Monday, September 10, 2012

Untung janda,untung lagi pemimpin PAS!
AKHIRNYA terlalu jauh Arbaiyah Abdul Manan ataupun masih terus kekal dengan nama glamernya Abby Abady sesat dan menyesatkan malah `kepulangan’ kononnya kepada sebuah Islam bagaikan tidak memberi erti apa-apa,bukan satu keinsafan malah jauh sekali mahu bertaubat,

‘Keinsafan’ Arbaiyah yang masih mencukur keningnya,bibirnya sentiasa merah menyala disapu berbagai jenama lipstik ini patut dihormati oleh sesiapa pun termasuklah orang yang tidak waras tetapi apabila beliau menjaja kecabulan mulutnya dengan menghina orang lain di sana-sini termasuklah rakan-rakan artisnya membuktikan bahawa beliau sebenarnya belum sedikit pun bertaubat dan ternyata perubahan yang beliau laungkan itu umpama bangkai yang diselindung disebalik sehelai lalang.

Semua orang tahu baik dari LembahKeramat saat kecilnya hingga tergedik-gedik mencari glamer dengan kumpulan Elite dan diangkat oleh Yusuf Haslam melalui Gerak Khas sehinggalah kecur geger dengan skandalnya bersama seorang pelakon baru,manusia yang lahirnya bernama Arbaiyah ini  tidak sedikit pun mempunyai pendidikan agama hingga melayakkan beliau bercakap soal hukum,halal atau haram maupun syurga atau neraka
.
Tapi pentas yang diberikan oleh PAS,parti yang sedang memperalatkan Arbaiyah ini langsung tidak menegur keceluparan serta kebiadapan penyanyi serta pelakon yang bertahun-tahun terlibat dalam seribu satu macama kemaksiatan apabila Abby yang asalnya terpekik terlolong di pentas nyanyain maupun lakonan sedang menyundalkan agama Islam yang mungkin dia tidak tahu apa-apa namun demi meraih sokongan,janda kepada Norman Hakim ini langsung tidak dihalang walaupun keceluparannya itu secara tidak langsung merendahkan maruah serta martabat agama Islam itu sendiri.

Taubatlah kerana Allah dan bukan kerana PAS!
Bacalah Tweeternya dan lihatlah bagaimana manusia yang tiba-tiba bertudung ini menghukum orang itu dan orang ini malah keceluparan beliau sendiri sebenarnya mempersendakan agama Islam,mempersendakan Allah  tapi mungkin dalam PAS segalanya ini dibenarkan sementelahan  pula guru-guru songsang sebagaimana songsangnya Arbaiyah ini mempertahankannya maka Arbaiyah ini langsung tidak takut dengan petaka yang bakal Allah turunkan pada beliau.Perubahan beliau bukan kerana takut azab Allah tapi perubahan ataupun taubat beliau ini hanya untuk mencari makan.

Kitab mana yang makhluk ini rujuk?Kalam Allah mana yang beliau gunakan?Sumber hadis dan sunnah mana yang beliau belajar hingga beliau sewenang-wenangnya menuduh orang itu dan orang ini sebagainya?Saya kenal beliau secara peribadi dan untuk peringkat ini masih beluam mahu membongkar wajah sebenarnya beliau yang sedang dilitupi dengan tudung-tudung percuma selama ini.

Kita tidak kisah Arbaiyah ini mahu berubah daripada apa sekalipun baik dari setan menjadi iblis,itu adalah hak beliau tetapi apabila Arbaiayh ini dangkat lebih tinggi daripada tokoh-toko agama dalam PAS  dengan sendiri membuktikan PAS sedang melacurkan agama dengan Arbaiyah ini menjadi perkakasnya.

Kasihan janda yang tidak tahu apa-apa ini tetapi beliau sebenarnya sedang menjahanamkan dirinya sendiri apabila membenarkan PAS `menjual;nya hanya untuk meraih undid an Arbaiyah memilih jalan berdosa yang maha panjang senadinya beliau tidak keluar daripada kumpulan yang sedang menunjukan jalan belau ke neraka jahanam.

Arbaiyah ini dimunculkan seolah sebagai guru agama yang mursid,pemimpin muda yang zuhud dan tarafnya mungkin seiring ataupun sebaris dengan Nik Aziz,Hadi Awang,Haron Din dan beberapa orang lagi yang mengaku ulamak besar dalam PAS malah keghairahan Arbaiyah ini bakal mengundang padah apabila di kalangan artis sendiri pun sudah mula berbisik kononnya Arbaiyah bukan memilih untuk berubah tetapi kerana sudah tidak laku dalam dunia nyanyian dan lakonan maka demi mahu meneruskan kehidupan glamer serta mengejar wang,beliau sanggup lakukan apa sahaja termasuklah menjadi Ustazah Segera.

Ustazah Mee segera-Bertudung bukan tiket hina orang lain
Perlu ada orang untuk memimpin  dan martabiyah Aarbaiyah ini keluar daripada sarang maksiat yang lebih besar iaitu PAS dan menjadi satu dosa sekiranya Arbaiyah ini terus dibiarkan bergelumang dalam parti politik itu kerana Arbaiyah hari ini seolah-olah dijadikan sapi oleh PAS untuk diperahkan susunya.

Arbaiyah barangkali lupa atau pun bodohnya tahap melampau hingga tidak boleh bezakan parti politik dan agama.PAS itu sebuah parti semata-mata,tidak lebih dari itu,parti yanf sedang gila mahu berkuasa,mereka akan jual apa sahaja dan bukan sahaja anak-anak dara atau isteri orang di jaja ataupun dijual,janda muda seperti Arbaiyah ini pun akan dijual atau dijajanya selagi laku.

Artis lain pun ada yang bertudung tetapi mereka ini tahu menjaga mulut,adab serta sopan seorang wanita kalau mahu dibandingkan dengan Arbaiyah ini. 

Malah ada yang mendakwa elok jugalah Arbaiyah ini diceraikan oleh Norman dan dikutip oleh PAS  kerana wanita yang disangka lemah lembut ini rupanya ada dua wajah.Kalau zaman dulu-dulu pasti mulut Arbaiyah ini kena cabai!

Jangan bermain-main dengan hukum atapun ayat-ayat Al-Qur`an kalau Arbaiyah baru setahun jagung mengenalinya dan jangan sesekali menjadi Ustazah Google ataupun Ustazah Yahoo kerana dalam mendalami ilmu agama serta melengkapkan perubahan,guru sebenarnya perlu dicari dan menuntut ilmu melalui pembacaan semata-mata kita bimbangi akhirnya Arbaiyah menjadi gila isem,duduk tepi tiang letrik ataupun stesen bas bercakap sendirian.

Ingat betudung bukan tiket untuk menghina orang lain.Sertai PAS bukan modal untuk masuk syurga.Ulamak-ulamak dalam PAS pula sudah jadi macam tunggul kayu mati hingga tidak berani menunjukkan jalan Islam sebenarnya kepada bekas artis yang sedang jadi seperti ubat tamat tempoh ini.

Apa khabar Normala Sudirman bekas calon PAS DUN Tenang?Sejak ada Abby Abadi ini,bekas cikgu ini dah jadi kain alas kaki ke?

6 comments:

Anonymous said...

gilo nate sep pas lonih,bengo nok mapuh.

Anonymous said...

Abby ni gata bare ni....

Anonymous said...

abby nk duit di pentas pas,
pas nak tarik khalayak org muda join pas,dia guna pas.pas guna dia.mmg bodo belaka.

Anonymous said...

Memang betul kata-2 STJ, abby keluar dari sarang maksiat ke sarang maksiat yang lebih dahsyat. kalau sarang dulu tu masih boleh diperbetul, tapi sarang sekarang dipenuhi dgn iblis yang sedang menjaga supaya para 'ulamak' tersebut tidak meninggalkan 'jamaah', tidak meninggalkan kemaksiatan?

Unknown said...

celup-celup mee celup itutlah abby segera..cermin diri sendiri dahulu..abby abdi mcm manusia bertopengkan syaitan..cermin diri dahulu wahai abby abadi mee celup

Puteri Hang Li Po said...

DUN Pimpinan “Tokong” Akan Bubar Oktober Ini? Sila layari n9kini.com

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers