Tuesday, June 14, 2011

Fitnah terhadap Rais kerana dendam yang tak sudah!
POLITIK fitnah terus menjadi makanan harian pembangkang malah tanpa fitnah pembangkang dilihat menjadi kurus kering tidak bermaya untuk meneruskan gerakan politik mereka dalam negara ini dan lebih mengecawakan lagi rakyat yang kononnya mengaku cerdik pandai menelan mentah-mentah segala fitnah yang dilemparkan tanpa berusaha mencari dan mengakui kebenarannya bahawa segala yang mereka baca dan lihat itu adalah fitnah semata-mata.

Bila dendam menguasai diri,pembangkang hilang pertimbangan untuk menjadi sebuah pertubuhan yang waras.mereka menjadi alat kepada nafsu kebencian yang tertanam dalam diri.Pembangkang sanggup menjadi hamba kepada iblis yang sentiasa berusaha untuk menyesatkan manusia termasuklah yang beriman.

Lihatlah bagaimana fitnah dilemparkan terhadap PM Najib yang terus direkayasakan sehingga ke hari ini tanpa bukti serta keterangan yang kukuh dan rakyat yang sebahagiannya menjadi gila kerena kebencian yang mereka cipta sendiri memaksa diri  untuk menelan bulat-bulat tapi mereka pula memkasa diri untuk menolak mentah-mentah segala yang terbukti deoan mata seperti kes liwat dan video seks Anwar Ibrahim.

Fitnah terbaru dilemparkan pula terhadap Rais Yatim setelah terbukti tuduhan yang dilemparkan terhadap beliau sebelum ini salah dan memalukan kepada orang yang menciptanya dan lebih malang lagi untuk Rais yatim bila fitnah itu dating dari BERNAMA, pertubuhan berita yang beliau bertanggungjawab mengawasinya.

Fitnah terbaru Rais Yatim membazirkan RM100 juta di dalam sehari untuk sambutan Hari Seniman satu fitnah yang tidak masuk akal,berniat jahat dan bertujuan untuk menjejaskan reputasi beliau sebagai seorang pemimpin UMNO dan kerajaan yang mahu menamatkan kerjaya politik secara bertanggungjawab bila tiba masanya setelah berkhidmat dengan enam orang Perdana Menteri.

Kita tahu siapa tangan-tangan ghaib di belakang BERNAMA ini yang telah diswastakan penyiarannya.Kita tahu siapa yang berniat jahat dan ingin membalas dendam terhadap tindakan Rais yatim yang mengheret beberapa individu ke mahkamah kerana memfitnah beliau dalam kes pembantu rumahnya dan barangkali senjata fitnah yang menggunakan Bernama ini dilihat senjata yang boleh makan tuan rupanya hanyalah sebuah fitnah terancang.

Laporan dari agensi berita itu disambut dengan gegak gempita oleh portal-portal atau blog-blog yang berorientasikan pembangkang dan membenci Rais Yatim untuk menyerang Menteri Penerangan,Komunikasi Dan Kebudayaan ini seolah-olah mereka mendapat bola tanggung untuk dihalakan kepada rais yatim walaupun mereka tahu itu adalah fitanh semata-mata.

Tidak cukup dengan serangan daripada portal atau blog tersebut ianya turut menerima reaksi segera daripada Ketua Menteri Pulau Pinang kononnya, sebahagian  jumlah itu atau RM2 juta, boleh digunakan untuk membiayai festival Warisan Georgetown selama sebulan di Pulau Pinang yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Katanya lagi, DAPig terperanjat (kononnya) dengan laporan BERNAMA bahawa sebanyak RM100 juta telah dihabiskan untuk menyambut Hari Seniman pada 29 Mei lalu tetapi mendapat sambutan yang dingin daripada para penggiat seni. 

Ternyata tuduhan Lim itu dibuat cukup liar,tidak bertanggungjawab dan berniat khianat serta tanpa penyelidikan tuntas apabila Kementerian pimpinan Rais Yatim menyatakan hanya membelanjakan RM97,800 untuk sambutan Hari Seniman 2011 pada 29 Mei lepas.

Perbelanjaan ini dijelaskan oleh Setiausaha Bahagian Pengurusan Acara Majlis Sepetang Bersama Seniman, Modzaki Din dan jumlah RM100 juta itu sebenarnya merujuk kepada wang yang telah disalurkan selama ini di bawah Skim Dana Industri Kreatif. Untuk membantu penggiat-penggiat senia tempatan.

Jadi dimana benarnya tuduhan yang dilemparkan terhadap kerajaan ini?Apakah tidak cukup mereka memalukan Rais Yatim sebelum ini dengan tuduhan-tuduhan liar sehingga memaksa Menteri ini mengheret mereka ke mahkamah bagi membersihkan namanya serta keluarganya.Menulis mesti berdasarkan ilmu dan fakta.Penulisan tanpa ilmu akan memperlihatkan dangkalnya pemikiran mereka dan memfitnah juga mencerminkan bahawa selama ini mereka menerima ajaran salah sepanjang hidup mereka.

Tindakan Bernama ini jelas tidak bertanggungjawab dan menyirat kepentingan lain yang tersembunyi dan memungkinkan untuk melampiaskan dendam orang-orang tertentu terhadap Rais Yatim malah Rais Yatim dituntut mengambil tindakan terhadap agensi ini yang jelas telah menyalahi etika pemberitaan serta kewartawanan.Sudahlah Bernama tidak mahu membayar hutangnya kepada kerajaan tetapi sanggup pula memfitnah pemimpin kerajaan.Dasar tidak mengenang budi!Bernama akhirnya menjadi agensi untuk memfitnah.

1 comments:

Firdaus Shahnaz said...

Assalamualaikum STJ

Saya Firdaus, wartawan dari Bernama yang bertanggungjawab menulis berita mengenai RM100 juta.

http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id=593140.

Saya dah buat clarification dan correction story di http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id=593500.

Saya mohon blogger yang bertelagah dan berkepentingan dalam menjuarai isu ni harap tak panjangkan lagi benda ni sebab saya sedia maklum mengenai konflik Bernama TV.

Ingin ditegaskan Bernama TV dan Bernama adalah entiti berlainan. Tangan ghaib itu saya maklum merujuk kepada sesiapa, tapi tangan ghaib itu tidak ada sebarang kepentingan dalam Agensi Bernama.

Terima kasih.

http://twitter.com/dearfirdaus

Powered by Blogger.

Terbaru

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers