Tuesday, May 17, 2011
KJ dituduh berkomplot singkirkan Najib? |
SETELAH menulis tentang betapa perlunya institusi Pemuda UMNO diperkukuhkan menjelang PRU13,saya telah diserang bertubi-tubi oleh sekumpulan yang anti KJ melalui komen-komen liar melalui blog ini yang tidak tergamak untuk saya siarkan dan bila pertama kali menulis tentang Ketua Pemuda UMNO Malaysia ini,barulah sedar betapa banyaknya persepi buruk dan tuduhan dilabelkan kepada KJ dan saya juga turut dimusuhi,dihina dan dicerca.
Malah tulisan ini juga dipercaya akan mengundang sekali lagi persepsi buruk.Selama ini kita ingat pembangkang sahaja yang bijak bermain persepsi rupa-rupanya UMNO pun bijak bermain persepsi tetapi kebijakan UMNO bermain persepsi hanyalah sesama sendiri dan bukannya digunakan untuk menangkis ataupun menguruskan persepsi yang dicanang pembangkang.
UMNO melihat musuh diluar itu tidak penting tetapi lebih penting yang ada dalam UMNO,mereka ini harus diperangi semahunya dengan berbagai fitnah dan tuduhan walaupun kesannya boleh meruntuhkan seluruh institusi.Institusi sudah jadi tidak penting,yang penting adalah memuaskan kemarahan ataupun kebencian peribadi.
UMNO melihat musuh diluar itu tidak penting tetapi lebih penting yang ada dalam UMNO,mereka ini harus diperangi semahunya dengan berbagai fitnah dan tuduhan walaupun kesannya boleh meruntuhkan seluruh institusi.Institusi sudah jadi tidak penting,yang penting adalah memuaskan kemarahan ataupun kebencian peribadi.
Paling berat tuduhan yang dilemparkan adalah mengaitkan KJ dalam konspirasi menjatuhkan PM Najib dengan menggunakan isu Alatantunya kononnya KJ bersekongkol dengan Raja Petra untuk merekayasakan segala fitnah yang mengheret PM Najib dalam isu tersebut dan juga kononnya KJ dituduh menghantar pasport kepada Anwar Ibrahim apabila peliwat ini dibebaskan dari penjara.Inilah tuduhan lama yang terus diperbaharuinya dari masa ke semasa.Tidak mengapalah kalau ada yang menuding jari kepada saya sebagai mempertahankan KJ tapi saya mempertahankan institusi yang secara kebetulannya dipimpin oleh KJ.
Banyak lagi tuduhan-tuduhan liar yang dilemparkan terhadap KJ tapi sayangnya komen-komen tersebut tidak ada nama,hanya berani menulis tapi tidak berani mendedahkan identiti dan bagi kita tuduhan ini amat liar,jahat dan tidak bertanggungjawab malah boleh disifatkan sebagai bertujuan untuk memusnahkah kredibilti KJ di mata umum. Kita tidak berniat untuk menuduh sesiapa sebagai dalang disebalik konspirasi terhadap KJ ini.
Cara serangan terhadap KJ dan kepimpinan ini bertali temali,bagai mata air yang tidak berhenti mengalir dan amat malang tuduhah sebesar itu tidak disokong oleh bukti yang KJ benar-benar terlibat dan adalah amat mustahil serta tidak masuk akal PM Najib sebagai Perdana Menteri tidak mempunyai maklumat sebenar tentang konspirasi kerana sebagai Perdana Menteri PM mempunyai segala akses bagi mengsahihkan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan itu.
Komplot yag dicanangkan ini cukup besar kerana ianya membabitkan kedudukan Najib sebagai PM dan sesiapa sahaja yang lancang mulut menuduh sedemikian sebenarnya menafikan kecerdikan ataupun kebijaksanaan Najib sebagai Perdana Menteri seolah-olah Najib boleh diperbodohkan begitu sahaja.Dan kalau benar KJ terlibat dalam komplot ini,kita percaya PM Najib telah lama mengarahkan beliau mengosongkan kerusi Ketua Pemuda dan meletak jawatan sebagai MP Rembau.Satu tuduhan yang tidak berasas sama sekali.
Kita mencabar sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat sedemikian membuat laporan polis dan tidak membiarkan tuduhan tinggal sebagai tuduhan semata-mata kerana kalau benar tuduhan ini,KJ merupakan ancaman kepada negara dan juga kepimpinan PM Najib dan kalau tuduhan ini pula sengaja diada-adakan ianya juga jelas datang daripada pengkhianat yang berlegar dalam kepimpinan UMNO yang tidak senang atau boleh menerima kemenangan KJ sebagai Ketua Pemuda dan mahu pemimpin ini disingkirkan dari saf kepimpinan parti ataupun bertujuan untuk memalukan ataupun direncanakan oleh pihak-pihak tertentu yang mempunyai agenda-agenda tertentu.
Kita juga percaya ada tangan-tangan ghaib yang menggunakan perantara untuk mengkhianati KJ sebagai ketua Pemuda UMNO Malaysia dan tangan-tangan ghaib ini sedang berlagak sebagai pemimpin yang baik,sering mengucapkan perpaduan dan sebagainya tetapi dalam masa yang sama merencanakan agenda yang bukan sahaja boleh memusnahkan KJ tetapi boleh menjadikan Pemuda UMNO sendiri kacau bilau.
KJ dihina semahu-mahunya.Corak kepimpinannya diperlekehkan.Ada yang cerca KJ hanya sesuai jadi model batik ataupun jadi askar Wataniah,skandal dengan selebriti dan berbagai lagi fitnah dan tomahan dilemparkan.Bila KJ masuk tentera dan melakukan penerjunan hingga dianugerahkan beret merah,suara-suara sumbang kedengaran tapi malangnya tidak ada pula dari kalangan Pemuda sendiri yang bersedia untuk menjadi seperti KJ.
Era konvensional berubah dizaman KJ |
Kita percaya segala tuduhan tanpa bukti yang dilemparkan itu hanya kerana dilihat KJ sebagai penghalang besar pihak-pihak tertentu yang tidak sabar-sabar mengidamkan jawatan Ketua Pemuda.Yang merasakan diri mereka lebih layak daripada KJ.
Paling terkesan adalah KJ telah berjaya membawa keluar corak kepimpinan Pemuda dari era konvensional kepada era kotemporari yang sesuai dengan zamannya malah KJ juga dilihat langsung tidak terkesan dengan segala tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada beliau kerana sehingga ke hari ini KJ meredah zaman pimpinannya walaupun dilihat payah tetapi terus berani.
Tuduhan kedua yang dilemparkan kepada KJ kononnya beliaulah yang menghantar secara peribadi pasport perjalanan kepada Anwar sedangkan hakikat sebenarnya KJ orang yang dihantar oleh Pak Lah (PM ketika) itu untuk menyampaikan satu mesej supaya Anwar meninggalkan Malaysia dan berhijrah kemana-mana negara yang beliau suka dan KJ adalah orang terakhir yang sanggup berdepan dengan Anwar setelah dua poegawai Pak Lah ketika itu iaitu Dato Tajudin dan Wan Farid keberatan untuk berdepan dengan Anwar.KJ mengambil risiko itu tapi akhirnya beliau dicerca sebagai budak suruhan Anwar.
Kita yakin dan percaya ramai yang tahu cerita sebenar disebalik kisah-kisah pasport dan komplot ini tapi kerana kebencian kepada kemenangan KJ sebagai Ketua Pemuda, mereka ini sanggup menutup mata dan telinga demi melihat kebenaran dan KJ terus dimangsai dan dicanangkan dengan berbaga-bagai tuduhan serta fitnah malah difahamkan KJ sendiri menerima tiga syarat yang PM berikan antaranya adalah menyatukan Pemuda yang berpecahbelah hasil dari pemilihan dalam kepimpinan sayap itu sebelum ini tapi malangnya masih ada dari kalangan calon yang kalah sanggup menjadi duri dalam daging kepada kepimpinana Pemuda ketika ini.
Kalau Pak Lah masih PM,lencun tangan KJ kena cium! |
Kita tidak menafikan ada tindakan-tindakan KJ di zaman Pak Lah yang dilihat memudaratkan parti sehingga beliau dikaitkan sebagai punca Barisan Nasional kalah teruk dalam PRU12 tetapi sebagai orang muda,kita kena percaya dan yakin bahawa setiap yang muda itu ada kerakusan tersendiri,yang tua macam Anwar Ibrahim pun rakus apatah lagi dengan anak-anak muda yang mempunyai cita-cita besar dalam hidupnya namun peluang kedua harus diberikan kepada KJ untuk menebus dosanya (kalau ada) merapatkan kembali seluruh kepimpinan Pemuda UMNO Malaysia.Usaha ini patutnya disokong dan menjadi tanggungjawab semua.
Baki tersisa yang tidak berapa banyak ini harus dimenafaatkan sebaiknya demi menjamin kemenangan BN dalam PRU13 nanti. Seperti yang disebutkan sebelum ini, Pemuda tidak ada pilihan selain bersatu dalam satu pasukan dan meminggirkan seketika dendam kesumat kesan daripada pemilihan jawatan sebelum ini.
Waktu-waktu persidangan Pemuda UMNO Bahagian yang sedang berlangsung ketika ini harus dijadikan peluang oleh semua pihak untuk bersatu dibawah satu panji atas semangat sayang dan cintakan perjuangan parti.Ibarat kita berjemaah, jadilah makmun yang baik kerana kebetulan hari ini KJ adalah imamnya dan begitu jugalah sebaliknya
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Rakan Blogger
-
-
-
-
-
-
-
Berkhatan Perdana KINTA 2017...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dah Kalah Kalah lah11 years ago
-
-
-
-
-
Rujukan Entri
- June (1)
- December (1)
- September (1)
- August (3)
- December (2)
- February (3)
- May (2)
- October (1)
- September (1)
- August (1)
- June (1)
- March (1)
- February (1)
- January (1)
- December (3)
- November (1)
- August (3)
- April (3)
- March (1)
- February (2)
- January (2)
- December (4)
- October (3)
- September (2)
- August (3)
- July (4)
- June (9)
- May (8)
- April (7)
- March (10)
- February (8)
- January (10)
- December (7)
- November (8)
- October (9)
- September (7)
- August (6)
- July (10)
- June (4)
- May (15)
- April (12)
- March (12)
- February (15)
- January (26)
- December (36)
- November (22)
- October (7)
- September (2)
- August (4)
- July (4)
- June (10)
- May (3)
- April (11)
- March (10)
- February (3)
- January (7)
- December (2)
- November (3)
- October (3)
- September (5)
- August (5)
- July (3)
- June (3)
- May (3)
- April (2)
- March (2)
- February (1)
- January (7)
- December (6)
Kunjungan
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Rangkaian
Followers
-
-
-
-
Perubahan apa Bang Non?1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
21 comments:
Masalahnya KJ naik atas kapasiti Pak Lah, logik la org tak suka. Cuba tgk pemimpin2 lain yang naik dan berjaya? Simple jer. Sampai sekarang pun org nyampah punnnn.... Ada banyak cerita yg berasas dan tidak berasas tentang KJ. Cuma, saudara kena tahu menangani budaya Melayu. Tidak suka bergaduh dan berbunuh2. Tetapi mengata blkg2 adalah lumrah kpd masyarakat Melayu.
KJ berkaliber dan berbakat. Kenapa patut dilekehkan lgi oleh puak puak yang berdendam? KJ jauh lebih bnyak idea, gagasan dan visi utk menarik pengundi muda. Prog prog nya dan kenyataan dia cukup kontemporari dgn zaman ini. Orang muda dah ramai sokong dia dan ideanya.
Bagus artikel ini.
Kalau ya KJ nak jatuhkan Najib kenapa dia sorang saja beriya buat prog BN Youth Lab, Jelajah One Malaysia? Knp KJ bantu cover cerita APCO syarikat buat 1Malaysia? KJ sokong PM adalah, sorang sorang pulak tu. Mana MT?
Tal masuk akal KJ tak sokong PM.
Sekian
Saudara sendiri mengaku yang KJ rakus di zaman Pak lah sehingga persepsi rakyat terhadap kerajaan menjadi negatif yang akhirnya memberi ruang yang besar pada pembangkang.Kalau benarlah KJ ingin menebus kerakusan ini, demi orang Melayu dia harus berkorban dahulu sebagai bukti sayangnya kepada orang Melayu dan bermula dari bawah kembali dengan usaha dan kemampuannya sendiri.
KJ Bukan saja pun dijatuhkan malah di halau dari UMNO
Khairy hari ini sarankan Minyak RON95 jangan dinaikkan lagi. Inilah pemipin peka dgn rakyat dan tak takut. Jangan jadi cam exco atau MT yang tau bodek saja. Syabas Pemuda.
UMNO ada intan di aut cam kaca. Najib takut Madey
KJ berbakat dan bijak. Tapi biasalah ramai yang dengki...tak boleh tengok orang lain lebih..
Mmg hakikat KJ naik zaman Pak mertua, tapi tgk lah UMNO, tandus bakat. Semua dah keluar ataupun hilang. Azmin, Roslan Kassim, Saifuddin....mana mrk? JADI PEMBANGKANG.
tapi KJ muda lagi, kena sabar, masa akan tiba. Mukhriz pun tak bijak mana.
Janganlah kita bermusuh sesama kita.Orang nak cakap apa pun biar.jom kita bersatu.Jangan duk mengata sesama kita.
To Janggut,
Memang hang verani keluar artikel pasai KJ. Tapi aku nak hang tau, KJ ni satu satunya harapan BN, kalau PM ni tak gong, ambik dan pungut gilap kan KJ.
sejak dari dulu ramai yang dengki dgn KJ.
lupakah kita..pemimpin UMNO mana yg sanggup berdebat dgn Husam Musa di kandang PAS?
pemimpin UMNO mana yg buat Husam terkesima dan malu dihadapan penyokong sendiri?
-karburator
Harus diakui KJ adalah antara pemimpin UMNO yang hebat berbahas terutamanya dalam bahasa Inggeris dan mempunyai keupayaan yang tinggi untuk membawa UMNO terus ke hadapan. Namun begitu tindakan dan sikap beliau semasa Pak Lah menjadi PM telah membuatkan apa yang baik dan hebat itu terus hilang begitu aje. Jadi meluat ada le.
Hanya masa akan menentukan untung nasib KJ dalam arena politik tanahair. Cubalah bersikap rendah diri tetapi tegas dan berlapang dada tetapi tetap fokus pada matlamat dan halatuju. KJ juga masih muda dan perlu lebih banyak bersabar. Insyaallah saudara KJ akan berjaya kembali.
Masa politik wang,KJ didapati bersalah atau tidak??kalau bersalah kenapa dikekalkan sebagai ketua pemuda??boleh percaya lagi ka??umno buat sistem tapi tak mahu ikut..pemimpin yang cakap lain buat lain jangan simpan..buang sahaja,tak akan ada baiknya jika kita simpan.UMNO perlu jaga sistem yang ada bukannya jaga pemimpin korup...baru boleh selamat.
belum pernah seorang KP dituduh rasuah setelah menang ketua pemuda UMNO.
belum pernah ada KP di BOOOO dalam dewan persidangan.
kenapa kabinet tidak disertai oleh KJ? saya yakin kerajaan tidak mampu menanggung asakan pembangkang dan rakyat(bukan semua pengundi BN org BN) dengan perjalanan politik KJ yg kurang meyakinkan....
dalam PRK ketua pemuda hanya beraksi dalam ruang yg sgt limited..
pemuda umno....macam takder je
Biasa nya orang akan menilai atas kemampuan dan kredibiliti sealiran dengan niat yang baik seseorang yang di pilih. Sebagai yang di pilih, KJ harus membukti kan yang persepsi negatif orang ramai tidak wujud lagi. Kesilapan beliau ialah kerakusan semasa Pak Lah menjadi PM. Itu membawa akibat yang sangat besar dan buruk dipandangan mata rakyat yang susah di kikis. Bukan dalam UMNO sahaja tapi rakyat Marhean di luar. Bak kata orang tua tua terlajak perahu boleh di undur terlajak kata dan perbuatan amat payah di perbetul kan. Memakan masa. Untuk memulih kan keadaan di pihak UMNO dan pandangan masyarakat luar, KJ harus berkorban menarik diri dari jawatan yang tertinggi dan bermula dari bawah semula, bukti kan pada mereka mereka ini yang beliau boleh bangun untuk kepentingan dan kesejahteraan UMNO dan masyarakat Melayu. Sekira nya ini di laku kan saya rasa KJ akan menjadi lebih di hormati.
masing2 ada perangai baik dan buruk. Dulu aku pun menyampah KJ sbb terpengaruh dgn tuduhan tanpa bukti di web UMNO. Tapi aku fikir semula. Mukhriz pun tak kemana kalau tiada Tun M.
Jika untuk menerajui barisan pemuda, KJ boleh turun padang tapi Mukhriz tak boleh. KJ boleh ngam dgn mat rempit tapi Mukhriz tak boleh. Kj boleh santai dgn pemuda kat warung tapi Mukhriz tak boleh.
Kj nampak lebih marhain tapi Mukhriz masih elit.
Mukhriz lebih layak mendekati business community berbanding pemuda dan golongan gelandangan.
Benar kata Tok Janggut, KJ dibenci kerana campuran emosi kita dan juga cemburui kemampuannya.
itulah yg dikatakan politik,di lihat segala tindak tanduk KJ tidak di senangi oleh rakan kongsi UMNO...pendekatan KJ di lihat ada yg agak rasis bagi mereka....tetapi jika di bandingkan dgn Hishamuddin atau Nazri KJ teserlah beraninya...Kj harus memperbaiki dirinya dari semua espek supaya dia di lihat pejuang melayu yg berani berdepan dgn semua keadaan demi kebaikan bangsa melayu akan datang....jika di buat pilihan di antara Hishanmuddin dgn KJ ,saya pilih KJ.....sbb Hishamuddin hanya berani memberi amaran demi amaran...beliau hanya sesuai jadi menteri pelancungan sahaja ...jauh sekali menjadi PM......
kj ni memang baik orangnya ada credibility untuk kedepan..tp kurang penampilan kepada masyarakat Pemuda grass root..jangan semasa ada p/raya kecil saja baru turun padang..kena adil kepada semua Pemuda seluruh Malaysia..hmm kalaulah dia memegang Portfolio dalam kerajaan.. besar kemungkinan perkara gini x berlaku..nasihat saya..beliau dan pimpinan nya harus tunjukan taring Pemuda dalam isue2 yang melanda Negara masa kini..jangan asyik duk dalam selimut je..kena pakat keluar dari zon selesa masing2 dan tentang habis2an PKR yang ternyata pengkhianat Bangsa Melayu...amacam bleh x !!!!
heheh... mengata belakang lumrah melayu yaa... hehee... ngumpat laa... please berubah... sudah2 laa wt dosa....
kj bagus... lantak laa ape die wat dlu... manusia bleh berubah... mungkin hidayah telah datang pada kj...
sekiranya Allah Maha Mengampuni, Rasulullah s.a.w. sentiasa berdoa agar dosa umatnya diampunkan, kenapa tidak kita?? bukankah sifat2 ini wajib kita ikut??
-fd-
Artikel menarik untuk dikongsi oleh umat melayu akan perjuangan ank muda melayu...bangga dengan KJ mungkin tp kagum...perjalanan masih jauh...cume utk umah melayu, klu sume melayu malaysia yg bagus nk di jahanamkan....bile ank mude melayu malaysia nk bersaing dgn penyamun2 pembangkang yg bangsat!!!!sbb ank muda pembangkang bukan diteraju oleh ank melayu dlm pas atau ank melayu dlm pkr...tp ank cina dlm dap...jd ape salahnye ank melayu dlm umno jd teraju layar......????gua bangga bro walaupun gua bukan anak melayu........