Monday, March 7, 2011

Melayu Kg Baru jangan senasib Pak Kadok
SEGALANYA sudah menjadi serba tidak kena.Rang Undang-Undang Pembangunan Kampong Baru ditangguhkan untuk bacaan kali kedua di Parlimen yang sedang berlangsung ketika ini.Sebelum ini Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar,Raja Nong Chik membuat kenyataan dan menegaskan bahawa pemilik dan waris Kampong Baru telah bersetuju untuk dibangunkan perkampungan tersebut

Bagaimanapun kita difahamkan bahawa pemilik dan pewaris Kampung Baru secara majoriti menolak Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 dan mahu Rang Undang-Undang itu ditarik sepenuhnya.Bila majoriti pemilik dan pewaris menolak Rang Undang-Undang ini iana sekali lagi memberikan tamparan kepada kepimpinan Raja Nong Chik yang dipertanggungjawab untuk menyelesaikan isu yang sekian lama tertangguh ini.

Bagi mendapatkan keputusan segera ianya banyak membuka kesilapan demi kesilapan dalam menggariskan Rang Undang-Undang tersebut malah sekiranya tidak ditangani dengan sebaiknya,pemilik dan pewaris Kampong Baru akan menjadi mangsa di atas pembangunan yang dirancang itu oleh pihak-pihak yang rakus dan berkepentingan.

Di mana datangnya keyakinan Raja Nong Chik  yang menyatakan 90 peratus orang Kampung Baru bersetuju dengan Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru itu?Kalau kita  melihat bantahan-bantahan yang dizahirkan melalui kain rentang yang dinaikkan oleh penduduk Kampung Baru membuktikan ada yang tidak kena di sebalik segala kenyataan dan keyakinan Raja Nong Chik sebelum ini.Atau adakah Raja Nong Chik mengeluarkan kenyataan untuk menyedapkan hatinya sendiri atau beliau berada di dalam keadaan terdesak untuk membangunkan kampong tersebut?.

Banyak sangat cerita-cerita bohong di sebalik isu pembangunan Kampong Baru ini dan isu ini makin menjadi kelam kabut apabila tidak ada kenyataan ataupun  keputusan yang konsisten dan bila Raja Nong Chik menegaskan bahawa kerajaan menangguhkan pembentangan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 sehingga bulan Jun bagi mengemaskan beberapa perkara dan memberi ruang kepada pemilik dan pewaris memberikan pandangan. Soalnya apa yang berlaku dalam beberapa pertemuan sebelum ini,adakah sebelum Rang Undang-Undang ini dibacakan untuk kali pertama tidak mengambil kira pandangan pemilik dan pewaris?

Kita lihat sudah banyak kali pertemuan demi pertemuan di atur dengan pemilik ataupun pewaris tetapi masalah Kampong Baru terus menjadi rumit dan menyulitkan dan apabila Kementerian Wilatah Persekutuan masih gagal memberikan pemahaman terhadap beberapa Klaus undang-undang memberi makna ada banyak lagi.pertelingkahan undang-undang yang harus diselesaikan supaya pemilik dan pewaris Kampong Baru tidak menjadi mangsa atas nama pembangunanh yang diidamkan.

Johari Ghani- Ketua UMNO Titiwangsa
Lembaga Pentadbir Penempatan Kampong Baru (MAS) dan dan UMNO Ttiwangsa mempunyai pendapat dan pandangan tersendiri dalamk isu pembangunan Kampong Baru ini ini.Umno Titiwangsa mahu kuasa mutlak dalam akta yang digubal khusus untuk membangunkan Kampung Baru, penempatan orang Melayu paling mahal di ibu negara, dikaji balik dan diubah sedikit supaya tidak merugikan pemilik dan pewaris dalam jangka panjang.

Setiausaha Kehormat MAS pula,Shamsuri Suradi berkata, Putrajaya memutuskan untuk menggugurkan peruntukan kontroversi - imuniti “tidak boleh dicabar” yang terkandung dalam Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 ekoran bantahan pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru.

Peruntukan itu, yang tidak membolehkan tindakan undang-undang diambil ke atas perbadanan baru yang akan ditubuhkan, anggota atau pekerjanya, merupakan antara beberapa perkara yang mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan pemilik dan pewaris penempatan Kampung Baru selepas ia dibacakan kali pertama di Parlimen Disember lalu.Rang undang-undang itu juga mewajibkan sesuatu pendakwaan bagi mana-mana kesalahan tidak boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan keizinan bertulis pendakwa raya.

MP Titiwangsa ,Dr Lo’Lo pula mengingatkan kementerian terbabit supaya tidak samakan MAS dengan NGO  kerana ia adalah satu entiti ‘kerajaan tempatan’ yang ada enakmen tersendiri dan jauh berwibawa berbanding badan-badan bukan kerajaan lain yang sebenarnya tidak mewakili suara majorirti penduduk. 

“Lembaga MAS melalui ketua-ketua kampung kena segera mengadakan perbincangan dengan penduduk masing-masing supaya persiapan yang rapi sebelum perjumpaan dan perbincangan dengan jawatankuasa yang dilantik menteri akan membantu MAS dan wakil-wakil kampung ke arah persiapan tersebut.

Kata beliau, selepas selesai semua perbincangan dengan pemilik dan pewaris barulah perbadanan yang baru diwujudkan dengan persetujuan kesemua wakil-wakil tersebut. 

“Sebagai wakil rakyat saya masih berpegang dan yakin satu Badan Amanah perlu diwujudkan dan MAS dinaik taraf untuk menjaga amanah geran hartanah Kampung Baru kerana walau bagaimanapun PPKB yang akan diwujudkan semula tetap akan berkonsepkan entiti perniagaan seperti Perbadanan Putrajaya dan lain-lain perbadanan dengan ini boleh menimbulkan konflik kepentingan antara menjana keuntungan dengan menjaga amanah pemilik dan pewaris.

“Setelah semua proses ini selesai dan draf Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010  dan cadangan penubuhan Badan Amanah dipersetujui dan dikemukakan semula kepada pewaris dan pemilik barulah boleh dibentangkan di Parlimen oleh menteri,” kata beliau.

Apa pun usaha yang bakal dilakukan kerajaan,kita tidak mahu dan jangan sesekali pemilik dan pewarisnya menjadi mangsa seperti Pak Kadok,menang sorak tapi kampung tergadai,dengar guruh dilangit,air ditempayan dicurahkan.
 

2 comments:

abraz966 said...

orang kampong baru tak sedar diri,nak pampasan berjuta-juta,kenapa perkara ini tak pernah selesai,sebab dalam hati sentiasa ada rasa tamak.selalulah berdoa,
Ya ALLAH kau baikilah segala urusan ku,jangan sesekali kau serahkan diri ku ini kepada ku,walaupun dalam sekelip mata.

Anonymous said...

atas apa alasan pun yang diberikan...perkara yg wajar diambil perhatian...

...adakah ini kegiatan terancang utk halau orang melayu dari bandar...(sejarah 13 mei tercalit disini-perlu diingat)

...byk tempat lain lagi boleh dibangunkan....tetapi kenapa di kawasan majoriti tanah melayu?

...biarkan kampung melayu kekal sebagai bukti penempatan sejarah melayu di kawasan bandar....jangan disebabkan oleh tan cheng lock dan yap ah loi...melayu hilang identiti pewaris KUALA LUMPUR....

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers