Wednesday, July 25, 2012

Mustafa Ali-barang rejek dalam PAS!
SIAPA Mustafa Ali untuk mengugut kerajaan supaya menarik balik slogan `Janji Ditepati’ sehingga memberi tempoh seminggu kepada kerajaan dan apa masalahnya dengan slogan ini?Siapa yang memerintah?Kerajaan PAS atau Kerajaan Barisan Nasional?

Kalaulah slogan ini dilihat dari sudut mana sekalipun termasuklah daripada sudut politik yang memberikan ilham kepada PAS dan pembangkang untuk mendesak kerajaan menarik baliknya,slogan ini adalah benar dan tidak ada cacat celanya kerana kerajaan hari ini sedang berusaha untuk menepati segala janji mereka semenjak Malaysia merdeka 55 tahun lampau

Amanat pejuang-pejuang kemerdekaan sebelum ini mahu Negara dan rakyat ini makmur dalam menikmati segala kemajuan Negara telah Berjaya dilaksanakan dengan baik malah kalau melihat slogan ini dari sudut Perlembagaan Negara,kerajaan yang ada hari ini hampir memenuhi segala aspirasi rakyat. Kerajaan yang sedia ada sekarang ini sedang berusaha keras mempertahankan agama,bangsa dan Negara,mempertahankan sebuah Negara bangsa untuk dinikmati kekayaan serta kemakmurannya oleh semua pihak,dari Perlis sampai ke sabah.

Ketakutan pembangkang terhadap slogan ‘Janji DiTepati’ nampaknya benar-benar kronik dan mereka bersungguh-sungguh mahu mempastikan agar slogan tersebut tidak kekal dijadikan tema Hari Kemerdekaan.  Alasan mereka bahawa ia tidak memberi gambaran terbaik berkenaan semangat kemerdekaan. 

Slogan yang menakutkan pembangkang!
Sebab itulah  Mustafa Ali memberi tempoh tujuh hari kepada kerajaan agar menukar tema kepada yang lebih inklusif atau PR akan mencadangkan tema lain.  Nasib baik jugalah beliau tidak mengugut untuk berdemonstrasi dan menyusahkan orang ramai lagi. 

Mustafa Ali juga mengakui bahawa ‘bila orang tengok saja tema ‘Janji Ditepati’ ini, mereka akan terus ingat kepada BN’. 

Justeru, kita tertanya-tanya, mungkinkah beliau cuba mencadangkan agar tema ditukar kepada ‘Janji Bukan Untuk diTepati’ supaya mengingatkan rakyat kepada kegilaan mereka yang sentiasa berjanji tetapi tidak satu pun yang mereka tepati? 

Mustafa Ali boleh terpekik terlolong menyalak mendesak kerajaan menarik balik slogan itu seandainya segala janji-janji mereka dalam Manifesto PRU12 lalu telah ditunaikan tetapi rakyat mana yang merasai nikmat daripada pemerintahan pembangkang?

Namun begitu siapakah Mustafa Ali untuk memberi kata dua kepada kerajaan?  Siapakah PAS untuk mencadangkan tema lain untuk Hari Kebangsaan?  Sedangkan di dalam pembangkang sendiri pun PAS hanya melukut di tepi gantang dan sedang menjadi langau menghurung najis. Apakah hak Mustafa Ali atau PAS untuk menukar dan menggunapakai tema lain sebagai tema rasmi Hari Kemerdekaan?  

Lagipun, apa yang PAS faham dengan kemerdekaan?  Bukankah PAS bersekongkol dengan DAP, adik beradik PAP yang selamanya memendam cita-cita untuk ‘menjajah’ Malaysia?  Bukankah PAS bersekongkol dengan PKR yang menjadi talibarut Yahudi Zionis dan menerima dana dari mereka? Bukankah persekongkolan PAS dengan mereka menunjukkan yang PAS tidak menghargai kemerdekaan? 

Ini semua adalah bukti bahawa PAS langsung tidak mempunyai semangat kemerdekaan tetapi entah kenapa tiba-tiba terasa panas pula dengan tema ‘Janji DiTepati’ ini ataupun mereka memang menyedari bahawa tema tersebut ibarat sembilu yang menusuk tajam sum sum mereka hingga mereka merasa pedih untuk membaca ataupun melaungkan slogan ini.

Sebelum ini, sebuah stesyen TV pernah mengadakan kajiselidik berkenaan tema Hari Kebangsaan di kalangan orang-orang muda, dan hasilnya mendapati ramai yang langsung tidak tahu menahu mengenainya.   Jelas, tema adalah soal kecil sebelum ini yang tidak mendapat perhatian sesiapa tetapi menjadi begitu besar hari ini kerana PAS memperbesarkannya. 

Dengan memperbesarkan soal tema Hari Kebangsaan, Mustafa Ali seolah-olah telah membuat deklarasi bahawa pembangkang adalah parti yang tidak menepati janji dan memang pun mereka begitu,tabor janji sana sini hanya kerana mahu menang pilihanraya tetapi bila menang,mereka menjadi seperti biawak yang lidahnya bercabang-cabang. 

Jika inilah masalahnya, maka yang perlu diubah bukanlah tema Hari Kebangsaan, tetapi sikap pembangkang  itu sendiri dan mereka harus melihat tema tersebut dari sudut perjuangan Negara bangsa serta tidak menjadikan perbedaan fahaman politik sebagai jarak untuk memisahkan pengertian kemerdekaan dengan kemunafikan puak-puak mereka ini.

Pembangkang selama ini baik di Selangor,Pulau Pinang,Kelantan dan Kedah telah pun menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab dan amanah mereka hingga rakjyat terpedaya dengan segala janji-janji yang mereka taburkan tapi akhirnya mereka menipu rakyat dan bila kerajaan melafazkan Janji Ditepati,pembangkang mula serama sejuk.

Janji Ditepati juga wajar dilihat dalam konteks yang lebih luas iaitu ‘tanggungjawab’ atau ‘amanah’.   Sikap bertanggungjawab dan beramanah inilah yang memastikan kemerdekaan negara ini berkekalan. 

Maka jelaslah bahawa tema ‘Janji DiTepati’ adalah inklusif dan padat bagi menggambarkan Malaysia hari ini yang kekal merdeka, makmur, aman dan maju kerana komitmen kerajaan dan rakyat untuk berpegang pada janji. 

Mungkin ini terlalu pahit untuk ditelan oleh Mustafa Ali dan pembangkang, tetapi ini adalah hakikat dan orang yang jujur tidak akan punya masalah untuk menerima hakikat ini.

4 comments:

Anti PR said...

Pas akan gunakan "Janji Palsu"....

Anonymous said...

BN buat Janji Ditepati toksah la dok bising..kalu rasa tergugat PAS buat jugak benda yang sama Janji Ditepati..masih ramai rakyat menagih janji PAS pada PRU12..sama2 tunai janji kan bagus..macam ni politik baru la matang dan menguntungkan rakyat..

DON MELAYU said...

nmpknya slogan 'Janji Ditepati' ni dh jadi mmpi ngeri pda PR..diorng tkut ngan slogan ni sbab dgn slogan ni BN brjaya mnawan hati rkyat..bkn mcm PR yg popular dgn slogan 'Janji Dimungkiri'...

Anonymous said...

ada bagusnya juga bila pas main isu ni.. lps ni popular la tema tersebut kan?

Powered by Blogger.

Terbaru

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers