Friday, May 21, 2010
KEMANA  arah dan halatuju Barisan Nasional dan UMNO Wilayah Pesekutuan?Setahun lebih sudah berlalu perubahan kepimpinan dalam Wilayah Persekutuan namun sehingga ke hari ini, UMNO BN Wilayah Persekutuan dilihat berada dalam keadaan cukup selesa seolah-olah menyakini UMNO BN Wilayah Persekutuan masih cukup kuat dan sukar untuk ditandingi meskipun pada PRU12 lalu, rakyat telah menghukum mereka.Rakyat sedang menanti perubahan sikap serta paradigma seperti yang Presiden mahukan.

UMNO BN seakan tidak berbuat apa-apa.Meskipun Wilayah Persekutuan sering dilabelkan sebagai jendela politik negara namun kepimpinan masih leka, agenda untuk merakyatkan kembali UMNO BN seperti sebelumnya hanyalah sekadar ungkapan semata-mata sedangkan hakikatnya rakyat  terbanyak masih menanti apakah agenda reformasi UMNO BN di Wilayah Persekutuan ini.

Gandingan Tan Sri Muhyididn dan Datuk Raja Nong Chik  masih belum mampu menterjemahkan asiprasi ahli-ahli UMNO di peringkat akar umbi.Kesibukan mereka bagaikan jadi batu penghalang untuk mereka dekat dengan suara hati rakyat.Keoentingan rakyat bagaikan agenda kedua.Rakyat cuma dibiarkan bersendirian, kononnya boleh membezakan antara komitmen kerajaan dan pembangkang.

Malah semakin nyaring kedengaran protes ahli-ahli biasa dan rakyat marhaen di peringkat akar umbi yang mahukan UMNO Wilayah Persekutuan segera berubah bagi menggembalikan semuala zaman kegemilangan UMNO BN seperti dahulu. Rakyat menuntut perubahan yang total daripada kepimpinan baru ini demi survival UMNO BN itu sendiri.

Terlepas beberapa kerusi Parlimen ke tangan pembangkang pada PRU 12 lalu seharusnya menjadi pengajaran berguna kepada kepimpinan UMNO WP dan sewajarnyalah UMNO BN mempertingkatkan daya juang serta daya saing bagi menyaingi gerakan yang sedang dibuat oleh pembangkang ketika ini dan bukannya  menggunakan segala jawatan yang diperolehi untuk kepentingan diri serta kroni.

Pun apalah ada pada jawatan sekiranya UMNO BN menjadi seperti malukut di tepian gantang di Wilayah Persekutuan ini.Rakyat menolak UMNO BN kerana sikap pemimpinnya. Rakyat menjauhkan diri kerana benci dengan masalah-masalah dalaman yang masih membelenggu parti ini sehingga rakyat merasakan kepimpinan yang ada sekarang ini bukan satu gabungan kepimpinan yang baik  serta mampu menjadi teladan di peringkat akar umbi.Politik adu doma masih lagi dilhat menguasai kepimpinan UMNO di semua peringkat dalam Wilayah Persekutuan.

UMNO juga dilihat seperti tidak berkeupayaan untuk menangkis hujah pembangkang dan dalam masa yang sama masih gagal menyakinkan rakyat untuk kembali ada keyakinan tuntas terhadap  UMNO BN. Masih wujud sikap berpuak dan sikap ini kalau dilihat daripada segi permukaan seperti tidak ada apa-apa namun hakikat sebenarnya sukar disembunyikan apatah lagi sehingga ke hari ini masih belum jelas peranan yang di mainkan oleh pasukan kepimpinan baru untuk memperkukuh serta memperkasakan UMNO.

Meletakkan harapan yang begitu tinggi terhadap Muhyiddin Yasin satu beban yang cukup berat kerana beliau sendiri tidak ada tongkat ajaib untuk  mewarnai nilai perjuangan UMNO BN di sini tetapi kepimpinan lain di peringkat Bahagian seharusnya mencari formula tersendiri dan bukannya berbudayakan syok sendiri semata-mata.Proses merakyatkan parti menjadi satu beban yang cukup hebat dan kuat, UMNO Wilayah Persekutuan sudah tidak boleh berselindung di sebalik bayang-bayang dan mereka harus keluar dari kepompong selesa itu untuk berdepan secara nyata dengan kehendak ataupun tuntutan rakyat.

Bukan mudah menggembalikan Segambut,Batu,Bandar Tun Razak, Lembah Pantai,Titiwangsa,Wangsa Maju dan tidak semudah kata untuk mempertahankan Setiawangsa,Putrajaya dan Labuan kerana masyarakat dan rakyat sendiri masih lagi menggunapakai gerakana-gerakan pembangkang yang sentiasa tidak pernah jemu mempengaruhi untuk menyokong mereka dan dalam masa yang sama, UMNO BN terus menggunakan pendekatan konvensional. Rakyat sudah tidak boleh digula-gulakan seperti biasa.

Kita melihat bagaimana terkial-kialnya Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan mengemudikan pentadbiran sedangkan beberapa pihak tertentu lebih suka menggunakan jawatan untuk kepentingan tertentu tanpa mahu mempedulikan kelansungan perjuangan parti, membantu memperkasa serta merekayasakan parti untuk kembali menjadi bermaruah dan disegani semula. Ada yang sekadar menggunakan jawatan untuk dilihat mewah dan bergaya.

Suara UMNO bagaikan sudah tidak keramat lagi, program UMNO sekadar melengkapkan aturcara, Juara rakyat hanya sekadar dikunjungi ahli-ahli UMNO sedangkan rakyat cuma bertindak memerhati daripada jauh sahaja. UMNO BN Wilayah Persekutuan kena betul-betul berubah kalau mereka tidak mahu tersungkur menyembah bumi pada PRU 13 nanti.Keangkuhan kepimpinan akan terbayar..

4 comments:

Anonymous said...

Tan Sri Muhiyiddin perlu serahkah jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan kepada pemimpin Wilayah itu sendiri.

Mereka selama ni leka kerana mahu menumpang tuah TSMY dan memperalatkan TSMY untuk kepentingan peribadi..

Ucu Maria dari Kepong

Anonymous said...

Ada juga Ketua Bahagian sedang pasang anga-angan nak rampas jawatan Menteri Wilayah Persekutuan...

Anonymous said...

Simple tulisannya tapi banyak yang tersurat dari yang tersirat.

Anonymous said...

UMNO WP ni dilihat makin layu.Mrk tak buat apa-apau pun.Mereka kerja untuk diri sendiri.Mrk tidak ikhlas dgn parti. Mrk cuma gunakan parti untuk cari makan.

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers