Monday, July 2, 2012
Malang Najib dikelilingi Anwarista! |
KITA tidak terkejut sedikit
pun dengan laporan yang mendedahkan kononnya di dalam Jabatan Kemajuan Islam
(JAKIM) dipenuhi oleh kakitangan yang menyokong pembangkang terutama sekali PAS
dan kita juga tidak terkejut kalau ada laporan yang mendedahkan bahawa ada di
kalangan Ketua-Ketua Jabatan,agensi-agensi kerajaan maupun Ketua-Ketua
Setiausaha Kementerian,Timbalan Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian tertentu didokong oleh orang-orang yang masih
menyokong Anwar Ibrahim.
Mereka ini sebelum ini
pernah didedahkan bersifat seperti musang berbulu ayam,menjadi api dalam
sekam,bermuka-muka bila didepan Perdana Menteri dan sekaligus menjadi agen
menyalurkan segala maklumat kerajaan kepada pihak pembangkang,golongan atau
penyangak sebegini masih bertaburan di semua jabatan dan agensi.
Kenapa kita tidak perlu
terkejut kerana bukan sahaja di
jabatan,agensi atapun Kementerian-kementerian tertentu malah di Pejabat
Perdana Menteri sendiri pun masih ada lagi musang berbulu.masih ada
kakitangannya yang bersimpati serta menyokong perjuangan songsang Anwar
Ibrahim.
Untuk tulisan ini,saya hanya
mahu mendedahkan sebahagian kecil dahulu gerakan kumpulan Anwarinas dan juga
Anwarista ini sebagai petanda awal bahawa saya akan mendedahkan perancangan
Anwar ataupun blue print kumpulan ataupun individu yang sebenarnya masih setia
menyokong Anwar tetapi bermuka-muka di depan PM Najib kononnya melafazkan taat
setia kepada kepimpinan Najib sebagai Perdana Menteri.
Mereka ini sedang menjadi
ular lidi dan sudahpun ada yang menjadi ular sawa membaham mangsa-mangsa
tertentu dan menunggu masa untuk menjadi anaconda bagi menelan Najib serta
kerajaannya..
PM Najib sedar atau tidak
bahawa di pejabatnya sendiri sedang ada usaha untuk mengsabotaj kepimpinan
beliau and setiap apa yang PM Najib rancangkan baik untuk kerajaan ataupun
parti,dalam masa yang sama Anwar sudah mendapat segala maklumat itu.Dari mana
Anwar terima ini semua kalau bukan daripada rakan-rakannya yang sudahpun
berakar umbi di sekeliling PM Najib itu.
Sebab itulah Anwar dilihat
terus kuat mengukuhkan cengkaman dan pengaruhnya kerana beliau sering diberikan nyawa oleh
kakitangan ini untuk mendapatkan segala maklumat walaupun palsu bagi
diputarbelitkan malah gerakan bekas-bekas anggota ataupun ahli Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang
masih menyokong Anwar Ibrahim bergerak dalam diam bagi membubuh racun dalam
kepimpinan PM Najib
Bekas ahli ABIM yang
berlagak membenci Anwar dan menunjukkan sokongan kepada PM Najib turut
diberikan peluang untuk berada di beberapa buah agensi strategic dan memegang
jawatan penting dengan gaji yang cukup lumayan sedangkan mereka sebenarnya
adalah alat Anwar yang dibawa masuk untuk melemahkan PM Najib dari dalam.Inilah
gunting yang sedang merobek kepimpinan PM Najib.
Kumpulan ini masih bergerak
aktif dan sering melakukan majlis usrah dengan dipimpin oleh orang dari Pejabat
PM Najib malah mustahil PM Najib tidak dapat mengesan gerakan terancang untuk
menggulingkan beliau dari dalam ini dan PM Najib tidak boleh terus bersangka
baik kepada semua pegawai-pegawai beliau termasuklah agensi-agensi yang
diamanahkan untuk memperkukuhkan kerajaan serta parti.
Lebih mengecewakan,dana yang
cukup besar disalurkan kepada ABIM sedangkan semua orang tahu bahawa ABIM
adalah merupakan pusat tarbiah Anwar dan ABIM yang setelah
sekian lama hidup segan mati tak mahu itu sebenarnya merupakan pusat tarbiah Anwar.(Ini
saya akan dedahkan dipenulisan akan datang)
Kita tahu bahawa PM Najib
tahu bahawa ada maklumat risikan yang mendedahkan bahawa ada ketua-ketua
tertentu termasuklah dari agensi masih berhubung melalui telefon dengan Anwar
Ibrahim tapi yang peliknya tidak ada tindakan diambil atau sememangnya Najib
tidfak tahu apa-apa tentang pendedahan ini.
ABIM dikatakan pusat tarbiah Anwar.. |
PM Najib juga perlu tahu
bahawa sebahagian laporan yang beliau terima
telah di tapis awal oleh orang-orang yang mempunyai rangkaian dengan
Anwar Ibrahim, malah kos melaksanakan sesuatu “kerja politik” mencecah RM5
juta, tetapi laporan `kerja politik ' itu bukan kepada Perdana Menteri.
Kita juga musykil PM Najib
tahu atau tidak bagaimana pembiayaan kewangan boleh diberi ataupun disalurkan
kepada Mantan Pegawai Khas Anwar yang sangat aktif ketika di luar Negara, malah
pernah berdebat dengan Kelab Penyokong Kerajaan di IRC.
PM Najib juga perlu tahu
bahawa himpunan pengkhianat parti yang pernah bersama Anwar di beri ruang yang
luas untuk melaksanakan agenda agensi secara swasta dan yang lebih menarik, kegagalan
perlaksanaan sesuatu program ditutup secara terhormat dan kadang-kadang dalam
tempoh masa `berperang’ menjelang PRU13 ini mereka telah menjadikan jentera parti yang
setia dijadikan sebagai musuh mereka.
PM Najib kena intai sejarah
kejatuhan pemimpin dunia dan salah satu sebabnya adalah kerana terlalu percaya
kepada orang sekeliling yang akhirnya mengambil kesempatan merancang kejatuhan ataupun
kekalahan terutamanya di PRU13 nanti.
Anwar Ibrahim dan segala
baru-baruanya cukup mudah mengakses segala maklumat baik yang bersifat Rahsia
ataupun Embargo kerana tali barut-tali barutnya yang mengelilingi PM Najib
mampu memperolehi maklumat tersebut dan sebab itulah segala maklumat mudah
bocor ataupun sampai ke tangan pembangkang.
Pembangkang pula cukup bijak
memanipulasikan segala maklumat itu termasuklah memalsukan tandatangan dan juga
Kepala Surat (letter head) kerajaan bagi menipu untuk menyakinkan rakyat dan
ini cukup banyak untuk dijadikan contoh termasuklah paling terbaru isu
kelulusan projek MRT yang sedang digembar gemburkan kononnya PM Najib
campurtangan dan menyalahgunakan kuasa dalam kelulusan tender projek itu.
Minit
Mesyuarat tersebut tidak akan terlepas ke tangan pembangkang kalau tidak ada
biawak hidup yang PM Najib pikul di kementerian berkaitan.
Kita tidak mahu akhirnya
nanti PM Najib ditinggal sendirian untuk mengemudikan parti dan kerajaan
bilamana semua yang Najib anggap sebagai pahlawannya,panglimanya ataupun
hulubalangnya akhir memlih Anwar sebagai Ketua mereka.Ingat satu pesan,yang
dekat belum tentu kawan,yang jauh belum tentu lawan.
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
Powered by Blogger.
Rakan Blogger
-
-
-
-
-
-
-
Berkhatan Perdana KINTA 2017...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dah Kalah Kalah lah11 years ago
-
-
-
-
-
Rujukan Entri
- June (1)
- December (1)
- September (1)
- August (3)
- December (2)
- February (3)
- May (2)
- October (1)
- September (1)
- August (1)
- June (1)
- March (1)
- February (1)
- January (1)
- December (3)
- November (1)
- August (3)
- April (3)
- March (1)
- February (2)
- January (2)
- December (4)
- October (3)
- September (2)
- August (3)
- July (4)
- June (9)
- May (8)
- April (7)
- March (10)
- February (8)
- January (10)
- December (7)
- November (8)
- October (9)
- September (7)
- August (6)
- July (10)
- June (4)
- May (15)
- April (12)
- March (12)
- February (15)
- January (26)
- December (36)
- November (22)
- October (7)
- September (2)
- August (4)
- July (4)
- June (10)
- May (3)
- April (11)
- March (10)
- February (3)
- January (7)
- December (2)
- November (3)
- October (3)
- September (5)
- August (5)
- July (3)
- June (3)
- May (3)
- April (2)
- March (2)
- February (1)
- January (7)
- December (6)
Kunjungan
Bila Keris Di Asam Limau
- Sanggah Tok Janggut
- AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..
Rangkaian
Followers
-
-
-
-
Perubahan apa Bang Non?1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
28 comments:
BRO... DEDAH JER MANGKUK MAGKUK YANG MAKAN GAJI BESOR NI, YANG MENYOKONG AGENDA ANWAR NI. SETAN SETAN NI TAK SEPATUT DUDUK DALAM AGENSI KERAJAAN
BRO... DEDAH JER MANGKUK MAGKUK YANG MAKAN GAJI BESOR NI, YANG MENYOKONG AGENDA ANWAR NI. SETAN SETAN NI TAK SEPATUT DUDUK DALAM AGENSI KERAJAAN
perlu didedahkn.....demi kebaikkn
SAH MEMANG RAMAI KAKITANGAN KERAJAAN YG PRO PEMBANGKANG MALAH MENYOKONG BERSIH 2.0 DAN 3.0..GOLONGAN BAWAHAN KITA BOLEH TERIMA LAGI TETAPI APABILA GOLONGAN ATASAN ATAU PEGAWAI2 KANAN YG PEMBELOT, SAYA RASA KERAJAAN HARUS LAKUKAN SESUATU
hebat bro..jgn lihat kebaikan seseorg tu je...lihat juga kejahatan dia tu... kalau dia ni kaki lompat sana lompat sini tak mustahil dia ni bukan jenis yg setia....gua tgk pun bukan hanya pegawai sahaja malah ketua bahagian dan pemimpin kanan umno pun lebih kurang gak... dimasa tok jib kena gasak dimana suara pemimpin2 kanan umno???dimana suara ketua2 bahagian?? bukan semua tetapi ramai yg mengambil cara playsafe.... tak kira siapa yg jd pm..jawatan mereka tidak tergugat..ataupun dapat jd pengerusi GLC.. ni mentaliti sesetengah pemimpin umno...sejahat2 pemimpin parti komponen pun gua tengok klu kerajaan kena hentam mrk cpt bg statement berbanding pemimpin umno....
gua harap dalam pru13 ni tok jib berani untuk menggugurkan pemimpin yg dirasa tidak membantu umno... jgn bila dalam dewan perhimpunan je bersemangat..balik hotel malam dok gi dangdut... pemimpin yg mcm ni tendang je... sokongan rakyat itu lebih penting dari pengaruh pemimpin bahalol macam ni... kat kawasan mereka pun pengundi disitu bukan suka pun..tapi nak wat cam mana kerana mereka2 ni mewakili parti barisan nasioanal terpaksa la mengundi untuk mereka ni....
GUA PALING BENCI TGK PEMIMPIN YG HIPOKRIT!!!! Mulia lagi pemimpin yg dok dalam pakatan tu berbanding ngan mereka2 ni....
email/pos ja apa yg anda tulis ke PM supaya ddia sentiasa sedar...
sapa lagi punya..org pejabat tpm la..bila najib masuk gaung..dia naik pm..xkan la tak tau game umno..pastu salahkan kakitangan awam..
dah lama agak.....
Setuju dengan Gomo...
ala PM tak tau ker....dia tau...
cuma di lemah...dan walaupun dia menang ...dia tau dia tak lama...
2x5 = ada had ada hari...
Agensi kerajaan yg dimaksudkan adalah dibawah JPM sendiri dimana dari Ketua Pengarah + TKP dan pegawai semuanya merupakan kenalan rapat dan proksi DSAI dari dahulu sehingga sekarang, sehinggakan buku cetakan berkaitan PM di berikan tender kepada geng2 PKR (abim) bagi mengukuhkan akaun kewangan mereka,, ini semua terbukti, sekarang ini mereka menyusun strategi bagi menjatuhkan PM secara perlahan2 dan dlm masa yang sama mereka menyokong DSAI,secara senyap2 jabatan ini menyalurkan kewangan ke akaun ABIM..
Memang betul tu bro...byk kes jika diteliti betul-betul boleh mengesahkan pendedahan bro itu. Ini lah yg. susahnya kerana terlalu bayk musuh dlm selimut....Mereka ini ibarat anai-anai dlm rumah kita....bukan mudah utk memusnahkannya....kesian Dato Najib yg. bersungguh-sungguh membela nasib rakyat tetapi ada pihak yg.tdk menghargai malah cuba mensabotaj pulak.....mereka ni semua adalah jenis manusia yg. tdk bersyukur dan terlalu mementingkan diri sendiri...dah terlalu byk pendedahan dibuat tentang peribadi buruk anwar ...tetapi kenapa maseh ade yg. mahukan anwar jadi pemimpin mereka....Ternyata ramai yg. termkn hasutan anwar memburuk-burukan Dato Najib
Memang betul tu bro...byk kes jika diteliti betul-betul boleh mengesahkan pendedahan bro itu. Ini lah yg. susahnya kerana terlalu bayk musuh dlm selimut....Mereka ini ibarat anai-anai dlm rumah kita....bukan mudah utk memusnahkannya....kesian Dato Najib yg. bersungguh-sungguh membela nasib rakyat tetapi ada pihak yg.tdk menghargai malah cuba mensabotaj pulak.....mereka ni semua adalah jenis manusia yg. tdk bersyukur dan terlalu mementingkan diri sendiri...dah terlalu byk pendedahan dibuat tentang peribadi buruk anwar ...tetapi kenapa maseh ade yg. mahukan anwar jadi pemimpin mereka....Ternyata ramai yg. termkn hasutan anwar memburuk-burukan Dato Najib
Yg jd tali barut kerajaan dlm parti pembangkang pun banyak. Apa nak heran... bagus juga. Dlm kerajaan dan pembangkang ada spy. Nak buat sesuatu, beringat-ingat, sbb ada spy yg dok perhati nk jd modal...
Bukan dalam Jakim yo, oghang Nuar ado bosepah-sepah dlm agensi/jabatan kerajaan, termasuklah di dlm SPR dan PDRM tu..
cuba2 lah tgok2 kat GLC, GOC, dan mana2 syarikat2 kerajaan spt ...T*M, J**IM, I*IM, MI*OS ...dll ..mmg ramai deerrrr ....kalau tak bertindak pantas api akan merebak .... sila ambil tndakn skrg ... buat baik berpada-pada buat jahat jgn sekali ... kena jadi "jahat" utk menghalang kemungkaran ...
habiskan saja hayat politik anwar maka rangkaiannya juga akan berkubur...
Xheran pun.coz anwar dulu org kuat umno
1) Kakitangan kerajaan WAJIB sokong eksekutif pembuat dasar (Jemaah Menteri) atas kapasiti mereka itu MENTERI di dalam kementerian masing-masing, dalam masa yg sama kakitangan kerajaan sebagai RAKYAT MALAYSIA (Prinsip yg dijamin perlembagaan Malaysia), boleh memilih/mengundi parti politik yang disukai (Rujuk pekeliling Perintah Am).
2) Sila bezakan PARTI PEMERINTAH dan JENTERA KERAJAAN yang sah...
3) Yg mana lebih besar keutamaan? Setia kepada NEGARA atau setia kepada parti pemerintah? Parti pemerintah boleh bertukar, tapi NEGARA kekal
ahhh, setiausaha PM Najib abg kpd pudin jerawat PKR. So no wonder laaa....
ini semua umno punya kerja la..xkan tak tau perlembagaan umno?mesti cantas mencantas untuk maju...
pegawai kerajaan negeri2 pakatan rakyat yang sokong umno, Pakatan buat dek jer.... apa barang takut2 ni gomo? rileks arr
Kalau penyakit merebak bunuh je ibunya...baru boleh pulih...
Kalau subersif dah mula merebak...kena matikan dalangnya(matikan pautan atau saluran dengan tali-barut2nya)...
kalau perlu tali-barut2nya dipintas cepat...kalau tidak lagi merebak lagi mengancam!!!
Kalau penyakit dalam perut kena makan julap, biar segala jenis cacing mati dan keluar lalu jubur.
Jangan tunggu sampai cacing naik ke mata, bangkai cacing biar keluar ikut jubur sebelum jubur kena sumbat dek 'Penjubur' pulak!!!
TERTARIK DENGAN ISU INI... BETUL APA YANG DI DEDAHKAN. MALAH ADA PEGAWAI KERAJAAN YANG BETUL2 AMANAH MENJALANKAN TUGAS DAN BERDIDIKASI DALAM PERJUANGAN UNTUK MEMENANGKAN UMNO DAN BN TELAH DICATAS HALUS2. SEDIH MELIHAT MEREKA INI.
Apa nak heran.
Di SPA dan JPA berlambak2 org pembangkang.
Bila ambil pegawai baru, muka2 penentang kerajaan di U dulu pulak yang dapat. kalau result bagus tkpe jugak, ni cukup2 makan je. kredit sebab mulut manis masa interview.
pagawai PTD yang baru dekat ofis aku ni rata2 pro pembangkang.
salah satu agensi yang dimaksudkan adalah BTN (Biro Tatanegara) yang diletakkan dibawah JPM, kemasukan KP barunya iaitu Raja Arif Raja Ali yang merupakan salah sorang orang kuat DSAI, manakala kedua2 TKP nya iaitu Mohktar Sulaiman & Hanafi Harun yang juga merupakan salah sorang ahli peserta REFORMASI semasa anwar ditangkap 1998 dahulu... malah mokhtar juga mengarahkan kakitangan bawahan (BTN) agar mengikut bersama-sama dalam perhimpunan Reformasi menyokong DSAI... kini dia telah menjawat jawatan TKP di BTN.. BTN juga kini tidak lagi menjadi agensi psywar bagi mempertahankan Kerajaan BN, kerana lebih kerap kipas PM dan dlm masa yang sama ingin menjatuhkan PM secara diam-diam.. Kini menguatkan lagi dakwaan, bahawa hubungan Raja Arif dengan Ahmad Maslan (Timb. Menteri yang jaga BTN) tidak lagi mesra, ini kerana RAJA Arif telah menggunakan BTN sebagai batu loncatannya untuk bertanding PRU-13 daripada menjalankan tanggungjawab mempertahankan Kerajaan Barisan Nasional di PRU akan dtg. Kini Raja Arif terpaksa menggunakan bloggers2 untuk mempertahankannya. Dalam diam-diam KP BTN ini telah memasukkan sejumlah dana ke AKAUN ABIM (penyokong DSAI)dengan menggunakan duit dari tabung khas...
Bila pergi temuduga nak masuk perkhidmatan kerajaan, kita akan ditemuduga oleh musuh dalam selimut.Nahas, jika anda memberi hujah bernas dan kelihatan condong ke arah pemerintah.Salah seorang penemuduga mesti pemganut Isle.Kontrak di kementerian pendidikan dibolot oleh penyokong n.jis,tokoh guru kebangsaan pun dia dapat,sampailah kepada kantin di kementerian pun dia dapat.Memanglah kerajaan zalim.
Bangkai tu dari era paklah..sebab tu semuanya geng lobang taik tahu..Najib tau tp buat buat ta tau sebab, kerajaan dia terima dari Dollah da nak karam..cibai bedol dan samdol dollah..