Wednesday, July 31, 2013


Najib Oh Najib!

PM NAJIB asalnya seorang pemimpin yang hebat,penuh potensi dan melangkah ke dalam dunia politik dengan cukup bergaya selepas kembali ke rahmatullah Allahyarham bapanya Tun Abdul Razak sebagai Menteri Besar dan ahli politik paling muda di zaman itu malah beliau menaiki tangga demi tangga dalam politik tanpa kontraversi dan penuh dengan kebanggaan.


Namun sebaik sahaja mengambil alih teraju kepimpinan Negara daripada Pak Lah (Tun) dan buat pertama kali memimpin Negara berhadapan dengan PRU13 dan akhirnya parti pimpinan beliau menang 133 kerusi,bintang kepimpinan Najib dilihat mula bercelaru,sekejap malap dan sekejap terang malah PM Najib dilihat oleh ramai orang ketika inisebagai seorang nakhoda yang gagal melayari bahtera serta tewas ketika meredah gelombang ganas lautan politik negara.



Dimana silapnya? Ada yang mendakwa Najib dikelilingi oleh penasihat-penasihat yang salah,ada juga yang mendakwa bala yang diterima hari ini adalah balasan  kerana dosa mengheret turun Pak Lah dari kerusi Perdana Menteri dan juga Presiden UMNO dan ada juga yang mendakwa bahawa Najib sudah kehilangan identiti sebagai seorang pemimpin Melayu yang sepatutnya meletakkan kepentingan Melayu terlebih dahulu dan dalam masa yang sama tidak meminggirkan bangsa-bangsa lain.


Berbagai-bagai nama mula disebut satu persatu sejak PM Najib menang 133 kerusi Parlimen dalam PRU13 seperti Omar Ong,Idris jala,Osman Razak,Sahlan Nasution,Farid Redzuan dan berbagai-bagai lagi nama yang dikatakan sebagai punca menjadikan PM Najib hilang arah untuk memikirkan nasib bangsanya,mempertahankan ketenteraman awam,nama-nama yang sering disebut sebagai  menjadikan kegemilangan PM Najib daripada menjadi Menteri Besar Pahang hinggalah ke kerusi Perdana Menteri tapi akhirnya PM Najib sedang meniti duri-duri kepimpinan yang cukup membimbangkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri.


Kita yakin serta teguh percaya bahawa PM Najib tidak ada masalah untuk mempertahankan kedudukan ataupun jawatannya sebagai Presiden UMNO kerana sehingga ke hari ini tidak ada seorang pun pemimpin UMNO yang berani mencabar beliau untuk jawatan itu tapi apalh gunanya memimpin sebuah gerakan siasah yang bertunjangkan perjuangan Melayu tetapi dalam masa yang sama Melayu dijadikan seperti malukut di tepian gantang,ada tak menambah,tiada tak mengurang.


Terlalu banyak ramalan dan telahan diberikan kepada masa depan Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia.Terlau ramai nujum-nujum politik menujumkan kononnya nasib Najib akan lebih parah daripada Pak Lah dan lebih mengecewakan lagi,ada pula pihak-pihak tertentu sedang menggerakkan gerakan supaya hayat Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia berkubur secepat  mungkin untuk digantikan dengan pemimpin lain yang kononnya lebih berjiwa UMNO dan bukannya berjiwa 1Malaysia.


Mereka ini mendakwa PM Najib terlalu banyak melakukan kesilapan terutama sekali mengisi proses transformasi yang beliau laungkan dan kesilapan Najib kepada mereka ini kerana dalam diri beliau,beliau dilihat ingin menjadi bukan sahaja bangsa Melayu tetapi menjadi semua bangsa sedangkan sebagai pemimpin Melayu yang mewaris kepimpinan Negara berteraskan agama,bangsa dan Negara,identiti PM Najib mula diragui.


 Malah ada juga yang mendakwa bahawa di zaman kepimpinan PM Najib ini,bangsa Melayu menjadi rakyat kelas ketiga walaupun belum merempat ditanahair sendiri,kemungkinan besar Melayu akan terhakis kuasa dan kedudukannya sekiranya PM Najib terus dengan pendirian menjamu bangsa-bangsa lain yang jelas mengkhianti beliau daripada menjamu bangsa Melayu yang masih kukuh menyokong perjuangan UMNO.Suara berbunyi,undi Melayu Najib tagih tapi kepentingan Melayu Najib ketepikan.


Saat ini PM Najib sedang diserang hebat ekoran `keseronokan’ beliau memansuhkan beberapa Akta ataua pun undang-undang seperti ISA dan Akta Ordinan Darurat kerana mereka menganggap transformasi itu terjadi kerana Najib masuk perangkap golongan pembangkang dengan tidak mengambil kira pandangan semua pihak sebelum beliau memansuhkannya dan ada juga yang menganggap proses transformasi yang Najib impikan itu hanyalah umpan untuk menarik undi dari kaum Cina tapi hasilnya hampir seratus peratus Cina menolak parti pimpinan Najib dalam PRU13 lalu.Tapi Najib masih memberikan muka lagi kepada Cina-cina ini.


Untuk berundur barangkali tidak mungkin kerana kita yakin PM Najib tidak mahu jadi PM flip flop tapi membiarkan pihak berkusa terkial-kial menangani masalah terutamaya sekali kejadian jenayah sejak akhir-akhir ini akhirnya kan menjadi Negara ini terbuka untuk segala kegiatan jenayah termasuklah membunuh manusia akan jadi seperyi menyembelih ayam di pasar.


PM Najib harus isthikarah untuk mencari dimana silapnya seandainya beliau tidak mahu menjadi PM terakhir dari BN untuk Negara ini serta melengkapkan teori RAHMAN yang selalu disebut dan semakin kerap diulang sejak akhir-akhir ini.

6 comments:

Anonymous said...

PM Najib lebih sesuai menjadi Presiden parti gabungan Mca dan Gerakan.

Anonymous said...

Your advice is cynical.

Anonymous said...

Ya lah tu..PM Najib dah banyak menghakis kepercayaan orang melayu..

Anonymous said...

Untuk Najib Razak IKHLAS SAYA KATAKAN, PM KITA NI SEPERTI SESEORANG YANG LAIN. SAYA RASA PM KITA NI KENA CULIK, MACAM DALAM CERITA UFO ATAU ALIEN.... MUNGKIN MAHKLUK ASING DAH TUKARKAN PM KITA KPD ORG LAIN. YA BETULLL... SAH PM KITA KENA CULIK OLEH MAKHLUK ASING YANG SEDANG BEDAH OTAKNYA, SEDANG UJI TELURNYA... WAHAI PM, LAGU UNTUKMU..
"ENGKAU YANG DULU BUKANLAH YANG SEKARANG, DULU DISAYANG SEKARANGBKAU DITENDANG..DULU DULU DULU..."

Anonymous said...

Sorry laa,langkah Najib tak pernah bergaya dulu kini dan selamanya.Sejak beliau menjadi MB Pahang lagi beliau dah memang lembik,tambah lembik bila dia berhadapan dengan al Jubori,yg. memang keras ,boleh hentam depan belakang.Itu sebabnya masa jadi Ketua Pemuda Umno pun Najib ikut al Jubori sekarang pun dia ikut al Jubori.al jubori tak perlu jadi PM ,tapi semua yg dia mahu dah dapat,di laksanakan Najib dengan arahan secara kerdip mata oleh al Jubori.

Anonymous said...

ermsnmNukilan yang sangat baik, sangat bertepatan dan patut menjadi rujukan tapi sayang sekali..saya pasti Najib tak akan pandang.. siapalah MELAYU di mata dia???

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers