Tuesday, February 12, 2013


Apakah ini akhirnya logo KFC?-(Gambar Hiasan)

AKHIRNYA segala kebimbangan dan usaha sebahagian besar rakyat Johor  agar kerajaan Negeri pimpinan Ghani Othman mempertahankan pegangan dalam Kentucky Fried Chicken (KFC) tidak dipedulikan malah keluh kesah dan denyut nadi mereka yang mahu terus berbangga terhadap KFC sebagai harta mereka hanya tinggal kenangan semata-mata.



Tanggal 14 Februari 2013 nanti berakhirlah pegangan Johor Corporation (JCorp) terhadap  perniagaan Kentucky Freid Chicken (KFC) yang selama ini menjadi kebangaan rakyat Johor apabila Tripple Plate yang dikuasai oleh Zaki Zahid yang  dilantik  sebagai PemudahCara akan menjual saham dalam KFC sebanyak 51 %  dan Jcorp sebanyak 30 % kepada CVC Capital  dan jumlah jualan ini melibatkan pertukaran saham sebanyak 81% dan selebih bakinya dipegang oleh Jcorp dan KWSP.


Peringkat awalnya,Tripple Plate sebelum ini adalah gabungan tiga syarikat sebagai Pemegang Aamanah saham bagi oihak KFC apabila Suruhanjaya Sekuriti  meluluskan penstrukturan semula  KFC dan QSR Berhad yang akhirnya  JCorp  memegang saham KFC sebanyak 51 %.KWSP  25 % dab CVC Capital  24 %.


Namun sekarang saham tersebut telah dijual kepada Iskandar Water Front City sebanyak 30% manakala saham KWSP sebanyak 25 % itu  dibeli semula oleh Jcorp  dan dijual semula kepada CVC Capital sebanyak 25 %. CVC Capital dan Iskandar Water Front City adalah milik majoriti Lim Kang Hoo.Jadi siapa pemegang saham terbesar?Berapa peratus milik JCorp?Berapa peratus milik KWSP?


Hebat Zaki Zahid,dia buat duit jual atas jual dan adakah ini kita boleh panggil sebagai jenayah terancang?Ada pula orang kata,dimana ada Zaki Zahid maka pasti disitu akan ada penjualan aset.


Selain Zaki Zahid,siapa lagi yang mengaut keuntungan disebalik semua ini?Mustahil Tripple Plate sahaja yang meraih keuntungan dan yang pasti rakyat Johor semakin menanggung kerugian bila segala aset-aset mereka dicairkan untuk kepentingan-kepentingan individu tertentu.


Bayaran dari hasil penjualan sahama sebanyak 5 bilion telahpun siap sedia akan dibayar melalui CIMB Finance dan kita tidak tahu berapa pula komisen yang bakal diterima oleh Zaki Zahid  yang jual atas jual ini dan juga telah berjaya mengawal minda MB Johor Ghani Othman untuk bersetuju melepaskan pegangan Jcorp dalam KFC kepada CVC Capital yang majoriti sahamnya dpegang oleh Iskandar Water Front City sebanyak 51 % dan baki pegangan saham dimiliki oleh seorang warga Britain.


Sebelum ini  STJ pernah mendedahkan konspirasi disebalik skandal KFC ini dan diserang dalam komen dengan berbagai-bagai serangan tetapi akhrinya terbukti apa yang dibimbang dan diselusuri melalui tulisan terebut telah menjadi kenyataan,akhirnya rakyat Johor terlopong melihat KFC bukan lagi milik penuh JCorp ataupun kerajaan Malaysia.Tulisan sebelum ini boleh dibaca disini.


Kita harus mengucapkan tahniah kepada Ghani Othman,Zaki Zahid dan terutama sekali kepada Lim Kang Hoo kerana akhirnya berjaya meruntuhkan mercutanda pernigaan yang dibanggakan oleh seluruh rakyat Johor dan agenda Gahnai Othman ini dilihat bukan untuk mengkayakan orang-orang Melayu terutamanya di Johor tetapi lebih kepada mahu memiskinkan rakyat negeri  itu.


Hebat Zaki jual atas jual..!
Ghani yang sedang menggunakan talian hayatnya untuk kekal lagi sebagai MB Johor dilihat langsung tidak memahami tentang denyut nadi rakyat.keresahan rakyat apabila beliau mengambil pendekatan menjual satu demi satu harta rakyat Johor kepada bangsa asing terutama sekali kepada Lim Kang Hoo,ahli perniagaan Cina yang sedang menguasai sebahagain besar pembangunan hartanah di Johor ketika ini.


Selepas KFC yang terlepas ini kita tidak tahu apa lagi harta-harta rakyat Johor yang akan dijual oleh Ghani kepada kroni-kroni tertentu dan adakah kerana Ghani menyedari bahawa tempohnya sebagai Menteri Besar Johor akan berakhir ataupun tidak dicalonkan semula untuk bertanding dalam PRU13 ini membuatkan beliau mengambil keputusan untuk menjual segala harta-harta yang yang menjadi milik rakyat Johor termasuklah ifahamkan berates-ratus ekar tanah juga dijual kepada Lim Kang Hoo atas dasar kononnya untuk melakukan pembangunan di negeri tersebut.

Pun ada juga yang mendakwa walaupun sebahagian besar rakyat Johor menolak Ghani untuk dicalonkan semula dalam PRU13 nanti ataupun sebagai Menteri Besar Johor, Najib dikatakan masih berminat untuk mengekalkan beliau atas kepentingan individu serta kelompok-kelompok tertentu dan tindakan Najib ini disifatkan sebagai melawan arus dengan menolak desakan-desakan rakyat yang mahu kepimpinan Ghani ditamatkan ekoran kerakusan beliau mempergunakan kuasa sebagai Menteri Besar

63 comments:

bayan said...

As-salam, dibelakang Lim Kang Ho ada siapa nyek ? Sebab itu Ghani terpaksa lepaskan KFC . Rakyat Johor tak boleh buat apa2.Pengurusan JCop perlu di kemaskinikan,tapi kalau Ghani masih lagi MB Johor pasti kedudokan ekonomi orang melayu malap.Sejak Ghani urus tadbir negeri Johor,kerajaan negeri tak ada bina rumah murah,merobohkan rumah murah banyak.Tapi pada zaman arwah Osman Saat urus tadbir negeri Johor rumah rakyat banyak didirikan.Malangnya zaman Ghani banyak tanah2 kerajaan negeri diswastakan.Siapa untung ????????

Anonymous said...

apa lah ko merepek ni tok janggut....

tunjuk bukti lah kang hoo kuasai KFC

Pegangan KFC:

51 % Jcorp
25 % EPF
balance CVC...

bagaimana puak CVC yg hanya menguasai 24 % bole kuasai KFC...

aduss susah cakap dgn org tak reti bahasa.

drmuzi

Anonymous said...

Asalamualaikum....
klo betul.. mangkuk punya melayu..
pru kali nih patut di tendang dari kerusi mb....jd mb hanya nak duit duit duit..?!!...

entahlah said...

harap duli sultan johor masuk campur....Ampun Tuanku...

Anonymous said...

Lepas ini kami sekeluarga tidak akan makan lagi KFC. Itulah jawapannya.

Anonymous said...

Sebenarnya saya langsung tidak berbangga dgn business goreng ayam ni.Ini kerja senang,goreng ayam resepi ayam goreng org kampung pun lebih sedap,tapi ini pun kita nak ambil fenchise dari org lain,nak kena bayar royalty pada Yahudi.Di negara lain KFC ni tak laku,di S'pore pun businessnya terkial-kial,hidup segan mati tak mahu,terpaksa KFC Malysia ambil alih cuba nasib,itu pun masih macam tu juga.

Anonymous said...

TS Ali Hashim kena tendang kerana dia lah batu penghalang orang yang rakus yang nak jual harta rakyat KFC dan juga estaet2 JCorp. Sekarang Ghani Othman sizapin tarok pak turut jadi senang lah dia robek2 JCOrp

Sanggah Tok Janggut said...

Baca elok2 Dr Muzi..takpalah kalau kata saya tak faham bahasa pun..cuma nak tanya..CVC Capita tu siapa?Iskandar Water Front tu siapa?Selepas penjualan ni berapa Jcorp ada dan berapa KWSP ada?Jangan emosionla Dr Muzi..berlapang dada dan berjiwa besar...

Anonymous said...

Sanggup pemimpin Melayu buat rakyat macam ni!!!!

Anonymous said...

Itulah melayu bunuh melayu.lUPA dan BODOH SOMBONG - TAK MAU AMBIL IKTIBAR DARI SEJARAH TERDAHULU... Agaknya anakbini pun sanggup dijual kepada rumah urut jadi GRO. 4Itulah ibaratnya ZAKI ZAHID DAN GHANI OTHMAN demi harta dunia...

Anonymous said...

Harland(Colonel) David Sanders ialah pemilik sebenar KFC berasal dari amerika..tak kisahlah nak jual dgn sesiapa pun, apa ada dgn business francise ni yang bukan milik orang melayu pun...

Anonymous said...

Salam Rakan semua,dan Salam juga buat sanggah Tok Jnanggut...
Saya ingin menjawap komen dari drmuzi,

Salam DrMuzi...
Saya nk terangkan sedikit apa itu triple plate,3ple plate adalah 3 syarikat gergasi yg diamanahkan untuk memegang dan mengurus saham kfc dan qsr setelah mendapat kelulusan dari SC untuk pensturukturan semula koprat kfc atau kulim berhad.
memang betul diperingkat awl saham itu maseh lagi dipegang oleh
jcorp 51%
kwsp25
cvc 24%.
Setelah beberapa perbincangan dan meeting dgn BOD dan pemegang saham di LONDON baru baru ini keputusan telah dibuat yaitu:
jcorp menjual saham nya 30% kepada Iskandar water froun ciry.
Setelah semua itu dipersetujui maka jcorp membeli 25% saham milik kwsp.
Amat malang sekali apa saham tersebut dijual oleh jcorp kepada cvc (25%).Waktu itu cvc telah menguasai saham kfc sebanyak 49%.
jcorp 21%
iskandar water froun city 30%

Dr Muzi...
kita lihat siapa pulak pemegang saham dalam CVC capital tu ok...
51% saham dlm cvc dikuasai sepenuhnya oleh iskandar water froun city,manakala 49% lg cvc dan beberapa org cina termasuk ADIK IPAR LEE KWUAN YU yg bernama Edward leung kok keung,dia juga proksi hishamuddin dlm ecovest berhad bersama seorg lagi cina bernama khoo nang seng@ khoo nam seng..

Dr muzi,
sekian penjelasan saya dahulu.
Salam...

Anonymous said...

TRIPLE PLATE?...
adakah yg dimaksudkan triple plate terdiri dari 3 org mangkok ayun tu?
ghani othman
zaki zahid
lim kang hoo
saya buat sedikit pencerahan yea,triple plate ni juga bermaksud baju kebal...so ketiga tiga haram jadah diatas lah org nya,so SIAL!!!...

Anonymous said...

Dalam isu yg semakin panas ini adakah Najib Razak mampu menghalang penjualan saham kfc tu?...14hb lg 2 hari jek...

saya bkn nk percaya bulat bulat apa yg blogger ni tulis,tapi setelah mendapat pengesahan dari isteri saya yang bekerja dengan CIMBF tu baru saya percaya,rupa rupanya betul la desas desus pasal MB JHR ni...

Fuad Hassan KL

Anonymous said...

Jadi pengajaranNya org melayu jgn malas berusha kena gigih.. Dan bersatu... ADA FAHAM aq yg meniaga ni pening tgk sikap org kita yg terlalu manja nak kena suap jer

Anonymous said...

Apa dah jadi ni? Jika benar bagai dikata, takkan tiada sesiapa yg boleh membuat sesuatu untuk menolong JCorp?

Anonymous said...

Sebenarnya siapa yang pegang majority sekarang melayu ke Cina. Kalau dulu boleh yakin halalnya, lepas cina pegang kena kaji betul betul nak makan walaupun masih ada sijil halal.

Anonymous said...

kalau betul tulisan nih.memang bodo&bengap lah melayu...melayu jual melayu...

berasiam said...

Kes kfc ni dah banyak kali disebut sejak tan sri ali dipecat. kali ini, segala yang diura-urakan dulu bakal menjadi kenyataan. salah umno-bn jugaklah ni. ada kuasa, disalahgunakan. selepas ini nurjazlan pulak jadi mb, pilihan istana. lagi banyaklah yang terjual. dia ni lebih kurangnizar jugak, separuh cina. tapi nak buat macam mana, dah nasib bangsa ni.

Anonymous said...

MARILAH KITA MERENUNG KEMBALI SEJARAH.... ADAKAH KEMERDEKAAN MALAYSIA YANG MELALUI PERJUANGAN TANPA TUMPAHAN DARAH MENJADIKAN KITA KIAN LEMAH.... MUDAH DIPERKOTAK-KATEKKAN, HILANG SEMANGAT KEBANGSAAN... LUPA TENTANG TUJUAN SEBENAR PERJUANGAN KITA . DAN ALPA DIULIT HARTA KERNA KUASA YANG ADA DITANGAN....

Anonymous said...

Weii, Colonel Sanders itu berbangsa apa?

Anonymous said...

To ANON 1:57 PM,

Memangla KFC asalnya matsalleh tu yg pelopori. Namanya pun business FRANCHISE.Perhaps u should reread the entry to understand the discussion about here.

BTW, kalau rasa u dont belong to us in these panel and our thoughts, pls kindly not interrupt ok. Ini kami betul2 Melayu punya rumah.

Anonymous said...

lEPAS NI PELADANG JOHOR MEMBEKAL KAN AYAM KEPADA KFC AKAN BUNGKUS - PENGURUSAN BARU TAK KAN -AMBIK AYAM TERNAK DARI PELADANG JOHOR - RANGKAIAN HALUS MEMBUNUH PERNIAGAAN MELAYU

ANAK JOHOR

mae said...

UMNO mesti ada satu jawatankuasa pemantau pemimpin2 yang dah nak berhenti kerana biasanya mereka ni buat aktibiti 'last kill'.

Anonymous said...

Dulu masa Ghani baru nak naik, difitnahnya TS Mahyudin... termasuklah bantuan TS S Mokhtar kepada Johor difitnahnya, jual tanah kempaslah, jual tanah pada china singaporelah ..bla bla bla........
Sekarang apa dah jadi ghani oooiiiii ...Lu pun tipu kampung gua janji nak bagi 300k untuk baik pulih surau masa PRK...sampai sekarang habuk pun tarak.. tok kong lu bantu...
Lu lebih teruk dari TS Mahyudin...
How I wish PAS stand on its own .. confirm aku bagi .. tapi apakan daya kalau aku bakar kelambu terbakar pula rumah ...

Anonymous said...

sanggah tok ,tolong lah jangan terus sebar berita palsu..setahu saya 51 % saham kfc masih di pegang jcorp.

Anonymous said...

apa susah kalau confirm dah jadi 49% bumi, kita boikot je KFC/Pizza Hut sampai bankrup. ha ha ha

Anonymous said...

Betul sy juga akan pangkah Pas kalau Pas itu x melukut di tepi gantang. Tapi kalau yg mcm harini alamatnya jadi doomsday preppers la semua ek.

Anonymous said...

Confirm lah 51 percent tu bukan JCORP punya

http://bigdogdotcom.files.wordpress.com/2013/02/screen-shot-2013-02-13-at-3-34-39-am.png

Anonymous said...

Anak Johor,

Ghani melawat seluruh Johor tapi KFC dijualnya , siderhaka ni patut ditendang keluar dari UMNO. Ape Hak melayu Johor yang ade lagi... habis dijualnya kepada cina bangsat tu. Dah lah Pas jual tanah kat cina mana satu yang berjuang untuk melayu ni.... semuanya puaka.

Anonymous said...

Salam,Andai betul apa yg dibincangkan..mohon pemimpin atasan buat siasatan..Rakyat Johor kesal terlalu ramai rakyat luar di Johor Bahru...dan terlalu banyak kompleks2 hanya milik org luar... Rasa hati saya juga tidak 'berapa sedap' sejak Datuk Ghani menjadi MB..tapi saya cuma og kampung yg tak punya kepandaian apa2 tambahan namun begitu harus diberi peluang menunjuk kemampuan,akhirnya..?..Carilah pengganti.Lagipun dah lama sangat..tak aggresif dlm membantu org melayu Islam.
Jika nak perkenalkan Johor ..apa yg istimewanya?Balik2 shopping kompleks yg tumbuh bagai cendawan.

Hanya sekadar luahan akar umbi sahaja.

Anonymous said...

Ghani tak akan berani kalau Pasir Pelangi tak memberi restu. Networking Lim Kang Hoo adalah Hishamudin, Ghani, Datuk Tan (Grand Paragon Hotel dan Pasir Pelangi)

Anonymous said...

jgn slhkan org bla kfc kena jual.tahukah saudara2 bila radix fc dibuka di utara,begitu ramai umat melayu islam boikot kfc.2 blom amik kira yg dah sedia boikot lama sebelum 2.alasan konon ayam kfc xhalal.sudah la ramai cina boikot kfc sbb melayu pny.tambah plak dgn melayu2 xsedar diri ni.xpcy cina boikot kfc?meh cni aku crita.tahun lepas ms kecoh kes gardenia syed mokhtar dgn robert kwok dan old town,aku p tesco sg petani selatan.dgn jelas aku tgk kfc lengang,ad 2,3 meja ja family melayu.tp old town pnuh,pack majority cina dan 1 family melayu yg perempuannya bertudung.melayu mmg cekap boikot.boikot bangasa sendiri.tapi cina lg handal,dy bukan stakat boikot brg melayu,tp bersatu hati sokong produk sendiri.aku pnuh yakin bila kfc jd milik cina nnt,xknn ad kfc yg kosong mcm kt sp.aku xsedih pon xdpt mkn kfc lps ni.aku cuma sedih dgn nasib pekerja2 kfc yg majoritynya melayu.xdpt la depa nk tumbuk balik kalo lps ni ad cina yg kurang ajar ngn depa.dan aku pcya melayu cuma akan marah sat saja.lps pilihanraya,lps da puas isu ni di goreng oleh pembangkang,melayu akan lupa.sbb melayu 2 mmg mudah lupa bhwa melayu sendiri la yg menjahanamkan bangsanya sendiri.

Anonymous said...

Tak ada ke peguam peguam Melayu yang boleh bawa perkara ini ke Mahkhamah demi kepentingan Melayu.

Bangun lah bangsa ku! Cukup sudah kita terus ditindas oleh kaum kita sendiri.

Anonymous said...

aku bengang sbb najib masih xdpt kesan kelemahan2 dlm kerajaaannya.hishammudin,nazri aziz,ghani othman antara biawak2 hdup dlm umno.kalo muka2 ni masih diberi peluang lg pd pru kali ni,alamat lingkop la umno.

Asal Bukan DAP (ABDAP) said...

Kita minta YB Zul Bandar Baru Kulim jd lawyer untuk pertahankan KFC demi kepentingan melayu.

Anonymous said...

KHIR TOYO JATUH KERANA PENYAPU!!!!
GHANI JATUH KERANA KFC?????

Anonymous said...

Dalam pernagaan memerlukn modal. Mungkin ada peluang yg lebih baik lagi, yg dpt memberikan keuntungan yg berlipat kali ganda dari pada perniagaan ayam kfc ni. Tetapi modal jcorp tidak mencukupi. Mungkin untuk memulakan perniagaan yg baru ini, jcorp terpaksa berkorban saham kfc yg boleh dibeli semula setelah perniagaan yg baru ini berjaya dan menguntungkan rakyat JOHOR.

Anonymous said...

KHIR TOYO JATUH KERANA PENYAPU
GHANI JATUH KERANA KFC

Anonymous said...

Dalam pernagaan memerlukn modal. Mungkin ada peluang yg lebih baik lagi, yg dpt memberikan keuntungan yg berlipat kali ganda dari pada perniagaan ayam kfc ni. Tetapi modal jcorp tidak mencukupi. Mungkin untuk memulakan perniagaan yg baru ini, jcorp terpaksa berkorban saham kfc yg boleh dibeli semula setelah perniagaan yg baru ini berjaya dan menguntungkan rakyat JOHOR.

adzharrabu said...

KHIR TOYO JATUH KERANA PENYAPU
GHANI JATUH KERANA KFC

Anonymous said...

AKU X NAK KOMEN LEBIH2 PASAL KFC..TAPI AKU NAK KOMEN PASAL RADIX...AKU MMG ORG MELAYU YG NAK BANTU ORG MELAYU TAPI MASALAHNYA ORG MELAYU BILA SENANG DIA LUPA ORANG YANG TELAH MEMBANTUNYA..MACAM TU LA DGN RADIX...AKU ORG UTARA...FIRST TIME AKU NAK BELI RADIX TAK DAPAT..SOLD OUT...NEXT TIME DAPAT BELI DAN MAKAN..SEDAP DAN DAPAT COMPETE KFC DLL...MASALAHNYA BILA BELI LAGI DIA DAH MULA BUAT PERANGAI..SRVIS LAMBAT..AYAM LEBAM2 SAMPAI X LALU NAK MAKAN..RASA DAH JAUH LARI...SO BILA BUKAK KAT AREA KL AKU CUBA LAGI...TAPI PENAMPILAN PERTAMA TAK BERAPA BAGUS...ADA UNIFORM TAPI LAYAN CUSTOMER DGN T-SHIRT TAK BERKOLAR DAN RASA AYAM RADIX DAH TENTU TAK BOLEH COMPETE KFC...BUKAN TAK NAK TOLONG MELAYU TAPI MELAYU MUDAH LUPA...-HELANG MALAM...

Anonymous said...

aku bengang sbb najib masih xdpt kesan kelemahan2 dlm kerajaaannya.hishammudin,nazri aziz,ghani othman antara biawak2 hdup dlm umno.kalo muka2 ni masih diberi peluang lg pd pru kali ni,alamat lingkop la umno..
AKU COPY AND PASTE TEXT DI ATAS..ANTARA HISHAMUDDIN,NAZRI AZIZ DAN GHANI OTHMAN..SIAPA AGAK2 BUKAN ORANG JOHOR?...-helang malam-

Anonymous said...

tgk la siapa blakang lim kang ho..projek Pr1ma pun dia sapu kt johor ni.

Anonymous said...

Saya tidak kisah pasal KFC ni sebab pada mulanya KFC ni bukan Melayu punya dan bukan harta milik melayu pun .Kalau untung jualah tak ada salahnya ........Biarlah cina atau india yang milikinya ..........kalau melayu tak suka jangan makan diKFC itu aja .
Yang saya kisahkan adalah Harta dan tanah rizab melayu dijual atau dilucut hak tampa diganti.Banyak pihak terlibat termasuklah pihak istana yang sepatutnya menjaga hak Melayu .Sebagai contoh lihatlah FGVH dan FELDA,macam mana pemimpin melayu begitu bersungguh sungguh dan mengunakan segala kudrat untuk membursa sahamkan FGVH.
Kepada siap lagi orang orang Melayu bergantung harap? pada UMNO,pada PAS atau pada PKR?Sudah tiada pemimpin parti parti tersebut yang berjiwa Melayu sangup susah demi Bangsanya .Zaman TUN ABDUL RAZAK sudah berlalu ........sudah tiada pemimpin melayu sepertinya .Ingatlah kita sudah berada dihujung persimpangan .Diluah mati emak ditelan mati bapak ,begitu sukarnya orang Melayu sekarang ini .

KusetiaKu said...

Penat je DS Najib buat transformasi kalau dalam UMNO sndiri ade setan2 berperut besar yg jd pengkhianat pd amanah bangsa dan agama. Wpun tidk seteruk PAS yg jual sekali dgn Allah, UMNO juga perlu ambil iktibar dr perangai PAS. Nah skrg KFC yg jd medan makanan dan aliran wang tunai org Melayu Islam dijual penguasaan kepada musuh Melayu dan Islam?

Bagaimana dgn perjuangan Tan Sri Muhammad Ali selama ini yg berjaya meletakkan tahap kesucian HALAL KFC pd tahap yg begitu hebat termasuk Pizza Hut dan Ayaman yg begitu sedap itu?

Mewjudkan jabatan Syariah khas dlm pengursan KFC Malaysia utk betul2 pastikan kesucian makanan untuk kita semua ini terjamin. Sedih sgt jika hal ini benar2 tidk boleh dihalang lagi. Kasihanlah pd org Melayu yg tabur duit setiap hari utk ke KFC.. alternatif tidk ada lg dr kalangan org Islam krn RFC juga sudah 'bungkus' akibat salah urusa dan kebongkakan HPA-PAS ini!

Gunakanlah kabel politik dan talian hayat yg ada utk selamatkan KFC dan tendang keluar 3 ekor setan dlm UMNO Johor ini.



Anonymous said...

Dah kfc bukan melayu Islam punya... jadi lebih baik tak payah mkn kfc lagi... bab halal haram wajib jaga... jika bukan Islam punya... kena hati2 bila mkn nanti... mungkin tak mkn lagi baik...

Anonymous said...

korang kn tahu...siapa sebenarnya di blang ghani ni...bgitu jgk dgn muhyiddin yASSIN dulu yg dicakap2 mnjual tanah johor!!siapa di blakng mereka ni yg buat harta dgn menjual harta rakyat!!!!

Anonymous said...

sultan johor pernah bertitah (dlm blog rockybru.com.my) bahawasa nya rakyat johor itu tidak kira cina , melayu atau india.

maka jika cina pun pegang apa salah nya. cina kan 1malaysia, 1johor dan bangsa malaysia. penghujung nya malaysia juga yg akan makmur kerana duit cukai dari untung KFC dpt di gunakan untuk BR1M, BR2M dan BRxxxM?

Anonymous said...

Ghani penghianat bangsa melayu jgn sibuk nak jadi mb johor lagi suruh balik kampung je kalau mati besok suruh lim kang ho heret je dia tu masuk lubang kubur

Carlos Santiago said...

ada link kenyataan dari SC tak??

# BANkami

Anonymous said...

Dgn pertolongan Melayu sendiri...KFC akan jatuh ktangan bukan Melayu....history repeats iitself...apa tg berlaku diMelaka berlaku lagi....Betullaaaaaaaah cakaPtuN m meLaayu mudah lupa...pastikan Ghani dan kuncunya dibenamkan...ingat Lakseman Bintan ...bngunlah orang UMNO.....hunuslah keris perjuangan anda semua..hapuskan musuh dlm selimut ini.

Anonymous said...

jgn suruh ghani balik kg...nanti tanah org kg pon habis dijual pd Lim Kang Ho. Suruh ghani balik sarawak ikut LKH

bugisdiver said...

Lim ni yg dulu towkey babi kan?

Anonymous said...

Dah kaya nak kaya lagi. Saya cadangkan kita jual pulak negeri Johor kat Singapore ? Apa macam....KFC untung sikit, tak boleh
lawan kekayaan Soros. Antara mereka bertiga...agak-agak siapa yang paling kaya......

Anonymous said...

sekrg lu org tgk la. apa dah jadi? jawatan tinggi baru di KFC sudah dicipta. sapa yg mengisi tahta? Melayu? hahah,hahah, hahaha, hahaha..sapa yg betul betul kuasai KFC? Melayu aka Jcorp? hahahahahah. Kesian...Hidup hidup Melayu

Anonymous said...

adoi x bace habis ke. ke x paham penulisan ni. hang baca yang peringkat awal pnye share. yang peringkat akhir punya penjualan hang x baca ke camne? adoiyai camni la macai.

Anonymous said...

Bila beli KFC tak ajak Ghani sekali utk berbincang...Bila jual Ghani yg kena...apa2 pun original resepi KFC ada mengandungi RUM...sebab tu KFC dibawah Jcorp kurang sedap menurut pelangan kafir...mungkin selepas ni kembali sedap hingga menjilat jari semula kot...mmmm RUMMMMM

Anonymous said...

Daripada 10 org melayu johor, dah 6 kata takan undi umno kali ini...ni sebb perangai org tamak haluba kuasai kepentingan asset strategik di johor...mereka tunggu masa nak undi them out!!!!!!!

Anonymous said...

Sayang KFC dah jatuh ke tgn org lain. Wpun dah hampir 8 thn saya tinggalkan KMB tp saya tahu susah payah bos Hj Ahamad Mohamad bertungkus lumus utk pengambilan KFC. Dan Tan Sri Ali ada cadangan utk bayar kpd pemilik KFC asal utk tidak ada kaitan dgn Yahudi. Sayangnya dia disuruh letak jawatan 24 jam dan akhirnya segala usaha KMB menjadi sia2..... nama saja milik JCorp loan semua KMB yg bayar. Sebagai bekas pekerja KMB saya benar2 terkilan.

Anonymous said...

Ada lagi 5 amigos dlm jcorp should kick out,usop rahmat aka white horse,rahmat janggut,lokman white fat,onn aka off n izham aloq stak

Anonymous said...

sory nak cakap. byk dah berlaku dlm KFC. aku salah satu pekerja di Wisma KFC. Dr dlu lg boss2 deptment semua cina. Org melayu susah nak naik kat sini. tahun ni byk org diturunkan pangkat. Sedangkan setiap tahun KFC sentiasa mendapat keuntungan. Deptment aku semua cina boss2. Melayu jd kuli je. Gaji apa tah lg jauh berbeza. Ini aku bgtau apa yg aku rasa, walaupun aku baru 4thn dlm ni. mcm2 aku dah tgk.

Anonymous said...

saya bekerja dengan seorang jutawan di Johor dan dia bergaul dengan ahli politik dan billionaire , katanya semua yang di atas makan duit , share yang diberikan setengah company cuma buta buta je dapat tanpa perlu kuar satu sen pun ... bak kata mudah , billionaire orang melayu yang jadi sanjungan orang ramai , Tan sRI S..d MOK...r pun tak bekerja seteruk yang disangkakan , cuma dapat share free yang diberikan setengah company ... dan kroni krono politik ... ameno

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers