Friday, January 7, 2011

Robengah mengaku dia tidak dirogol
ROBENGAH yang didakwa dirogol Rais Yatim akhirnya tampil membuat pengakuan bahawa dia tidak drogol dan menegaskan bahawa Rais dan keluarganya cukup baik.Pengakuan terbuka Robengah yang disiarkan oleh DetikCom ini merupakan kemenangan moral yang cukup besar kepada Rais Yatim dan keluarganya malah pengakuan Robengah ini juga merupakan satu titik noktah kepada sesiapa sahaja yang berniat untuk memalu serta mengaibkan  Rais Yatim.Ada yg kecewa dengan pengakuan Robengah ini!

Jelaslah ada pembohongan dan penipuan besar di sebalik tuduhan yang dilemparkan terhadap Rais Yatim.Namun siapa di belakangnya yang mencaturkan segala tuduhan ini?Kita faham kalau RockyBru mendedahkan dalam blognya kerana antara beliau dengan Rais ada kes mahkamah yang belum selesai. Pun kalau Migrant Care dan PAS dituduh mahu mengekspolitasikan isu ini, ianya telah lama berlaku dan kalau benar ada bukti terhadap alergasi kepada Rais ini, PAS pasti mendedahkannya di tahun 2007 lagi kerana Husam Musa sendiri pernah ke Jakarta untuk menemui mangsa palsu ini.

PAS ataupun Migrant Care cuba menjadikan isu yang dihidupkan in untuk mengalih perhatian masyarakat supaya tidak lagi membicarakan isu liwat Anwar dan menjadikan ini sebahagian daraipada model kempen mereka di PRK Tenang.

Soalnya hari ini siapakah yang menulis skrip baru ini hingga plot penceritaannya jadi bercelaru,penuh khayalan dan pembuktian yang direka-reka?Sekiranya tuduhan ini dijadikan seperti benar, siapa yang akan meraih untung daripada penjajaan cerita-cerita fitnah ini?Mustahil dalam gelombang politik hari ini, isu Robengah itu kononnya mahu dialaskan sebagai sesuatu yang boleh menyelamatkan Negara sedangkan yang menulis dan merancang tahu bahawa segala pendedadah itu adalah fitnah dan penuh tipu daya.Tempua tidak akan besarang rendah kalau tidak ada sebabnya.

Adakah kerana kebencian terhadap Rais hingga ada yang sanggup mengolah cerita zina atau rogol  supaya ianya dilihat menjadi benar? Adakah ada yang mencemburui kedudukan Rais sebagai Menteri dan satu tuduhan palsu perlu dibuat untuk menyakinkan PM sehingga membolehkan Rais disentap turun sebagai Menteri dan digantikan oleh orang lain? Ataupun sememangnya benar Rais telah ditoreh oleh rakan-rakannya sendiri dalam cabinet supaya Rais luka,kecewa  dan mengambik keputusan untuk berundur secara suka rela?

Ada  sumber mendedahkan bahawa usaha-usaha memang dilakukan oleh orang-orang tertentu  yang bersekongkol dengan salah seorang anggota kerajaan yang mengintai kerusi Menteri Penerangan,Komunikasi Dan Kebudayaan dan  pendedahan kononnya Rais Yatim terlibat dalam kes rogol amah merupakan salah satu cara yang sedang dilaksanakan ketika ini bagi tujuan mencemar dan memalukan Rais sekeluarga.

Rais dan isteri tenang menghadapi fitnah
Kes yang pernah dilaporkan berlaku pada tahun 2007 itu dihidupkan kembali apabila dua blog yang selama ini dlihat pro UMNO bermati-matian menjalankan gerakan untuk mendesak supaya Rais Yatim dapat dikaitkan dengan perlakukan jijik dan memalukan ini dan kedua-dua blog ini dkiatakan rapat dengan Timbalan Menteri yang merasakan dialah yang terbaik dalam segala hal.

Gerakan Timbalan Menteri ini dilihat cukup rakus dan sanggup menggunakan apa sahaja cara bagi melengkapkan agenda peribadi berdasarkan kedudukannya yang dikatakan rapat dengan Perdana Menteri malah beliau dalam apa sahaja keadaan sering memperlihatkan bahawa Perdana Menteri terlalu banyak bergantung harap kepada kemampuan dan kebolehan beliau .

Ramai pihak beranggapan bahawa apa yang sedang menimpa Rais Yatim ketika ini hanyalah sebahagian daripada plot jahat  untuk menyakinkan Perdana Menteri kononnya Rais Yatim terlibat dan natijahnya,beliau perlu disingkirkan daripada kabinet untuk memberikan laluan yang cukup mudah serta selesa kepadanya.

Isu in yang sekian lama terpadam akhirnya dibingkarkan kembali dengan secara meluas apabila Timbalan Menteri ini berkunjung ke Jakarta dan selepas pulang dari Negara tersebut, isu ini tiba-tiba dinyawakan kembali  oleh beberapa blog sehinggalah ada pihak lain mengambil kesempatan untuk membuat laporan polis walaupun mereka mungkin tahu dan sedar bahawa tuduhan terhadap Rais itu hanyalah fitnah terancang ataupun bersiri yang memang biasa dilakukan terhadap anggota cabinet kepimpinan PM Najib.Yang penting kepada mereka ketika ini Rais dan keluarganya perlu dimalukan tetapi malang bagi Rais kerana dalangnya adalah rakan-rakan dalam partinya.

Mencari logik daripada segala perlakuan seperti yang dituduh itu adalah sesuatu yang tidak masuk akal dan sekaligus bertentangan dengan norma-norma manusia yang berakal dan berbud aya namun kegilaan individu ini untuk mendapat tempat sebagai Menteri penuh menghalalkan segala tindakannya.

Beberapa laporan telah dbuat oleh beberapa buah blog tempatan yang didokong oleh anak-anak muda yang melihat bahawa gerakan gila ini perlu dihalang, kerakusan untuk merebut kuasa secara mengaib dan memalukan ini perlu disekat sebelum ianya menjadi satu budaya baru dalam menentukan jatuh bangun kedudukan pembuat dasar di dalam Negara ini.

Meskipun Rais Yatim telah bangkit menyatakan kesediaannya untuk disiasat dan memberikan kerjasama penuh namun masih ada lagi yang mendesak supaya tindakan diambil terhadap Menteri ini dan keputusan Najib untuk terus kekal berada di belakang Rais dalam mmenghadapi fitnah yang dilemparkan terhadap Menterinya itu  mungkin meninggalkan gelabah yang bukan sedikit kepada Timbalan Menteri yang sedang memasang badan untuk ke Kementerian yang Rais sedang terajui ketika ini.

Timbalan Menteri ini sejak dilantik berada di dalam kepimpinan PM Najib seakan-akan meletekakan dirinya sebagai orang yang cukup penting dan sering menjaja nama PM Najib demi memperkuatkan kononnya segala tindakan,arahan ataupun apa sahaja yang keluar dari mulutnya.itu adalah arahan PM.

Beliau sedang mencatur untuk meletakkan orang-orang tertentu di jabatan-jabatan tertentu ataupun agensi-agensi tertentu kea rah memperkuat serta memperkukuhkan kedudukannya sehingga ada satu Ketua Jabatan memohon kepada PM Najib supaya Timbalan Menteri ini tidak terlalu banyak campurtangan dalam pentadbirannya dengan idea-idea retorik serta gila.
Kita akan dedahkan selepas ini siri kerakusan kuasa yang sedang hebat dilakukan oleh Timbalan Menteri ini.Kita akan timbunkan di depan PM Najib, inilah wajah seorang Timbalan Menteri yang telunjuk lurus kelingking berkait.

2 comments:

Anonymous said...

sialan brengset

Bahtera Merdeka said...

Salam,
Mohon link ke blog tuan untuk berkongsi perjuangan.
T kasih.

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers