Thursday, March 10, 2011

Tindakan beliau sanggah keputusan kabinet
MEMANG patut dan tepat sekali bila  Saifuddin Abdullah,Timbalan Menteri  Pengajian Tinggi diserang habisan-habisan oleh penulis-penulis blog  yang menyokong kerajaan kerana beberapa tindakan beliau sejak akhir-akhir ini dilihat condong serta memihak kepada gerakan pembangkang dan mahasiswa ketika ini malah kedudukan Timbalan Menteri ini dilihat menjadi liabaliti kepada kepimpinan PM Najib dan tidak salah dikatakan beliau adalah duri dalam daging kepada kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional ketika.

Suara Saifuddin makin sumbang.Langkah politiknya semakin tidak seiring dengan langkah politik PM Najib.Malah kita sendiri tidak tahu apa motif sebenar beliau yang begitu bersungguh-sungguh mahu pelajar diberikan kebebasan untuk bersuara dan berpolitik?Mahu mansuhkan AUKU?

Kita tidak tahu mengapa beliau begitu berani dan lantang mengangkat Anwar Ibrahim itu sebagai pemimpin yang hebat di dalam satu majlis di Universiti  Malaya dan kita juga menjadi hairan apabila dalam semua kepimpinan UMNO dan kerajaan menolak Buku Jingga tetapi Saifuddin mempertahankan Buku Jingga itu sebagai satu buku yang baik sedangkan beliau sebagai seorang Timbalan Menteri yang sepatutnya senada dengan keputusan jemaah menteri yang lain.

Tindakan Saifuddin mempertikaikan AUKU dan mahu kebebasan secara multak diberikan kepada mahasiswa boleh juga disifatkan sebagai satu penghinaan dan pencabulan kepada keputusan atau dasar yang telah dipersetujui oleh kabinet dan diluluskan oleh Parlimen.Secara tidak langsung Saifuddin tidak menghormati PM Najib supaya AUKU tidak lagi dibahaskan dan keputusan kerajaan tegas dalam soal itu.

Tindakan ini juga dilihat bercanggah dengan tindakan Menteri yang mempertahankan segala dasar yang diputuskan oleh kerajaan dan juga parlimen tetapi Timbalan Menteri ini pula beriya-iya sepanjang masa mempertikaikan keputusan yang telah dipersetujui itu.Malah Saifudin hadir merasmikan dan menyokong segala gerakan songsang pelajar-pelajar  ini hingga beliau seperti mengugut kerajaan sekiranya hak-hak pelajar dihalang,dibimbangi Malaysia senasib Mesir dan negara lain yang sedang berdepan dengan protes terhadap kepimpinan kerajaan.

Apa yang Saifuddin mahu sebenarnya?Siapa yang memberikan beliau ganjaran untuk beliau menebuk kapal yang sedang dikemudikan oleh PM Najib ini?Berapa upah yang beliau dapat hasil daripada usahanya memalukan PM Najib ini?Adakah Saifuddin mahu menjadi hero atau jaguh  di kalangan pelajar atau mahasiwa?Adakah Saifudin sedang memperalatkan mereka untuk kepentingan politik sempitnya itu?Dan dimana cacatnya AUKU itu sehingga begitu lantang sekali Saifudin menyanggahnya hingga beliau mengambil keputusan untuk memihak kepada gerakan pelajar dan sanggup pula hadir merasmikan satu majlis yang dianjurkan oleh salah seorang pelajar UKM yang ditangkap berkempen di PRK Hulu Selangor.

Inilah puncanya yang menjadikan pelajar begitu berani melanggar disiplin dan peraturan  hingga ianya dilihat menjadi punca kepada kekalahan Aspirasi dalam pilihanraya kampus yg lalu.Malah sebelum itu Saifuddin mendesak pihak universiti supaya tuduhan terhadap pelajar-pelajar UKM yang berkempen di PRK Hulu Selangor digugurkan dan pelajar-pelajar tersebut dibebaskan dari tuduhan itu.

Saifuddin juga menegaskan kerajaan tidak perlu menyekat gerakan pelajar dan membenarkan mereka ini aktif dalam politik.Soalnya seperti yang disebut awal tadi,mengapa bersungguh benar Saifuddin mahu heret mereka ini ke dalam mana-mana parti politik?Untuk apa?Dan kalau Saifuddin menganggap kerajaan menghalang mereka ini bersuara,mari kita lihat Seksyen 15 AUKU ini :-

SEKSYEN 15 (1) AUKU menyebut seseorang pelajar Universiti boleh menjadi ahli mana-mana persatuan,pertubuhan,badan atau kumpulan orang sama ada atau tidak ia ditubuhkan du bawah mana-mana undang-undang bertulis.sama ada ia di dalam atau di luar Malaysia,selain :

(a)  Mana-mana parti politik sama ada di dalam atau di luar Malaysia
(b)  Mana-mana pertubuhan,badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang.sama ada di dalam atau di luar Malaysia;atau
(c)  Mana-mana pertubuhan,badan atau kumpulan orang yang telah ditetapkan oleh Menteri,selepasa berunding dengan Lembaga,seara bertulis kepada Naib Canselor sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau universiti itu.

Mampukah KJ rekrutkan 400 ribu pelajar sokong kerajaan?
Salahkah peraturan yang kerajaan buat ini?Adakah kerajaan menghalang mereka berpersatuan?Kalau mereka ingin bersuara,mereka boleh menyertai mana-mana pertubuhan selain daripada parti-parti politik dan kalaulah dibenarkan mereka ini menyertai parti politik, adakah Saifuddin dan Khairy Jamaludin yakin serta pasti lebih kurang 400 ribu pelajar di seluruh IPTA akan menyokong kerajaan?AUKU ini jelas untuk mempertahankan hak dan masa depan pelajar serta mahasiswa dan kalau meraka mahu berpolitik,selesaikanlah dulu pengajian mereka.Takkan mahasiswa pun jadi bodoh hingga tidak boleh berfikir kesan buruk yang bakal mereka terima?

Sekiranya juga Seksyen 15 AUKU ini dihapuskan,apa akan jadi kepada pelajar ataupun mahasiswa di seluruh 20 buah universiti tempatan ini?.Bila masa mereka akan menumpukan kepada pelajaran  kerana pada setiap masa dan ketika mereka akan diganggu dengan berbagai-bagai kegiatan politik.Pemikiran mereka akan didoktrinkan oleh partiparti politik ini hingga menjejaskan masa depan mereka?Pintu bilik akan diketuk oleh semua parti bagi mencari sokongan,perjalanan mereka untuk ke kuliah akan terhalang kerana mahu menghadiri kegiatan-kegiatan politik parti yang mereka anggotai.Takkanlah terlalu bodoh Saifuddin untuk memahami apa yang terkandung dalam AUKU itu?

Saifuddin selain Timbalan Menteri Pengajian Tinggi juga merupakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Temerloh namun malangnya gaya pemikiran dan tindakannya bersifat pembangkang. Berada di dalam kerajaan dan parti tetapi beliau membawa suara Anwar Ibrahim,Nik Aziz dan Karpal Singh.Memakai baju UMNO,dibayar gaji dan elaun untuk mempertahankan dasar-dasar kerajaan tetapi membuka ruang dan peluang untuk pembangkang memperlekehkan kerajaan.

Kita tahu hubungan Saifuddin dengan Anwar Ibrahim termasuklah pelan 16 September yang mengaitkan dengan beberapa orang MP dari BN. dan beliau tidak terkecuali turut berada di dalam senarai Anwar antara MP yang akan melompat parti.Malah bila beliau memuji dan mengagungkan Anwar dalam satu majlis di Universiti Malaya,kita makin yakin ada keakraban yang antara mereka sembunyikan dan bila beliau mendokong kononnya prinsip Buku Jingga itu sebagai baik,kita juga makin tahu wajah dan belang sebenar ahli politik yang bernama Saifuddin Abdullah ini.

Terserahlah kepada PM Najib untuk melihat sejauh mana tindakan musang berbulu ayam ini.Rakyat dan penyokong kerajaan yang berada bawah mula semakin getik dan loya melihat wajah pemimpin yang menyimpan seribu muslihat ini.Politik adalah tipu daya dan Saifudin sedang mempraktikannya.Hanya orang yang gila sahaja akan mempertahankan kegilaan orang lain.

12 comments:

mrakunman said...

Bro DS Najib tak akan pecat! Saifuddin juga tak akan letak jawatan. Bukan senang nak jadi MP dan Timbalan menteri.

Badut Rakyat said...

salam 1 malaysia

link anda saya telah dipautkan untuk blog saya.saya harap anda boleh pautkan link blog saya ke blog anda.

terima kasih dan salam 1 malaysia

dari wayne penulis blog badut rakyat

http://badutrakyat.blogspot.com/

http://mulutmelayu-realiti.blogspot.com/ said...

Salam tuan.
Mohon blog saya dilinkkan ke blog tuan.
Blog tuan saya telah linkkan di ruangan Bloggers Pembela Negara - Central (column 3)

Mulut Melayu facebook

Anonymous said...

mangkuk pudin ni ada tuan penasihat Kassim Patalan... Kalau bloggers semua nak tau, orgnya mcmberuang, gelap gelita, penang mari maaaa

Tenno perang said...

saya kurang bersetuju dengan hujah ini...kerana saya lihat saifuddin dari sudut berbeza...beliau mencuba pendekatan secara berkhemah..memperakui buku jingga sebagai satu tawaran kepada rakyat..tetapi beliau dilihat tidak mempersetujui kandungan buku jingga...itu yang saya dapat lihat lah...biarlah pembangkang menawarkan apa sahaja kepada rakyat...buku jingga atau apa2 buku pun..buku blue pun biarlah diaorang....tapi yang pasti kerajaan tetap menawarkan sesuatu kepada rakyat secara perlaksanaannya..hal ini yang perlu kita war2kan kepada rakyat...contohnya TABUNG BANTUAN PERUBATAN..itu tawaran kerajaan sekarang...cuma ianya tidak di war2kan kepada rakyat...sepatutnya blogger melawan tawaran2 ini dengan mengetengahkan tawaran yang kerjaan telah sedia adakan....kita sama war2kan bantuan pemilikan rumah pertama yang benar2 membantu kerajaan....

kemudian dalam isu kritikan kepada blogger pro BN...saifuddin cuba mengkritik mereka kerana blogger ini menggunakan pendekatan serangan secara melampau...tapi bg blogger otai ini...itulah perang cyber mereka...bg saifuddin pula ianya dilihat tidak berhemah...itu sahaja isunya...lalu keluarlah kritikan dari para blogger...tapi hikmah pada isu ini...dapat dilihat UNIT MEDIA BARU (UMB) yang rasmi mewakili UMNO/BN yang gagal menonjol...sebaliknya me war2 kan kejayaan perang cyber adalah kerana kejayaan mereka..tetapi sebenarnya adalah hasil kerja dari blogger PRO BN..yang tidak terikat dengan mana2 institusi secara rasmi....

kemudian mengenai...saifuddin yang duduk bersama pembangkang dan memuji anuwar...ianya tidak salah...puji bukan bererti menyokong...saifuddin dilihat secara moralnya memainkan game secara halus dan berhemah....ini sebenarnya boleh menaikkan sokongan atau pun persepsi terhadap beliau dan UMNO yang sebenarnya mampu untuk berdiplomasi secara lebih tertib...beliau menggunakan pendekatan untuk menawan hati2 pembangkang secara hemah...itu mungkin cara beliau...tidak salah secara strategi tetapi dilihat tidak mengikut arus situasi terkini yang memerlukan serang habis habisan kepada pembangkang...itu shaja...sekian...

gomo said...

ehh..suka hati dia la nak buat komen apa pun..buku jingga baik ke..tak baik ke..biarlah jemaah menteri dan tok najib sendiri yang putuskan kedudukan dia. Blogger jangan memandai..ada faham?

Anonymous said...

saudara, kenapa terlalu jumud dengan bercakap mengenai AUKU? jika mahasiswa tidak dibenarkan berpolitik, mengapa ditetapkan pengundi berdaftar harus berumur 21 tahun? mengapa tidak dilangsungkan sehingga habis belajar (lingkungan umur 24-25tahun) baru boleh mengundi? sedarlah saudara, segala yang berlaku, mesti dikaitkan dengan politik. politik itu baik, tetapi yang merosakkan adalah manusia yang mendalanginya. pendapat peribadi, bukan semua akta di dalam AUKU itu bobrok, tp terdapat segelintir yang menghalang demokrasi kampus itu utk diperjuangkan.

sedarlah saudara, mahasiswa bukannya jumud dan bodoh. mereka lebih bitara utk menilai kepincangan politik itu sendiri. dengan memberi kebebasan tersebut, belum tentu kerajaan mampu ditumbangkan atau ada pihak2 lain yang takut dengan bayang2 sendiri? mungkinkah??

Anonymous said...

owh patutlah uni luar negara semua student dia bodoh2 dr malaysia sebab depa bagi student depa kebebasa untuk berpolitik...

student malaysia la yg paling pandai dlm dunia sbb dihalang berpolitik

tahniah gomen...we love u olls
@_@

hisham hassan said...

sila dengar pengakuan berani oleh Si Pudin
http://www.tehtarikbersamayb.com/podcast/ekslusif-podcast-pengakuan-saifuddin

Zuraini Kamal said...

saya sebagai ibu bsetuju dgn pendapat Tun m; pelajar Univ harus menumpukan sepenuh perhatian dlm pbelajaran utk mperolehi kecemerlangan selama 4-5 tahun. bila dah dpt ijazah ; lepaih tuh joinlah mana2 parti politik. aktiflah secara total! i wrote about this in my blog:http://tinta-zue.blogspot.com/2011/03/doctor-in-house.html

Gerakan Timur said...

Salam,

Tok, itulah politik baru cernaan anwar kepada loyalisnya.

Mohon link dari blog Tok. GT dah link n follow blog tok.

Salam Perjuangan dari Gerakan Timur.

Anonymous said...

Kemenangan buat Pro-Mahasiswa!

Powered by Blogger.

Terbaru

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers