Monday, June 10, 2013


PM Najib sedang diuji...!

SEBAHAGIAN rakyat kini sedang memerhati barisan kabinet Najib yang dilantik setelah BN masih diberi peluang kedua oleh Allah SWT walaupun berdepan dengan tsunami Cina untuk memerintah Negara,kabinet yang pada sesetengah orang tidak ada yang luar biasa melainkan PM Najib terpaksa membentuk kabinet berasaskan kouta serta keputusan PRU13 dan sama ada kabinet itu benar-benar menggembirakan PM Najib atau tidak, persoalan itu  hanya beliau yang tahu.


Namun kepada PM Najib dan kepada semua yang dilantik,sesekali mereka harus mengimbau sejarah kepimpinan yang telah ditunjukan Allah melalui Rasulullah S.A.W sebagai contoh yang terbaik kerana pada diri Baginda,biarpun Baginda maksum dan penuh dengan mukjizat tetapi bila Allah memilih beliau sebagai pemimpin,Allah juga telah memilih orang-orang yang sentiasa duduk bersama dengan beliau sebagai `SETPOLl,SUSK,SUS‘ dan yang lain-lain baik sebagai Pembantu ataupun Penasihat.



Ada jutawan seperti Osman Affan,ada perancang strategi seperti  Abu Bakar Assidiq,ada pemuda yang berani seperti Ali bin Abi Talib malah ramai lagi yang menyerahkan diri untuk berkhidmat kepada Rasul S.A.W, dan Baginda menerima pandangan mereka sesuai dengan bidang dan kemahiran yang mereka miliki,ironi inilah sepatutnya dicontohi oleh pemimpin kita yang masih lagi dapat memimpin negara dengan "second change" yang di miliki hari ini.


Kalau ingin melihat sejarah yang lebih dekat biarpun mungkin ada orang yang tidak bersetuju ialah kebijaksanaan yang di miliki oleh Tun M,bagaimana beliau boleh sentiasa berjaya dalam memimpin parti dan negara dalam tempoh lebih  dari 20 tahun dengan jayanya dan ketika Tun M bercakap tentang politik,beliau tampil bagaikan seorang  politikus dan ahli politik yang hadam segala sifir politik,ketika bercakap tentang ekonomi,beliau boleh dianggap mahir dan tahu selok belok ekonomi kapitalis dan sosialis malah beliau tampil sebagai pakar dalam semua bidang yang mendapat sentuhan beliau malah ketika beliau bercakap tentang sains dan teknologi,Tun M dilihat seperti seorang saintis yang hebat.


Pengiktirafan kebijaksanaan terhadap kepimpinan Tun M diberi oleh kawan dan lawan sama ada di dalam mahu pun di luar negara dan apakah rahsia di sebalik kehebatan ini,ianya tidak lain dan tidak bukan kerana beliau sentiasa berada  dalam kelompok `orang yang betul untuk kerja yang betul’ dan maknanya beliau tahu memilih pembantu yang betul-betul mahir serta tajam pemikiran untuk membantu beliau sebagai Perdana Menteri.


Kini kita tahu, PM Najib sedang melalui jalan sejarah yang pernah di rintis oleh Tun M dan PM Najib juga sememangnya memiliki sedikit ciri-ciri  Tun M iaitu "skill of good listener" namun apakah PM Najib peka terhadap perkara yang lebih besar yang tauladannya telah ditunjuk oleh Rasul SAW ketika melantik pembantu? Kemahiran Tun M dalam memilih `inner circle’ dan persoalan Ini yang perlu penelitian dan kupasan ilmiah.


Antara yang boleh diteliti segera,berapa ramai ahli kabinet yang boleh PM Najib jadikan `inner circle’ beliau yang membawa maksud ketika beliau buntu,beliau boleh ajak minum bersama sambil berbicang untuk kebaikan politik, keselamatan,kerukunan hidup rakyat dan sebagainya kerana sebagai pemerhati luar,kita simpati kepada  beliau kerana sememangnya beliau dilihat agak sukar untuk mendapatkan ` inner circle’ di dalam kabinet yang beliau sendiri pilih dan lantik.


Kalau meneliti pula di dalam UMNO parti keramat yang cuba di tamatkan riwayat ketika PM Najib sebagai Presiden adalah dengan  munculnya idea satu parti tunggal di kalangan sebahagian pemimpin UMNO sendiri, itu apa tandanya?


Apakah ayat yang PM Najib laungkan Berubah Atau Rebah akan memakan diri Najib sendiri?Apakah Najib akan rebah setelah banyak idea transformasi dilaksanakan untuk  negara dan rakyat serta parti dan mari kita selusuri fasa demi fasa untuk melihat apa yang akan berlaku jika PM Najib tidak segera berubah.


Suasana sekarang adalah PM Najib membentuk kabinet hasil daripada kemenangan 133 kerusi yang kali kedua gagal selepas PRU12 mencapai kemenangan majoriti 2\3 dan proses propaganda pembangkang berterusan dengan pembunuhan karektor ahli kabinet malah gerakan memancing supaya lompat parti juga berterusan dan sehingga kini PM Najib dilihat gagal mengurus persepsi rakyat terhadap kabinet beliau dan kerajaan BN.


Rakyat sedang menunggu serta memberi masa dalam tempoh 100 hari untuk melihat apa yang kabinet ini akan lakukan,suara-suara tidak puashati dikalangan pimpinan UMNO dan parti-parti komponen terus berlegar di kalangan akar umbi.


Pada tahap ini PM Najib bukan sahaja gagal mengurus persepsi,malah dilihat masih gagal mengurus krisis yang berlaku dan suka atau tidak sekarang ini.PM Najib harus akui bahawa beliau sedang berhadapan dengan krisis yang menuntut beliau bijak mengurus krisis demi krisis ini.


Dua perkara ini menambah buruk kesannya kepada PM Najib kerana kebijaksaan media baru pembangkang yang terus menerus menyerang beliau dan kerajaan menyebabkan saolah-olah PM Najib sekarang ini dianggap memimpin sebuah kerajaan yang lemah walaupun menang dalam PRU13 dan inilah yang dilihat oleh akar umbi dan rakyat terbanyak.


PM Najib harus bangkit memperbetulkan semua ini dengan kadar segera kerana.baki 100 hari sudah tidak banyak berbaki dan menjadi` priority’ semua ahli kabinet untuk memikul tanggungjawab politik khususnya dalam memperbetulkan persepsi rakyat,pimpinan politik ahli kabinet jangan rasa seronok mengemudi Kementerian dan banyak masa dihabiskan dengan mendengar taklimat-taklimat,terbabit di dalam pengurusan sehingga terlupa tugas menggunakan seluruh jentera kerajaan untuk memulihkan keadaan dan mengkaji `political impact’dari setiap dasar dan keputusan.


PM Najib harus berani mewujudkan semula apa yang telah Ayanhanda beliau Tun Razak wujudkan dulu iaitu satu pasukan khas yang menjadi rujukan "Majlis Tindakan Negara", yang terdiri daripada pakar-pakar strategi dan wakil-wakil agensi strategi yang berindak selaku `political rapid respon team’ yang mana bertanggungjawab menganalisa,menyampai dan menasihati PM Najib dalam mengurus krisis yang sedang berlaku pada hari ini.


Apakah PM Najib tidak ingin belajar daripada krisis Lahad Datu?Bila diwujudkan pasukan untuk menyelesaikan krisis ini? Berapa ramai pemimpin politik yang ada melainkan semua yang pakar dan mahir dlm bidang masing-masing dan itulah yang betul.


Menanti kebijaksanaan mengurus persepsi!
Suasana ini harus bermula dengan keberanian PM memilih pembantu di pejabat beliau dan janganlah parokial politik semata-mata dijadikan asas dalam memilih pembantu untuk berkeliaran di pejabat Perdana Menteri dan pilihlah yan benar-benar mahir,strategis dan bijak dalam bertindak malah jika tidak mahu mereka ini dikenali,lantiklah mereka dan asingkan pejabat mereka ditempat-tempat lain sebab mereka bukan orang politik yang hanya tahu amalan biasa politik membodek dan angkuh dengan kedudukan tetapi sebuah pasukan yang jujur bertindak sebagai pembantu yang ingin melihat PM Najib kembali dengan hebat dan berjaya mengurus persepsi dan mengurus setiap krisis dgn baik.


Begitu juga apabila PM Najib sudah mengarahkan supaya setiap agensi strategi menubuhkan pasukan media baru untuk digerakan sebagai medium bagi berhadapan dgn suasana baru negara dan siapakah yang akan mengisi setiap jawatan dengan pelbagai gred yang diwujudkan ini?


Jika setiap jabatan yang wujud ekoran arahan PM Najib ini tidak diurus dengan baik, ianya akan sekali lagi mengundang bala kepada kerajaan dan bayangkanlah sekiranya yang akan mengendalikan kumpulan ini perlantikannya diurus oleh JPA dan SPA, kemudian dicadangkan pula oleh manusia seperti  Raja Arif dan kawan-kawan beliau,disokong pula oleh Shahlan Ismail dan kemudiannya yang akan bekerja pula sentiasa akur kepada profesionalisma penjawat awam yang kononnya tidak boleh dilihat menyokong mana-mana pihak dan bekerja juga hanya bermula jam 8 pagi hingga 4.30 petang,apa akan jadi dengan hasrat PM Najib tersebut?Sama-samalah kita bayangkan!


Lantaran itu kita benar-benar berharap,agar PM Najib bukan sahaja harus berani mengambil keputusan tetapi harus lebih bijak mengurus manusia yang akan bersama dengan beliau kerana apa juga yang akan berlaku, PM kena pastikan parti keramat UMNO tidak harus terkubur ketika beliau sebagai Presiden.


Susunan politik beliau untuk menghadapi pemilihan dalam PAU nanti amat penting dan bermakna untuk melihat corak politik dan kepimpinan UMNO selepas itu dan.bermula tahun ini pemilihannya mengikut formula baru dan tentunya kita mengharapkan formula ini mampu melahirkan pimpinan yang benar-benar diinginkan oleh akar umbi dan PM Najib teruslah memimpin BN dengan berani sambil bertindak untuk mengurus persepsi dan mengurus krisis ini dgn berkesan.

Kekuatan dan kebijaksanaan inilah yang PM Najib perlukan dari pembantu-pembantu yang ikhlas membantu dan bukannya yang mengejar jawatan,darjah serta pangkat untuk mengaut keuntungan politik dan mengumpul kekayaan dan pada PM Najib,percayalah masih ramai yang ikhlas dan bersedia membantu,namun tidak diberi peluang malah tidak dipandang pun kerana mereka bukanlah sesiapa,hanya manusia biasa yang jauh dari beranda kuasa tetapi punya hati dan iltizam untuk membantu PM Najib menyelamatkan agama,bangsa dan Negara ini.

2 comments:

Anonymous said...

errrr nk tnya sikit?PM nk dengar ke?

Anonymous said...

PM dah belajar dengan apa yg beliau lalui dan alami ketika PRU13, sesukang2nya PM sedar kesilapan yg dilakukan dan tidak berulang utk kali ke2. muga beliau berhati2 dalam memilih pembantu dan penasihat beliau dan mengenal pasti yg mana intan atau kaca.

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers