Sunday, December 8, 2013


PERHIMPUNAN AGONG UMNO 2013 sudah pun berakhir tetapi saya terkejut bila PM Najib Razak yang juga Presiden UMNO Malaysia menamatkan Persidangan Agong itu dengan menyanyikan lagu Warisan(Anak Kecil Main Api) dan dua hari sebelum itu Timbalan Presiden semasa merasmikan Persidangan Pemuda, Wanita dan Puteri juga mengungkap bait-bait kata dari lagu ini dan saya terkenang kata-kata Ketua Pengarah BTN Raja Arif yang berkata PM Najib telah mengharamkan lagu ini malah lagu ini juga diharamkan untuk dinyanyikan dalam kursus-kursus anjuran Biro Tata Negara dan kalau benar ianya haram,mana mungkin PM Najib menyanyikannya?Apa mesej sebenar PM Najib?


Sepanjang ingatan saya memang lagu ini pernah diharamkan diketika Anwar Ibrahim menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Pengerusi Jawatankuasa Latihan Perubahan Sikap merangkap individu yang bertanggungjawab terhadap Biro Tata Negara ketika itu.



Sebagai Ketua Pengarah BTN,beliau mengharamkan lagu ini dengan alasan PM Najib tidak suka,bagi beliau pula lagu itu lekeh, low class dan PM Najib bersetuju dengan beliau yang mahu lagu itu dibuang jauh-jauh daaripada menjadi modul latihan serta untuk perubahan sikap namun pada petang tersebut dengan bersaksikan ribuan mata para perwakilan PM Najib sendiri seakan hafal dan menyanyikannya dengan baik  memberi kan jawapan siapa sebenarnya yang mengharamkan lagu ini dan juga memberi isyarat jelas bahawa Raja Arif masih lagi mendengar arahan siapa sebenarnya malah BTN kini telahpun menyiapkan sebuah lagu baru yang mempunyai bait-bait kata `pemimpin arif wibawa’ dan apa justifikasinya menukar lagu Warisan ke lagu ini?


Lagu yang dikatakan diharamkan oleh PM Najib

Rupa-rupanya Ketaatan Raja Arif yng berganding mantap dengan Shahlan Ismail bukan hanya ketika menjadi jentera yang mencetak,mengedar gambar mata lebam Anwar Ibrahim dan menggerakan reformasi tahun 1999 tetapi berterusan hingga hari ini walaupun duduk dibawak ketiak PM Najib dan cuba tanya sebahagian Pengarah yang masih dalam BTN dan sebahagiannya telah keluar BTN, apakah arahan Sahlan kepada pegawai BTN sewaktu Anwar Ibrahim ditangkap? `..Letak jawatan dan turun berdemo..!,itukan antara arahan Sahlan?


Raja Arif perbudakkan Timbalan Menteri ini...
beri kedudukan selesa kepada orang yang bermuka-muka dan bersandiwara?


Lihat sahaja bila PM Najib bercakap tentang perkaderan dan kerana ingin bermuka-muka dan bersandiwara,BTN melalui Ketua Pengarah yang namanya Raja Arif ini terus menulis dalam Facebooknya bahawa beliau sedang laksanakan kursus perkaderan sahabat,satu istilah kursus yang amat lucu...`perkaderan sahabat’ atau sebenarnya belaiu ingin peril atau sindir PM Najib atau mungkin Raja Arif saudagar keropok Losong ini amat hebat hingga boleh membaca fikiran PM Najib bilamana sebelum persidangan agong lagi telah tahu lantaran itulah terus menghantar Hanafi Harun ke Korea untuk buat modul kursus perkaderan bersama dengan kerajaan Korea(Kalau ada yang tidak tahu,saya nak bagitahu ni..Hanafi Harun adalah orang yang amat- amat mahir dalam bidanglatihan,tidak ada orang yang cerdik dalam BTN kecuali beliau seorang sahaja!)


Pasti bila Hanafi Harun balik nanti modul perkaderan telah siap dan secara tiba-tiba BTN akan terus melaksanakan kursus perkaderan seperti arahan PM Najib itu kerana bimbang jika tidak dilaksanakan segera,hayatnya tidak panjang di BTN.


kah kita pada PM Najib yang pastik akan diletakan seluruh kesalahan terhadap beliau sekiranya semua yang beliau ucapkan di Perhimpunan Agong itu akan disifatkan sekadar ucapan hangat-hangat tahi ayam? Ucapan yang hanya didengar,dirakam dan tidak perlu diambil tindakan apa-apa.


Dia kata PM haramkan lagu Warisan?
Kasihan kita pada PM Najib jika arahan beliau yang jelas dan nyata serta mudah difahami oleh semua Melayu yang mendengar ucapannya tetapi cuba dan akan diperbodohkan oleh Ketua-Ketua Jabatan seakan-akan ucapan dan arahan PM Najib itu hanyalah retorik politik dan sekadar untuk mengambil hati orang-orang Melayu.


Cuba kita bayangkan,apakah Ketua Jabatan kerajaan seperti Ketua Pengarah BTN dianggap menghormati dan akur kepada arahan PM Najib jika arahan dan mandat PM Najib yang disampaikan melalui Razali Ibrahim,Timbalan Menteri hanya didengar sambil lalu sambil bermain mesej melalaui telefon disetiap kali mesyuarat,seolah-olah Razali Ibrahim,Timbalan Menteri yang bertanggungjawab terhadap BTN adalah umpama budak-budak yang tidak faham apa-apa tentang latihan dan perkaderan?Jika manusia seperti Raja Arif ini dibiarkan terus memimpin BTN apakah gerakan perkaderan akan berjaya?


Logo BTN yang lama sebelum Raja Arif...
Logo baru  idea Raja Arif..macam kipas udang..nak transformasi konon!transformasi taik kucing ala Raja Arif..!
PM Najib tidak selamanya harus dipermainkan,denyut nadi PM Najib perlu dilaksanakan segera.usahlah terus menerus menggagalkan usaha dan niat baik PM Najib dengan mensabotajnya dari dalam yang supaya akhirnya seluruh ahli UMNO akan meletakan kesalahan ini pada Presiden dan rakyat keseluruhannya menyalahkan UMNO. Kepada PM Najib..cukup cukup sudah,cukup sampai di sini saja....membiarkan diri dipermainkan..


PM Najib perlu bertindak untuk memastikan kata-katanya `tak kan melayu hilang didunia’ akan terbukti,jiwa seluruh ahli UMNO terus subur untuk memperjuangkan nasib Melayu sebagai mana tegas ucapannya ` UMNOlah tempat orang Melayu bergantung nasib’.

Jiwa pejuang-pejuang UMNO perlu diingatkan sepanjang masa sebagaimana PM Najib ungkapkan bait-bait kata dalam lagu Warisan dan sesiapa juga yg cuba memesongkan fahaman melayu terhadap lagu ini,sesiapa juga yag cuba mematikan lagu ini dari jiwa orang Melayu, mereka adalah musuh Melayu,mereka adalah petualang Melayu,mereka adalah pengkhianat Melayu dan siapa pun dia,siapa pun mereka,di mana sekali pun dia atau mereka samada dalam pejabat,bawah ketiak, dia dan mereka itu juga adalah musuh Presiden parti Melayu.Musuh Melayu tidak layak berada di bawah kerajaan dan pimpinan orang Melayu.

5 comments:

Anonymous said...

Bukan Raja Arif saja biawak busuk di BTN, selain Mokhtar PASitem dan Abu Nawas ada lagi kroninya. Buat modul tak tahu apa modul yg dibuat. Elok bagi JASA saja buat kursus perkaderan ni. Atau UMNO sendiri melalui Unit latihan. Panggil pegawai BTN yang disingkirkan dan ditamatkan kontraknya utk jalankan program perkaderan. Lantik ahli MT yang mahir dgn program perkaderan ini utk ketuai unit latihan umno. Habis cerita. Sampai bila umno asyik harapkan agensi kerajaan macam BTN yg sudah haprak gara-gara Raja Arif ni utk buat program perkaderan.

Anonymous said...

NAJIB lah PENGKHIANAT sebenarnya. Najib banyak melantik musuh kedalam pentadbirnnya.contoh...SELAIN RAJA ARIFF BTN; OMAR ONG, PEMIMPIN HINDRAF, IDRIS JALA dan banyak lagi SEOLAH OLAH PEMIMPIN2 UMNO yang lain tak boleh buat kerja..Yang akumarah sekali nasihat Tun Mahathir terhadap Omar Ong pun dia tak peduli......HANCUR NEGARA HANCUR MELAYU kerana pengkhianat seperti NAJIB TUN RAZAK

Anonymous said...

Elok le tu, di pejabat PM. MT Umno dan Pemimpin UMNO sendiri dan tak mampu perbetul Umno agaknya. Sebab tu PM perlu Raja Arif haprak di BTN, Omar Ong dan segala mak nenek konsultan bagi perbetul dalam dan luar pejabat PM. Ustaz Kazim pula perbetul akidah org Umno agaknya. Jamil Khir, sapa saja tokoh agama yg dlm Umno ni dan cetek atau jumud agama sebab Ahjibgor kena cari tokoh agama macam Ustaz Kazim utk perbetul kot. Ustaz Don tak mau ke..... Glamour Najib Glamour Rosmah. Orang Cin tetap sokong DAP,,,,, Melayu baru utk Pas, PKR dan 5% lagi untuk DaPigs

Anonymous said...

BTN busuk kerana Raja Arif, makin rosak membusuk kerana adapun tak membantu, lagi teruk BTN. PM Najib dimatanya namun hati masih terpaut pada Nuar Berahim Juburi

kami benci Raja Arif. PM tolong keluarkan biawak hidup ni dari BTN.

Anonymous said...

Buang je 3 stoges dlm btn....depa ni jelmaan anwar.sy kerje dgn depa dulu.sy tahu kiblat depa....mantan pegawai btn.

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers