Thursday, January 26, 2012

Bekas KSU jadi Ketua Audit..
KREDIBILITI dan intergriti Ketua Audit Negara,Ambrin Buang  mula dipersoalkan malah niat serta pertanggungjawabannya  terhadap sesuatu yang diaudit  menimbulkan banyak sekali keraguan dan sudah ada yang mula melihat bahawa kuasanya cukup besar berbanding dengan jawatan lain dan adakalanya  beliau dilihat lebih besar dari Perdana Menteri ataupun Hakim walaupun mengikut Perlembagaan Persekutuan Ketua Audit Negara dilantik oleh DYMM YDP Agung atas nasihat Perdana Menteri.

Kerana keperluannya melaporkan terus segala laporan-laporannya  kepada DYMM YDP Agung yang hendaklah menyebabkan laporan itu dibentangkan dihadapan Dewan Rakyat seperti dituntut dalam Perlembagaan Malaysia Perkara 105 hingga 107 tanpa melalui Perdana Menteri,ini cukup merbahaya kepada kerajaan seandainya beliau ada berniat tidak baik dan terpulang kepada beliau apa sahaja laporan itu walaupun mungkinj menjejaskan kerajaan  atau tidak sementelahan pula kerajaan tidak bersedia untuk menjawab,pembangkang akan mengambil kesempatan untuk menganggap laporan itu muktamad dan rakyat yang terkeliru akan lagi  mudah percaya.

ISU audit National Fedlot Corporation (NFC) menjadi kelam kabut hasil laporan audit dan bagaikan nampak ada niat tidak baik di sebalik laporan tersebut hingga menjadi modal pembangkang untuk menyerang kerajaan hari ini. Setelah ramai pihak mendesak ketelusan laporan itu, Ambrin mula berdolak dalik.Sekejap beliau kata rugi,sekejap pula beliau kata salah urus dan berbaga-bagai lagi alasan diberikan apabila diasak.Lihat disini..

Beliau menjadikan laporan audit zaman beliau ini  seperti telah menjadi satu hukuman sebelum bicara sedangkan tugas beliau hanyalah membuat pemerhatian audit dan memberikan syor pembaiokan semata-mata dan bukannya menghukum salah laku atau sebagaina kerana apa yang audit temui belum tentu berlaku penyalahgunaan kuasa atau wujud penyelwengan kerana mungkin system kerja sahaja yang tidak sesuai.

Sejak beliau mengambil alih jawatan Ketua Audit Negara berbagai-bagai kontraversi timbul dan ketua Audit Negara ini seolah-olah menjadi diri beliau bersih,dilihat bersih tetapi sudah ada yang mula bertanya mengapa tiada isu projek-projek Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang diluluskan semasa beliau menjawat jawatan Ketua Setiausaha (KSU) dalam laporan audit sebelum ini.

Sebelum ini ada isu KPM dibangkitkan dalam laporan audit semasa beliau dilantik KSU KPM dan selepas beliau memegang jawatan KSU KPM seperti contoh projek air dan makmal komputera yang terbengkalai di Sabah kerana projek tersebut dilaksanakan zaman beliau tetapi tidak selesai di zaman beliau juga.

Kalau benarlah,kita hairan kerana ada pegawai-pegawai kata mereka tidak dibenarkan untuk audit projek-projek KPM semasa beliau menjadi KSU kementerian tersebut dan kita tidak pasti sejauh mana kebenaran cakap-cakap ini tetapi kalau kita melihat kepada perkembangan audit,rasa macam betul sahaja cakap-cakap itu.

Malah barangkali kerana kecewa dengan gelagat dan menunjuk kuasa  Ketua Audit Negara ketika ini,sudah ada yang mula bercakap tetapi kita tidak tahu sejauh mana benarnya apabila ada yang mendakwa bahawa semasa Ambrin menjadi KSU KPM,beliau dikatakan telah mengeluarkan Surat Setuju  Terima (SST) Letter Of Award/Acceptence satu projek Sekolah Teknik baru di Beoufort,Sabah pada tahun 2004 sedangkan ianya tidak mempunyai peruntukan mencukupi untuk melaksanakannya dalam RMK8.

Tetapi SST dikeluarkan juga dengan cara bayaran tertangguh dan dibayar dalam RMK9 dan ini telah menimbulkan persoalan,bolehkah dikeluarkan SST kepada syarikat sedangkan projek tersebut sepatutnya dibina dan disiapkan dalam RMK8(jika betul ada) dan memang tidak dicadangkan untuk dilaksanakan dalam RMK9 malah beluam lagi diluluskan oleh Parlimen?

Jika ini boleh berlaku,apa akan jadi jika semua projek yang belum diluluskan oleh kerajaan boleh dikeluarkan SST oleh KSU yang semestinya merupakan satu surat ikatan atau kontrak yang mengikat kerajaan dari segi kewangan kerana jika obligasi dilanggar,kerajaan boelh di saman di mahkamah untuk menuntut gantirugi. Kalau semua KSU berkuasa seperti itu dan boleh buat seperti itu,apa gunanya Parlimen meluluskan projek terlebih dahulu sebelum satua-satu RMK dibentang dan dibahaskan?

Jika betul projek yang disebut itu penting rasanya lebih penting lagi projek naiktaraf sekolah-sekolah daif di luar Bandar Sabah kerana ada sekolah yang sudah mahu reput,ada yang tiada bekalan air dan letrik dan kita diberitahu Sekolah teknik yang terlalu besar itu tiada keperluan sangat untuk dibangunkan pada masa itu dan difahamkan kos pembinaannya mencecah RM100 juta. 

Kalau dikumpulkan jumlah pelajar untuk layak dari seluruh Negeri Sabah pun masih tidak mampu untuk memenuhkan sekolah tersebut dan dengar ceritanya sekolah tersebut telahpun ditukarkan menjadi sekolah vokasional.Apakah keutamaaan projek ini pada masa itu,pada masa Ketua Audit Negara menjadi KSU KPM berbanding dengan projek-projek lain sehingga ianya perlu diawardkan dalam RMK8 untuk bajet RMK9 yang belum diluluskan oleh Parlimen.

Dakwaan tentang kerja-kerja Ambrin sebagai KSU sebelum ini sudah mula bertaburan dijaja,permulaan kepada jajaan ini adalah dakwaan bahawa zaman beliau menjadi KSU KPM pun banyak penyelewengan seperti yang dibentangkan di atas dan sekiranya ini semua benar,Sruruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) harus menyiasat dan membawa ke muka pengadilan sesiapa sahaja yang terlibat.

Wajar Salleh heret Ambrin ke mahkamah!
Kita juga mengharapkan entity syraikat menyaman Keyua Audit Negara ini supaya kuasanya dalam menjalankan kerja-kerja audit tidak disalah anggap atau diperjelaskan kerana nampak akhir-akhir ini terutamanya menjelang PRU13,Ketua Audit Negara seperti mahu bermain politik ala menyokong pembangkang.

Kita bimbang Ketua Audit Negara terlalu banyak cakap dan kadang-kadang seperti lempar batu sembunyi tangan,orang lain pula mula membongkar tentang beliau sebelum ini.Kita tidak mahu nanti ada yang menyifatkan Ketua Audit Negara ini seperti ayam,kokoknya berderai tapi ekor bergelumang tahi.

8 comments:

Anonymous said...

Teringat cerita sarjan hasan lakonan Salleh Kamil...

Servant of God said...

Saya setuju dengan Sanggah Tok Janggut!

Biarlah si Ambrin Buang ni pula yang diteliti.

Anonymous said...

mamat nie masyuk kot pasai tu buat diam 3 bulan memang salah dia 1000000000000% tunggu apa lagi SAMAN LAAAA 100 TRILLION

usin said...

aku cadang odit pulak ambrin buang ni. sejak jd ksu kpm. org dh kecoh 3 bulan dia buat deekk je. apa, takde perasaan & kebertanggungjawaban ke? tandatangan kamu dlm laporan audit tu tak membawa apa2 t/jwb ke? kamu bertugas utk kerajaan malaysia, so patutnya kamu tahu apa yg patut kamu lakukan utk majikan kamu. kamu boleh telus menjelaskan majikan kamu salah atau tohmahan keatas majikan kamu salah. apa agenda kamu sebenarnya?

Anonymous said...

Ini lah PTD punya kerja. Kuasa nak, tanggungjawab tak nak. Masyukkkkk... Lg la nak.... Hehehe... PTD byk dah jahanam kan jabatan2 kerajaan.

tmg said...

Najib terpaksa hadapi tekanan luar dalam, saya percata ramai PTD memehak pembangkang. Kes SBPA belum selesai, kini muncul pula audit. Jika dibiarkan mungkin akan berlaku lagi "putaran isu" oleh Anwar and the Gangs. Artikel ini banyak membantu menyedarkan pembaca yang telah disogok dengan maklumat dusta Anwar... Anwar maha pendusta (anak dajal).

Anonymous said...

Jab Audit Negara - Kerja audit jabatan/kementerian....SIAPA YG NAK AUDIT Jab Audit Negara...

jangan jadi seperti ketam mengajar anak berjalan betul

Anonymous said...

Sesiapa ada bukti Ambrin buang ni buat keja tak semengah semasa menjadi ketua audit sila kemukakan ......Ambrin ni macamada niat tersembunyi pada kerajaan ......atau ianya satu skrip yang olah sekian rupa .......Kepada NFC dan laki sahrizat sila saman mamat ni ....

Powered by Blogger.

Rujukan Entri

Kunjungan

Bila Keris Di Asam Limau

My photo
AKU bukan sesiapa.Biar kecil di sisi manusia tetapi ingin besar di sisi Allah.Biar rendah dipandang manusia tetapi tinggi di sisi Tuhan, Menulis melalui mata dan telinga,mencatat melalui akal dan sejengkal pengalaman. Aku cuma ingin mengisi kemerdekaan ini dengan berjiwa lepas bebas, keluar dan berlari meninggalkan jauh jiwa hamba.Aku tidak ingin jadi orang besar-besar jauh sekali bercita-cita untuk jadi Perdana Menteri, Menteri atau pemimpin yang ada-ada.Cukuplah aku menjadi aku..

Selamat Datang

Rangkaian

Followers