Saturday, January 12, 2013
Inilah wajah Malaysia andai pembangkang memerintah |
HIMPUNAN Kebangkitan Rakyat
(HKR) #KL112 atau lebih diingati ramai sebagai Himpunan Menyokong Gadaikan
Kalimah Allah Kepada Kristian yang berlangsung di Stadium Merdeka ketika ini melibatkan gabungan 4 kumpulan propaganda utama PR.
Empat kumpulan ini terdiri
daripada NGO Bersih berwarna kuning fokus pada propaganda anti SPR, kumpulan
Hijau tertumpu pada bantahan terhadap kilang nadir bumi Lynas dan Rapid
Pengerang, manakala kumpulan Oren pula berusaha untuk memburukkan FELDA serta
kumpulan merah, NGO Royalti dari Kelantan.
Atas kepercayaan angka 4
dikalangan masyarakat Cina bermaksud "si" yakni bermaksud
"mati" dan dianggap suwey serta membawa sial, maka PR sebagai pihak
penganjur membawa masuk satu lagi kumpulan sampingan berwarna ungu yang terdiri
daripada muslimat dan wanita PKR.
Dengan gabungan 4 kumpulan
propaganda utama ini pihak penganjur optimis tanpa mengira logik akal telah
dengan selamba mempromosikan kononnya sejuta (1,000,000) orang peserta yang
terdiri daripada penyokong mereka dari seluruh negara akan hadir memenuhkan
Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
Awal-awal promosi lagi sudah
menipu semacamlah rakyat tidak tahu yang Stadium Merdeka cuma mampu menampung
30,000 orang hadirin sahaja. Hatta jika dipenuhkan sekali dengan kawasan padang
bola dan laluan pejalan kaki cuma 40,000 orang sahaja yang boleh berhimpit-himpit
dalam stadium tersebut.
Mana lagi nak disumbat lebih 900 ribu? Macam mana rakyat nak meyakini PR jika begitu
gayanya, belum memerintah sudah menunjukkan belang penipuan?Paling malang sekali,
kesemua 4 kumpulan propaganda utama warna warni ini masing-masing mempunyai
rekod pernah cuba memperbodohkan khalayak serta berniat menipu rakyat dengan
pelbagai gimik dan tingkahlaku yang menjelekkan.
Masuk universiti tapi bangang! |
NGO proksi PR, Bersih 2.0
misalnya pernah terlibat dalam adegan memalukan apabila sengaja mencipta trick
propaganda apabila seorang pesertanya bernama Suhardi Mat Isa yang merupakan
penyokong PAS telah dengan melakonkan aksi dua tiga kali mati dan hidup semula
semasa demonstrasi jalanan Bersih 2.0 pada Julai 2011.
Sementara itu ketika
demontrasi Bersih 3.0 dilangsungkan pada April 2012 pula para pesertanya
berkelakuan liar dengan memusnahkan kenderaan peronda polis dan menendang
motosikal anggota polis trafik. Melanggar perintah Mahkamah
dengan sengaja merempuh ke arah Dataran Merdeka bertujuan untuk menawannya,
bila pihak berkuasa bertindak balas untuk menguatkuasakan undang-undang demi
ketenteraman awan, para perusuh ini telah memutarbelitkan cerita untuk mengabui
mata rakyat dengan menyalahkan pihak polis.
Manakala kumpulan Hijau pro
DAP dan PKR yang kononnya aktivis alam sekitar pula telah dengan sengaja
memesongkan fakta mengenai kilang pemprosesan bahan nadir bumi Lynas kononnya
membahayakan keselamatan rakyat, walhal fakta saintifik membuktikan sebaliknya.
Lebih menyakitkan hati bila
mana kumpulan yang sama melancarkan gimik mogok lapar selama 100 jam sebagai
bantahan terhadap Lynas dan Rapid Pengerang. Baru sehari dua berlangsung
akhirnya kantoi apabila ramai pesertanya dilihat secara senyap-senyap menjamu
selera di restoran dan hotel.
Tidak cukup dengan gimik
dan penipuan di atas, kumpulan Oren yang anti FELDA di ketuai AJK PAS Pusat
juga terlibat secara langsung menipu para peneroka FELDA kononnya tanah dan
rumah peneroka akan tergadai bila FGVH menyertai pasaran saham BSKL.
Realitinya tiada tanah milik
peneroka yang dipajak atau berisiko tergadai sebaliknya yang betul-betul
tergadai ialah maruah rakyat Kelantan dan berpuluh ribu ekar tanah serta hasil
bumi di selatan negeri itu telah jatuh ke tangan orang luar.
Kebangangan mereka terserlah... |
Dalam salah satu demonstrasi
Oren bulan lepas pula, pesertanya telah dengan sengaja menyalibkan patung
menyerupai Pengerusi FELDA,Isa Samad, mirip seperti Tuhan triniti
kristian, Jesus yang mati disalib. Satu penghinaan terhadap sesama Islam dan
lebih memalukan kejadian menyalib itu dilakukan selepas selesai mereka
menunaikan solat Jumaat.Jijik!
Kumpulan terakhir yang
bertemakan warna merah, NGO Royalti tajaan pemimpin PAS pula telah dengan
sengaja memutarbelitkan fakta carigali minyak di luar persisiran pantai negeri
itu. Sedangkan fakta sebenar hanya minyak yang dijumpai dalam lingkungan 3 batu
nautika dari pantai Kelantan sahaja yang layak menerima royalti minyak.
Apa yang terjadi, wang ehsan
ditolak oleh Kerajaan PAS Kelantan dan NGO Royalti sebaliknya mereka menuntut
wang tersebut dimasukkan terus ke kantung Kerajaan Negeri, yang sebenarnya
terselit motif untuk diambil kesempatan buat mengenyangkan perut sesetengah
pimpinan negeri.
Majoriti rakyat Kelantan
ternyata selesa dengan pemberian wang ehsan yang memberi manfaat kepada mereka
berbanding jika wang itu diberikan kepada Kerajaan PAS Kelantan akibatnya
banyak berlaku ketirisan sebagaimana berlaku dalam kes royalti kayu balak,
perlombongan emas, pasir dan bijih besi.
Satu perkara yang agak
mengelirukan, NGO Royalti ini tanpa sedar telah menuntut supaya diwujudkan
kompleks pendaratan dan penapisan petrokimia di Pantai Sabak, Bachok.
Percanggahan ketara bila mana kumpulan Hijau yang bergabung bersama mereka
dalam HKR pula menentang pembinaan kilang pendaratan dan penapisan petrokimia
Rapid di Pengerang, Johor.
Puak-puak otak kartun... |
Tampak jelas segalanya menunjukkan penganjuran HKR sebetulnya hanyalah satu
propaganda politik yang motif utama mereka hanyalah mahu menarik perhatian
rakyat khususnya para pengundi sempena PRU 13 nanti.
Mereka cuba mengelirukan
rakyat melalui pelbagai gimik, penipuan dan pemesongan fakta termasuklah
melakukan aksi liar dan kontroversi tanpa mempedulikan hakikat yang rakyat
sebenarnya lebih celik akal dan mindanya.
Golongan penipu dan penyebar
propaganda politik ini semua sepatutnya sedar, tingkah laku dan watak pembawaan
mereka tidak sedikit pun mampu mmmembantu PR untuk menghadapi PRU 13. Tiba
masanya kelak, rakyat sebagai hakim negara pastinya beramai-ramai menunaikan
hak mereka dalam pilihanraya dan mengundi menolak gabungan parti politik yang
tidak beretika ini.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Rakan Blogger
-
-
-
-
-
-
-
Berkhatan Perdana KINTA 2017...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dah Kalah Kalah lah11 years ago
-
-
-
-
-
Rujukan Entri
- June (1)
- December (1)
- September (1)
- August (3)
- December (2)
- February (3)
- May (2)
- October (1)
- September (1)
- August (1)
- June (1)
- March (1)
- February (1)
- January (1)
- December (3)
- November (1)
- August (3)
- April (3)
- March (1)
- February (2)
- January (2)
- December (4)
- October (3)
- September (2)
- August (3)
- July (4)
- June (9)
- May (8)
- April (7)
- March (10)
- February (8)
- January (10)
- December (7)
- November (8)
- October (9)
- September (7)
- August (6)
- July (10)
- June (4)
- May (15)
- April (12)
- March (12)
- February (15)
- January (26)
- December (36)
- November (22)
- October (7)
- September (2)
- August (4)
- July (4)
- June (10)
- May (3)
- April (11)
- March (10)
- February (3)
- January (7)
- December (2)
- November (3)
- October (3)
- September (5)
- August (5)
- July (3)
- June (3)
- May (3)
- April (2)
- March (2)
- February (1)
- January (7)
- December (6)
Kunjungan
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Rangkaian
Followers
-
-
-
-
Perubahan apa Bang Non?1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
4 comments:
Kita tunggu apa CarolynHong Chee Bai dari Straits Time Singapura putar belit kenyataan!!
Hehehehe
Kebangkitan?
Rakyat Malaysia bukan kata tidur dah berlari pun. Yang tidur yang berkumpul di stadium tulah.
DAri 28 juta rakyat Malaysia 20 ribu orang tidur. Itu yang baru lah nak di bangkitkan.
Ketinggalan zaman sungguh
biarkan la....hak mereka utk rela di KENCING oleh agen agen dajal yg di pimpin oleh agen daajal no 1 di malaysia....
Kita kena ucapkan syabas kepada penganjur himpunan itu yang berlansung dengan ceria. Kita minta pihak polis mengabaikan akan tindakan peserta yang membawa kanak-kanak berhimpun di stadium itu..... kerana kita agak himpunan itu adalah seperti melihat program raja lawak atau yang manisnya seperti menonton sarkas.