari Negara-negara berkenaan dan inilah kewajaran di sebalik penarikan balik subsidi minyak tersebut.Ini yang sepatutnya CSL terang dan jelaskan kepada pemegang-pemegang lesen ini dan bukannya menghasut ataupun membela tauke-tauke Cina tersebut. dengan alasan-alasan yang tak masuk dek akal.
1019 jumlah bot laut dalam ini yang menggunakan pukat jerut ataupun pukat tunda tidak sama dengan bot nelayan pesisir pantai yang menggunakan petrol dan juga nelayan-nelayan dalam kategori C1 dan kedua-dua kategori ini tetap mendapat subsidi minyak daripada kerajaan malah tindakan CSL membandingkan kategori ini dengan C2 jelas satu tindakan yang tidak cerdik serta membodohkan dirinya sendiri
Ismail Sabri di`serang' CSL..!
Harga bot C2 ini sendiri berjumlah jutaan ringgit,tidak semua orang mampu membelinya apatah lagi tidak ada lesen yang diberikan kepada orang Melayu kerana kos belian bot itu sendiri terlalu mahal apatah lagi bot-bot tersebut dilengkapi dengan kelengkapan canggih serta terkini dan mempunyai radar untuk mengesan sebarang pergerakan kapal yang lain termasuklah kapal-kapal pencegahan daripada unit Marin dan dengan adanya teknologi terkini bot-bot ini mampu mengelak dari sebarang tindakan walaupun mereka menjual minyak subsidi itu di tengah-tengah laut.
Takkanlah bot laut dalam dengan harga berjuta mereka boleh beli tetapi mahu juga mengemis subsidi daripada kerajaan?Bayangkan berapa banyak jumlah wang rakyat yang kerajaan selamatkan daripada subsidi minyak sebanyak RM24 ribu untuk sebuah kapal atau bot yang selama ini menipu rakyat dan kerajaan.RM24 ribu x 1019 buah-berapa jumlahnya?
Pendapatan penguasaha-pengusahan bot laut dalam lebih besar daripada pendapat bot-bot pesisir pantai ataupun dalam kategori C1 dan dipercayai ada kalangan mereka yang memperolehi keuntungan berlipat ganda daripada hasil penjualan diesel subsi yang kerajaan berikan.Itu sahaja mpdus operandi mereka,soal untung atau tidak jualan ikan adalh soal kedua kerana yang menjadi matlamat utama mereka adalah menjual minyak subsidi yang kerajaan berikan.
Mereka ini juga mempunyai modal yang cukup besar dalam menggendalikan bot-bot mewah ini dan tindakan mereka menuntut mahu mendapatkan juga subsidi tersebut seolah-olah mengugut kerajaan dan mangsanya adalah Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kepengunaan, Ismail Sabri Yaakob dan Noh Omar yang diasak begitu hebat oleh CSL dan perang mulut antara mereka dilihat masih berterusan.
CSL juga tidak boleh menafikan kenyataan bahawa tangkapan ikan yang dibuat oleh bot-bot laut dalam ini juga tidak menguntungkan padsaran tempatan apabila ikan-ikan segar atau ikan bermutu tinggi bukannya dipasarkan di dalam Negara kita tetapi dijual kepada Negara-negara luar seperti Jepun dan Filipina.Sekali lagi kerajaan dikhianati oleh mereka ini dan memberikan juga gambaran kerajaan Malaysia turut memberikan subsidi kepada negara tersebut.
CSL terlalu banyak bermain politik.Menyembunyikan fakta dan kebenaran,menyokong kumpulan penyangak yang hidiup mewah atas subsidi yang sepatutnya diberikan kepada pengusaha bot-bot nelayan yang miskin.Beliau mahu mencari sokongan peribadi diatas pengkhianatan yang beliau lakukan sebagai ahli Jawatankuasa Ekonomi.
Beliau sedang berusaha untuk menumpang popularity DAP yang semakin Berjaya menghasut serta mempengaruhi bangsa Cina dan sebagai Presiden MCA, sehingga hari ini CSL gagal membuktikan bahawa beliau masih relevan untuk mengetuai pimpinan MCA.

1 comments:

Mohd said...

Kerajaan mestilah bertindak dgn keras!
Batalkan shj lesen2 mereka yg mogok.
Itu pun mereka mengkhianati negara dgn menjual minyak subsidi kpd nelayan2 asing dan juga menjual hasil tangkapan kpd negara2 asing terutamanya kpd Singapore. Inilah yg buat DAPigs bising.
Pemilik2 bot aje kaum Cina yg kaya2.
Biarkan mereka mampus kerana menyokomg DAP komunis!

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers