Monday, July 8, 2013


KINI seluruh mata,telinga dan mulut penganalisis politik semuanya tertumpu kepada PRK Kuala Besut yang menjadi PRK pertama selepas PRU 13 dan menjadi medan penentuan kedudukan kerajaan BarisanN asional Terengganu malah segala telahan,ramalan dan andaian telah dibuat oleh pakar-pakar peramal politik bermula dari pemilihan calon, tarikh penamaan dan tarikh pengundian. 

Sama ada semua ramalan dari Nujum Politik itu betul atau menyimpang, semuanya  makin terjawab kerana hari yang ditunggu makin menjelang tiba dan kini semua telah tahu bahawa penamaan calon akan diadakan pada 12hb Julai 2013 dan pengundian awal dan pengundian penuh pada 20 dan 24 hb Julai 2013 serta pengumuman calon BN akan dibuat oleh YAB TPM pada hari Selasa 9hb Julai nanti.

Maka akan berdebarlah sesiapa yang sedang menunggu saat itu dan pada BN siapa pun menjadi calon, kerusi N01 Kuala Besut ini seakan pasti  menjadi milik BN sama ada nama popular seperti Zahanapi Sagaf AJK Bhg UMNO, Ustaz Nik Zulhaniza, hatta nama Idris Jusoh sendiri yang akan menjadi taruhan kepada BN, rasanya lebih 17 ribu pengundi Kuala Besut akan memberi sokongan kepada BN kerana terbukti BN adalah parti yang dipimpin oleh pemimpin-pemimpin besar yang selalu mendengar denyut nadi rakyat..


Sehingga tulisan ini ditulis, ternyata tidak ada isu-isu besar yang boleh menghalang kemenangan BN di Kuala Besut dan seperti biasa dalam mana-mana PRK, semuanya minta perhatian dan pengundi akan menjadi sedikit manja dan lantaran itulah terbit isu-isu seperti orang darat dan orang pantai, kebajikan veteran yang terabai,kurang perhatian kepada Kem TUDM Gong Kedak yang menyimpan pengundi Tentera dan isteri yang jumlahnya hampir 1500 orang malah isu-isu remeh akan sengaja ditimbulkan dengan tujuan untuk bermanja dengan pemimpin. 

Namun majoriti yang lebih daripada 2000 undi yang diperolehi dalam 3 pilihan raya sebelum ini adalah tanpa bantuan dan sokongan dari luar dan sekaligus menjadikan YAB TPM dan Idris  Jusuh tidak berada dalam keadaan tertekan.

Sebab itulah PAS yang dibantu oleh rakan-rakan Pakatan kini seakan berbelah bagi sama ada ingin boikot atau menyertai PRK ini...lantaran itu tawaran awal yang dibuat oleh PAS tidak lain tidak bukan hanya meminta pengundi Kuala Besut mencipta sejarah iaitu sejarah yang dimaksudkan ialah kedudukan 16-16 malah kempen dan psywar mereka hanyalah meminta rakyat Kuala Besut perlu cipta sejarah baru dalam politik Terengganu.

Itu sahaja yang ditawarkan kerana mereka menyedari dari 9 peti undi termasuk Undi Pos, kekuatan pas hanya pada 2 peti undi sahaja iaitu di Peti Undi Kg Nangka dan Peti Undi Kg Baru dan selebihnya BN mendominasi keseluruhan peti undi malah PAS juga sedar ini adalah PRK yang mana seluruh jentera BN akan berkumpul dari seluruh negara.

Sehingga hari ini sudah pun berbondong-bondong jentera dan `tentera’ BN mula berkumpul di Kuala Besut dan dengan jumlah yang hadir, barangkali BN mampu atur strategi `man to man marking’.

Kesetiaan mereka pada BN sedang diuji..
Namun yang lebih menarik dan pasti menjamin kemenangan besar BN ini ialah kerana PRK Kuala Besut menjadi PRK pertama PM Najib mempunyai Pengarah Strategi yang cukup handal dan mahir menyusun strategi dan jika dalam PRU yang lepas dan PRK sebelum ini pun BN boleh menang dengan bergaya tanpa adanya jawatan Pengarah Strategik, apa lah sangat dengan PRK ini setelah PM akan dibantu oleh Pengarah Strategik bergred JUSA A dan sebab itulah PM dan MB Terengganu sebenarnya boleh tidur lena untuk PRK ini dan mana-mana jua PRK selepas ini!

PM sebenarnya telah membuat keputusan yang betul dengan melantik Shahlan ini sebagai Pengarah Strategi kerana disamping beliau amat mahir dengan strategi dan rentak politik akar umbi (cuma malangnya segala kemahiran itu tidak sempat digunakan semasa PRU 13 di Pokok Sena yang menyebabkan beliau kalah di tangan Mahfuz),Shahlan sememangnya mempunyai rangkaian kerja yang amat hebat dan berbakat dan antaranya adalah Ahmad Fairuz yang cuba menggunakan teori dan strategi melawan Tengku Adnan di Putrajaya, tapi juga tewas (pun tak sempat guna strategi yang dipelajari), 

ini belum lagi nama-nama besar daripada rangkaian ABIM yang biarpun jiwa dan sokongan mereka kepada PAS dan Anwar tetapi demi Shahlan mereka akan bekerja untuk kemenangan BN di Kuala Besut dan pasti Shahlan dapat menghidu semua gerakan dan strategi lawan yang disusun oleh PAKATAN kerana pasti adiknya Saifuddin Nasution (SUA PKR) akan membocorkan pada Shahlan dan kumpulan mereka segala gerakan PAS,sebab itulah keputusan PM melantik beliau adalah keputusan yang amat tepat dan semua jentera BN perlu dengar,patuh dan jangan sesekali membantah strategi dari Shahlan.

Manakala factor kedua yang menjadi seakan pasti BN akan menang dalam PRK ini walaupun jentera parti dari luar tidak akan turun sekali pun ialah komitmen tinggi daripada agensi penyelamat negara iaitu BTN dan bukan sahaja kerana Ketua Pengarahnya Raja Arif ini rakan sekutu Shahlan, tetapi kerana BTN dibawah Raja Arif ini ternyata sebuah agensi yang hebat dan pakar dari sudut strateginya. 

Lihat sahaja PRU13 yang lepas dengan sambil bermain golf sahaja, KP BTN dengan seluruh pegawai yang ada mampu memberi kemenangan cukup bergaya kepada BN iaitu 133 kerusi dan cuba bayangkan jika kali ini di Kuala Besut beliau tidak main golf? Apatah lagi kini pegawai-pegawai BTN seluruh negara juga dikerah untuk menjaga hanya PRK Kuala Besut yang pengundinya tidak sampai pun 18 ribu orang dan pada BTN ini kacang sahaja apatah lagi dengan komitmen KP yang juga orang Terengganu dan isteri beliau orang Besut,

Takkan Raja Arif SANGGUP mengkhianati  Ahmad Said? Itu takkan berlaku kerana takkan sebagai orang ABIM yang faham soal agama lebih daripada orng lain,Raja Arif sanggup melihat BN kalah! Itu agak mustahil apatah lagi dalam suasana sekarang ketika batang tubuh dan kedudukan beliau sedang di perhati oleh KSN,TKSUK JPM,KPPA dan sebahagian pimpinan politik Negara dan sebab itulah juga beliau harus menjadi orang yang pertama sampai ke Kuala Besut membuat penilaian calon dan BTN perlu digerakkan sepenuhnya untuk membuktikan kepada PM dan semua yang memerhati bahawa BTN amat cemerlang dalam PRK Kuala Besut!

Gandingan mantap!
KP BTN ini akan melaungkan slogan jihad di Kuala Besut,Pegawai-pegawai BTN pula harus menjadikan medan PRK Kuala Besut adalah medan jihad dan jika PRK Kuala Besut BN menang, soal kebajikan dan masa depan para pegawai yang samar-samar bagaikan cahaya dihujung terowong itu akan kembali bersinar,barangkali itulah suntikan semangat akan diberikan kepada seluruh pegawai demi menjamin kemenangan kerana bila menang satu 'political millage' yang amat tinggi kepada pengurusan BTN.Kenapa?

Rupa-rupanya pegawai-pegawai BTN yang kelihatan hebat dan pakar sebagaimana Raja Arif laungkan ini sebahagian besarnya adalah berstatus kontrak dan jadi salah satu bahan serta alat untuk sering menipu dan memanipulasikan pegawai ialah janji pihak pengurusan BTN di bawah Raja Arif ini ialah penyerapan pegawai kontrak kepada jawatan Tetap dan inilah alat untuk pegawai dan kakitangan diikat supaya menjadi penjilat dan takut kontrak mereka ditamatkan dan inilah juga janji awal Raja Arif bersama pengurusan serta Ahmad Maslan sebelum ini kepada para pegawai yang menyebabkan pegawai-pegawai BTN berkobar-kobar semangat dan berebut-rebut menjadi penjilat.

Tapi kini Ahmad Maslan sudah tiada kaitan dengan BTN lagi,cahaya dihujung terowong tentang janji menetapkan pegawai dan menaikan gred Pengarah Negeri dari 48 ke Gred 52 makin samar dan yang nyata pengurusan BTN telah membawa masuk makin ramai pegawai PTD mengambil alih tempat yang dijanjikan kepada pegawai dan yang telah pasti gred KP diangkat menjadi JUSA A,TKPP dan TKPL menjadi JUSA C dan malangnya pegawai terus kontrak dengan gred yang sama,lantaran itulah cahaya dihujung terowong sebenarnya makin malap atau tunggu masa padam kepada pegawai kontrak BTN.

Perundingan dengan CUEPECS hanyalah ingin memastikan kedudukan TKPL sahaja yang tetap dan bukannya kedudukan pegawai-pegawai lain,akhirnya pegawai terus digula-gulakan untuk nikmat sebenar pihak pengurusan dan itulah kepakaran dan strategi yang ada pada mereka yang hari ini kononnya KP terbaik BTN dalam sejarah yang terus di jilat dengan rakus oleh sebahagian Pengarah Negeri dan pegawai hingga ke tapak kaki dan kini setelah pegawai berada dalam mood yang tidak bersemangat,PRK Kuala Besut perlu menjadi pil dan tonik untuk menaikan semula semangat dan tahap jilatan kepada KP BTN dengan harapan ada lagi cahaya yang tinggal.

Hakikat sebenarnya untuk PRK Kuala Besut ini,jika YAB TPM tidak inginkan jentera BN turun beramai-ramai pun tidak mengapa kerana jentera yang datang dari pejabat Pengarah Strategik PM dan BTN sudah cukup untuk memastikan kemenangan bergaya majoriti 4 ribu undi sebagai mana yang ingin dicapai oleh Idris Jusuh dan . BN boleh menjimatkan belanja yang besar bagi menampung pergerakan jentera selama 2 minggu itu jika kita serahkan kepada Shahlan dan Raja Arif. Dua makhluk ni pakar ni!

Jumlah budget itu bolehlah kita gunakan untuk memberi zakat kepada orang miskin menjelang Aidilfitri nanti dan kita perlu memberi kepercayaan serta berjiwa besar menghadapi PRK ini sebagaimana MB Terengganu juga amat berjiwa besar bila beliau tidak dilantik sebagai Pengarah Bersama dalam PRK ini kerana beliau tahu dengan sentuhan dua manusia yang telah diberi kepercayaan oleh PM Najib iaitu Shahlan dan Raja Arif, PRK Kuala Besut pasti akan memberi kemenangan besar kepada BN.

Apatah lagi dengan kemahiran pegawai-pegawai berstatus kontrak yang mengetuai semua BTN negeri yang telah berjaya membuktikan sumbangan besar BTN dalam PRU13 sehinggakan ramai Pengerusi Badan Perhubungan dan MB serta Ketua Menteri berbisik sesama mereka` mujurlah ada BTN, jika tidak sudah lama kita kalah!’

Oleh itu kepada Shahlan dan Raja Arif, uruskanlah PRK ini dengan baik kerana kemenangan besar BN di PRK Kuala Besut akan ada juga ganjaran besar untuk anda berdua, Kepada Pengrah dan Pegawai-pegawai kontrak BTN juga yakinlah bahawa kemenangan besar PRK ini,cahaya akan bersinar dihujung terowong dan kalaupun bukan untuk anda pasti akan ada untuk pihak pengurusan anda. 

Jika Jusa seperti Raja Arif, Mokhtar PA System dan Hanafi Abu Nawas ini keluar sekalipun dari BTN, mereka tidak perlu bimbang lagi kerana mereka telah dapat apa yang diinginkan dan akhirnya pegawai-pegawai kontrak BTN ini akan duduk dan sesat dalam terowong yang sangat bercahaya...Hidup-hidup kena tipu!  

Kepada para penjilat tegar,jilatlah sewaktu masih ada masa,kepada Timbalan Menteri baru yang mengawalselia BTN, para pegawai sedang memerhati anda dan sebahagiannya memerhati dengan ghairah untuk menjilat anda, sebahagian juga memerhati apakah anda sama seperti Ahmad Maslan yang hanya pandai berjanji tetapi hanya capati atau anda seorang yang faham tentang POLITICAL WILL seorang yang bergelar Timbalan Menteri.

1 comments:

Fikir Tajam said...

Boikot 7 Eleven (Vincent Tan)

Boikot GIANT

Boikot ECONSAVE

Boikot FAMILY STORE

Boikot TONG HUP (Berdekatan Masjid Kg Hulu, Melaka)

Boikot Pasaraya COWBOY di Malim, Melaka.

Boikot The Store

Boikot Recycle Furniture di Cheng, Bachang, Bukit Piatu (biar lingkup Cinabeng ni)

Boikot Jonker Walk (pusat gangster dan barangan ciplak China)...low class...

Boikot Madam King di Jalan Bunga Raya, Melaka.

Boikot biskut Hup Seng, Julie's, Mamee (kilang di Ayer Keruh, Melaka).

Boikot Munchy's (kilang di Batu Pahat).

Boikot Bee Loon di Little India, Melaka (jual pakaian seragam sekolah) ..kasi mampos Cinabeng ni!

Boikot semua kedai hardware Cinabeng! Ada 2 kedai hardware Melayu (jual cat, paip, besi dll) di Bukit Rambai Melaka. Ada juga kedai hardware (jual pasir, bata, simen, besi dll) di Bukit Balai, Durian Tunggal, Melaka.

Boikot semua kedai tayar Cinabeng!

Boikot semua kedai aksesori kereta Cinabeng!

Boikot semua kedai computer Cinabeng!

Boikot STYGIX di Bukit Beruang, Melaka, NCS di Ong Kim Wee, Melaka.

Boikot semua kedai computer PC World. Semua Cinabeng punya kecuali satu di Durian Tunggal (budak Melayu punya).

Boikot semua kedai kasut Cinabeng.

Boikot semua kedai peralatan sukan Cinabeng.

Beli produk sukan di Al Ikhsan, dan ada satu lagi milik Melayu di Bangunan MARA lama di Hang Tuah Mall.

Boikot semua kedai jeans Cinabeng!

Ada satu kedai jeans milik Melayu di Dataran Pahlawan, Melaka yg jual jenama Lee dll.

Boikot semua pusat tuisyen Cinabeng!

Boikot semua kedai jahit Cinabeng.

Boikot kedai kain Nagoya (milik Cinabeng)

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers