Monday, May 14, 2012

Mereka agen mengkhianati undang-undang..
SUDAH tiba masanya MAJLIS PEGUAM dibubarkan.Majlis ini sudah hilang maruah,tiada kredibiliti maupun intergeriti,majlis ini dipimpin oleh orang-orang yang mempunyai kepentingan diri dan bukannya menjunjung prinsip Rukun Negara iaitu mempertahankan Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang.

Majlis ini sudah jadi alat,sudah jadi perkakas dan paling jelas majlis yang kononnya didokong oleh profesional,bijak pandai dalam undang-undang sebenarnya adalah pengkhianat kepada undang-undang negara ini malah mereka umpama bapa ayam yang sedang melacurkan undang-undang mengikut acuan mereka dan bukannya berpandukan kepada undang-undang sedia ada serta garis panduan penubuhan mereka.

Wajarlah Nazri Aziz bersuara walaupun sudah agak terlewat kerana majlis ini telah menjadi seperti kandang-kandang yang mengurung orang gila.Tindak tanduk mereka sejak sekian lama tidak langsung mencerminkan profsesinalisme seorang pengamal undang-undang dan paling terbaru bila mereka menipu dengan mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa dan melahirkan resolusi mengecam tindakan polis.

Polis yang diamanahkan untuk menguatkuasakan undang-undang dicaci maki oleh Majlis Peguam dan hanya kerana Ketua Pengkhianat Ambiga pernah menjadi Presiden Majlis Peguam,mereka ini sanggyp diperalatkan hingga mengadakan mesyuarat Agung Luar Biasa untuk menyokong bekas ketua mereka itu dengan mengecam polis serta kerajaan.

Mereka juga mengecam Mahkamah yang mengeluarkan Perintah larangan berhimpun di Dataran Merdeka yang sepatutnya mereka pertahan dan daulatkan institusi kehakiman itu,bila mereka langgar segala peraturan dan undang-undang sedia ada maka jelaslah fungsi mereka bukan lagi sebagai sebuah pasukan yang sesuai mengsyumulkan undang-undang dalam Negara ini.

Guna kedudukan untuk kepentingan politik..
Jadi apa relevannya lagi kedudukan mereka ini?Andainya kabinet berkuasa untuk merombak dan membatalkan Majlis Peguam ini,kerajaan perlu bertindak segera dan sekiranya bukan kerajaan yang berkuasa untuk membubarkannya dan kedudukan Majlis Peguam ini perlu ditentukan oleh Parlimen, kerajaan perlu mengadakan Sidang Khas supaya Majlis Peguam ini boleh dibubarkan dan digantikan dengan sebuah badan lain yang bebas serta berkecuali daripada sebarang pengaruh politik.

Kerajaan sudah ada rasionalnya untuk membatalkan majlis Peguam ini apabila sudah ada ahli-ahli Majlis Peguam terasa diri mereka diperbodohkan,yang kecewa dengan tindak tanduk kepimpinan majlis ini yang mencabul nilai-nilai professional yang sepatutnya mereka dokong dan mempertahankan.

Kalau ada dana kewangan yang kerajaan salurkan kepada Majlis Peguam,kerajaan telah membazirkan wang rakyat kerana majlis ini bukan sahaja terpesong jauh dari dasar penubuhannya malah mereka ini juga dikatakan antara penyokong kuat gerakan LGBT dalam Negara ini hingga mereka dipanggila Majlis Homoseksual dan ini cukup memalukan kepada pengamal undang-undang lain yang menganggotai majlis tersebut.

Majlis Peguam yang seharusnya menjadi benteng mempertahankan kedaulatan undang-undang,rakyat serta Negara sudah tersasar jauh dari landasan penubuhan mereka apabila mereka sudah mula menjadikan majlis itu sebagai sebuah gerakan politik.

Gila!mereka juga berdemonstrasi..
Mereka yang sepatutnya menjunjung undang-undang sedang mengkhianati undang-undang yang sewajibnya mereka akur serta patuhi namun apabila mereka menyokongan gerakan pembangkang yang memperlekehkan serta mempermainkan undang-undang negara, mereka tidak sesuai lagi untuk memimpin dan mempunyai Majlis Peguam atau dengan bangga mereka sebut Bar Council.

Bar Council ini sudah tidak relevan lagi dan membiarkan mereka ini mempimpin majlis Peguam ini samalah seperti menghumbankan mereka ke lubang najis kerana tindakan-tindakan mereka sekian lama makin busuk serta menjijikan..

4 comments:

Ghazali said...

Amat bersetuju. Jikalau keadaan memerlukan, mansuhkan sahaja Majlis Peguam sedia ada sekiranya penubuhan yang baru memerlukan masa yang lebih lama. Kalau Majlis Peguam benar-benar ikhlas, mereka seharusnya bersetuju dan sanggup menerima perubahan ini.

Anonymous said...

Mcm filem tamil aaa dia orang ni, ahahahha. Bab mcm ni suka ikut filem tamil, legal profesion tahap tahi lembu, Karpal singh pun tak mcm ni lincoln inns grad lagi tp undang undang tetap ikut kalau dah dinyatakan, GODfather pun tak pergi demo, sbb tu dia ok dia tak kata Tunku Aziz tak betul, SATANfather aka Anuwar tu patut disekeh kepala kasi ingat sikit.

Anonymous said...

AKU TAK FAHAMLAH ORG MALAYSIA NI
BILA SEBUT JE AKU LAWYER ---HUH DAH ANGGAP SILWYR NI HEBAT PANDAI - TAIK LWYR HEBAT....... TAU TAK APA KELUSAN UTK BELAJR LAW - SUBJCT SEJARAH - UMUR 60TH BOLIH BELAJR LWYR -JARANG TAK LULUS
BGI AKU PROFESSION TIOL I LOOK DOWN TO ALL LWYRS

Anonymous said...

cuba buat google image search gunakan perkataan "Bar"...result yang keluar nnt menunjukkan satu2nya logo Barua Council ni diantara gambar2 bar tempat minum yang lain..mmg sah bar ni tempat org mabuk2...

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers