Thursday, December 16, 2010

Speaker Dewan Rakyat- tenang dan berwibawa
SEJARAH hitam Parlimen Malaysia hari ini tercatat.Kebiadapan serta sikap kurang ajar pembangkang Malaysia dibuktikan apabila Dewan Rakyat telah dijadikan pasar malam dan juga sarkas bilamana Dewan yang seharusnya dimuliakan oleh semua Wakil2 Rakyat dijadikan satu medan untuk diisi oleh manusia-manusia geladangan daripada pembangkang bagi menampikan kebiadapan masing-masing.

Semua bermula apabila ada usul mahu menggantung Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan satu lagi usul untuk menggantung tiga MP pembangkang iaitu S.Sivarasa,Azmin Ali dan Karpal Singh di atas kesalahan yang mereka lakukan melibatkan peraturan, kepentingan dan kemuliaan Dewan Rakyat. 

Kita percaya baik Anwar dan tiga MP yang lain menyedari serta mengetahui bahawa  mereka telah melakukan kesalahan dan meletakkan Dewan Rakyat itu dipandang hina hasil dari tindakan mereka sebelum ini namun untuk memperlihatkan bahawa mereka itu benar dan bersih di kacamata rakyat, mereka tetap  mengguna serta memperalatkan Dewan Rakyat untuk kepentingan agenda sempit politik mereka daripada mempertahan institusi serta intgeriti Dewan itu sendiri.

Mereka menyerang Speaker Dewan Rakyat,Tan Sri Pandikar Amin Mulia secara peribadi dan apa yang pernah berlaku di DUN Perak mereka ulangi dalam bentuk dan perbuatan sama di Dewan Rakyat.Mereka terpekik, terlolong dan menjerit bagai orang hilang akal hanya kerana mahu mempertahankan MP yang disebutkan di mana mereka ini sepatutnya lebih meletakkan martabat dan maruah dewan itu mengatasi segala-gala yang lain.

Baik Anwar,Azmin, Yusmadi (Balik Pulau),Gobalakrishnan ( Padang Serai), Khalid Samad ( Shah Alam), Dr Zulkifly Ahmad ( Kuala Selangor), Kamaruddin Jaafar (Tumpat) dan hampir kesemua pembangkang bangun berdiri mempersendakan segala Peraturan Mesyuarantyang sepatutnya mereka dokong dan pertahankan sebagai ahli Dewan Rakyat tetapi berlaku sebaliknya, mereka mencemarkan Dewan Rakyat semau-maunya dan mengikut segala skrip songsang yang telah mereka rencanakan dari awal lagi.

Sepanduk dan kata nista terhadap Parlimen disediakan awal..
Sesungguhnya mereka telah merancang lebih awal untuk menghuru harakan keadaan dengan menyediakan sepanduk-sepanduk bagi menghina dan memperlekehkan Dewan Rakyat. Medreka sudah ada niat itu dan terbukti sesuatu yang tidak pernah berlaku sejak Dewan Rakyat bersidang bermula tahun 1959, mereka jadikan hari ini warna hitam menyelubungi Dewan Rakyat. Mereka mengkhianati dan membuktikan bahawa mereka sebenarnya adalah petualang rakyat yang berselindung di sebalik sistem demokrasi Negara.Petualan yang rakyat mahu angkat sebagai pemimpin masa depan.

Bagaimana buruk lakunya manusia bernama Azmin Ali bangun menuding jari ke Speaker Dewan Rakyat dan mencabar Spekear supaya meletakkan jawatan dan bagaimana biadapnya Yusmadi terpekik terlolong macam orang hilang akal demi mempertahankan pemimpin yang banyak membawa masalah kepada rakyat dan Negara ini iaitu Anwar Ibrahim.Patutlah Azmin menolak Ketuanan Melayu, rupanya dia ingin menjadikan kebiadapan itu sebagai satu sifat barunya.

Bukan 6 bulan tapi sepatutnya digantung seumur hidup?
Antara mereka bagaikan mahu berebut kasih sayang Anwar tetapi kelakuan mereka seolah-olah  masih berada di zaman jahilah dan menjadikan politik munafik dan pura-pura sebagai latarbelakang perjuangan mereka selama ini.

Ruang di dalam Dewan Rakyat umpama Wad Gila dan kegilaan demi kegilaan yang ditunjukan oleh MP Pembangkang turut menjadikan Dewan Rakyat antara institusi tertinggi dalam Negara umpama kandang sarkas yang penuh dengan bintang-binatang liar yang tidak ada sebarang disiplin ataupun peraturan.Tubuh badan sahaja manusia tetapi sifat dan perilakunya mengalahkan segala jenis bintang dalam dunia ini.

Mereka tidak menyerang MP BN tetapi lebih menajdikan Speaker sebagai sasaran mereka dan ketenangan Tan Sri Pandikar Amin menjadikan gila mereka itu kendur selepas satu setengah jam dan kita percaya kegilaan yang mereka tunjukkan di Dewan Rakyat ini akan mereka teruskan di pentas-pentas ceramah dan kita juga percaya rakyat yang juga gila akan mengangkat orang-orang gila ini sebagai pejuang tulen mereka.

Apa yang berlaku dalam Dewan Rakyat hari secara jelas mencerminkan manifestasi sempit perjuangan pembangkang. Malang bagi rakyat Malaysia dan negara ini memililih mereka ini sebagai pemimpin namun persoalan timbul bagaimana rakyat harus didedahkan segala buruk laku dan penyelewengan pembangkang selama ini sedangkan mereka di luar, di pentas-pentas ceramah memutarbelitkan segala fakta dan isu untuk memperkuatkan segala teori politik mereka sedangkan selama ini, mereka berbohong dan menipu semata-mata untuk mengeliru serta mengalihkan perhatian rakyat daripada menyedari serta mengetahu perkara sebenar.Mereka inilah pemimpin bangsat yang perlu dikenang untuk dijadikan tauladan di masa akan datang.

Kerajaan ataupun Barisa Nasional harus menggembelingkan segala tenaga dan usaha untuk berdepan dengan rakyat bagi memperjelaskan dan membongkar segala keburukan dan pembohongan yang dilakukan oleh pembangkang. Selama ini rakyat hanya terdedah kepada penerangan sebelah pihak sahaja dan peluang inilah yang mereka gunakan untuk menyalahkan kerajaan ataupun Dewan Rakyat, kononnya mereka dizalimi dan dinafikan hak, demokrasi telah mati dan sebagainya.

Kalau rakyat terbanyak melihat apa yang berlaku di dalam Dewan Rakyat hari, kita percaya dan penuh keyakinan mereka tidak akan berfikir banyak kali untuk membuat keputusan bahawa pembangkang yang mereka sanjung dan puja selama ini hanyalah tin-tin kosong dan yang cakap berdegar-degar tapi ekor bergelumang tahi.Kalau telur tembelang itu busuk, mereka ini lebih busuk daripada telur itu.

Meskipun akhirnya empat empat jenis MP yang bersikap seperti haiwan belaan ini dgantung menghadiri sidang Dewan Rakyat dan hilang segala hak dan keistimewaan sebagai Ahli Parlimen selama enam bulan tetapi sikap biadap dan kurang ajar yang mereka palitkan ke Dewan Rakyat tertinta sebagai satu sejarah yang sukar dipadamkan.

8 comments:

Groom said...

Alah...kalau pembangkang kena gantung, Demokrasi Hitam...abis bila Pakatan Haram di Selangor dan Penang gantung YB BN mcm Dato' Azhar kat Penang tu, demokrasi apa pulak tu? Hitam? Merah? Kelabu? atau Pink? (opss..pink warna gay mcm Anwar Gay)..heee

Anonymous said...

satu peritiwa yg cukup2 malang,memalukan dan amat2 menyedihkan..knplah manusia2 ini dilahirkan dibumi yg Tuhan berikan tuahnya tersendiri ini?

Anonymous said...

Betulah tu....demonstarsi jalanan yg dipraktikan selama ini akhirnya di bawa ke dalam DR yg sepatutnya dimuliakan...mengapa mereka politkkannya sdgkan DR adalah instutsi yg mencermin serta melambangkan proses demkorasi negara ini dan adakah begini caranya demokrasi ini dipraktikan? Baik suruh mrk ni bunuh diri je..lagi lama hidup lagi ramai lagi rakyat yg sesat...

budakkualalumpur2 said...

INILAH taktik Anwar, sebagaimana dia melengahkan proses mahkamah, begitu juga dia melenghakan sidang Dewan Rakyat...Mahkamah yg akan bersidang nanti ambilah contoh apa yg berlaku dlm Dewan Rakyat ini sebagai rujukan..jgn biarkan lagi Anwar memperalatkan mahkamah kita.

Mohamad said...

Sudah terang lagi bersuluh memang feel dan tabiat pihak pembangkang bila tindakan ke atas mereka diambil semua orang zalim seandai tiada tindakan, di war war kan bahawa kerajaan lemah dan tidak lagi efisyen untuk memerintah. Jadi gambaran yang di buat di bangunan Parlimen semalam bertujuan iklan kepada media asing bahawakerajaan bertindak luas batasan. Itulah cara dan rakyat mereka dan rakyat telah sedia maklum dengan cara sebegini.

Anonymous said...

Rakyat kena ambil iktibar daripada apa yg pembangkang lakukan ini.Marilah kita hentikan sandiwara mereka ini.Sampai bila kita nak bersubahat dgn mereka mencemarkan institusi negara?

Anonymous said...

Saya ada kat Parlimen hari ut..betul2 mcm zaman jahiliyah...tak sesuai langsung mereka ini jadi MP..kesian rakyat yg mengharapkan pembangkang menjadi check and balance tapi akhirnya memilih utk jadi beruk2 sarkas..mcm budak tak sekolah,,

Anonymous said...

Itu semua helah untuk tutup pembohongan Anwar. Tapi sedihnya PAS sendiri terikut-ikut gaya dan rentak yg dibohongi Anwar.
Nampak sangat perjuangan mereka lebih peribadi daripada masalah rakyat,

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers