Monday, March 14, 2011

Biro Politik tidak berfungsi?
MAKIN ramai rupanya pemimpin UMNO yang kurang cerdik dan tidak tahu membezakan yang mana maklumat sulit dan yang mana patut didedahkan kepada umum serta yang mana harus dibincangkan di peringkat Biro Politik dan yang mana boleh didedahkan secara terbuka.

Mendedahkan maklumat parti adalah seperti  memberikan peluru kepada musuh dan juga membuka pekung di dada sendiri dan secara tidak langsung memperlihatkan betapa dangkalnya seorang pemimpin parti bercakap tentang keburukan masa depan parti yang dipimpinnya secara terbuka dan dilaporkan secara meluas.Jarang berlaku kejadian seumpama ini tetapi di zaman PM Najib menjadi Presiden UMNO berbagai-bagai perkara pelik dan tak masuk akal telah terjadi.

Terbaru Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin,Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persektuan merangkap Menteri Wilayah Persekutuan Dan kesejahteraan Bandar  sewaktu merasmikan Persidangan Tahunan Cawangan-Cawangan UMNO Bahagian Titiwangsa secara berkelompok mendedahkan kebimbangannnya tentang jumlah pengundi baru yang didaftarkan UMNO jauh lebih rendah kalau mahu dibandingkan dengan pendaftaran yang dibuat oleh parti-parti pembangkang di Wilayah Persekutuan.Pengakuan Raja Nong Chik ini cukup memalukan!

Raja Nong Chik membuka rahsia partinya sendiri.Tidak pernah berlaku sebelum ini seorang pemimpin seperti ini yang mungkin kononnya ingin berlaku jujur  memotivasikan ahli partinya secara terbuka untuk diketahui oleh semua orang tentang kelemahan parti yang dipimpinnya. Raja Nong Chik mengakui hanya 35 peratus sahaja yang berjaya UMNO daftarkan pada suku tahun ketiga berbanding dengan pembangkang yang berjaya mendaftar 65 peratus pengundi-pengundi baru.

Apa sekalipun tujuan Raja Nong Chik di sebalik pendedahan ini ianya merupakan satu pendedahan yang tidak cerdik sama sekali, beliau menyelak kain sendiri,satu pengakuan yang memalitkan arang ke mukanya yang gagal menggerakkan jentera parti untuk mendaftar pengundi baru di kalangan penyokong-penyokong UMNO dan Barisan Nasional.Hebat Raja Nong Chik kerana sanggup mengaku kegagalannya di tempat awam..!

Makin banyak tindakan dan keputusan yang Raja Nong Chik laksanakan mencemar nama parti.Makin banyak ruang dan peluang yang beliau berikan kepada pembangkang untuk menelanjangi kebodohan pimpinan UMNO yang beliau ketuai di peringkat Wilayah Persekutuan ini dan apa untungnya UMNO di sebalik pengakuan yang beliau buat di atas pentas sempena perasmian itu?Kononnya beliau mahu kepimpinan UMNO peringkat Bahagian merlipatgandakan usaha utk mendaftar pemilih baru?

Kalau inilah kaedahnya corak kepimpinan beliau,UMNO Wilayah hanya akan bermimpi untuk memanagi kembali beberapa kerusi yang pernah terlepas ke tangan pembangkang.Di Lembah Pantai sendiri Raja Nong Chik akan tenggelam dalam impian dan khayalannya.Menang belum tahu tapi kalah dalam tangan!

Raja Nong Chik yang harus bertanggungjawab di atas kegagalan ini sedangkan Suruhanjaya Pilihanraya membenarkan semua parti yang bertanding melantik wakil masing-masing untuk mendaftar pengundi baru dan apa Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan lakukan kalau mahu dibandingkan dengan parti-parti lain?Ataupun Raja Nong Chik mahu menyalahkan Muhyiddin Yassin sebagai pengerusi Perhubungan?

Malah pengakuan ataupun pendedahan ini secara tidak langsung telah memberikan kemenangan moral kepada pembangkang dan satu tamparan kepada kepimpinan Raja Nong Chik dan pasukannya di Wilayah Persekutuan ini malah ada yang berpendapat bahawa Raja Nong Chik tidak patut sama sekali mendedahkan secara terbuka dan masalah ini sepatutnya dibincangkan di peringkat Biro Politik atau pun Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Negeri.

Dan dengan pendedahan ini juga, untuk PRU13 nanti, BN Wilayah Persekutuan sudah boleh mengucapkan selamat tinggal serta melepaskannya kepada pembangkang yang akan selesa mearih undi baru dan pembangkang sendiri sudah boleh mengurut dada kerana BN sudah mengakui secara terbuka bahawa mereka sudah tidak mampu menyaingi pembangkang dalam mendaftar pemilih baru.

Kegagalan UMNO ini tidak boleh disandarkan kepada Bahagian UMNO semata-mata tetapi kepimpinan UMNO di peringkat Negeri harus bertanggungjawab secara keseluruhannya dan Raja Nong Chik harus memikul tanggungjawab ini atas kegagalannya untuk berfungsi sebagai seorang pemimpin di peringkat Wilayah Persekutuan.

Malah atas sifatnya sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan,apa mekanisme yang beliau rangka untuk memenangi kembali kawasan-kawasan Parlimen yang jatuh ke tangan pembangkang? Sebagai Menteri Wilayah Persekutuan, apa pula yang beliau laksanakan untuk merasai denyut nadi rakyat hingga ada yang berkata beliau hanya memberikan tumpuan yang berlebihan kepada Lembah Pantai semata-mata dan kalau ada seratus projek pembangunan, Sembilan puluh Sembilan projek itu dilaksankan di kawasan yang beliau jadi Ketua Bahagian itu termasuklah yang terbaru mengecat flat perumahan di kawasan itu.

Satu jari menuding,Sembilan lagi menuding ke dirinya sendiri..

1 comments:

Anonymous said...

aku tak salahkan umno saja...
apa kerja parti lain dalam bn..
apa kejadahnya mca dan gerakan tu dok buat.
kat wilayah ni berapa ramai cina...hanya 8 orang jer mereka daftar.
apa kerja mereka?..
segala kemewahan mereka dah dapat...
asyik kumpul harta saja puak2 ni...
dasar pendatang...

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers