Monday, February 11, 2013
MUNGKIN ramai yang membuat penilaian bahawa rakyat Kelantan sudah
pasti akan memandang sepi terhadap janji pembangunan tujuh projek besar
yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika
beliau merasmikan Program Jelajah Janji Ditepati peringkat negeri, di
Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong, Kota Bharu beberapa minggu
lepas.
Projek berskala besar tersebut yang antara lain melibatkan pembinaan
lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu, stadium baharu, perumahan rakyat
sebanyak 3,000 unit dan pembinaan kampus bandar Universiti Teknologi
Mara (UiTM) yang boleh memuatkan 5,000 pelajar hanya mampu dilaksanakan
jika kerajaan negeri diterajui oleh Barisan Nasional (BN).
Tidak dinafikan bahawa rakyat Kelantan mempunyai pendirian politik
yang agak unik dan bagi mereka yang bukan berasal dari negeri itu akan
merasa janggal dengan keselesaan berada di bawah pemerintahan Pas selama
dua dekad yang membawa pembangunan pada tahap yang begitu minimum
sekali.
Kelantan mempunyai potensi besar untuk membangun seperti mana yang
telah dilalui oleh jiran terdekat seperti Terengganu kerana kedua-dua
negeri ini mempunyai banyak persamaan dalam bentuk kekayaan hasil semula
jadi, komposisi penduduk dan gaya hidup yang begitu berdikari. Satu
kelebihan yang dipunyai oleh Kelantan adalah bersempadan dengan wilayah
selatan Thailand yang menawarkan banyak peluang ekonomi.
Bukan sahaja pembangunan tujuh projek tersebut akan mengubah senario
ekonomi Kelantan, malah kerajaan negeri jika ditadbir oleh mereka yang
berpengalaman luas dalam mengurus hal ehwal ekonomi sudah pasti akan
mengubah taraf kehidupan setiap rakyat Kelantan.
Meraih undi bukan persoalan utama janji Perdana Menteri tetapi
kemusykilan mengenai keinginan rakyat Kelantan sama ada mahu maju ke
hadapan bersama-sama dengan BN atau pun tetap kekal dengan status-quo di
bawah pemerintahan Pas. Persoalan ini sukar untuk dijawab secara
langsung tetapi menarik jika dilakukan analogi nasib yang sedang melanda
Mesir.
Tok Pa..berusaha bawa Kelantan keluar dari PAS |
Tidak menghairankan jika ramai rakyat Malaysia masih tertanya-tanya
dan musykil apa yang sebenarnya dikehendaki oleh rakyat Mesir kerana
sehingga ke hari ini mereka masih lagi membuat protes dan politik
jalanan membantah pentadbiran Presiden Mohammed Morsi.
Begitu ironis sekali kerana lazimnya negara yang menyambut ulang
tahun revolusi sehingga tersingkirnya diktator dirayakan sebagai hari
kemenangan, tetapi lain pula halnya dengan Mesir disambut dengan
menyanggah kerajaan yang dipilih secara demokratik.
Berbagai-bagai dalil digunakan sebagai alasan untuk membuat bantahan
bermula daripada tuduhan Presiden Muhammed Morsi yang tidak ubah seperti
bekas Presiden Hosni Mubarak yang autokratik sehinggalah kepada
keputusan mahkamah mengenai rusuhan bola sepak telah membakar perasaan
rakyat Mesir untuk mengambil jalan yang tidak menghormati lunas
undang-undang.
Jika dua tahun lepas ketika bermulanya revolusi rakyat Mesir mampu
menyatukan semua golongan kerana mereka hanya mempunyai satu matlamat
yang serupa iaitu untuk menyingkir pemerintah diktator Mubarak. Hari ini
mereka yang terlibat dengan protes jalanan juga mempunyai matlamat yang
serupa iaitu membantah keadaan ekonomi yang berada dalam keadaan yang
amat tenat.
Kadar pengangguran telah meningkat sehingga ke paras 13 peratus dan
40 peratus daripada rakyat Mesir hidup dengan pendapatan kurang daripada
AS$2 sehari. Lebih menyedihkan lagi hampir satu perempat mereka ini
hidup dalam keadaan daif dengan pendapatan kurang dari AS$1 sehari.
Rakyat Mesir begitu mengharapkan hidup mereka akan berubah ke arah
yang lebih baik setelah ketiadaan Mubarak tetapi harapan tersebut hanya
tinggal harapan kerana Presiden Morsi berhadapan kesukaran untuk menarik
pelancong dan pelabur asing.
Memang benar taraf kehidupan rakyat Kelantan tidak boleh disamakan
dengan kedaifan rakyat Mesir tetapi perjalanan politik adalah begitu
selari sekali. Presiden Morsi disokong oleh Ikhwan Muslimin iaitu sebuah
organisasi yang begitu disukai oleh rakyat Mesir kerana mempunyai
jaringan sosial yang begitu kukuh ketika era pemerintahan Mubarak.
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=a_qJJ4T1G8k
Tetapi setelah berkuasa Presiden Morsi dan juga Ikhwan Muslimin gagal membawa perubahan ekonomi yang mampu mengubah kehidupan rakyat Mesir. Rasa tidak puas hati ini yang menyebabkan rakyat Mesir sekali lagi membuat protes jalanan membantah pentadbiran Presiden Morsi.
Tetapi setelah berkuasa Presiden Morsi dan juga Ikhwan Muslimin gagal membawa perubahan ekonomi yang mampu mengubah kehidupan rakyat Mesir. Rasa tidak puas hati ini yang menyebabkan rakyat Mesir sekali lagi membuat protes jalanan membantah pentadbiran Presiden Morsi.
Menarik jika diungkitkan kejadian rusuhan di bandar Port Said kerana
membantah keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman mati ke atas 21
penyokong kelab bola sepak al-Masry sebenarnya menggambarkan senario
sebenar politik Mesir.
Perbicaraan ini terbit daripada peristiwa pertempuran di antara dua
kumpulan kelab bola sepak iaitu al-Masry dan al-Ahly. Mengapa diandaikan
senario bola sepak menggambarkan keadaan politik Mesir adalah kerana
kebanyakan penyokong al-Masry bersimpati dengan Mubarak sementara kelab
al-Ahly pula lebih memberi sokongan kepada Presiden Morsi.
Pertempuran di antara dua kelab bola sepak itu sebenarnya adalah
pertembungan di antara penyokong rejim Mubarak dan pentadbiran Morsi.
Begitu juga dengan senario bola sepak Kelantan tidak keterlaluan jika
diandaikan boleh disama ertikan dengan senario politik Kelantan.
Pasukan bola sepak Kelantan mendapat sokongan padu daripada rakyat
Kelantan tanpa mengira pegangan politik masing-masing.
Kebangkitan bola sepak Kelantan tidak dinafikan berlaku kerana
kepimpinan yang dipamerkan oleh Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) yang
diterajui oleh Tan Sri Annuar Musa yang juga merupakan orang kuat BN
Kelantan.
Memang benar persepsi yang mentafsirkan kerana bola sepak segala
perbezaan boleh diketepikan dan ini termasuklah perbezaan politik. Jika
pertembungan di antara penyokong al-Masry dan al-Ahly menggambarkan
realiti politik Mesir, maka tidak keterlaluan jika diandaikan sokongan
tanpa berbelah bahagi terhadap KAFA adalah hasrat tersirat rakyat
Kelantan terhadap keinginan kepada pembaharuan dan pembangunan.
Mungkin ada rakyat Kelantan sendiri yang tidak mahu akur dengan
analogi bola sepak, tetapi itu adalah realiti politik Kelantan
sebenarnya.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Rakan Blogger
-
-
-
-
-
-
-
Berkhatan Perdana KINTA 2017...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dah Kalah Kalah lah11 years ago
-
-
-
-
-
Rujukan Entri
- June (1)
- December (1)
- September (1)
- August (3)
- December (2)
- February (3)
- May (2)
- October (1)
- September (1)
- August (1)
- June (1)
- March (1)
- February (1)
- January (1)
- December (3)
- November (1)
- August (3)
- April (3)
- March (1)
- February (2)
- January (2)
- December (4)
- October (3)
- September (2)
- August (3)
- July (4)
- June (9)
- May (8)
- April (7)
- March (10)
- February (8)
- January (10)
- December (7)
- November (8)
- October (9)
- September (7)
- August (6)
- July (10)
- June (4)
- May (15)
- April (12)
- March (12)
- February (15)
- January (26)
- December (36)
- November (22)
- October (7)
- September (2)
- August (4)
- July (4)
- June (10)
- May (3)
- April (11)
- March (10)
- February (3)
- January (7)
- December (2)
- November (3)
- October (3)
- September (5)
- August (5)
- July (3)
- June (3)
- May (3)
- April (2)
- March (2)
- February (1)
- January (7)
- December (6)
Kunjungan
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Rangkaian
Followers
-
-
-
-
Perubahan apa Bang Non?1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
1 comments:
Tok Pa adalah seorang pemimpin yang kuat bekerja dan keikhlasannya membantu rakyat amat terserlah, biarpun pelbagai tohmahan dilemparkan oleh Pas kepada beliau.
Satu jer..;
Tok Pa kekurangan 'commanding force'. Dia kurang tegas dalam menghadapi kerenah Ketua2 Bahagian UMNO di Kelantan yang segelintir daripadanya terdiri dari individu2 yang memang bukan sahaja tidak disukai oleh rakyat biasa Kelantan, tetapi ahli2 UMNO tempatan pun 'meluat' memerhatikan gelagat mereka...
Apapun.., untuk PRU13 ni.., BN punyai harapan yang amat cerah d Kelantan, DENGAN SYARAT, DS Najib tidak mencalunkan individu2 yang rakyat tidak suka. Biar benar2 'winnable candidate'..!