Saturday, July 7, 2012

Najib sedang diserang dari dalam..
SIAPA sebenarnya yang menjadi konduktor untuk mengokestrakan isu terutamanya yang membabitkan Perdana Menteri Najib dan isteri beliau Rosmah Mansor hingga sehingga ke hari ini Najib dan isterinya dijadikan sasaran serangan bertubi-tubi daripada pihak pembangkang.

Serangan terhadap Najib,keluarganya serta kepimpinan beliau dilihat begitu tersusun rapi dan sebagai contoh isu lama seperti Scorpene,kematian Alatantunya dan mengaitkan kononnya Rosmah sebagai Perdana Menteri terus dicanangkan.

Pemerhati politik tempatan melihat bahawa ada konduktor sebenarnya yang menjadi perancang kepada segalanya ini malah bukan sahaja isu Scorpene yang sedang hangat diputarbelitkan oleh pembangkang,kebocoran maklumat juga menjadi begitu tidak terkawal sejak akhir-akhir ini malah terbaru pemerhati politik dan rakyat mula berteka teki bagaimana Minit Mesyuarat Pelaksanaan projek MRT boleh jatuh ke tangan pembangkang.

Berbagai-bagai tekanan sedang diberikan terhadap Najib dan kepimpinannya. Berbagai-bagai serangan peribadi sedang dihalakan kepada beliau seolah-olah mahu Najib mengaku kalah
.
Rakyat dibawah menjadi hairan bagaimana dokumen itu boleh berada ditangan Rafizi Ramli dan didedahkan oleh bloger AnakSungaiDerhaka tapi kita percaya kepada kecekapan polis yang pasti akan berjaya membawa tali barut ini ke muka pengadilan.Dan kita sedang menunggu siapa dalangnya?

Itu yang paling baru,sebelum ini bocor juga satu Minit Mesyuarat berkaitan FELDA terutamanya membabitkan penyenaraian Felda Global Venture Holding hingga otak para peneroka ada yang berjaya diputarsongsang oleh pembangkang.

Mangkuk ayun ini dapat Minit MRT ini darimana?
Kebocoran maklumat sebegini tidak harus dipandang ringan dan sesiapa sahaja,tidak kira siapa yang terlibat harus dihadapkan di muka pengadilan dan diberikan hukuman setimpal senadainya terbukti mereka menjual maklumat dan hidup kaya raya,bermewahan hingga mampu membina rumah berharga jutaan ringgit(khabarnya ada lift).

Pembocoran maklumat dalaman yang diklasfikasikan dibawah Akta Rahsia Rasmi membuatkan pihak polis menubuh pasukan untuk menyiasat bagi mencari dalang sehingga pembangkang memperolehi segala dokumen-dikumen itu dan polis sudahpun mula menyiasat siapa konduktor tersebut.

Kita juga menjadi hairan bagaimana senarai keanggoatan petugas untuk Ops 2020 (sebelum ini saya sebut Ops Kampus) boleh jatuh ketangan Setiausaha Agung PKR,Saifuddin Nasution dan kerana kebocoran maklumat tersebut Ops ini dihentikan dan Bilek gerakan diarahkan agar ditutup.Siapa atau agensi mana yang mencatat Minit Mesyuarat Sekretariat itu yang diPengerusikan oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia,Razali Ibrahim?

Siapa yang dedahkan maklumat ini kepada SUA PKR?
Kita juga hairan bagaimana SUA PKR ini dengan segala pembuktian melalui dokumen seperti laporan perubatan Psurawi dibenarkan sewenang-wenangnya menghina mahkamah sedangkan ketika itu sedang berlangsung perbicaraan Anwar Ibrahim.Adakah Saifuddin juga kebal dari tindakan polis ataupun tindakan undang-undang  sepertimana kebalnya Anwar dan siapa yang melindungi beliau?Betulkah ada yang mengarahkan pihak polis supaya tidak menangkap SUA PKR itu?Siapa yang mengarahkannya?

Adakah Najib membela biawak hidup disekelilingnya?Adakah Najib bersetuju pada perlantikan yang salah pegawai-pegawai yang sepatutnya membantu beliau mengukuhkan parti dan kerajaan?Gerakan pembangkang menjadi semakin kuat apabila penededahan-pendedahan maklumat sebegini jatuh ke tangan mereka dan Anwar terus beraja dimata,bersultan dihati walaupun selayaknya beliau tidak harus lagi mendapat tempat walau seinci pun dinegara ini.

Adakah kebocoran maklumat ini datang dari Pejabat Perdana Menteri? Datang dari Biro Tata Negara atau Majlis Keselamatan Negara ataupun JASA?Kita bukan mahu prejudis tetapi bila melihat kebocoran maklumat berlaku,kita merasakan ada yang tidak kena dan kalau ini dianggap ringan pasti pihak Polis tidak menubuhkan Pasukan Khas Siasatan yang di ketuai oleh Dato Hadi Ho Abdullah,Timbalan ketua Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Isu Scorpene sepatutnya sudah lama mati sepertimana matinya Alatntunya dan mahkamah sudahpun memutuskan keputusan yang tidak ada kaitan dengan PM Najib termasuklah Rosmah tetapi pembangkang terus memainkan isu ini dan seolah-olah ada arahan agar isu ini terus didendangkan.Moga saya tidak prejudis ketika menulis tentang ini.

Kerana laporan ini SUA PKR dihalang dari ditangkap polis..
Mahkamah memutuskan dalam kes Alatantunya,bukan sahaja Najib,Rosmah pun tidak terlibat baik secara langsung atau tidak langsung tetapi bila berkaitkan Najib pembangkang seolah-olah tidak mahu menerima dan tetap menganggap Anwar yang keji itu lebih mulia moralnya dari Najib.

Kisah percintaan hingga membawa kepada pertunangan anak PM Najib dan Rosmah juga sedang dimainkan oleh pembangkang di pentas ceramah.Dimana salah Najib dan Rosmah dalam soal anaknya ini dan kalau benar tuning anak Najib itu terlibat dalam kegiatan jenayah,adakah Najib dan Rosmah akan dipersalahkan malah kita percaya kalau benar tunangnya itu seorang penjenayah seperti yang dilaporkan,kita pasti anak Najib dan Rosmah ini akan memutuskan pertunangan tersebut.

Tapi pembangkang mainkan isu ini seolah-oleh menjadikan Najib,Rosmah dan anaknya itu sebagai seoarang penjenayah.Lihatlah betapa jahat,kotor serta kejinyanya pembangkang manipulasikan isu tetapi yang nyata Najib sedang ditikam dari belakang malah apa yang sedang berlakui seolah-olah mahu menamatkan pemerintahan Najib sebagai Perdana menteri dan meruntuhkan keperkasaan UMNO dan Barisan Nasional sebagai pemerintah.





26 comments:

Anonymous said...

apa nak heran, mat sabu pun dah mengaku ada org dalam dalam glc dan sektor awam..dah dekat pru 13 ni dokumen2 sulit tu simpan elok2 lah

Anonymous said...

Apa yang nak pelik sangat. Setpol PM, Sahlan tu abang kepada sua PKR. Abang dan adik, apa la sangat, masing masing memainkan peranan tertentu. Dedahkan sahaja apa juga perancangan jahat mereka wahai tok janggut. Biar PM kenal siapa org di kalangannya. Susunlah semula struktur pentadbiran di PMO tu, jangan sampai rakyat yang strukturkan kerajaan.

Anonymous said...

Setahu saya, ada ketua jabatan yang masih lagi mempunyai hubungan dengan Anwar Ibrahim. Bukan calang calang orang boleh berhubung terus dengan anwar. Siasat la najib, sampai bila asyik jadi bahan lawak org sekeliling

Anonymous said...

Najib big mistake, tak buat total overhaul masa masuk Perdana Putra...


sepatutnya semua saki baki budak2 tingkat 4 habis ditendang keluar dan bawa budak2 yg baru yg berpaksikan beliau...

sendiri salah maa...

drputera

Anonymous said...

jangan takut Allah Di pihak yang benar...perancangan Nya ebih tepat

Anonymous said...

kerajaan Najib terlalu passive dan bersikap tunggu dan lihat. kalau beginilah sikap yang di amalkan, nescaya lebih banyak lagi dokumen dokumen penting akan dikeluarkan. takut takut kalau dah terlalu banyak dokumen dokumen sulit yang diedarkan akan menjadi susah nanti untuk dipertahankan kebenaranya. bertindaklah sebelum terlambat

Anonymous said...

Najib pun bukan kecik anak tu... aku pasti intelligence dia dah ada maklumat. Yang gunting dalam lipatan tu...awas2lah.bukan apa takut kena OSA.

HOD: File kaler merah, pink dsbnya..simpan elok2. Masa mesy pastikan segala gadjet elektronik ahli mesy dikumpul dan di letak dalam bakul. Pen dan kertas pejabat sediakan. Jangan pandang ringan isu keselamatan.

Anonymous said...

sapa lagi punya kerja..pejabat tpm la..bila najib masuk gaung.tpm jd pm..itu pun x reti.ini kan game umno sejak merdeka...anwar dh 14 tahun tinggalkan kerajaan bro...dan..knp kita nak tangkap pemberi maklumat dan kita x siasat ttn minit mrt tu.mesti ada sesuatu nk disembunyikan..

Tukang Komen said...

PM dahulu dan kini tidak pernah ambil pusing berkenaan kakitangan kerajaan yg menyokong pembangkang. Sepatutnya anggota kerajaan menjadi kekuatan kerajaan dan sentiasa memainkan peranan kearah itu. Tetapi sebaliknya telah berlaku.

Sudah sampai masanya semua Kementerian dan Ketua2 Jabatan dipertanggung jawab memantau kakitangan masing2 supaya tidak pro pembangkang. Kebocoran dokumen sulit kerajaan datangnya dari kumpulan ini. Mereka turut menikmat segala kemudahan termasuk kenaikan pangkat namun tetap menggigit tangan yg memberi suapan rezki ke mulut mereka. Menerima rasuah dan membocorkan rahsia kerajaan adalah perbuatan paling keji dan suatu penderhakaan kepada negara. Mereka wajib dihapuskan segera...

Anonymous said...

JANGAN MASA KEMPEN PRU 13 NANTI BN BUANG MASA NAK JAWAP ISU2 YG DIBANGKITKAN...MASA KEMPEN LAH MASA TERBAIK UNTUK MENYERANG

Anonymous said...

perancangan najip lebih berjaya...rakyat makin gembira......rancangan pembangkang makin kantoi......kerna semakin terdedah siapa gunting dlm lipatan....musuh dlm kelambu....individu tikam blkg...kawan makan kawan...siapa bermuka muka....siapa kutuk blkg......nasib mereka pasti kelam selepas najip tubuh kerajaan mandat baru maka akan lebih kukuh serta bersih dr anasir makluk perosak.

md/port klg

Anonymous said...

Habuan yang lumayan menanti sesiapa sahaja yang terpilih untuk sanggup menjadi talibarut untuk dua kerja
1. Bocor rahsia
2. Jurucakap untuk mendewakan Pemimpin no 1 PKR.

Bocor rahsia nii bahaya, musuh dalam selimut, masih ramai dalam kerajaan Najis tahi-tahi dan sakibaki penyokong Anuar. Kenalpasti talibarut ni dan halau mereka nii.

Tukang karot dan jurucakap mendewakan Pemimpin no 1 PKR ini mendapat bayaran yang lumayan, terutama orang yang kecewa dalam politik, kecewa tak dapat projek dan orang kakitangan yang sakit jiwa.Peranan mereka memburukkan Najis kononnya rasuah yang bermaharajalela dan macan -macan cerita yang menakutkan seolah-olah masa depan Malaysia diambang kehancuran...dan selepas itu mula mendewakan Pemimpin no 1 PKR sebagai penyelamat..kadang nak termuntah kita mendengarnya..
Manusia jenis no 2 nii ramai sekarang berkeliaran. Orang PAS mudah termakan hasutan nii terutama dikampong-kampong..
Kerajaan perlu TEGAS, yang patut diambil tindakan mesti diambil tindakan SEGERA, jangan tunggu hingga nasi jadi bubur..jangan pandai remeh.. Ingat, masih ramai rakyat malaysia terutama melayu telam bulat-bulat maklumat yang diterima tanpa berfikir, tanpa diselidiki...kena ingat itu.

Kepada semua yang tidak mahu Kerosakan yang lebeh Parah diNegara Kita yang tercintai, marilah sama-sama kita memainkan peranan masing-masing membantu kerajaan kita sehingga kita dapat sempurnakan sebagai Negara Islam sepenuhnya suatu hari nanti, InsyaAllaah.

Anonymous said...

Habuan yang lumayan menanti sesiapa sahaja yang terpilih untuk sanggup menjadi talibarut untuk dua kerja
1. Bocor rahsia
2. Mendewakan Pemimpin no 1 PKR. Bocor rahsia terutama minit mesyuarat utama adalah untuk diolah cerita menjadi isu panas dengan ditokotambah.
Mendewakan Pemimpin no 1 PKR ini seolah masa depan Malaysia ini terletak ditangannya, kalau tidak hancurlah Malaysia...
Manusia jenis no 2 nii ramai sekarang berkeliaran. Orang PAS mudah termakan hasutan nii terutama dikampong-kampong..
Kerajaan perlu TEGAS, yang patut diambil tindakan mesti diambil tindakan SEGERA, jangan tunggu hingga nasi jadi bubur..jangan pandai remeh.. Kepada semua yang tidak mahu Kerosakan yang lebeh Parah diNegara Kita yang tercintai, marilah sama-sama kita memainkan peranan masing-masing membantu kerajaan kita sehingga kita dapat sempurnakan sebagai Negara Islam sepenuhnya suatu hari nanti, InsyaAllaah.

Anonymous said...

Habuan yang lumayan menanti sesiapa sahaja yang terpilih untuk sanggup menjadi talibarut untuk dua kerja
1. Bocor rahsia
2. Mendewakan Pemimpin no 1 PKR. Bocor rahsia terutama minit mesyuarat utama adalah untuk diolah cerita menjadi isu panas dengan ditokotambah.
Mendewakan Pemimpin no 1 PKR ini seolah masa depan Malaysia ini terletak ditangannya, kalau tidak hancurlah Malaysia...
Manusia jenis no 2 nii ramai sekarang berkeliaran. Orang PAS mudah termakan hasutan nii terutama dikampong-kampong..
Kerajaan perlu TEGAS, yang patut diambil tindakan mesti diambil tindakan SEGERA, jangan tunggu hingga nasi jadi bubur..jangan pandai remeh.. Kepada semua yang tidak mahu Kerosakan yang lebeh Parah diNegara Kita yang tercintai, marilah sama-sama kita memainkan peranan masing-masing membantu kerajaan kita sehingga kita dapat sempurnakan sebagai Negara Islam sepenuhnya suatu hari nanti, InsyaAllaah.

Anonymous said...

PM perlu lihat profile2 KSU, TKSU serta KP di Kementerian2 Utama. Ada yg terhutang budi dgn Omegay. Semakin sibuk PM nak prepare utk GE, semakin sibuk parasit2 memunggah file utk Opp. Klu banyak kes bocor dokumen, kelihatan kerajaan lemah mengawalselia.

Anonymous said...

Juga PM perlu lihat profile pegawai2 atasan anggaota pakaian beruniform darat, LAUT dan udara... sekadar beri pandangan.

Anonymous said...

Misi kempen menjelang GE 13 terkedahulu di dijuarai pembangkang. Tohmahan demi memperkasakan tidak terjawab oleh kerajaan yg hanya menggunakan media arus perdana hanya untuk masyarakat elit dan edukated yang saban hari mencemuh karektor itu. Kumpulan ini, mereka hanya melihat, kerana mendkawa dah expired tak ada hala dan tujuan demi negara sewaktu mereka berkhidmat menganggap merugikan masa untuk bersama keluarga. Sikap ini perlu perubahan, cara mana terserah kepada nakhoda, jangan anggap kelasi kelas III tidak bijak sedangkan mereka ini lebih tajam untuk mengemudi dari kapten laut dalam.

Unknown said...

aku sebenarnyer dh muak dngn parti pkr nie...x hbs dngn perangai nk fitnah org...apa la dosa ds rosmah ngan dia orng aku pon x tahu la...bg aku sebenarnyer parti pkr nie x kut dngn bayang2 sendiri...yelah cita2 besar nk tawan putrajaya......ada hati beb jaga selangor pon tugang terbalik ada hati nk jaga 1malaysia....hahahha......harus mencari siapa dalang nyer tu....dan berapa dia dpt bayaran dr pkr....orng mcm nie x boleh d biarkan lama2....klu d biarkan aku rasa hancur negara......

Unknown said...

akibat kepentingan diri, negara dan bangsa akan tergadai..

Unknown said...

aku heran dgn puak2 pmbangkang ni xhbs2 nk aibkan,fitnah org...
kesalahan anwar(peliwat)korang dk bela....

Unknown said...

aku heran dgn puak2 pmbangkang ni xhbs2 nk aibkan,fitnah org...kalau anwar(peliwat)korang bela....

Anonymous said...

SENANG JE BRADER...HAL NI KENA CHECK NGAN PDRM DAN PEJABAT KETUA KESELAMATAN KERAJAAN, JPM....SEMENJAK DUA MENJAK NI, DIORANG NI AMIK LEWA JE DALAM PROSES VETTING PENJAWAT2 BARU KERAJAAN...

Anonymous said...

TY PADA PDRM NGAN PEJABAT KETUA KESELAMATAN KERAJAAN KAT JPM LER..SEMENJAK DUA MENJAK NI, DEPA NI AMIK MUDAH JE PROSES VETTING PENJAWAT BARU KERAJAAN

Anonymous said...

bab PM,bukan kecik anak tu "aku percaya",andaikata kalau ko cakap bayar income tax,esok surat income tax sampai dgn bil2 yg tertunggak.Lepas tu ko cakap duit pinjaman belajar dan bayar,esok sampai jugak surat bil yg tertunggak bayaran.Mcm u lah ceritanya.

Unknown said...

puak2 pmbangkang puak yg menghancurkan negara...................

Anonymous said...

Apa nak diherankan,Najib mengekalkan kabinet Pak Lah.Ramai petualang dan pengkhianat dalam kerajaan.Al-Juburit sangat berjaya merosakkan minda bangsa Melayu dan apa lagi, musuh bangsa menggunakan peluang ini sepenuhnya.Majlis Peguam dan bidang kehakiman menjadi alat untuk jatuhkan kekuasaan Melayu.Rata-rata Melayu yang tak boleh berfikir termakan atau terjamah persepsi yang dicipta musuh.Pemimpin-pemimpin perosak Islam dalam PAS yang berkepentingan memudahkan lagi agenda DAP a.k.a Parti Komunis Malaya.

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers