Friday, October 11, 2013


Perjuangan sebenar Sahlan adalah Saifuddin!

PERWAKILAN UMNO Bahagian Pokok Sena bakal beruntung dan dilimpahi wang ringgit bagi membeli undi apabila calon Ketua Bahagian Pokok Sena,Ahmad Lebai Sudin dan juga calon Timbalan Ketua Bahagian iaitu Pengarah Strategik Pejabat Perdana Menteri,Shahlan Ismail menawarkan diri untuk bertanding kerana seluruh jentera daripada agensi KEMAS dan BTN telah digerakkan bagi memenangkan calon tersebut dan barangkali kerana Shahlan Ismail itu seorang tokoh `hebat’ Pengarah KEMAS Negeri telah memanggil seluruh ahli KEMAS di Daerah Pokok Sena bermesyuarat bagi menentukan kemenangan calon mereka terutama sekali Sahlan Ismail.


Ada pihak yang mendakwa sumber kewangan daripada BTN juga digunakan malah Pengarah Negeri dan juga Tenaga Penggerak (TP) BTN digunakan sewenang-wenangnya  untuk berkempen bagi memenangkan Sahlan Ismail dan Ahmad Lebai Sudin dengan apa cara sekalipun dan lebih mendukacitakan lagi bilamana kedua mereka ini dilihat sedang memperorak perandakan UMNO Bahagian tersebut hingga memaksa seorang pegawai KEMAS bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian walaupun tidak dipersetujui oleh suami wanita terbabit namun mereka mengggunakan kononnya itu adalah arahan daripada Presiden parti dan dipercayai kengganan wanita tersebut menarik diri,hubungan suami isteri tersebut telah musnah hasil dari taklik dari suami tersebut.



Suami wanita terbabit menghantar surat bantahan kepada pihat atasan UMNO dan hasil dari surat suami wanita terbabbit,Jawatankuasa Pemilihan mendapati Siti Mariam tidak layak bertanding tetapi Sahlan dikatakan menggunakan kedudukannya sebagai orang yang rapat dengan Perdana Menteri mendesak Setiuasaha Agung UMNO supaya membenarkan Siti Salmah bertanding Ketua Wanita UMNO.


Anak Ahmad Lebai Sudin,Mohd Farhan juga hilang kelayakan untuk bertanding Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian tetapi Shahlan juga dikatakan menggunakan kedududukannya sebagai orang yang rapat dengan Perdana Menteri mendesak pihak atasan UMNO membatalkan keputusan tersebut dan jelas wujud semacam kegilaan daripada Sahlan untuk mengkacaubilau Bahagian Pokok Sena.


Namun lebih malang lagi JK Pemantau UMNO Bahagian Pokok Sena dikatakan telah  menghantar laporan bahawa bukan sahaja Siti Salmah,anak Ahmad Lebai Sudin yang hilang kelayakan untuk bertanding tetapi Shahlan sendiri un didapati tidak layak untuk bertanding jawatan dalam UMNO kerana tidak menepati syarat tetapi entah kuasa daripada mana hanya Siti Mariam dan Mohd Farhan sahaja yang dikenakan tindakan tetapi Sahlan terlepas.Seolah-olah Sahlan diberikan keistimewaan khas untuk bertanding tapi tidak pada Siti Mariam dan anak lelaki Ahmad Lebai Sudin itu.


Shahlan yang merupakan sebelum ini adalah ahli UMNO Cawangan Bukit Yong, Bahagian Pasir Puteh telah dipindahkan "secara haram" ke Pokok Sena semata mata untuk membolehkannya merebut jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian dan Shahlan hanya membawa sekeping surat yang didakwa ditandatangan oleh Setiausaha Agung UMNO untuk menggesa semua ahli UMNO Cawangan Kampung Palas,Bahagian Pokok Sena menerimanya sebagai ahli baru di cawangan tersebut.


Padahal, nama Shahlan Ismail langsung tiada dalam senarai ahli cawangan Kg Palas sehinggalah nama Shahlan tiba tiba timbul dalam senarai ahli pada13 September 2013. Ini Azwan punya kerja ke ni?


Akibat gila kedudukan dan kuasa, Shahlan sanggup menyalah gunakan surat khas dari Setiausaha Agung bagi membolehkannya merebut jawatan di Pokok Sena dan Shahlan dikatakan teah menggunakan seorang pegawai di Bahagian Keahlian UMNO Malaysia yang terkenal dengan kelicikannya sebelum ini untuk meminda ataupun `back dated’ keahliannya agar beliau boleh mengabui mata perwakilan dan UMNO Bahagian Pokok Sena.


Demi kuasa,Ahmad Lebai Sudin sanggup apa sahaja
Angkara  kegilaan mahu jawatan dan kuasa, cawangan UMNO Kg Palas tidak dapat bermesyuarat sampai sekarang tetapi Ahmad Lebai Sudin dikatakan berbohong kepada perwakilan Cawangan Kg Palas bahawa mereka akantetap boleh hadir ke mesyuarat dan memilih calon-calon Bahagian serta MT nanti keranan kononnya beliau boleh menggunakan kuasa beliau.Inilah antara subahat paling besar Ahmad Lebai Sudin dengan Shahlan.


Lagi menarik kempen Shahlan kononnya beliau diarahkan oleh Presiden parti untuk bertanding di Bahagian Pokok Sena demi menyelamatkan UMNO Bahagian tersebut dan kalau benar ada arahan daripada PM Najib,takkan bertanding Timbalan,patutnya beliau terus bertanding Ketua Bahagian,itu baru boleh dikatakan untuk menyelamatkan UMNO Pokok Sena.


Sepatutnya perjuangan sebenar Sahlan bukanlah jawatan Timbalan Ketua Bahagian tetapi perjuangan sebenar beliau adalah mengUMNOkan seluruh keluarga beliaut termasuklah Setiausaha Agung PKR,Saifuddin Nasution itu dan Ahmad Lebai Sudin pun yang sedng berusaha keras untuk mempertahankan jawatan.janganlah gunakan segala matlamat untuk menghalakan cara hingga bercerai berai calon Ketua Wanita Bahagian,dosa subahat antara Ahmad Lebai Sudin dan Sahlan cukup besar dan patutlah UMNO Pokok Sena dilihat sudah semakin hilang berkat daripada Allah SWT.


Orang-orang tertentu diUMNO Malaysia pula semakin galak memperkosa perlembagaan UMNO demi memenuhi tembolok kebuasan nafsu Sahlan dan Ahmad Lebai Sudin untuk merebut jawatan.Untuk Sahlan dan Ahmad Lebai Sudin,Perlembagaan ataupun Etika Pemilihan UMNO tidak diguna pakai.Cuba kita yang buat?

1 comments:

Anonymous said...

Penagarh Kemas Kedah bini dia EXCO Wanita UMNO Malaysia .Memang kalut dan suka campur tangan.

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers