Friday, May 25, 2012



Jangan maafkan segala tindakan mereka!
AKHIRNYA Ambiga baru tahu langit tinggi tahu rendah dan keangkuhan serta kesombongannya selama ini hingga dengan bangga mengistiharkan perang jalan terhadap kerajaan membuatkan beliau tunduk mengaku kalah dan memohon maaf kerana kebangkitan rakyat menentang pengkhianatannya terhadap negara.

Setelah mengetuai 25,000 orang untuk membuat provokasi terhadap pihak polis di jalanan yang akhirnya berakhir dengan huru-hara, kecederaan, kerosakan terhadap harta awam hingga Ambiga dengan tidak malunya tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang terjadi hingga memaksa kerajaan menyaman segala tindakannya berkenan dengan perang jalanan yang beliau lakukan bersama barua-barua pilihannya.

Apa yang Ambiga mahu adalah publisiti dan sokongan dari parti-parti tententu terhadap bantahan yang dilakukan. Dia berharap agar BERSIH  mampu membantu gologan liberal dalam meraih kuasa. Namun, dia tetap gagal untuk membawa pendekatan ini di jalanan. 

Kebangkitan rakyat menentangnya menjadikan kehidupan peribadi beliau tidak aman dan tidak tenteram sebagaimana tindakan beliau mengocak keamanan dan kedamaian rakyat sebelum ini dengan kerja gilanya mengajur protes jalanan.

Sekurang-kurangnya, rakyat sedar bahawa BERSIH seakan-akan menunjukkan bahawa Pilihan Raya Umum (PRU) tidak akan bersih dan mereka akan menjalankan lebih banyak protes dan mereka juga akan membawa lebih ramai media asing yang akan membantu dalam menjatuhkan kerajaan.

Ambiga pasti menjangkakan bahawa dia akan dikutuk oleh penyokong kerajaan. Namun, dia pasti mempunyai 'kekuatan dan semangat' yang kental. Jadi, apabila semuanya berakhir, dia pasti menjangkakan bahawa rakyat pasti akan sentiasa menyebut-nyebut tentang semangat  kononnya beliaulah hero.

Dia pasti tidak menjangka bahawa orang-orang biasa atau 'nobodies', akan membantah dan mengamuk akibat daripada kesan BERSIH 3.0. Sebenarnya, mereka tidak berbuat banyak, mereka hanya memasang gerai-gerai dan menari sedikit di hadapan rumahnya, tetapi itu sudah cukup untuk menakutkan Ambiga.

Dalam keadaan panik, dia menyifatkan mereka sebagai bodoh, tidak matang, dan penganggur yang tidak mempunyai apa-apa yang lebih baik untuk dilakukan. Ambiga marah kerana mereka telah mengganggu jiran-jirannya, melanggar hak privasinya dan mengotorkan kawasan rumahnya dengan sampah-sarap di sepanjang jalan di rumahnya.

Apa yang dia tidak sedar adalah dia telah lakukan perkara yang sama terhadap peniaga-peniaga tersebut, lebih teruk lagi, kerana dia telah menganggu pendapatan harian mereka. Dia tidak sedar bahawa terdapat banyak perumahan di Kuala Lumpur dan juga di sepanjang jalan yang dikotori oleh BERSIH pada 28hb April 2012. Penduduk di pangsapuri, tetamu di hotel-hotel yang pasti mempunyai rancangan hari itu bnagaimanapun terkandas, takut dan tertanya-tanya mengapa Ambiga hancurkan rancangan mereka pada hari tersebut.

Semestinya, Ambiga akan memberi alasan bahawa ianya hanya dijalankan selama 'satu' hari. Tetapi, BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011 juga dijalankan selama 'satu' hari. Dan kini terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa satu lagi protes akan dijalankan kerana PAS sudah mula meroyan untuk menjalankan 'satu' lagi demonstrasi. Jadi, tiada siapa yang tahu berapa 'satu' hari lagi Ambiga akan jalankan.

Ada yang boleh mengatakan bahawa perbuatan membalas dendam adalah kebudak-budakan. Walau bagaimanapun, kita mehu mengucapkan tahniah kepada yang para peniaga dan yang rakyat yang datang untuk memperjuangkan hak-hak mereka menyatakan bantahan mereka terhadap BERSIH dan melakukannya di tempat yang betul - di hadapan rumah Ambiga.

Ambiga mendakwa bahawa dia mewakili suara majoriti rakyat.Namun, para meniaga tersebut adalah antara mereka yang tidak pernah menyokong Ambiga. Terdapat beberapa laporan polis dan panggilan yang telah dibuat bagi membatalkan perhimpunan BERSIH, dan ianya dibuat oleh rakyat.

Adakah Ambiga dengar akan rintihan rakyat?

Dan bilakah rakyat pernah mengundi Ambiga untuk mewakili kita? Dia semestinya tidak mewakili penulis, keluarga, rakan sekerja dan rakan-rakan penulis yang kini tidak tahan melayan kerenah dari Ambiga
.
Apapun, rakyat perlu bersyukur kerana Ambiga akhirnya belajar dari kesilapan setelah dua lagi kumpulan telah datang ke rumahnya untuk membantah BERSIH. Jadi, setelah menerima segala memo, gangguan dan 'pasar malam aman' di hadapan rumahnya. Ratu LGBT ini tidak mampu bertahan lagi.

Akhirnya, dia meminta maaf!

Kita tidak perlu mempersoalkan seikhlas mana Ambiga dalam memohon maaf.
Dengan ini, kita percaya bahawa Ambiga tidak akan menggangu kita, rakyat Malaysia. Dan jika dia masih berbuat demikian, pasti jiran-jiran Ambiga akan menghalau ratu LGBT ini keluar dari kawasan perumahan mereka.

0 comments:

Powered by Blogger.

Rakan Blogger

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers